Perangkaan
perubatan menunjukkan bahawa masyarakat kini telah dinafikan banyak aktiviti
fizikal. Ini boleh menyebabkan keadaan fizikal yang lemah. Ujian-ujian mudah ke
atas kekuatan otot, stamina, kelembutan, koordinasi dan kemahiran motor asas
telah menunjukkan keputusan yang lemah.
Kekurangan
aktiviti fizikal boleh menyebabkan penurunan prestasi paru-paru dan saluran
darah tersumbat dengan kolesterol. Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakupayaan
fungsi seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi, aterosklerosis dan
lain-lain masalah pengaliran darah. Tambahan lemak badan, kemerosotan kekuatan
otot badan boleh menjejaskan posture dan menyebabkan masalah fizikal seperti
kecacatan ortopedik. Oleh itu fizikal harus dirangsang. Aktiviti fizikal harus
dijalankan sekurang-kurangnya 30 minit untuk 3 hari dalam seminggu.
Apa dia
Kecergasan Fizikal?
Kecergasan
fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian
tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti
kesenggangan.
Definisi
kecergasan fizikal:
Falls (1980)
“Kecergasan
untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi
fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan
dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti
penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan
seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan
lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya”
Tiap-tiap
orang boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima.
Untuk mencapai ke tahap kecergasan ini seseorang harus baik dalam tiap-tiap
komponen kecergasan.
Program kecergasan fizikal yang seimbang
terdiri dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya kadiovaskular,
kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan.
Terdapat dua komponen utama
kecergasan iaitu :
-Komponen
Kecergasan Kesihatan:
Komponen
kecergasan kesihatan melibatkan kecergasan kardiovaskular atau daya tahan
aerobik, kekuatan dan daya tahan otot kelenturan serta komposisi badan.
-Komponen
Kercergasan Perlakuan Motor:
Komponen
kecergasan perlakuan motor melibatkan kelajuan, keseimbangan, koordinasi, kuasa
dan ketangkasan yang diklasfikasikan sebagai kecergasan motor.
Assalamualaikum cikgu, mohon share keterangan tentang tajuk ini.
ReplyDelete