Showing posts with label PERMAINAN KECIL. Show all posts
Showing posts with label PERMAINAN KECIL. Show all posts

Wednesday, 1 May 2013

Permainan jenis serangan: Hoki


Salam..
Kali ini aku nak kongsi dengan korang satu permainan kecil yang  group aku reka untuk permainan serangan iaitu hoki semasa kelas en eddy yang lepas.
Harap dapat memberi korang idea untuk buat sebuah permainan kecil yang lebih inovatif.
^_______^


PERMAINAN 1

PUKUL DAN MENANG

Masa : 5 minit

Cara bermain:
-Peserta berdiri di belakang garisan yang ditetapkan iaitu 15m dari sasaran.
 -Peserta dikehendaki memukul bola hoki ke sasaran dengan kayu hoki dengan hanya sekali pukul sahaja ke sasaran.
-Kiraan mata akan dikira atau dinilai melalui jatuhan botol yang berbeza mata kiraan.
-Botol akan dilabelkan mengikut warna yang mewakili mata tertentu.

·         Merah             : 1 mata
·         Biru                 : 2 mata
·         Oren               : 3 mata
·         Purple            : 4 mata

   -Permainan dilaksanakan sebanyak satu pusingan.
-  -Kumpulan yang mengumpul mata tertinggi akan dikira pemenang.

Syarat-syarat :
 -Peserta dikehendaki memukul bola hoki ke dalam kawasan yang ditetapkan.
-Pemain hendaklah memukul bola hoki dari belakang garisan.
-Pemain hanya dibenarkan memukul,bukan menolak.
-Peserta akan dikira batal jika melebihi garisan.




 PERMAINAN  2

MENCUNGKIL DAN MASUK

Masa : 5 minit

Cara bermain:                               
-  Peserta berdiri pada jarak 8 meter dari sasaran.
-Peserta A dikehendaki menolak bola hoki kepada peserta B. Peserta B dikehendaki
menahan dan menguis bola hoki (scooping) dengan mengunakan kayu hoki ke sasaran yangg ditetapkan.
-Kiraan mata akan dikira/dinilai apabila kuisan bola jatuh di kawasan yang mempunyai mata yang berbeza.
-Terdapat 3 kawasan untuk mendapatkan mata bagi setiap kuisan,mata yang diberikan ialah 5 markah,3 markah  dan 1 markah.
-Kumpulan yang mengumpul mata tertinggi akan dikira pemenang.
-Masa yang diberikan ialah hanya  5 minit.

Syarat-syarat :
-Peserta dikehendaki menguis(scoop) bola ke kawasan yang telah ditetapkan.
-Peserta hendaklah menguis bola hoki dari belakang garisan.
-Peserta hanya dibenarkan menguis(scoop) bola sahaja, bukan memukul.
-Peserta akan dikira batal jika melebihi  garisan yang ditetapkan.






JADUAL PERLAWANAN


Kumpulan A

Pukul Dan Menang  (Mengelecek 3 sketel dan memukul)

Skor
Jatuhan Botol
Markah
1


2


3


4


Jumlah Jatuhan Botol



Mencungkil Dan Masuk (Menolak, menahan,  mencungkil dan skor)

Skor

Bilangan Bola Masuk
Markah
1


3


5


Jumlah skor




___________________________________________________________________

Jumlah Markah=



Konsep Model Bunker & Thorpe (1982)



Salam...

Ok nampak tak tajuk tu??
 Kalau anda adalah pelajar IPG kampus mana pun dan mengambil opsyen PISMP PJ major atau minor mesti kenal dgn tajuk tu kan??
 Jadi di sini akan dikongsikan kepada anda apakah yg di maksudkan dengan TGFU model Bunker and Thorpe 1982 secara ringkas yg mungkin.
 Selamat membaca dan beramal...


 Hopkins 1975, Pembelajaran kemahiran melalui keseronokan.

 Werner 1996, Peningkatan keseronokan (enjoyment) dan penglibatan dikaitkan dengan peningkatan prestasi.


Langkah 1
Permainan
· ( Nama Permainan )

· Fikirkan tentang;
· -Kawasan
· -Bilangan pemain
· -Alatan
=-Kumpulan sasaran
 Pelajar/Murid

Langkah 2

 Apresiasi Permainan
 Peraturan Permainan
 Ubahsuai
 Variasi

Langkah 3
Kesedaran Taktikal
 Prinsip pergerakan
 Ruang dan masa
 Situasi lanjut
 Kesan kelemahan lawan

Langkah 4

 -Membuat Keputusan
 -Apa yang perlu dilakukan?
 Nilai situasi
 Kenal pasti dan menjangka kemungkinan

Bagaimana melakukannya?
 Pemilihan tindakan yang sesuai mengikut situasi dan keadaan.

Langkah 5

Pelaksanaan Kemahiran
Butiran mengajar untuk menghasilkan pergerakan sebenar dalam situasi permainan

Langkah 6

Prestasi
Penilaian kebolehan berasaskan kriteria


Kitaran Model Bunker & Thorpe 1982





KATEGORI/JENIS PERMAINAN


Sasaran (Target)
-Pukulan (Striking)
-Jaring/Dinding (Net/Wall Serangan/Kawasan (Invasion/Territory)

Sasaran (Target)

Penekanan kepada ketepatan dan kawalan.
Modifikasi cabaran;

 Saiz sasaran
 Jarak dan peralatan
 Sasaran bergerak
1. Perlahan
2. Laju
Strategi

 Menyerang = merancang bagi mengenakan sasaran dengan mudah.
 Bertahan = mempertahan/menghalang objek daripada mengenakan sasaran.


Jenis-jenis sukan permainan

Sasaran

Archery
Golf
Lawn bowls
Tenpin bowling
Bocce
Croquet
Billiards and
snooker

Jaring/Dinding (Net/Wall)

Melibatkan pergerakan, kawalan dan pukulan ke arah ruang ditetapkan.
Pemain akan membuat pihak lawan sukar untuk menerima atau mengembalikan objek
   permainan.
Strategi

a. Menyerang = menghantar objek di tempat yang sukar bagi pasukan lawan  
    untuk mengembalikannya.
b. Pemboleh ubah seperti ruang, kelajuan, jarak dan ketinggian laluan objek.
c. Bertahan = sentiasa bersedia dan kawal ruang serangan.

Jenis-jenis sukan permainan Jaring/Dinding
-Badminton
-Squash
-Tennis
-Table tennis
Volleyball

Pukulan/Pemadang (Striking/Fielding)
Melibatkan larian, pukulan, lontaran, tendangan, dan tangkapan.
Runners memukul, menendang atau melontar objek dan lari ke tapak ditetapkan.
Fielders cuba dapatkan objek dan menghentikan larian lawan.
Strategi

 Menyerang = arah gerak objek (Placement) bertujuan menyukarkan fielders .
 Bertahan=bertindak balas dan menjangka (anticipate) pergerakan objek, Sentiasa bersedia dan gerak pantas mendapatkan objek.

Jenis-jenis sukan permainan Pukulan

- Cricket
-Softball
-Baseball

Serangan/Kawasan (Invasion/Territory)

Melibatkan kawalan objek dan menjauhkannya daripada pihak lawan sambil menyerang.
Boleh melibatkan tendangan, balingan dan sebagainya.
Strategi

 Menyerang = mengawal objek daripada dirampas pihak lawan. Cuba buat serangan untuk mendapatkan gol (Kemenangan). Bergerak sambil membuka ruang serangan
 Bertahan = menghalang penyerangan mendapat gol/mata dengan berada di perantaraan penyerang dengan ruang serangan. Gunakan tangan, kaki atau kayu atau badan untuk menyekat serangan. Kawalan gol (Serangan).

Jenis-jenis sukan permainan Serangan/Kawasan

Hockey
Soccer
Australian
 -rules football
-Rugby league
Rugby union
Touch
Water polo
Basketball

Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Mengelola dan Mengurus Permainan Kanak-Kanak

Kenal pasti latar belakang murid-murid.
 -Kawasan permainan selamat dari sebarang ancaman bahaya.
-Sentiasa sediakan peti pertolongan cemas.
Pakaian pemain sesuai
Peralatan dipastikan kesesuaian dan selamat digunakan.
Ubahsuai tahap kesukaran permainan berdasarkan umur murid-murid.
Kawal bilangan pemain.

LANGKAH PERMAINAN IKUT TGFU






Bentuk permainan

Nama permainan : baling tin
Kawasan permainan : gelanggang tenis/padang atau kawasan lapang 20 x 20
Bil pemain: 8 orang sekumpulan.
Alatan : bola kertas + tin
Lakaran gelanggang dan kedudukan permainan

Apresisi permainan

Peraturan permainan:
- pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang pelajar.
- Permain perlu menjatuhkan tin dan berusaha membina semula 4 tin yang dijatuhkan sebelum tekena balingan oleh pihak lawan
- pemain yang terkena balingan dikira terkeluar dari permainan

Langkah keselamatan :

- pemain memakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai.
- Memastikan gelanggang tidak licin dan bebas daripada benda tajam dan merbahaya.

Pengubahsuaian permainan :

Permainan ini diubahsuai daripada permaianan tradisional iaitu

Variasi :

- menggunakan bola kertas menggantikan bola baling
Dalam satu kumpulan ,pemain hanya dibenarkan membuat sekali percubaan sahaja untuk menjatuhkan tin

Kesedaran taktikkal

-setiap kumpulan perlu meikirkan strategi untuk membina semula tin bagi mendapatkan mata

Prinsip pergerakan :

-Koordinasi mata dan tangan
-Fokus kepada bola dan kedudukan lawan.
-Kawalan bola

Ruang dan masa :

- Saiz gelanggang takraw
- permainan akan ditamatkan selepas 30 minit dan pasukan yang mengumpul mata terbanya
  akan memenangi pertandingan

Situasi semasa dan lanjut :

- menggunakan taktik menyerang untuk mendapatkan mata.
- Strategi menyusun ahli kumpulan untuk membentuk posisi terbaik sama ada sebagai penyerang ataupun bertahan
-boleh menggunakan kepantasan untuk mengelak bola kertas apabila dibaling
- Menggunakan taktik “menunggu masa sesui” dan tidak membaling terlalu jauh bola kertas 
yang digunakan untuk mengelakkan pihak lawan daripada mendapatkan mata.




Kesan kelemahan pihak lawan :

-Hantaran bola ke tempat kosong dan sudut yang sukar.
-Pemain yang laju dan pantas perlu dimatikan terlebih dahulu
-Hantarkan kepada tangan lawan yang lemah.

Membuat keputusan

Apa dan kenapa perlu dilakukan :
- Menilai situasi dalam ruang yang ada untuk menyerang
-Mengenalpasti ruang kosong dan tangan yang lemah untuk menghantar bola ke arah pihak   
 lawan.

Perlaksanaan kemahiran

1) teknik menyerang : menjatuhkan tin dan seterusnya berusaha membina semula
-Perhatikan situasi dan kenalpasti situasi bahaya.
-Anggarkan jarak lawan sebelum membina semula tin

2) teknik menahan : antisipasi lawan
-Perhatikan kedudukan pihak lawan
-Perhatikan gerak-geri pihak lawan yang mengambil ingin membina semula tin
-Anggar perlakuan dan pergerakan bola.
-Bertindak balas daripada perlakuan pihak lawan untuk membuat keputusan.

Penilaian :
-prestasi diambil kira dengan jumlah bilangan tin dibina semula oleh pemain penyerang sebelum terkena bola kertas