PENGENALAN
Jika kita menyusuri budaya kehidupan masyarakat kini, kita sering melihat dan mendengar masalah-masalah obesiti dan gaya hidup yang kurang sihat diterapkan dalam masyarakat. Disinilah peranan senaman dan aktiviti fizikal yang dapat membantu mengurang gejala yang sedang menular dalam masyarakat kini. Terdapat tiga domain utama dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani iaitu domain psikomotor, domain kognitif dan afektif. Dalam Pendidikan Jasmani beberapa aspek yang perlu diberi tumpuan selain daripada kemahiran motor. Aspek tersebut ialah penjagaan kesihatan melalui aktiviti kecergasan disamping penerapan nilai-nilai murni melalui pengenalan aktiviti fizikal.
Pendidikan Jasmani hendaklah memberi peluang kepada pelajar menikmati kepuasan dan kegembiraan melalui aktiviti yang bersesuaian dengan jasmani dan psikologi. Pendidikan Jasmani juga merupakan satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan kemampuan seseorang individu melalui pendekataan aktiviti fizikal. Boleh dikatakan setiap pelajar normal gemar menjalankan aktiviti seperti berlari, melompat dan membaling. Berdasarkan fakta ini pendidikan jasmai yang di ajar terutama di sekolah rendah perlu lebih menumpukan kepada pembinaan kemahiran asas. Pendidikan Jasmani harus dijalankan tanpa melibatkan pengajaran yang terlalu teknikal sehingga akan membosankan pelajar.
1.1 KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI
Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. (Pettitor, dalam Wee Eng Hoe 2005)
Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Secara ringkasnya Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986). Pendekatan dalam pendidikan jasmani masa kini tertumpu antaranya kepada nilai pendidikan yang dibina. Pendidikan jasmani juga mampu memberi sumbangan terhadap perkembangan kemahiran dan kecegasan jasmani serta menjadi pemangkin terhadap tabiat sosial yang murni. Selain itu, matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai alat untuk mendorong kegiatan-kegiatan kognitif seperti penerokaan, proses berfikir dan penyelesaian masalah. Kesemua ini menjadikan matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai satu keperluan bagi membina perkembangan keseluruhan kanak-kanak.
Dengan kata lain Pendidikan Jasmani adalah merupakan matapelajaran yang diperkenalkan di sekolah yang memiliki kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor. Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif (Asiah Abu Samah,1993).
Rajah menunjukkan tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani
1.1.2 Domain-domain yang membentuk nilai pendidikan dalam Pendidikan Jasmani
Kognitif Afektif Psikomotor
• Amalan berfikir
• Proses penerokaan
• Inkuiri penemuan
• Penyelesaian masalah
• Sikap ingin tahu
• Proses imaginasi
• Permikiran kreatif
• Permikiran kritis • Konsep kendiri
• Permahaman kendiri
• Penghargaan kendiri
• Kawalan kendiri
• Emosi • Kecergasan
• Kekuatan otot
• Daya tahan otot
• Pengamatan motor
Aspek Kognitif
Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta menginterprestasi. Dengan kata lain pembangunan kognitif melibatkan rangsangan pemikiran yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan.
Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar dapat menjadikan pendidikan luar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya sebelum mengikuti pendidikan luar pelajar perlu mempelajari cara melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dan disiplin. Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti pendidikan luar membawa kepada pelaksanaan aktiviti pendidikan luar yang lebih cekap dan berkesan.
Pengetahuan tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Program pendidikan luar yang baik bukan saja memberi kekuatan fizikal tetapi seharusnya dapat memberi kekuatan kognitif. Dengan berfikir seperti penyelesaian masalah, pemahaman, penilaian dan kreativiti seharusnya diserapkan dalam aktiviti pendidikan luar.
Aspek Afektif
Matlamat utama yang diingini oleh semua program pendidikan luar pada umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, apresiasi, dan nilai dan pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain. Pendidikan luar memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan yang akrab akan berlaku ketika menjalankan aktiviti pendidikan luar.
Pendidikan Jasmani perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kebersihan, penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan dalam aktiviti fizikal. Emosi adalah suatu elemen yang penting dalam perkembangan kanak-kanak melalui penglibatan di dalam pesertanya. Contohnya dengan aktiviti pendidikan luar peserta akan membentuk persefahaman peranan secara luaran dan dalaman diri.
Pendidikan luar adalah suatu medium yang dapat membantu dalam pembangunan sosial. Pendidikan Jasmani akan menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan teratur akan menjadi pendidikan luar sebagai jambatan utama untuk mencapai matlamat sosial.
Aspek Kemahiran Psikomotor
Aspek Psikomotor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan. Psikomotor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Di dalam Pendidikan Jasmani suaian aspek ini perlu difokus selepas pelajar melepasi tahap minimum aspek fizikal dan psikomotor.
Bucher (1979) mengatakan bahawa pelajaran Pendidikan Jasmani berkemampuan untuk memberi sesuatu hasil yang berkesan kepada pelajar melalui proses pembelajaran yang telah digariskan dalam suatu kurikulum bagi memenuhi keperluan pelajar. Menurut Weston (1979) yang berpandangan bahawa kurikulum yang dihasilkan adalah program yang dirancang untuk kepentingan pelajar yang telah mengambil kira semua faktor utama seperti sekolah dan keperluan pelajar sebagai matlamat.
Menurut Raddick (1982) Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada pendidikan seseorang yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan. Ianya menekankan tentang pembentukkan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi dengan cara yang unik sehingga cara hidup dan kualiti seseorang ditingkatkan. Ianya lebih menekan pendidikan melalui Pendidikan Jasmani.
Pukal KBSM (1992) mendefinisikan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif. Ketiga-tiga unsur ini dapat dilakukan melalui pemupukan dan penerapan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Pendidikan Jasmani adalah matapelajaran yang menekankan kepada proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi (Teng Boon Tong 2001).
Oleh yang demikian Pendidikan Jasmani boleh didefinisikan sebagai matapelajaran yang memberi penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi. Ianya juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan serta amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.
1.2 FALSAFAH, MATLAMAT DAN OBJEKTIF
Falsafah
Falsafah berasal daripada perkataan yunani tua yang philosophia yang bermaksud cinta kepada pengetahuan dan hikmah. Russle memahami falsafah sebagai sesuatu di antara teologi (ilmu ketuhanan dan agama) dan sains (sains-sains fizik dan kemanusian). Falsafah adalah sesuatu yang terletak di antara sains dan teologi.
Falsafah merupakan susunan ayat yang digunakan secara jelas tentang sesuatu pegangan. Falsafah akan mempengaruhi secara keseluruhan terhadap prinsip, teori dan cara kerja dalam sesuatu aktiviti. Ciri-ciri falsafah yang baik:
• Falsafah mempunyai susunan ayat yang jelas.
• Falsafah bukan menekankan kepada teori tetapi lebih kepada aktiviti.
• Falsafah menekankan kepada prinsip menjelaskan.
• Falsafah yang baik tidak bergantung kepada jumlah ayat tetapi kepada keupayaan memberi penerangan.
• Falsafah seharusnya memberi panduan yang tepat.
Bucher (1979) menyatakan bahawa falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari objektif yang mampu memberikan kefahaman, pengertian dan suatu tafsiran terhadap sesuatu prinsip dan konsep. Objektif utama yang digariskan dalam PJ adalah bertujuan untuk mencapai matlamat kandungan pelajaran yang merangkumi kesemua aspek domain pembelajaran.
Falsafah yang menepati kehendak pembelajaran akan berupaya membantu guru memahami semua tugasan secara menyeluruh bukannya secara berasing-asing. Ini bermakna melalui falsafah secara tidak langsung akan berupaya membantu guru supaya memahami peranannya yang telah ditetapkan. Dengan kata lain juga falsafah juga boleh diibaratkan sebagai petunjuk arah dan mampu membantu guru menghasilkan rumusan serta mampu membentuk matlamat secara tersusun dan berterusan.
Zeigler (1962) berpendapat falsafah dapat membantu guru memahamidan menghayati tanggungjawab pengajarannya dengan lebih menyeluruh. Ini dapat membantu menimbulkan kesedaran kepada guru untuk menumpukan peranannya melalui perancangan yang berlandaskan kepada objektif pengajaran yang sepatutnya.
Matlamat dan Objektif
Menurut Bucher dan Wuest (1987) penetapan matlamat dan objektif dalam Pendidikan Jasmani dapat membantu matapelajaran ini dalam aspek-aspek seperti berikut:
1. Memahami apa yang hendak dilakukan.
2. Membantu dalam menghasilkan keputusan yang lebih bermakna ketika berhadapan dengan masalah.
3. Memahami dengan lebih mendalam mengenai nilai Pendidikan Jasmani.
4. Memahami sumbangan Pendidikan Jasmani kepada masyarakat.
5. Menjelaskan tugas guru Pendidikan Jasmani kepada masyarakat.
6. Menghargai dan mengambilberat pencapaian murid melalui penglibatan mereka di dalam program di bawah penjagaan mereka.
Aktiviti Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan. Oleh ynag demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat utama Pendidikan Jasmani iaitu:
.²Pendidikan Jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan²
(Pusat Perkembangan Kurikulum,1999)
Seiring dengan matlamatnya guru perlu memahami objektif utama Pendidikan Jasmani yang digariskan seperti berikut:
1. Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan
perlakuan motor;
2. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri;
3. Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian;
4. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal
5. Membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan
6. Membuat keputusan bijak dalam kehidupan
(Sukatan Pelajaran Rendah Menengah, Pendidikan Jasmani, 1999)
Berdasarkan objektif Pendidikan Jasmani yang secara umumnya bertujuan untuk mencapai tahap kecergasan dan menguasai kemahiran sukan. Menurut Seefeldt dan Vogel (1986) persoalan mengenai objektif ini telah memberi tumpuan khusus kepada hubungan antara amalan kesihatan dengan kecergasan fizikal dan kemahiran motor sebagai satu kaedah yang mampu mengawal penyakit dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian dapat dirumuskan bahawa falsafah digunakan sebagai panduan dan penggerak dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial maka melalui Pendidikan Jasmani kesemua aspek ini boleh dicapai. Ini adalah berdasarkan keperluan dan inspirasi yang telah dinyatakan di dalam Buku Panduan Guru Pendidikan Jasmani Kesihatan (1988) Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.3.1 SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI
Ketika zaman prasejarah kegiatan jasmani dan kecergasan ketika itu didorong oleh perasaan untuk terus hidup dan merupakan satu kegiatan harian (routine) yang dilakukan dikalangan manusia. Memburu serta mengumpul merupakan aktiviti yang popular.
Masa telah mengubah segalanya kerana manusia kini lebih komited bergiat cergas dalam kegiatan jasmani dan kecergasan atas dasar kepentingan menjaga kesihatan. Sejarah perkembangan aktiviti Pendidikan Jasmani dan kecergasan ini akan mengupas aktiviti Pendidikan Jasmani yang pernah dilakukan bermula dari zaman dahulu purba hingga ke zaman moden.
Zaman Manusia Purba dan Kecergasan
Pada ketika ini manusia hidup dalam keadaan nomad iaitu berpindah-randah dan ketika di setiap penempatan aktiviti hanya bertumpu kepada memburu dan mengumpul makanan untuk terus hidup.
Aktiviti seperti memburu dan brkumpul ini merupakan sebahagian dari keperluan dalam kehidupan ketika itu. Ini merupakan salah satu komponen sosial. Setiap kali mereka berjaya mendapat tangkapan mereka akan berkumpul dan meraikan kejayaan itu dengan pelbagai aktiviti seperti menari, permainan kebudayaan dan juga menziarahi komuniti lain untuk bersama meraikan kejayaan di tempat lain. Jika dilihat, motif aktiviti di zaman paleolitik ini lebih kepada melibatkan diri dan berpesta. Aktiviti sebegini memerlukan tahap kecergasan yang tinggi dan konsisten.
Zaman Neolitik – Revolusi Pertanian
Zaman Neolitik Revolusi Pertanian merupakan zaman perubahan terhadap gaya hidup
primitif. Era ini merupakan zaman pembangunan dalam bidang pertanian. Manusia
tidak lagi berpindah-randah kerana amalan pertanian membantu manusia hidup
setempat dengan bekalan yang ada. Ini dapat merubah gaya hidup manusia zaman
primitif kepada gaya hidup manusia dan pertanian atau dikenali sebagai
”agrarian”. Akibat dari itu manusia mengamal gaya hidup ”sedentari” akibat
pengenalan teknologi yang memudahkan mereka.
Tamadun Kuno China dan India
Tamadun Kuno China dan India
Di negeri China pengajaran falsafah Confucious menggalakkan penglibatan dalam
aktiviti kecergasan fizikal. Ketika itu jika tidak melibatkan diri dalam
sebarang aktiviti kecergasan, mereka akan dikaitkan dengan penyakit yang
memberhentikan fungsi organ dalaman atau kini dikenali sebagai masalah sistem
kardiak. Ketika itu Kung-fu diperkenalkan sebagai aktiviti yang membantu tubuh
manusia menjadi sihat dan berfungsi. Pergerakan kung-fu dicipta dan kaya dengan
pelbagai bentuk pergerakan fizikal yang dibahagikan kepada beberapa bahagian
seperti pergerakan kaki yang berbeza dan meniru pergerakan binatang berlawan.
Ketika itu wujud juga aktiviti kecergasan yang lain seperti memanah, menari,
lawan pedang dan gusti.
Di India pula, manusia dihalang penglibatan mereka akibat kepercayaan agama Hindu dan Buddha. Mereka lebih menumpukan kepada aktiviti berbentuk spiritual. Manusia ketika itu mengabaikan aktiviti kecergasan.
Satu kaedah senaman yang mirip kepada kung fu telah dicipta yang masih terikat dengan kepercayaan agama yang dikenali sebagai yoga. Yoga dipercayai telah wujud lebih lima ribu tahun. Yoga bermaksud penyatuan terhadap tubuh, akal dan roh berdasarkan kepercayaan falsafah Hindu. Yoga mula dicipta oleh Mubaligh Hindu yang hidup dalam kesederhanaan yang berteraskan disiplin diri dan bermeditasi. Dari pemerhatian yang mereka lakukan, pergerakan haiwan dan kehidupannya menjadi asas kepada yoga. Mereka percaya aktiviti ini dapat mendekatkan manusia dengan alam seperti mana haiwan menyesuaikan diri mereka dengan alam sekitar.
Aktiviti yoga atau nama lainnya Hatha Yoga mula dijadikan teknik dalam beberapa program kecergasan. Postur badan dan teknik pernafasan merupakan kaedah yang paling baik. Yoga dapat membantu organ berfungsi dengan baik dan meningkatkan tahap kesihtan badan.
Timur Tengah
Pemerintahan politik dan pemerintahan tentera pada tamadun di Assyria, Babylon, Topikylon, Egypt, Palastine, Parsi, dan Syria pada ketika itu amat mementingkan tahap kecergasan yang tinggi dalam setiap pasukan tentera dan seluruh masyarakatnya. Pendekatan ini diamalkan dengan baik oleh tamadun Parsi. Pemimpin Parsi pada ketika itu menuntut semua rakyat supaya mempunyai tahap kecergasan yang tinggi.
Tahap kecergasan ini diperoleh melalui pelbagai latihan keras yang dilakukan. Ketika kanak-kanak berumur enam tahun, mereka adalah milik negara dan perlu melalui pelbagai latihan seperti berkawad, memburu, berkuda, memanah dan melontar lembing. Objektif latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kekuatan dan stamina dan bukannya untuk kebaikan kesihatan.
Zaman Greek – Athens
Masyarakat di Yunani amat mengutamakan kesempurnaan fizikal. Kota yang terkenal
dlam bidang Pendidikan Jasmani ketika itu ialah Sparta dan Athens. Di Sparta
objektif utama Pendidikan Jasmani ialah untuk menyumbang kepada pembentukan
tentera yang kuat, manakala di Athens, objektif banyak tertumpu kepada prinsip
demokrasi.
Greek adalah tamadun yang tiada tolok bandingnya dalam kemunculan aktiviti kecergasan. Masyarakat Greek ketika itu percaya keseimbangan antara kecergasan badan dan otak mempunyai kaitan yang rapat. Kecergasan fizikal dan minda penting sama penting dengan kepentingan kekuatan dan badan dalam menjana kesihatan mental.
Aktiviti gimnastik dengan menggunakan muzik merupakan antara pelajaran yang penting. Mereka mengatakan pergerakan gimnastik adalah untuk tubuh badan dan muzik itu untuk jiwa mereka. Gimnastik diajar di sebuah tempat yang dikenali ’Palaestras’, ianya merupakan tempat untuk remaja lelaki bagi aktiviti Pendidikan Jasmani. Di ’Palaestras’ merangkumi sebuah gelanggang gimnastik dalam dewan dan gelanggang untuk aktiviti luar seperti berlari, gusti dan melompat.
Apabila remaja ini telah dewasa, di antara umur 14 dan 16 tahun, tempat mereka berlatih ini akan berubah sebuah tempat yang dipanggil gimnasium. Di kedua-dua tempat ini latihan diawasi oleh jurulatih kecergasan yang dipanggil ’Paidotribe’.
1.3.2 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA
Sejarah Pendidikan Jasmani boleh dibahagikan kepada empat era iaitu:
1) Zaman sebelum penjajahan British
2) Zaman pemerintahan British
3) Sebelum merdeka
4) Selepas merdeka
Zaman Sebelum Penjajahan British
Ketika zaman sebelum penjajahan British, Negara ketika itu tidak langsung memiliki satu sistem pendidikan yang tersusun dan berbentuk formal. Pendidikan ketika itu banyak tertumpu kepada kelas-kelas pengajian yang tidak formal seperti kelas agama manakala kedudukan Pendidikan Jasmani ketika itu boleh dikatakan tidak diutamakan dan tidak memiliki objektif yang jelas.
Zaman Pemerintahan British
Pihak British ketika menjajah Tanah Melayu telah mula memperkenalkan sistem pendidikan yang diadun dengan pengaruh mereka yang kebaratan. Pendekatan ini banyak tertumpu di negeri-negeri selat yang berada dalam taklukan British. Kebanyakan sekolah diurus dan dibuka oleh mubaligh kristian dan juga syarikat-syarikat Inggeris.
Latihan jasmani yang diajar di sekolah-sekolah Melayu diajar bermula dari darjah satu hingga empat dan hanya menjadi matapelajaran sampingan. Selepas tahun empat pendidikan jasmani diajar di Special Mlay Class. Pada tahun 1856, ia diajar di dua buah sekolah Melayu di Singapura. Namun, kurikilum pendidikan jasmani adalah terhad kerana kerajaan British bersikap sambil lewa.
Sekolah Cina di Melaka menjadikan Pendidkan Jasmani sebagai matapelajaran pada tahun 1815. Pada tahun 1819, Pendidikan Jasmani dijadikan sebagai matapelajaran yang diajar di tiga buah sekolah di Singapura. Pendidikan Jasmani ketika itu juga diajar di sekolah menengah rendah seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh, dan Muar pada tahun 1923-1925. Bermula pada 1930-an Pendidikan Jasmani mula diperkenalkan di sekolah menengah atas seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Ipoh. Manakala di Melaka dan Pulau Pinang (1816), sekolah Inggeris ditubuhkan dari usaha para mubaligh Kristian (Mohd.Soffian et.all, 2003)
Zaman Sebelum Merdeka
Pada zaman sebelum merdeka sekitar 1930-an, pelbagai usaha giat dijalankan untuk menggubal sukatan pelajaran bagi Pendidikan Jasmani bermula. Isi kandungan bagi sukatan pelajaran kebanyakannya mirip sukatan latihan fizikal sekolah-sekolah di England. Pada tahun 1946 Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak telah menggubal sukatan latihan jasmani. Rentetan terhadap perubahan dasar mulai tahun 1952, guru tempatan mula dihantar ke luar negara untuk dilatih sebagai guru. Mereka dilatih dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di Kirby Brisnford.
Zaman Selepas Merdeka
Pada zaman selepas merdeka, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani yang dihasilkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris digunakan pada tahun 1950-an dengan beberapa penyesuaian dan pindaan. Sukatan ini dikaji semula dan dalam tahun 1966,satu sukatan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan telah disiapkan. Pendidikan Jasmani mula diberi penghargaan pada tahun 1960 apabila Maktab Perguruan Ilmu Khas memulakan kursus Tambahan Setahun Pendidikan Jasmani. Kursus ini diperluaskan untuk kaum wanita dalam tahun 1961.(Mohd.Soffian et.all, 2003)
Dalam tahun 1971, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani mula disemak sekali lagi dan dikeluarkan dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (Wee Eng Hoe,1998). Pendidikan jasmani telah digabungkan pula dengan pelajaran kesihatan, gabungan kedua-dua matapelajaran ini kemudiannya dijadikan sebagai satu matapelajaran teras yang wajib diikuti oleh semua pelajar di sekolah.

1.4 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI
Terbahagi kepada 2 komponen iaitu :
• sains dalam perkembangan pertumbuhan manusia
• sains dalam tubuh badan manusia
Sains Dalam Perkembangan Pertumbuhan Manusia
Terbahagi kepada 2 komponen iaitu :
• sains dalam perkembangan pertumbuhan manusia
• sains dalam tubuh badan manusia
Sains Dalam Perkembangan Pertumbuhan Manusia
Kajian Asas Anatomi dan Fisiologi Manusia.
• Manusia dan haiwan mempunyai kebolehan menggerakkan tubuh badan antara satu sama lain
• Pergerakan yang sesuai dengan jenis tugasan
• Hasil daripada pergerakan ini, wujud kajian tentang perubahan fungsi dalan tubuh
• Perubahan ini dinamakan sebagai Fisiologi Senam
Sel + sel > tisu-tisu > organ + organ > system
Sel
• Merupakan bahagian terkecil dalam tubuh
• Semua sel mempunyai nucleus kecuali sel darah merah
• Makanan menyebabkan sel mengalami proses pembahagian
• Tubuh badan yang lebih besar mempunyai sel yang lebih besar
Tisu
• Tisu merupakan sekumpulan sel yang melakukan kerja yang sama
• Contoh tisu ialah tisu saraf, tisu kulit, tisu darah, tisu tulang dan tisu otot
• Setiap lapisan kulit mempunyai tugas yang berbeza
Organ
• Terdiri daripada satu kumpulan tisu yang melakukan kerja yang sama
• Kulit dianggap satu organ yang kerana beberapa lapisan telah digabungkan
Sistem
• Sekumpulan organ yang berkerjasama dengan satu tujuan dipanggil system
• System yang berlainan saling bergantung antara satu sama lain
Sistem Rangka
• Tulang secara berkumpulan membentuk rangka tubuh badan
• Badan kita mempunyai 206 tulang
• Terdiri daripada tulang luar, tulang panjang, tulang luar biasa, tulang datar dan tulang sesamoid
• Rangka berfungsi sebagai perlindungan, sokongan, pergerakan, penghasilan sel darah, dan setor kalsium
Sistem Otot
• Badan kita mempunyai 600 otot yang berkerjasama antara satu sama lain
• Otot boleh memendek dan memanjang untuk menggerakkan bahagian tubuh
• Dibahagikan kepada 3 jenis otot iaitu otot licin, otot jantung dan otot rangka
• Pengucupan otot dapat dibahagikan kepada :
- isometrik = penguncupan ini menyebabkan otot menghasilkan kuasa
terhadap beban yang tetap dan tidak bergerak
cth : menolak dinding
- isotonik = menyebabkan pemanjangan dan pemendekan otot
cth : otot bisep semasa mengangkat dumbell
Sistem Saraf
• Terdapat sejumlah 10 bilion sel dalam badan manusia
• System ini menerima dan menghantar mesej
• System ini menyebabkan tubuh badan melakukan sesuatu dengan 2 cara :
- Lakuan voluntari- menghantar mesej terus kepada otak dan otak menentukan apa yang patut dilakukan dan seterusnya di hantar kepada bahagian tubuh selepas membuat keputusan
- Mesej yang di hantar tidak melalui otak dan proses ini dinamakan Tindakan Luar Kawalan atau involuntari.
cth : bernafas
Sistem Respiratori
• Oksigen dibawa masuk ke dalam tubuh badan melalui system pernafasan
• Pernafasan luar/ eksternal
Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida dalam tubuh badan dengan persekitaran luar
• Pernafasan dalaman/ internal
Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida di antara sel-sel tisu dan cecair di sekelilingnya
• Semasa udara di sedut hanya 75% sahaja udara mengalami pertukaran gas dan karbon dioksida
Sistem Kardiovaskular
• Dikenali sebagai system peredaran darah
• Sistem ini merangkumi jantung, kapilari, arteri, dan vena
• Jantung mengepam darah. Arteri membawa darah dari jantung ke tisu-tisu. Arteri bercabang membentuk kapilari dan kaoilari membentuk vena. Vena mengalirkan darah ke tisu badan dan kembali semula ke jantung.
• Semasa berlatih atau bersenam otot kita memerlukan oksigen yang boleh diperolehi melalui peningkatan jumlah darah yang dipam oleh jantung
Sistem Pencernaan
• Memproses makanan dan membekalkan tenaga bagi menghasilkan sel-sel baru dan membolehkan tindak balas kimia berlaku dalam tubuh
• Makanan di cerna kepada bahagian yang kecil dan di hantar melalui saluran darah dan system limfa ke hati untuk diproses.kemudian akan dihantar ke sel-sel
• System pencernaan mempunyai 4 bahagian penting iaitu mulut, perut, usus besar dan usus kecil
Sistem Pembiakan
• Organ-organ yang membentuk system pembiakan boleh I bahagikan kepada 2 iaitu organ perlu ( Gonad ) dan organ aksesori
• Organ perlu menghasilkan sel-sel seks dan organ aksesori membantu dalam proses pembiakan
Lelaki : organ perlu ialah sepasang testis dan organ aksesori ialah duktus
ganetalia, kelenjar dan struktur penyokong.
- Testis berperanan untuk menghasilkan sperma dan hormon
- Duktus berperanan sebagai salur untuk sperma keluar bertujuan untuk melakukan persenyawaan
Wanita : organ perlu ialah sepasang ovari dan organ aksesori ialah tiub uterin,
uterus, vagina, genitalia eksternal dan kelenjar mamari
- ovari menghasilkan ovum dan hormone seks wanita (ekstrogen dan progesteron )
Senaman Dan Latihan
• Senaman dan latihan amat penting dalam mempertingkatkan kecergasanseseorang
• Kecergasan seseorang bergantung kepada kemampuan system tubuh badan, otot-otot, pernafasan, peredaran darah, jantung dan lain-lain dapat berkerjasama dengan cekap
• Oleh itu, senaman dan latihan amat diperlukan bagi membantu seseorang itu mencapai tahap kecergasan yang maksimum
Kesan Senaman Dan Latihan
• Senaman bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kecergasan tetapi membantu mengawal berat badan
• Satu cara membakar lemak ialah melalui senaman dan latihan. Senaman menyebabkan penggunaan tenaga yang kebanyakannya dihasilkan daripada pembakaran lemak
• Kadar penggunaan tenaga dipengaruhi oleh intensiti dan tempoh kegiatan senaman dan latihan dilakukan.
• Tindak balas terhadap senaman ini terjadi apabila perubahan fungsi yang sementara berlaku dengan mengejut di dalam tubuh badan. Perubahan fungsi ini pula akan kembali normal selepas masa senaman dan latihan itu tamat.
Contoh : peningkatan kadar nadi
• Kesan senaman dan latihan dapat dilihat melalui 2 aspek iaitu :
- Jangka pendek
- Jangka panjang
Kesan Jangka Pendek
• Meningkatkan lagi kadar pernafasan iaitu memerlukan gas oksigen dan pembebasan gas karbon dioksida
• Kadar metabolisma meningkat.Banyak makanan diperlukan untuk menghasilkan tenaga bagi menjalankan aktiviti dan banyak bahan buangan dikeluarkan seperti laktik asid, urin dan gas karbon dioksida
• Meningkatkan bilangan sel darah merah untuk memperbanyakan pembawaan gas oksigen dalam darah
• Meningkatkan pengeluaran kardiak. Pengeluaran kardiak sama dengan pendaraban pengeluaran darah dengan jumlah darah yang dikeluarkan setiap degupan jantung (stroke volume )
• Meninggikan kadar degupan jantung dan tekanan darah. Dinding jantung bagi seseorang yang menjalankan aktiviti yang cergas menjadi tebal dan ini membolehkan jantung itu mengepam darah denagn banyaknya bagi setiap denyutan sama ada semasa rehat atau bersenam
• Mengembangkan lagi arteri untuk menghantar lebih darah ke otot-otot semasa senaman dilakukan
• Meninggikan lagi suhu tubuh badan manusia. Haba yang di bebaskan melalui perpeluhan kulit
• Mengurangkan kandungan kolestrol dan lemak di dalam darah.Situasi ini mengurangkan serangan sakit jantung dan penyakit sakit angina
• Menambahkan lagi isipadu otot agar lebih banyak darah mengalir pada otot
• Menolong merendahkan titik tetap seperti meningkatkan jisim otot, mengurangkan selera makan, menmbahkan enzim untuk pembakaran lemak dan menambah tahap penggunaan tenaga
Kesan Jangka Panjang
• Berlaku peningkatan saiz otot akibat daripada pertukaran dalam sarkoplasma dalam otot gentian individu dan juga berlaku penambahan tisu perantaraan antara otot-otot gentian
• Peningkatan saiz, kekuatan, dan kecekapan ke atas jantung. Dinding jantung bagi seseorang yang sentiasa menjalankan aktiviti yang cergas menjadi tebal dan ini membolehkan jantung itu mengepam darah dengan banyaknya bagi setiap denyutan sama ada semasa rehat atau bersenam
• Meningkatkan bilangan kapilari di mana ia akan menyebabkan berlakunya peningkatan daya tahan otot dan vascular
Sains Dalam Pergerakan Tubuh Badan Manusia

Pusat Graviti Dan Kerja.
Semakin jauh pusat graviti dibawa semakin banyak kerja yang dilakukan.
Contoh:-
Dalam acara lompat tinggi, atlit yang tinggi akan lebih mudah melepasi halangan dibandingkan dengan atlit yang rendah walaupun berat badan sama.
Aerodinamik
Bentuk yang dapat mengurangkan rintangan angin/udara.
Contoh:-
Bagi pelari pecut mestilah keadaan badan dicondongkan sedikit untuk mengelak dari rintangan angin dan mendapat pecutan yang baik.
Tenaga
Ialah keupayaan untuk melakukan kerja. Terdapat dua jenis tenaga dalam diri.
Tenaga potensi ( tenaga keupayaan ) ↔ Tenaga putaran.
Tenaga Potensi
Contohnya seorang akrobat terjun ke jongkang jongket, rakannya akan tercampak ke atas kerusi yang tinggi. Dalam melakukan aksi ini, dia dikatakan melakukan kerja (mencampak rakannya). Kerja inilah sebenarnya ’tenaga’ yang telah dipindahkan kepada jongkang jongket itu.
Tenaga Putaran
Tenaga putaran dapat dilihat dalam sukan perlu mematuhi prinsip-prinsip momen (principle of moments). Kesan tenaga putaran dapat ditambah dengan menambah beban atau memanjangkan jarak. Contoh, dengan memanjangkan raket badminton dengan menggenggam pada pangkalnya dapat menghasilkan pukulan yang kencang. Manakala dengan memendekkan pegangan akan memudahkan permainan dijaring, pantas dan terkawal.
Kestabilan
Kestabilan terbahagi kepada dua :
1. Statik
2. Dinamik
Kestabilan statik adalah pengekalan kestabilan tubuh semasa tidak bergerak. Contohnya kedudukan seorang pelari sebelum melakukan pecutan 100 meter. Kestabilan dinamik pula adalah kestabilan semasa dalam pergerakan. Contohnya seorang pemain bola keranjang melakukan jaringan secara terbang.
Geseran
Adalah satu daya yang menghalang penggelunsuran antara dua permukaan. Contohnya pemain bola sepak menggunakan kasut berstad supaya dapat bergerak dengan stabil dan tidak tergelincir, geseran diantara tapak dengan rumput itu menjadikan pemain itu lebih stabil.
Hukum Newton
Terbahagi kepada tiga:
1. Hukum inersia
2. Hukum pecutan
3. Hukum aksi-reaksi
Hukum Inersia
Suatu objek yang tidak bergerak akan kekal dalam kedudukannya dan suatu objek bergerak akan mengekalkan kelajuan dan arah pergerakan yang sama sehingga ia diubah oleh daya luar. Contohnya, bila bola disepak ia akan mengikut arah dan laluan yang lurus sehingga dipaksa menukar sifat pergerakan oleh daya-daya luar. Daya yang menukar arah bola itu boleh wujud dalam bentuk graviti, rintangan udara, tiupan angin atau objek lain.
Hukum Pecutan
Hukum pecutan ialah apabila suatu objek dikenakan suatu daya ia akan bergerak dalam arah yang sama dengan daya berkenaan. Contohnya raket berat adalah sukar diayun tetapi tidak perlu banyak tenaga untuk menghasilkan pukulan kencang berbanding raket yang ringan.
Hukum Aksi-Reaksi
Hukum ini menyatakan bahawa bagi setiap aksi (tindakan) akan terdapat satu reaksi (tindak balas) yang sama kuat dari arah yang bertentangan. Contohnya dalam acara tarik tali, apabila pasukan A mengundur 1 meter maka pasukan B akan terpaksa melangkah 1 meter kehadapan.
Gerakan
Gerakan terbahagi kepada dua iaitu:
1. Gerakan linear.
2. Gerakan putaran.
Gerakan Linear
Gerakan linear ialah pergerakan tubuh ataupun objek dalam laluan yang lurus dan dengan kelajuan yang seragam. Contoh pergerakan linear adalah berjalan atau berlari.
Gerakan Putaran
Gerakan putaran adalah hasil dari pergerakan yang berbentuk separuh bulatan yang berpusatkan suatu pusat yang tetap. Contohnya membaling bola merupakan gerakan putaran dari tangan dan sendi bahu yang kemudiannya ditukar kepada gerakan linear pada bola sebaik sahaja ia berlepas dari tangan.
Sistem Tuas
Sistem tuas terbahagi kepada tiga:
1. Tuas kelas pertama.
2. Tuas kelas kedua.
3. Tuas kelas ketiga.
Tuas kelas pertama
Apabila aksis (falkrum) berada diantara daya dengan beban.
Tuas kelas kedua
Apabila beban berada diantara daya dengan fulkrum.
Tuas kelas ketiga.
Bila daya berada diantara beban dengan fulkrum.
Contohnya ; ketika menolak bola hoki.
Sumber :
hebat lablog nie i like..menarik dan sngat berinfomasi..tq sharing
ReplyDelete