Sistem kardiovaskular
terdiri dari jantung, saluran darah, darah dan saluran pernafasan. Sistem ini
berfungsi untuk mengankut bahan-bahan keperluan dan bahan-bahan kumuh sel-sel
tubuh. Antaran bahan-bahan yang diangkut ialah oksigen (sistem pernafasan),
nutrien (sistem penghadaman) dan hormon dari kelenjar-kelenjar tertentu.
Bahan-bahan kumuh seperti urea, karbon dioksida dan air pula akan diangkut dari
sel-sel tubuh dan dihantar ke organ perkumuhan.
Jantung dan Peredaran
Darah
Dinding jantung
terbina dari gentian otot yang dinamakan 'myocardium'. Bahagian interior
jantung terdiri dari empat bahagian iaitu dua atrium dan dua ventrikal. Oleh
kerana ventrikel berfungsi untuk mengepam darah keluar dari jantung, dinding
kedua-dua ventrikel adalah adalah lebih tebal dari dinding kedua-dua atrium.
Dinding ventrikel kiri pula lebih tebal dari ventrikel kanan kerana ia harus
menampung tekanan darah yang lebih tinggi. Dinding yang tebal juga diperlukan
kerana ventrikel kiri berfungsi untuk mengepam darah dari jantung keseluruh
bahagian badan.
Penguncupan otot
jantung adalah berkait rapat dengan pengaliran impuls-impuls sinoatrikal node
(S.A.Node), atrioventrikular node (A.V. Node), atrioventrikular bundle( A.V.
Bundle) dan Purkinje fibers.
Pengaliran darah dari
satu bahagian ke satu bahagian dalam sistem kardiovaskular adalah berasaskan
prinsip pergerakan cecair selari dengan Hukum Newton Pertama dan kedua iaitu ;
-Cecair tidak
mengalir jika tidak terdapat perbezaan tekanan.
-Cecair mengalir
dari bahagian bertekanan tinggi ke bahagian bertekanan rendah.
Dengan kedua-dua
hukum ini, pengaliran darah dari ventrikel kiri ke aorta adalah disebabkan
wujudnya perbezaan tekanan. Jumlah darah yang dipamkan apabila ventrikel kiri
menguncup adalah dinamakan sebagai 'systolik discarge' atau 'isipadu stroke' (
stroke volume ).
Isipadu stroke adalah menggambarkan kekuatan penguncupan
ventrikel. Pengepaman otot ventrikel yang kuat akan menghasilkan isipadu stroke
yang tinggi. Keluaran kardiak adalah
bergantung kepada isipadu stroke dan
bilangan denyutan nadi dalam masa satu minit.
Keluaran Kardiak =
Isipadu Stroke x Bil. Denyutan
Nadi/minit.
Oleh kerana keluaran
kardiak berkait rapat dengan isipadu stroke dan kadar nadi seminit, sebarang
perubahan yang boleh menyebabkan peningkatan kadar nadi atau sebarang perubahan
yang menyebabkan penguncupan otot jantung bertambah kuat, akan menyebabkan keluaran
kardiak turut meningkat.
Kesan-kesan Latihan
Didapati
latihan-latihan yang tertentu akan memberikan kesan yang tertentu terhadap
sistem kardiovaskular. Untuk perbincangan ini, latihan yang dimaksudkan ialah
latihan berintensiti tinggi, dilakukan tiga kali seminggu dalam jangkamasa
bertahun-tahun.
Antara kesan latihan
fizikal kepada sistem kardiovaskular ialah Hipertrofi Kardiak. Hipertrofi
bermaksud pernambahan saiz sel atau organ. Hipertrofi kardiak dapat dilihat
dari dua ciri berikut :-
· saiz kaviti
ventrikel
· ketebalan dinding
ventrikel
Terdapat perbezaan
hipertrofi kardiak dikalangan atlit-atlit acara dayatahan dengan atlit-atlit
acara bukan dayatahan. Atlit dayatahan ( seperti pelari marathon, perenang,
pemain hoki ice ) mempunyai kaviti ventrikel yang lebih besar berbanding dengan
ventrikel atlit-atlit bukan acara dayatahan.
Dari segi ketebalan dinding
ventrikel pula, atlit-atlit bukan acara dayatahan pula didapati mempunyai
dinding ventrikel yang lebih tebal dari atlit-atlit acara dayatahan.
Perbezaan hipertrofi
kardiak di antara atlit-atlit acara dayatahan dengan atlit-atlit bukan acara
dayatahan adalah disebabkan oleh perbezaan gerakbalas jantung terhadap aktiviti
yang mereka lakukan. Latihan-latihan dayatahan biasanya memerlukan atlit
bekerja dalam jangkamasa yang lama dan keluaran kardiak adalah tinggi. Bagi
memenuhi keperluan tersebut, gerakbalas penyesuaian kardiak ialah melalui
peningkatan saiz karviti ventrikel.
Di kalangan atlit-atlit dayatahan pula,
latihan-latihan yang mereka lakukan memerlukan tekanan darah di arteri pada
masa-masa tertentu (gerakan-gerakan mereka berbentuk eksplosif ). Oleh itu
gerakbalas penyesuaian kardiak ialah melalui penebalan dinding ventrikel.
Selain dari kesan
hipertrofi kardiak, atlit yang menjalani latihan fizikal yang tekal dalam
jangkamasa yang panjang juga akan mengalami pengurangan kadar nadi rehat. Kadar
nadi adalah antara indikator terhadap tahap kecergasan seseorang. Kadar nadi
rehat yang rendah menggambarkan seseorang itu lebih cergas dari sesaorang yang
mempunyai kadar nadi rehat yang tinggi.
Perbezaan kadar nadi
dapat dilihat sebelum dan sesudah atlit menjalani latihan selama beberapa
tahun. Pengurangan kadar nadi rehat menunjukkan tahap kecergasan atlit yang
menjalani latihan fizikal adalah bertambah baik. Kadar nadi adalah berkait
rapat dengan impuls intrinsik dari S.A.Node.
Sungguhpun begitu, peningkatan dan
pengurangan kadar nadi akan dipengaruhi juga oleh rangsangan dari sistem saraf
autonomik (sympathatik dan para sympathetik) yang dibawa ke S.A.Node. Semasa
latihan, hormon epinephine dikeluarkan. Epinephine akan meningkatkan gerakbalas
jantung, menyebabkan peningkatan kadar nadi. Latihan yang lama akan menyebabkan
kepekaan tisu kardiak terhadap epinephine menurun dan fenomena ini akan memberi
kesan penurunan kadar nadi rehat kepada atlit yang menjalani latihan.
Satu lagi kesan
latihan terhadap sistem kardiovaskular ialah peningkatan isipadu stroke.
Isipadu stroke adalah jumlah darah yang dikeluarkan melalui satu denyutan
jantung (satu stroke). Perkara ini ada kaitannya dengan hipertrofi kadiak.
Apabila kaviti ventrikel bertambah, jumlah darah yang dapat dipamkan kedalamnya
juga meningkat. Dengan ini jumlah darah yang dipamkan keluar dari venrtikel
juga akan meningkat.
Peningkatan isipadu
stroke juga disebabkan oleh peningkatan pengncupan otot-otot myokardium akibat
latihan. Latihan menyebabkan jantung menjadi aktif. Peningkatan aktiviti
jantung bereti peningkatan peningkatan penggunaan dan penghasilan ATP dalam
otot jantung. Apabila bekalan ATP meningkat, keupayaan pengepaman otot jantung
juga meningkat.
Atlit yang selalu
menjalani latihan fizikal juga akan mengalami peningkatan densiti salur darah.
Densiti salur darah bermaksud jumlah saluran darah yang terkandung dalam fiber
otot. Aktiviti-aktiviti fizikal yang dijalankan akan menyebabkan pengaliran
darah ke otot-otot meningkat. Ini akan menyebabkan pembukaan salur-salur darah
yang pasif dan juga menyebabkan penggunaan salur darah yang sedia ada menjadi
lebih aktif. Ini pastinya akan menghasilkan peningkatan densiti salur darah.
Peningkatan densiti salur darah yang ketara berlaku di otot kardiak dan
otot-otot rangka.
Thank's Infonya Bray .. !!!
ReplyDeletewww.bisnistiket.co.id