Istilah
pengurusan merujuk kepada satu set keinginan yang direkabentuk untuk
meninggikan dan mengarahkan kerja yang ditentukan. Jadi bagi sesetengah
keadaan, setiap orang itu adalah pengurus sekalipun hanya dengan bertindak ke
atas diri dan urusan peribadi.
Apabila seseorang itu berkumpul bersama-sama dalam satu hubungan yang formal
seperti dalam sebuah organisasi maka pengurusan menjadi satu bidang aktiviti
yang utama.
Organisasi lebih menekankan pentingnya teori-teori dan
model yang berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang rasional atau berakliah
dengan model-model tertentu yang berkait dengan objektif organisasi itu
sendiri.
Di sini terdapat 4 definisi pengurusan yang telah dikemukakan, iaitu:-
1. Ialah
satu proses dimana kerja dapat dilaksanakan dengan mengembeling sumber manusia
serta membimbing dan memberi motivasi kepada usaha mereka ke arah pencapaian
objektif organisasi. (Hilgert & Leonard).
2. Pengurusan
ialah usaha pencapaian objektif organisasi melalui sumber manusia dan sumber
teknikal dengan cara yang paling efektif. (Boona dan Kurtz).
3. Pengurusan
adalah satu proses mengkoordinasi sumber manusia dengan sumber yang lain dalam
sesuatu organisasi bagi mencapai tujuan dan matlamat organisasi tersebut.
(Gitmen & Mc Daniel).
4. Pengurusan ialah
satu proses perancangan, perlaksanaan, pengarahan dan kawalan perlakuan
organisasi. (Wager & Hokenback).
Sumber
:
No comments:
Post a Comment