1. PENDAHULUAN
|
||||||||||||||||||||||||
Rancangan
Kesihatan Sekolah ( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967. Dalam tempoh tiga
tahun RKS dijalankan, dunia secara am dan Malaysia secara khusus telah
mengalami banyak perubahan dari aspek kesihatan dan tren penyakit. Sesuai
dengan perubahan itu amat wajar RKS dikaji semula untuk membentuk satu
jentera pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebih komprehensif.
Pada tahun
1996, Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengan kerjasama Kementerian
Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek " Health Promoting
School" ( HPS ) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak,
Selangor dan Terengganu. Ini adalah berdasarkan konsep "HPS" yang
diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa
Charter.
Persidangan " HPS " yang telah diadakan pada bulan
Disember 1996 di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS sedia ada diberi nafas
baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) . Tujuan
PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan
dengan kesihatan sekolah.
|
||||||||||||||||||||||||
2. RASIONAL
|
||||||||||||||||||||||||
Usaha murni untuk mewujudkan Program Bersepadu
Sekolah Sihat ( PBSS ) adalah berdasarkan rasional berikut :
Berdasarkan pernyataan di atas PBSS perlu
dirancang, dilaksanakan dan dinilai di setiap sekolah. Ini adalah sejajar
dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang sihat,
produktif dan berkualiti.
|
||||||||||||||||||||||||
3. MATLAMAT PBSS
|
||||||||||||||||||||||||
Melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang
selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.
|
||||||||||||||||||||||||
4. VISI PBSS
|
||||||||||||||||||||||||
Generasi yang berilmu, sihat dan progresif
|
||||||||||||||||||||||||
5. MISI PBSS
|
||||||||||||||||||||||||
Sekolah sebagai institusi yang mempromosikan
kesihatan
|
||||||||||||||||||||||||
6. OBJEKTIF PBSS
|
||||||||||||||||||||||||
Objektif PBSS adalah agar setiap sekolah dapat:
|
||||||||||||||||||||||||
7. TERAS UTAMA
PBSS
|
||||||||||||||||||||||||
Enam teras PBSS yang telah digariskan untuk
mewujudkan satu pendekatan bersepadu di antara sektor awam, sektor swasta dan
masyarakat ke arah melahirkan sekolah sihat adalah seperti berikut:
|
||||||||||||||||||||||||
8. PELAKSANAAN
|
||||||||||||||||||||||||
PBSS hendaklah melibatkan seluruh warga sekolah
dan masyarakat setempat. Dalam pelaksanaan PBSS, pendidikan kesihatan
hendaklah dilaksanakan secara formal atau tidak formal. Di samping itu warga
sekolah hendaklah sentiasa mengamalkan amalan kesihatan yang baik.Warga
sekolah hendaklah memainkan peranan masing-masing supaya PBSS dapat
dijalankan dan dilaksanakan dengan berkesan. Jawatankuasa PBSS di peringkat
sekolah dianggotai oleh guru-guru dan pasukan kesihatan.
Jawatankuasa PBSS Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir
|
||||||||||||||||||||||||
9. PEMANTAUAN
DAN PENILAIAN
|
||||||||||||||||||||||||
Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan PBSS
dalam mencapai objektifnya, pemantauan dan penilaian yang berterusan perlu
dijalankan. Antara kaedah yang digunakan :
|
||||||||||||||||||||||||
10. PENUTUP
|
||||||||||||||||||||||||
Pelaksanaan PBSS adalah satu usaha untuk
mempromosikan kesihatan di kalangan warga sekolah. PBSS juga akan menjadi
teraju utama dalam mencapai cita-cita warisan budaya negara. Setiap warga
sekolah bertanggungjawab mempastikan agar PBSS dihayati. Melalui PBSS ini
diharap akan lahir masyarakat yang mengutamakan kesihatan dalam setiap aspek.
|
Sunday, 19 May 2013
Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment