Wednesday, 1 May 2013

Permainan jenis serangan: Hoki


Salam..
Kali ini aku nak kongsi dengan korang satu permainan kecil yang  group aku reka untuk permainan serangan iaitu hoki semasa kelas en eddy yang lepas.
Harap dapat memberi korang idea untuk buat sebuah permainan kecil yang lebih inovatif.
^_______^


PERMAINAN 1

PUKUL DAN MENANG

Masa : 5 minit

Cara bermain:
-Peserta berdiri di belakang garisan yang ditetapkan iaitu 15m dari sasaran.
 -Peserta dikehendaki memukul bola hoki ke sasaran dengan kayu hoki dengan hanya sekali pukul sahaja ke sasaran.
-Kiraan mata akan dikira atau dinilai melalui jatuhan botol yang berbeza mata kiraan.
-Botol akan dilabelkan mengikut warna yang mewakili mata tertentu.

·         Merah             : 1 mata
·         Biru                 : 2 mata
·         Oren               : 3 mata
·         Purple            : 4 mata

   -Permainan dilaksanakan sebanyak satu pusingan.
-  -Kumpulan yang mengumpul mata tertinggi akan dikira pemenang.

Syarat-syarat :
 -Peserta dikehendaki memukul bola hoki ke dalam kawasan yang ditetapkan.
-Pemain hendaklah memukul bola hoki dari belakang garisan.
-Pemain hanya dibenarkan memukul,bukan menolak.
-Peserta akan dikira batal jika melebihi garisan.




 PERMAINAN  2

MENCUNGKIL DAN MASUK

Masa : 5 minit

Cara bermain:                               
-  Peserta berdiri pada jarak 8 meter dari sasaran.
-Peserta A dikehendaki menolak bola hoki kepada peserta B. Peserta B dikehendaki
menahan dan menguis bola hoki (scooping) dengan mengunakan kayu hoki ke sasaran yangg ditetapkan.
-Kiraan mata akan dikira/dinilai apabila kuisan bola jatuh di kawasan yang mempunyai mata yang berbeza.
-Terdapat 3 kawasan untuk mendapatkan mata bagi setiap kuisan,mata yang diberikan ialah 5 markah,3 markah  dan 1 markah.
-Kumpulan yang mengumpul mata tertinggi akan dikira pemenang.
-Masa yang diberikan ialah hanya  5 minit.

Syarat-syarat :
-Peserta dikehendaki menguis(scoop) bola ke kawasan yang telah ditetapkan.
-Peserta hendaklah menguis bola hoki dari belakang garisan.
-Peserta hanya dibenarkan menguis(scoop) bola sahaja, bukan memukul.
-Peserta akan dikira batal jika melebihi  garisan yang ditetapkan.






JADUAL PERLAWANAN


Kumpulan A

Pukul Dan Menang  (Mengelecek 3 sketel dan memukul)

Skor
Jatuhan Botol
Markah
1


2


3


4


Jumlah Jatuhan Botol



Mencungkil Dan Masuk (Menolak, menahan,  mencungkil dan skor)

Skor

Bilangan Bola Masuk
Markah
1


3


5


Jumlah skor




___________________________________________________________________

Jumlah Markah=



No comments:

Post a Comment