Diet dan nutrisi makanan untuk kanak-kanak adalah cabaran kepada ibubapa
masa kini. Kanak-kanak hari ini terdedah kepada pelbagai iklan yang menarik.
Kombinasi warna, ilustrasi serta pilihan karektor kartun kegemaran menjadi
pilihan pengiklan makanan ini. Kebanyakkan makanan yang diiklankan ini
mengandungi kandungan gula dan garam yang berlebihan.
cer cari benda tersembunyi
hehehe
tadaaaa
(sampingan je ni)
Jenis-jenis Makanan Utama:
·
Karbohidrat:
Karbohidrat
merupakan keperluan utama bagi kanak-kanak. Kebiasaannya kanak-kanak
mendapat bekalan karbohidrat melalui gula-gula, jus buah-buahan, makanan yang
diproses dan juga makanan ringan. Pilihan Karbohidrat yang baik ialah
buah-buahan, sayuran, roti, bijirin gandum penuh dan lain-lain lagi.
·
Protein:
Protin
adalah penting kepada kanak-kanak. Namun protin perlu diberi dengan kadar
sederhana agar tidak membebankan buah pinggang mereka. Sumber protin yang baik
adalah; telur, susu, ayam, keju, ikan, daging dan sebagainya.
·
Lemak:
Tidak ada
keperluan bagi kanak-kanak untuk menikmati hidangan rendah lemak. Lemak adalah
komponen terpenting didalam diet mereka. Masalah hanya akan timbul jika
pengambilan makanan berlemak yang tinggi nilai kalorinya. Lemak yang baik untuk
membantu pertumbuhan kanak-kanak boleh didapati melaluiOmega-3 (
tuna, sardin, salmon, kacang) dan Omega-6 (Jagung, avokado,
badam).
Pengurangan berat badan dikalangan kanak-kanak:
Kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang berlebihan tdak sepatutnya
menjalani pengawalan pemakanan yang terlalu ketat. Apa saja langkah yang
diambil perlu melibatkan keseluruhan ahli keluarga. Hal ini adalah perlu bagi
menjaga emosi kanak-kanak terbabit disamping memberi motvasi untuk kanak-kanak
ini lebih berdisiplin.
Secara tidak langsung, seluruh ahli keluarga akan mendapat manfaat
kepada amalan yang baik ini.
Panduan Asas
·
Elakkan kanak-kanak mengambil makanan segera
seperti makanan dingin beku
·
Jangan jadikan makanan segera sebagai atau makanan
ringan sebagai ganjaran untuk kanak-kanak melakukan sesuatu
·
Sediakan buah-buahan sebagai makanan ringan dirumah
bagi mengelakkan mereka memilih makanan yang tidak berkhasiat
Keperluan Kalori Seharian Kanak-Kanak Ikut Umur
Walaupun berdepan dengan masalah obesiti, kanak-kanak masih memerlukan
kalori yang mencukupi untuk pertumbuhan mereka. Carta dibawah ini memberi
sedikit gambaran untuk anda mengenali keperluan harian mereka.
Cadangan Plan Pemakanan Sihat Untuk Kanak-Kanak:
Contoh Pelan Pemakanan
Berikut adalah contoh pelan pemakanan untuk kanak-kanak
·
Pagi = Secawan Cornflakess, kismis, badam &
susu
·
Snack Pilihan.
·
Tengahari = Nasi, ayam & sayuran
·
Snack Pilihan.
·
Malam = Roti Pita, fillet ikan dan sayuran
untuk memastikan kanak-kanak mendapat keperluan makanan yang secukupnya,
anda boleh sediakan ‘snack’ berkhasiat untuk mereka nikmati. Buah, susu dan
badam sesuai untuk mereka nikmati.
Anda boleh menggunakan kreativiti anda dalam menyediakan hidangan
yang bersesuaian. Hidangan yang sihat ini tidak sepatutnya membebankan anda
dari segi kewangan mahupun masa untuk menyediakannya.
SUMBER:
No comments:
Post a Comment