Showing posts with label PERGERAKAN ASAS. Show all posts
Showing posts with label PERGERAKAN ASAS. Show all posts

Tuesday, 13 November 2012

Senaman Kalistenik



Definisi

Kalistenik ialah senaman yang merangkumi pelbagai pergerakan asas. Senaman kalistenik biasanya dilakukan tanpa menggunakan beban dan sebarang peralatan. Ia bertujuan untuk meningkatkan kekuatan dan fleksibiliti badan. Senaman kalistenik yang dilakukan semasa memanaskan badan membantu melonggarkan otot-otot dan menyediakan badan untuk melakukan aktiviti senaman. Dengan cara ini kecederaan otot dapat dielakkan. Kalistenik yang dilakukan semasa menyejukkan badan membantu mengelakkan dari berasa pening atau pitam dan kesakitan otot yang selalunya disebabkan oleh tindakan kita berhenti serta merta selepas senaman.
Senaman kalistenik merupakan pergerakan yang dilakukan secara lokomotor dan secara bukan lokomotor. Ia melibatkan pergerakan-pergerakan asas seperti melompat, membaling, melontar dan sebagainya.

Antara aktiviti kalistenik ialah:

a. memalingkan kepala dari kanan ke kiri,
b. mendongakkan kepala ke arah langit serta bumi,
c. memutarkan kedua belah lengan dan juga kedua belah pergelangan kaki,
d. mengilas bahagian atas tubuh badan,
e. membongkok dan mengilas tubuh badan dan
f. melakukan berbagai-bagai jenis lompatan.





Kesemua aktiviti ini bukan sahaja akan menambahkan kelenturan anggota sendi serta melonggarkan bahagian otot bagi mencegah kecederaan, bahkan ia menjadikan pergerakan kita semasa melakukan aktiviti sukan dengan lebih fleksibel dan mobiliti.
Senaman kalistenik merupakan satu aktiviti yang serupa dengan sukan gimnastik. Tapi senaman kalistenik bukan sukan jenis gimnastik. Senaman kalistenik adalah senaman daripada pergerakan asas yang dilakukan secara lokomotor atau bukan lokomotor. Senaman kalistenik juga dapat dilakukan secara manipulasi alatan iaitu penggunaan alatan.

Kebaikan Senaman Kalistenik

a. Meningkatkan stamina individu
b. Senaman kalistenik boleh dilakukan didalam atau diluar rumah( persekitaran haruslah berada dalam keadaan bersih, terang dan tidak mempunyai objek-objek yang berbahaya)
c. Dengan mengamalkan senaman kalistenik dalam rutin seharian dan mengamalkan diet seimbang, tahap kesihatan dan kecergasan dapat ditingkatkan
d. Latihan kalistenik dapat meningkatkan juga keyakinan diri
e. Individu dapat berasa tenang dan yakin serta membina fizikal yang kuat dan lebih tangkas
f. Membantu mental sentiasa berada stabil dan membantu untuk mengawal depresi
g. Membantu individu untuk tidur dengan lena.

PEMANASAN BADAN

Memanaskan badan ialah satu bentuk senaman yang dilakukan sebelum sesuatu aktiviti dijalankan. Ia memberi kesan yang berfaedah termasuk mencegah kecederaan dan meningkatkan pengaliran darah ke bahagian otot-otot yang bergerak. Aktiviti memanaskan badan termasuk senaman ringan, aktiviti melonggarkan dan diikuti dengan senaman regangan. Fasa memanaskan badan mengambil masa kira-kira 5 hingga 10 minit.

Definisi

Memanaskan badan adalah proses untuk menaikkan suhu badan dan mempercepat peredaran darah ke seluruh badan. Melakukan senaman kalistenik seperti regangan untuk menyediakan badan bagi menghadapi senaman aerobik atau senaman yang lebih berat. Pemanaskan badan adalah sebagai persediaan tubuh badan menjalankan aktiviti berat. Regangkan otot-otot dan sendi-sendi serta perlahan-lahan meningkatkan kadar nadi yang dikehendaki sebelum mengerjakan aktiviti-aktiviti yang giat.

Tujuan

a. Memanaskan badan
b. Mengelakkan kecederaan pada otot dan sendi
c. Meningkatkan pengaliran darah ke jantung
d. Menyediakan tubuh badan, otot-otot dan sendi serta meningkatkan kadar nadi untuk menghadapi aktiviti seterusnya.
Lakukan senaman dengan mengerjakan otot-otot besar dengan perlahan-lahan bersama-sama. Regangkan otot dan sendi secara mudah serta senang.

Cara untuk memanaskan badan
 

a. Memanaskan otot-otot yang akan digunakan seperti berjoging selama 8-10 minit, contohnya seperti berenang atau berbasikal secara perlahan-lahan.
b. Melakukan Regangan (15 minit) - lakukan setiap regangan 10 -20 saat. Lakukan regangan tetapi jangan memaksa sehingga boleh mencederakan otot-otot
c. Senaman khusus - berlatih kemahiran seperti menendang, melontar atau aktiviti yang menggunakan tenaga tinggi.

Menyejukkan badan

Bersenam tidak berakhir begitu saja. Jika memanaskan badan adalah penting, menyejukkan badan selepas bersenam juga penting dan tidak boleh diabaikan.
Tempoh beberapa minit selepas bersenam perlu digunakan untuk menyejukkan badan, iaitu dengan cara berjalan perlahan dan melakukan teknik sama seperti memanaskan badan.
Menyejukkan badan memastikan darah mengalir melalui otot dan sebarang asid laktik yang terbentuk dalam sel otot boleh disebarkan melalui pengaliran darah ke hati. Jika berhenti bersenam secara mengejut, asid laktik yang ditinggalkan di belakang otot boleh menyebabkan kekejangan.

a. Penyejukan
Gunakan teknik sama seperti memanaskan badan. Untuk melakukan regangan terhadap otot tendon atau urat di belakang lutut, bengkokkan kaki kanan dan angkatkan ke atas. Regangan di tendon boleh dirasai apabila teknik ini dilakukan. Kekalkan kedudukan dengan mengira satu hingga lima. Ulangi teknik ini dengan menggunakan kaki kiri pula.

b. Memperlahankan kepantasan
Berjalan atau berjoging dengan perlahan selama beberapa minit memastikan darah bergerak memasuki otot untuk menyingkirkan asid laktik.

c. Menurun
Bagi menyejukkan otot belakang tubuh dan paha, berdiri tegak dan kemudian turunkan tubuh hingga kedudukan mencangkung tanpa menggunakan tangan. Ulangi pergerakan ini sebanyak lima kali.

Kebaikan menyejukkan badan

SAMA seperti kesan buruk yang dialami apabila tidak memanaskan badan, berhenti secara tiba-tiba selepas melakukan senaman juga merbahaya. Ambil sedikit masa untuk menyejukkan otot secara teratur untuk mengelakkan kekejangan dan mengurangkan kesakitan otot. Menyejukkan badan menyebabkan rerambut otot menutup dan menghalang darah `berkumpul' yang boleh membawa kepada penurunan tekanan darah secara tiba-tiba.

Selepas melakukan senaman dengan lasak, anda perlu secara beransur-ansur mengurangkan tahap keseriusan senaman dengan berjoging atau berjalan secara perlahan. Kemudian lakukan semula regangan dan melonggarkan tubuh seperti sebelum bersenam. Apabila semua ini dilakukan, anda dengan yakin boleh berhenti bersenam kerana melakukan usaha terbaik untuk melindungi tubuh anda.



Friday, 8 June 2012

Contoh Perlaksanaan Aktiviti Pergerakan Asas


1.0 PENGENALAN

Pergerakan merujuk kepada sebarang bentuk gerak yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan perubahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain iaitu pergerakan lokomotor, atau kekal di tempat tersebut yang dikenali sebgai pergerakan bukan lokomotor. Variasi dalam kemahiran ini boleh dilihat melalui aplikasi manipulasi alatan. Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan yang seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai. Pembelajaran manipulasi alatan mesti melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, riben, tali dan gelung.
            Setiap pergerakan di setiap stesen mewakili beberapa komponen pergerakan asas, sama ada pergerakan lokomotor seperti berjalan, berlari, bergallop, berskipping serta berguling atau pergerakan bukan lokomotor  seperti mengimbang, bangun duduk, menari nafas serta mengilas badan. Penggunaan alatan tidak terhad pada peralatan ringan seperti gelung yang menjadi peralatan utama untuk sesi amali malah turut melibatkan peralatan berat seperti peti lombol, bangku panjang, dan platform lompatan. Kesemua aktiviti ini merangkumi pergerakan asas yang dilakukan dalam kehidupan seharian.

2.0 MATLAMAT

            Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas harian ataupun dalam aktivit sukan dan rekreasi. Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid untuk melakukan pergerakan khasnya menginterpretasikan idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembangkan kesedarandan kefahaman konsep-konsep pergerakan.



3.0 OBJEKTIF

Objektif aktiviti pergerakan menggunakan alatan ini adalah :
1.    Memberi pendedahn serta mempraktikkan kemahiran menggunakan anggota badan untuk mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu objek.
2.    Melatih kecekapan untuk mengawal koordinasi, khususnya bagi aktiviti melibatkan lebih daripada uda pergerakan.
3.     Membina satu aktiviti rekreasi yang menyeronokkan untuk dipratikkan.
4.    Melatih guru-guru pelatih untuk merangka aktiviti yang bersesuian dengan keperluan jasmani dan kesesuaian alatan.
5.     Memenuhi kehendak tugasan KKBI subjek Pergerakan Asas.


4.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT AKTIVITI

Tarikh                         :           15 Februari 2011

Masa                          :           8.00 pagi-9.45 pagi

Tempat aktiviti           :           Gimnasium Ipg KDRI


5.0 KUMPULAN SASARAN

 Murid-murid tahap dua sekolah rendah.


6.0 PANDUAN PERLAKSANAAN

BIL STESEN
JENIS PERGERAKAN
NAMA PERGERAKAN
GAMBARAJAH



1.



Bukan lokomotor

Imbangan depan
-Mengangkat lurus kaki  ke belakang dan tangan ke hadapan



2.



Lokomotor

Skipping
- Bergerak ke hadapan  secara lompat skip sambil memusingkan tali.




3.



Bukan lokomotor


Wiper
-Membengkokkan badan ke sisi kanan dan kiri.



4.



Lokomotor

Hop-Hop
-Memusingkan tali  360 ͦsambil melompat bersamanya dan bergerak ke hadapan.




5.



Bukan lokomotor

Imbangan V
-Membengkokkan badan dan kaki untuk membentuk huruf “v”di atas peti lombol.



BIL STESEN
JENIS PERGERAKAN
NAMA PERGERAKAN
GAMBARAJAH



6.



Lokomotor


Guling hadapan
-Berguling hadapan di atas tilam.



7.



Bukan lokomotor

Putaran tali
-Berdiri di atas satu kaki sambil memusingkan tali.




8.



Lokomotor


Lompat bintang
-Melompat bintang ke sisi.





9.



Bukan lokomotor

Sleeping buddha
-Berbaring sisi sambil mengangkat  lurus sebelah kaki dan tangan ke atas.




10.



Lokomotor


Teng-teng
-melompat menggunakan sebelah kaki.


BIL STESEN
JENIS PERGERAKAN
NAMA PERGERAKAN
GAMBARAJAH



11.



Bukan lokomotor

Duduk jangkau
-membuka luas kaki kemudian menjangkau tangan ke hadapan sejauh mungkin.




12.



Lokomotor


Bunny hop
-Melompat secara menyilang merentasi bangku.




13.



Bukan lokomotor

Bangun tubi
-kaki dibengkokkan sedikit,baring kemudian bangun berulang kali.





14.



Lokomotor


Merangkak bayi
-merangkak melalui tangga.





15.



Bukan lokomotor
Putaran gasing
- Berpaksikan sebelah tangan yang diluruskan,pusingkan badan mengeliling paksi tangan.



BIL STESEN
JENIS PERGERAKAN
NAMA PERGERAKAN
GAMBARAJAH



16.



Lokomotor

Gallop
-Bergallop sambil bergerak ke hadapan.




17.



Bukan lokomotor
Tekan tubi
-Meluruskan badan dan tangan, kemudian turunkan badan sambil bengkokkan tangan hingga bersudut 90 ͦ.




18.



Lokomotor

Roda pusing
-Melompat sambil memusingkan seluruh badan.





19.



Lokomotor

Lari dan lompat tinggi
-Berlari-lari anak kemudian melompat tinggi di atas papan anjal.




20.



Bukan lokomotor

Kilasan Sisi
-Mengilas badan ke sisi badan kanan dan ke kiri.



6.0 PANDUAN PERLAKSANAAN

BIL STESEN
JENIS PERGERAKAN
NAMA PERGERAKAN
GAMBARAJAH



1.



Bukan lokomotor

Imbangan depan
-Mengangkat lurus kaki  ke belakang dan tangan ke hadapan




2.



Lokomotor

Skipping
- Bergerak ke hadapan  secara lompat skip sambil memusingkan tali.




3.



Bukan lokomotor


Wiper
-Membengkokkan badan ke sisi kanan dan kiri.




4.



Lokomotor

Hop-Hop
-Memusingkan tali  360 ͦsambil melompat bersamanya dan bergerak ke hadapan.




5.



Bukan lokomotor

Imbangan V
-Membengkokkan badan dan kaki untuk membentuk huruf “v”di atas peti lombol.



BIL STESEN
JENIS PERGERAKAN
NAMA PERGERAKAN
GAMBARAJAH



6.



Lokomotor


Guling hadapan
-Berguling hadapan di atas tilam.




7.



Bukan lokomotor

Putaran tali
-Berdiri di atas satu kaki sambil memusingkan tali.




8.



Lokomotor


Lompat bintang
-Melompat bintang ke sisi.





9.



Bukan lokomotor

Sleeping buddha
-Berbaring sisi sambil mengangkat  lurus sebelah kaki dan tangan ke atas.




10.



Lokomotor


Teng-teng
-melompat menggunakan sebelah kaki.


BIL STESEN
JENIS PERGERAKAN
NAMA PERGERAKAN
GAMBARAJAH



11.



Bukan lokomotor

Duduk jangkau
-membuka luas kaki kemudian menjangkau tangan ke hadapan sejauh mungkin.



12.



Lokomotor


Bunny hop
-Melompat secara menyilang merentasi bangku.




13.



Bukan lokomotor

Bangun tubi
-kaki dibengkokkan sedikit,baring kemudian bangun berulang kali.





14.



Lokomotor


Merangkak bayi
-merangkak melalui tangga.





15.



Bukan lokomotor
Putaran gasing
- Berpaksikan sebelah tangan yang diluruskan,pusingkan badan mengeliling paksi tangan.



BIL STESEN
JENIS PERGERAKAN
NAMA PERGERAKAN
GAMBARAJAH



16.



Lokomotor

Gallop
-Bergallop sambil bergerak ke hadapan.




17.



Bukan lokomotor
Tekan tubi
-Meluruskan badan dan tangan, kemudian turunkan badan sambil bengkokkan tangan hingga bersudut 90 ͦ.




18.



Lokomotor

Roda pusing
-Melompat sambil memusingkan seluruh badan.





19.



Lokomotor

Lari dan lompat tinggi
-Berlari-lari anak kemudian melompat tinggi di atas papan anjal.




20.



Bukan lokomotor

Kilasan Sisi
-Mengilas badan ke sisi badan kanan dan ke kiri.



7.0 
SENARAI ALATAN

BIL.
JENIS ALATAN
GAMBARAJAH

1.

Peralatan tangan yang digunakan:

·                 Tali skipping




2.

Peralatan berat:

1.    Bangku panjang
2.    Peti lombol
3.    Platform anjal
4.    Tilam
5.    Tangga
6.    skittle




8.0 RUMUSAN

            Dalam program Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah, telah dinyatakan bahawa kegiatan seperti pergerakan asas, pergerakan kreatif, asas gimnastik serta sukan dan permainan diberikan tumpuan yang khas diberikan kepada peringkat perkembangan murid. Pergerakan lokomotor dan manipulasi peralatan sangat penting kerana ia merupakan asas untuk mencipta pergerakan yang lebih kompleks untuk kehidupan seharian dan tujuan sukan. Oleh sebab itulah, pergerakan asas diterapkan kepada pelajar di sekolah rendah supaya mereka dapat menguasai dan memahirkan diri dalam melakukan pergerakan yang lebih kompleks. Tujuan kerja kursus ini diadakan supaya pengetahuan dan kefahaman mengenaivariasi pergerakan asas dapat didalami dan dipraktikkan untuk tujuan pengajaran di sekolah kelak.



9.0 RUJUKAN

Teng, Boon Tong. (1989). Panduan Pengajaran Gimnastik Artistik ( Cetakan Pertama). Selangor : Longman Malaysia.
Lim, Chong Hock. (1989). Cergas ( Cetakan Pertama). Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.
M.S.O. Fauzee et al. (2009). Dril Gimnastik. Puchong  :  Karisma Publication Sdn. Bhd.