1.0 Rancangan Makanan Tambahan
RMT
adalah singkatan kepada RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT). RMT adalah salah
satu program yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam
membantu para pelajar yang berada dalam kategori miskin atau miskin tegar di
sekolah. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan
usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan murid .
2.0 Objektif
2.1 Untuk memastikan murid yang kurang
berkemampuan mendapat makanan yang sempurna, sihat dan seimbang.
2.2 Supaya murid yang kurang kurang berkemampuan
dapat belajar dengan sempurna semasa sesi persekolahan.
2.3 Supaya murid-murid yang bermasalah
pelajaran (PKBP) juga mendapat makanan tambahan yang sempurna dan seimbang.
2.4 Untuk memberi makanan tambahan yang
berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka
mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.
2.5 Untuk menyelenggarakan pendidikan
kesihatan dan pemakanan secara langsung dan secara tidak langsung.
3.0 Kriteria Pemilihan Murid
3.1 Murid warganegara Malaysia dari Darjah 1hingga
Darjah 6 bersekolah di semua SekolahKerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
3.2 Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar
dengan Bank Data Kemiskinan Nasional (eKASIH).
3.3 Murid berstatus “Warganegara Malaysia“
dan daripada keluarga berpendapatan di bawah paras RM 400.00 atau pendapatan
perkapita RM 80.00 adalah layak untuk menyertai program ini.
3.4 Murid yang menunjukkan tanda-tanda salah
pemakanan.( dipilih oleh AJK Khas /Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah)
3.5 Murid yang berasal dari saiz keluarga yang besar namun berpendapatan
rendah.
4.0 Makluman Program
4.1 Kadar RMT adalah RM1.80 sehari bagi
setiap murid di Negeri Semenanjung Malaysia dan RM2.05 bagi setiap murid di
Negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
4.2 Tempoh perlaksanaan RMT ialah 190 hari
setahun.
4.3 Penyaluran bantuan RMT diberi kepada
murid yang tersenarai dalam data eKASIH.
4.4 Jawatankuasa RMT sekolah hendaklah bertanggungjawab
memantau perlaksanaan RMT setiap hari dan hendaklah memastikan pelaksanaan RMT
mengikut garis panduan RMT dan peraturan yang ditetapkan.
4.5 Pihak JPN dan PPD akan melakasanakan
pemantauan bagi memastikan perlaksanaan RMT adalah mengikut garis panduan RMT
dan peraturan yang ditetapkan.
5.0 Panduan Pelaksanaan
5.1 Guru bertugas diminta melengkapkan Buku
Laporan RMT berdasarkan Jadual Tugasan RMT.
5.2 Guru bertugas harian diminta mengambil
satu menu untuk dibuat penilaian.
5.3 Guru bertugas boleh mamaklumkan kepada
Pengusaha kantin sekiranya ada syor/cadangan atau apa-apa yang berkaitan dengan
menu RMT dan sebagainya.
5.4 Guru bertugas diminta memastikan
perjalanan RMT pada setiap pagi berjalan dengan lancar.
5.5 Guru bertugas diminta memastikan murid
RMT mengambil satu menu pada waktu yang ditetapkan.
5.6 Guru bertugas diminta memastikan murid
yang tidak berminat untuk makan RMT untuk digantikan dengan murid lain.
6.0 Pemilihan Tender
6.1 Pengusaha kantin bersetuju menyediakan
makanan dengan kadar yang ditetapkan.
6.2 Pengusaha kantin membuat tuntutan bayaran
daripada AJK RMT sekolah setiap bulan setelah menerima saluran kewangan
daripada KPM.
6.3 Peralatan dapur,memasak dan menghidang
disediakan penuh oleh pihak kantin.
6.4 Kualiti dan kuantiti makanan hendaklah
mengikut ketetapan menu yang telah dirancang.
6.5 Pengusaha kantin/RMT bersetuju tidak
meminda mana-mana menu yang ditetapkan.
6.6 Makanan hendaklah disediakan pada waktu
yang ditetapkan.
6.7 Kebersihan tempat memasak, pealatan,
tempat menghidang dan bekas makanan hendaklah dijaga dan diutamakan.
6.8 Pengusaha kantin dan pekerjanya hendaklah
berada dalam keadaan sihat dan menjaga kebersihan diri dan pakaiannya.
6.9 Pengusaha kantin dan pekerjanya hendaklah
mendapatkan suntikan daripada Jabatan Kesihatan.
7.0 Penyediaan Menu
Kementerian
telah menetapkan 20 menu makanan untuk RMT. Semua menu ini adalah menu
berkhasiat dan sesuai untuk perkembangan kanak-kanak serta kesihatan mereka.
Seterusnya,
kontraktor atau biasanya pemilik kantin perlu menyediakan lima menu makanan
sehari yang disenaraikan oleh pihak sekolah mengikut makanan yang digemari oleh
murid-murid dan dimasak secara bergilir-gilir daripada 20 menu yang ditentukan.
Pemilihan menu juga akan dibuat oleh AJK
RMT sekolah berdasarkan panduan/pekeliling yang ditetapkan.
Contoh Menu
8.0 Kesimpulan
Kesimpulannya,
RMT ini memberikan kanak-kanak peluang untuk mendapatkan sumber pemakanan yang
sihat dan seimbang serta mendapatkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan.
Dengan
adanya RMT ini pertumbuhan fizikal kanak-kanak juga akan mencapai tahap normal.
Kemudian, melalui pemakanan juga diharapkan dapat membantu murid untuk membina tubuh badan yang cergas dan
minda yang cerdas.
Sehubungan
dengan itu, tahap kognitif, emosi dan sosial murid juga akan meningkatkan dan
sekolah akan dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari aspek jasmani,
emosi, rohani, sosial dan intelek.
No comments:
Post a Comment