DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Pentadbiran
dan pengurusan sekolah merupakan satu aspek penting yang perlu diberi
perhatian, kerana menurut kajian- kajian yang telah dijalankan di Malaysia,
pembolehubah pengurusan seperti kepimpianna gruru besar adalah pengaruh utama
dalam mennetukan kualiti pendidikan dan pencapaian akademik pelajar. Menurut
Peter F. Drucker, Pengurusan ialah
satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan
penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif
yang paling berkesan, maklumat ini disokong oleh pandangan yang menyatakan bahawa
kecekapan pentadbiran akan menyumbang kepada matlamat organisasi.( Morphet et
al, 1982).
Dalam sesebuah organisasi
termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat
penting. Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan
dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia.Dalam proses
pentadbiran,ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun kecil
serta organisasi formal dan juga yang tidak formal.Untuk mengurus sesuatu
organisasi,seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih
dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran.
Griffiths(1959) , menyatakan
pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi
manusia. Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial
itu. Drucker(1945) pula menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan
sumber yang paling berharga. Stoner(1984) mengatakan pengurusan ialah satu
proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi
dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.
Campbell pula,menjelaskan proses pentadabiran sebagai satu cara anggota-anggota
sebuah organisasi membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk mencapai
matlamat.
Dalam konteks pentadbiran,
pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat. Jabatan Pendidikan
dan sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan pentadbiran yang sihat. Kita
seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep tersebut.Sebagaimana
yang kita fahami,pendidkan sebagai agen sosialisasi dan penyampai warisan
budaya dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan individu-individu
menikmati kehidupan yang baik.
Mengikut Knezevich
(1974),pentadbiran sekolah ialah satu proses sosial yang bersangkut paut dengan
mengenal pasti, menyelenggarakan, merangsang, mengawal,dan menyatukan secara
formal mahupun tidak formal kuasa-kuasa yang bercorak manusia dan material
kedalam satu sistem yang kukuh dengan tujuan memenuhi objektif yang ditetapkan
Sementara itu Campbell,Bridges
dan Nystrand (1977) pula berpendapat bahawa pentadbiran pendidikan ialah satu
proses untuk menyelaras usaha dikalangan berbagai-bagai anggota bagi memenuhi
matlamat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
Jadi secara ringkasnya matlamat
akhir yang dikehendaki dalam pentadbiran sekolah atau institusi ialah untuk
meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. Ia meliputi peranan yang
dimainkan oleh sekolah, jabatan pendidikan, institute pendidikan guru dan juga
universiti. Pentadbiran sekolah tidak boleh dibezakan dengan bidang lain. Pada asasnya ia adalah segala usaha yang dijalankan oleh sesuatu
organisai untuk memenuhi matlamat dan tujuan tertentu di samping
menyelenggarakan dan mengekalkan struktur organisasi.
Dalam organisasi, konsep
pentadbiran dan pengurusan sekolah selalu digunakan dan saling bertukar ganti. Definisi
pengurusan lebih kurang sama dengan pentadbiran, iaitu proses mengarah,
mengawal sesuatu institusi yang melibatkan perancangan. Di Malaysia istilah
pentadbiran lebih kerap digunakan kerana ia lebih menitikberatkan kepada perkhidmatan dan bukan kepada keuntungan. Walaubagaimanpun
ramai bersetuju pentadbiran dan pengurusan tiada bezanya. Jadi secar ringkasnya
saya dapat rumuskan, perkara yang penting dalam aspek definisi pentadbiran
pendidikan ialah Pengendalian, Matlamat, Kualiti atau mutu, dan juga keberkesanan
apa yang telah dirancangkan.
Tugas
Pentadbiran Sekolah
Terdapat banyak pendapat yang menyenaraikan tugas
pentadbiran sekolah, tetapi
hanya tiga yang di ambil iaitu :
1. L . Gulick dan L . Urwick ( 1959 )
2. Clark (1977)
3. Kimbraugh & Nunnery (1976)
L .
Gulick dan L . Urwick ( 1959 )
Menyenaraikan tugas-tugas pentadbiran
sebagai‘POSDCORB’ . Akroni ini diwujudkan dengan merangkumkan huruf-huruf
pertama perkataan - perkataan : planning {P}, organizing {O}, staffing {S}, directing
{D}, coordinating {CO}, reporting {R}, dan budgeting {B}. Penerangan lanjut
adalah seperti berikut :
- Merancang {planning}, iaitu menentukan perkara yang mesti dilakukan dan cara melaksanakannya.
- Mengelola {organizing}, iaitu membentuk satu struktur formal tentang pembahagian kuasa dalam menyempurnakan tugas aktiviti yang telah dirancang.
- Mengisi tenaga {staffing}, iaitu fungsi tentang tenaga pekerja seperti melantik baru atau melatih pegawai yang sedia ada dan juga mengatur suasana tempat kerja yang memuaskan.
- Mengarah (directing),iaitu tugas membuat keputusan dan memberi arahan dan tunjuk ajar kepada kakitangan.
- Menyelaras (coordinating ), iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak atasa atau bawahan melalui rekod-rekod kajian dan pemerhatian
- .Melapor (reporting ), iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak atasan atas bawahan melalui rekod-rekod kajian dan pemerhatian.
- Merangkakan belanjawan (budgeting) iaitu mengendalikan urusan kewangan dari segi peruntukan , perbelanjaan dan kawalan.
Clark
(1977)
Empat lagi tugas pentadbiran telah dikenal pasti ,
iaitu komunikasi , hubungan awam ,penilaian dan membuat keputusan. Clark juga
telah merumuskan fungsi pentadbiran bertumpu kepada :
1. Menggubal
dan menjelaskan falsafah , matlamat dan polisi organisasi
2. Membentuk struktur formal dan tidak
formal dalam menggunakan sumber-sumber manusia dan lain-lain dengan cekap ,
penyerahan autoriti dan perkongsian tanggungjawab.
3. Merancang
untuk membuat jangkaan dan menyesuaikan perubahan-perubahan
dalam matlamat dan polisi .
4. Mengekalkan
komunikasi yang berkesan antara individu di dalam organisasi dan
juga di luar organisasi.
5. Mengubal
polisi yang meluas tentang prosedur dan kandungan program.
6. Menyediakan
polisi yang meluas tentang keperluan-keperluan personel
kecekapan standard kakitangan , polisi latihan ,
gaji dan lain-lain.
7. Mendapatkan
sumber-sumber kewangan dan menjelaskan polisi penggunaan dan perbelanjaan wang.
8. Menilai
prestasi.
9. Mewujudkan proses kawalan mutu kerja.
Proses pentadbiran berikut, iaitu merancang, membuat keputusan , komunikasi,
mengawal dan menilai berfungsi dalam satu pusingan yang di sebut pusingan
tugas- tugas pentadbiran ( lihat rajah di bawah).
Proses pentadbiran ini bermula dengan merancang
kemudian membuat keputusan serta memberitahu keputusan yang telah diambil
,mengadakan proses kawalan untuk mencapai keputusan yang telah ditentukan dan
menilai kembali aktiviti- aktiviti .Pusingan ini dapat membantu pengetua
menjalankan fungsi pentadbiran sekolahnya.
Kimbrough
dan Nunery (1976)
Beliau telah menyenaraikan langkah bagi sesuatu
petadbiran iaitu Merancang, Membuat keputusan, Komunikasi, Mengawal dan juga
Menilai .
Secara amnya memang telah
terdapat penjelasan fungsi-fungsi pentadbir pendidikan , iaitu membuat
keputusan tentang apa yang hendak dilaksanakan , membentuk perancangan menurut
matlamat yang telah ditentukan , mengurus peruntukan sumber manusia dan
kewangan , mengadakan faktor-faktor motivasi yang boleh mendorong kakitangan ,
mengadakan kerja berkumpulan untuk meningkatkan semangat dan membuat penilaian
antara prestasi sebenar dengan prestasi yang diharapkan supaya kelemahan dan
penyelewangan dapat diatasi.
Tugas
Pengurusan Sekolah
Secara umumnya pengurusan
pendidikan di sekolah disokong oleh struktur pentadbiran yang lengkap dan
mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu di mana setiap fungsi itu saling melengkapi
kepada fungsi yang lain (complimentary). Sesebuah pengurusan pendidikan yang
cekap dapat menggunakan semua sumber dengan berkesan.
Pengurusan pendidikan merupakan bidang yang amat
istimewa kerana ia merupakan
aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan generasi. Bidang ini tidak sahaja
dikaitkan dengan proses pendidikan dan pengurusan, tetapi juga dikaitkan secara
langsung dengan ilmu pengetahuan. Oleh kerana sifat ilmu itu berkembang, kemahiran
pengurusan juga tidak dapat mengelak dari berkembang sama.
aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan generasi. Bidang ini tidak sahaja
dikaitkan dengan proses pendidikan dan pengurusan, tetapi juga dikaitkan secara
langsung dengan ilmu pengetahuan. Oleh kerana sifat ilmu itu berkembang, kemahiran
pengurusan juga tidak dapat mengelak dari berkembang sama.
Pengurusan
pendidikan juga dikaitkan dengan kualiti pendidikan. Kualiti pendidikan diukur
dengan kualiti generasi baru yang
dihasilkan. Indikator kualiti itu berkait rapat dengan keupayaan Kementerian
Pendidikan, Jabatan Pendidikan, sekolah dan bilik darjah yang akan melahirkan
generasi pelajar yang bukan sahaja berkemampuan untuk terlibatn dalam pasaran
kerja (job market), tetapi dalam masa yang sama generasi pelajar itu memiliki
kualiti akhlak dan diri yang cemerlang.
Dalam konteks reformasi pendidikan yang
bertunjangkan Falsafah Pendidikan Negara, peranan pengurusan pendidikan dilihat
amat penting bagi melahirkan generasi seimbang dan harmonis yang bukan sahaja
memiliki keupayaan intelek yang baik dan ketangkasan jasmani yang teruji,
tetapi dalam masa yang sama memiliki kekuatan dalaman yang berdaya tahan.
Peranan
Guru Besar
Di antara peranan dan tanggungjawab guru besar
sebagai pengurus sesebuah organisasi pendidikan ialah memahami dan mengetahui
secara mendalam tentang Falsafah Pendidikan Negara yang terjelma dalam falsafah
pendidikan sekolahnya, termasuk matlamat KBSR.
- membimbing, menyedar dan menyelia guru-guru di bawahnya ketika melaksanakan tugas mereka untuk memastikan segala program dan kegiatan yang dijalankan itu sesuai, selaras dan secocok dengan falsafah dan matlamat pendidikan tersebut.
- memainkan peranan yang positif dan serius untuk menjamin staf profesionalnya bukan sahaja setakat memahami bahkan juga bertindak untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditetapkan, sama ada secara tersurat atau tersirat.
- mempunyai peranan dan tanggungjawab ke atas kejayaan pencapaian hasrat, cita- cita dan kehendak falsafah dan matlamat pendidikan sesebuah sekolah.
- membimbing dan mendorong serta meransang guru untuk bekerja dengan semangat dedikasi dan komitmen yang tinggi dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi.
- menjadikan sekolahnya sebagai lambang kepada segala nilai, kepercayaan, cita-cita dan hasrat yang diperjuangkan oleh sekolahnya serta berkeupayaan untuk menjelaskan tujuan dan rasional di sebalik pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum sekolah kepada semua pihak yang berkenaan.
Peranan
Guru
Guru
mempunyai peranan yang sangat besar dalam mendidik murid-murid sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Kemahiran dan pengalaman mengajar bukan sahaja didapati dii
bilik-bilik kuliah, tetapi dari penglibatan yang menyeluruh dan bersepadu
melalui pelbagai aktiviti gerak kerja luar. Profesion perguruan berkehendakkan
guru-guru melengkapkan diri mereka dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran. Sebagai
pendidik, guru-guru seharusnya menguasai pelbagai kemahiran iaitu:
1. Kemahiran
belajar ke arah mempertingkatkan lagi potensi pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran.
2. Kemahiran
berfikir ke arah mewujudkan pemikiran yang lateral iaitu yang bersikap positif,
kreatif dan inovatif.
3. Kemahiran
merancang ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan serta
bersistematik.
4. Kemahiran
menyediakan bahan pengajaran/pembelajaran ke arah mewujudkan pendekatan yang
lebih bersifat resource base dalam
proses pengajaran.
5. Kemahiran
mengajar iaitu dapat menggabungkan aspek-aspek teori-teori, pedagogi dan
teknologi pendidikan untuk diintegrasikan dalam pengajaran.
6. Kemahiran
menilai supaya dapat membuat analisis dan diognisis terhadap pencapaian pelajar
dan hubungkaitnya dengan objektif pembelajaran.
7. Kemahiran
membuat kajian pendidikan ke arah membudayakan masyarakat yang peka terhadap
perkembangan penyelidikan dalam menentukan kualiti pendidikan.
8. Kemahiran
berkomunikasi secara lisan dan tulisan ke arah melahirkan masyarakat penyayang,
mempunyai nilai-nilai murni, bersefahaman serta semangat bekerjasama dalam satu
pasukan.
9. Kemahiran
mengurus dan menjalankan aktiviti luar ke arah melahirkan generasi yang
mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi, sihat, berpengalaman, dinamik dan peka
terhadap persekitaran luaran.
10. Kemahiran
menangani masalah dan cabaran ke arah membentuk jiwa yang
rasional berkeupayaan mengawal emosi dan bertanggungjawab dalam
menjalankan tugas.
rasional berkeupayaan mengawal emosi dan bertanggungjawab dalam
menjalankan tugas.
11. Kemahiran
berusaha ke arah perkembangan kendiri ke arah memupuk imej
kendiri (self-image), kesedaran diri (self-awareness) sebagai salah satu aspek
motivasi diri.
kendiri (self-image), kesedaran diri (self-awareness) sebagai salah satu aspek
motivasi diri.
12. Kemahiran-kemahiran
di atas bukan sahaja dapat diperolehi di bilik-bilik kuliah atau di pusat-pusat
sumber, tetapi melalui penglibatan yang aktif dalam kelab atau persatuan dan juga
aktiviti-aktiviti sosial.
Prinsip-prinsip
Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah
Pendekatan pengurusan saintifik
menumpukan kepada pekerja atau peringkat bawah.Pendekatan yang dikenali juga sebagai analisis tugas ini diasaskan oleh
Frederick Taylor(1856-1915).Penyumbang-penyumbang lain ilaha Henry L Gantt dan
Frank Gilberth. Pendekatan ini timbul disebabkan oleh masalah dalam revolusi
industry pada tahun 1900.
Tujuan utama kajiannya ialah menilai prestasi pekerja
dan meningkat profesionalisme dalam pengurusan. Dengan kejayaan pendekatan tersebut beliau
digelar sebagai bapa pengurusan SAINTIFIK. Beliau yang berasala dari Amerika
Syarikat mempunyai banyak pengalaman bekerja di kilang besi waja iaitu di
Midvale Steel Company.Bermula dari buruh sehingga menjadi seorang jurutera.
Prinsip Taylor dalam pendekatan pengurusan
saintifik ini ialah:
1. Produktiviti boleh ditingkatkan melalui kerja
yang berkesan
2. Memilih pekerja paling sesuai sebab ada yang
layak dan tidak.
3. Gaji seimbang dengan kerja
4. Perlu memotivasikan pekerja.
5. Masa yang standard bagi semua pekerja.
6. Tugas perancangan harus dipisah denagan
pengeluaran.
7. Pengurus menentukan cara-cara bekerja bagi
pekerja.
8. Pengurus dilatih prinsip-prinsip pengurusan dan
kawalan.
9. Pengurus harus mengambil alih tugas merancang
daripada pekerja.
Prinsip-prinsip
am untuk menguruskan sekolah secara berkesan adalah dengan amalan demokrasi
yang merupakan pertimbangan penting bagi pentadbir sekolah untuk mengurus guru secara individu dan kolektif.Masalah manusia yang dianggap kecilselalunya memerlukan perhatian dan pertimbangan yang luas.
Pentadbir sekolah bertanggungjawab untuk memudahkana interaksi antara kakitangan dan perlu mengamalkan kepipmpinan ciri-ciri kepimpinan demokratik.Semua individu yang
terlibat
dalam sebarang keputusan hendaklah diberikan kesempatan untuk menentukan corak
tindakan yang perlu dilaksanakan.
dalam sebarang keputusan hendaklah diberikan kesempatan untuk menentukan corak
tindakan yang perlu dilaksanakan.
TOTAL QUALITY MANAGEMENT
Definasi Kualiti
Sebelum kita memahami apakah itu TQM, kita per/u memahami maksud kualiti terlebih dahulu kerana ia merupakan asas kepada konsep dan falsafah pengurusan ini. Terdapat pelbagai definisi
yang telah diberikan oleh guru-guru kualiti, daripada negara Amerika Syarikat
dan Jepun, seperti Deming, Crosby, Garvin, Juran, Imai,daN Kanji. Menurut,
Deming (tt): tahap kepiawaian dan kebergantungan terhadap kos yang rendah untuk
disesuaikan bagi tujuan pasaran. Crosby (1979):
menepati kehendak pelanggan (conformance to requirements) tetapi pada tahun
1992, beliau mentafsir kualiti sebagai
apa yang telah dipersetujui oleh
semua individu. David Garvin (1988): ciri-ciri yang dinyatakan seperti bagus,
berdasarkan produk, pengguna, pengeluaran atau
nilai. Menurut Garvin lagi, ciri-ciri kualiti boleh dikenalpasti
daripada lapan dimensi iaitu: kebolehpercayaan (reliability), penepatan (conformance),
ketahanan (durability), keupayaan perkhidmatan (serviceability), estetik,
persembahan, ciri-dri asas produk atau perkhidmatan dan kualiti yang dijangka (perceived quality). Imai
(1986): apa-apa sahaja yang boleh
diperbaiki. Juran (1988): kesesuaian
dalam penggunaan (fitness for use).Kanji (1998): satu konsep yang relatif di mana orang yang
berbeza mempunyai tanggapan yang
berlainan.
Secara ringkasnya, setiap definisi
yang diberikan oleh guru kualiti yang berbeza memberi takrifan kualiti yang
berbeza tetapi pacta asasnya, ia memfokuskan kepada memenuhi kehendak
pelanggan. Ini bermakna, kualiti boleh
ditakrifkan dalarn pelbagai ciri bergantung kepada kehendak-kehendak pelanggan yang
berbeza terhadap produk atau perkhidmatan yang mereka ingini. Sekiranya syarikat
dapat memenuhi kehendak mereka dan memastikan kualiti dipertingkatkan, hasilnya
ialah kepuasan dan kesetiaan pelanggan yang tidak berbelah bagi.
Definisi TQM
Menurut Kanji (1998), TQM merupakan
satu cara hidup bagi sebuah organisasi yang komited kepacta kepuasan pelanggan
dan usaha ini dilakukan melalui proses peningkatan berterusan. Ia merupakan satu budaya korporat yang
bercirikan peningkatan ke atas kepuasan pelanggan melalui penekanan terhadap
aktiviti-aktiviti peningkatan berterusan di mana kesemua pekerja dalarn
syarikat tersebut menyertai aktiviti-aktiviti tersebut dengan aktif. Pada masa
yang sarna, terdapat takrifan yang berbeza mengenai TQM tetapi pada dasarnya, terdapat beberapa persefahaman seperti TQM
merupakan satu budaya dalam sesebuah organisasi di mana ia menekankan
kepada penglibatan menyeluruh, memfokus kepada pelanggan, penggunaan alat
saintifik dan aktivitiaktiviti peningkatan berterusan dan inovasi.
Bagaimana TQM Mula DikenaIpasti
Pengasas kepada konsep TQM ialah W. Edwards
Deming (1900-1993), seorang jurutera rakyat Amerika Syarikat. Pada Peringkat
awal, idea-idea beliau tidak dihiraukan oleh kebanyakan syarikat pengeluaran
Amerika tetapi dalam tahun 1950, beliau
telah dijemput ke Jepun untuk memberi
beberapa siri syarahan mengenai aplikasi statistik terhadap
proses-proses pengeluaran. Sejak itu,
tercoraklah sejarah dunia di mana negara
Jepun telah menyedari adanya
potensi TQM ini dalam membantu pembangunan negara mereka yang telah dimusnahkan dengan teruk dalam peperangan Dunia Kedua.
Hasilnya,
pada akhir tahun 1980an, Jepun yang dahulunya merupakan sebuah negara
yang tidak mempunyai sumber asli dan tanah yang mencukupi untuk pertanian telah menjadi
sebuah negara industri ke dua terbesar di dunia dengan kelebihan dagangan sebanyak $50
billion dan ke tiga tertinggi daripada
segi pendapatan kasar per kapita di
dunia. Negara Amerika Syarikat mula menyedari kesilapannya
apabila ia telah kehilangan pasaran kepada negara Jepun terutamanya
dalam pengeluaran kereta.
Ia juga
telah kehilangan peranannya sebagai pembekal dunia. Kesan yang paling buruk ialah pusat kewangan
dunia yang dahulunya berpusat di bandar New York telah berpindah ke bandar Tokyo. Revolusi ini terjadi kerana negara
Amerika Syarikat terlalu menekankan kuantiti, tidak kepada kualiti. Sebaliknya, syarikat-syarikat Jepun pula
adalah lebih inovatif, kos efektif dan berupaya untuk memenuhi kehendak
pelanggan. Bayaran untuk tenaga buruhnya
pula adalah lebih murah sedangkan tenaga kerja buruh negara Amerika Syarikat
adalah lebih mahal dan kurang mahir berbanding dengan negara-negara lain.
Faedah-faedah TQM
Terdapat banyak faedah yang dapat diperolehi daripada pelaksanaan
TQM seperti pengurangan dalam kerja semula; kesilapan; penangguhan;
kos; pusing ganti 70 Pengurusan
Kualiti Menyeluruh: Satu Perbandingan pekerja dan jualan, peningkatan dalam
kadar kepuasan pelanggan dalaman dan luaran; keuntungan dan kecekapan,
penggunaan mesin dan bahan mentah yang lebih baik, kualiti produk yang lebih
baik pada harga yang lebih rendah, syarikat dapat mengekalkan kedudukannya
dalam pasaran dan hasilnya, ia dapat menawarkan lebih banyak pekerjaan.
Selain
daripada itu, terdapat faedah-faedah tidak boleh nampak (intangible) seperti
peningkatan imej syarikat, kemahiran berkomunikasi, pengetahuan mengenai pekerjaan
dan produk, hubungan pelanggan dan pembekal, pengurusan data serta kemahiran
pengurusan proaktif.
Faedahnya pula pada sekolah adalah tahap peningkatan
pencapaian sekolah dapat dicapai kerana pengelibatan guru, pihak pentadbir,
ibubapa dan juga pelajar dapat disatukan bagi mencapain matlamat yang
diinginkan, semua mendapat kepuasan masing- masing dan dapat bekerja dalam
situasi yang selesa dan sihat.
Pentadbir dengan tugasnya sebagai pentadbir,
guru menjalankan amanah dengan pebuh integrity, pelajar dapat belajar dengan
baik dan ibubapa berpuashati dengan ape yang telah diberikan oleh pihak
sekolah. Jadi dengan ini ianya dipanggil “win- win situation” iaitu masing
masing mendapat hak masing- masing tapi mereka tidak alpa akan tanggungjawab
yang telah diamalkan.
Prinsip-prinsip TQM
Guru-guru TQM baik dari Amerika
Syarikat mahupun Jepun telah memberi
asas kepada konsep dan falsafah
TQM ini. Setiap guru mempunyai
idea yang berbeza mengenai kualiti dan TQM yang boleh disintesis dan
diintegrasikan bagi kegunaan organisasi. Secara keseluruhannya, terdapat dua prinsip
penting dalam TQM iaitu penyertaan menyeluruh dan peningkatan berterusan.
Prinsip Pertama: Penyertaan Menyeluruh (Total Involvement)
TQM menekankan kepada penyertaan
kesemua individu yang terdapat dalam sesebuah organisasi sebagai satu langkah
untuk mencapai kualiti yang dikehendaki. Jika disekolah pihak yang terlibat
adalah pihak pengurusan, guru, ibubapa dan juga murid.
Kumpulan Pertama: Pihak Pengurusan
Disekolah pihak pengurusan adalah
terdiri daripada pihak pentadbir iaitu guru besar, pengetua, penolong kanan 1,
penolong kanan HEM, penolongn kanan KO dan juga ada sesetengah sekolah
mempunyai penolong kanan pendidikan khas. Tugas mereka adalah merancang dan
memastiksn bagaimana untuk mengerakkan semua isi sekolah untuk mencapai
objektif atau tujuan yang telah dirancangkan, jadi mereka akan memikirkan jalan
yang sesuai, belanjawan, aktiviti, dan sebagainya untuk mencapai matlamat
tersebut. Masing- masing mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam memastikan
matlamat tercapai, selain itu mereka juga perlu memikirkan bagaimana untuk
menarik hati guru- guru lain untuk turut sama bekerja sama, ada yang menawarkan
bentuk ganjaran, anugerah guru cemerlang dan sebagainya. Ia secara tidak
lansung membangkitkan mood kerja yang lebih bagus dalam melaksanakan pekerjaan
yang diamanahkan. Pihak pengurusan juga perlu memastikan guru-guru mereka setia
kepada sekolah kerana mengikut konsep TQM, keanggotaan yang setia akan
menghasilkan pelanggan (pelajar dan ibubapa) yang setia. Mereka juga perlu
mendedahkan pekerja kepada rnisi, visi organisasi, nilai, objektif dan polisi
kualiti, kaedah atau teknik -teknik TQM dan
Kumpulan kedua : Guru
Guru mempunyai kedudukan yang
terbaik untuk meningkatkan kualiti, mengurangkan permasalahan dan juga ancaman.
Guru merupakan kunci kepada peningkatan berterusan kerana semua guru mempunyai
idea yang berharga yang boleh dikongsi bersama kerana mereka terdedah secara
langsung kepada prosedur-prosedur dan proses-proses kerja. Oleh itu, mereka
lebih mengetahui bagaimana untuk menangani masalah pelajar dan pada masa yang
sarna cuba untuk meningkatkan kualiti kerja mereka juga. Sebagai seorang guru
yang baik, mereka sangat peka dengan maslah yang berlaku keatas murid mereka,
jadi jika masalah dapat ditangani maka sekolah tidak mempunyai masalah untuk
mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Guru yang kompeten merupakan aset sekolah
yang perlu dibangunkan dan mereka bukanlah komoditi yang digunakan. Guru akan menjadi lebih bertanggungjawab dalam
pekerjaannya mendidik pelajar sekiranya mereka dilatih, diberikan kepercayaan
dan autoriti yang sepatutnya.
Kumpulan Ketiga: Pelajar
Kemampuan seorang pelajar dalam
memastikan keberjayaan sesebuah organisasi adalah bergantung kepada kecekapan
system pengurusan dan cara seseorang guru itu mengajar. Jika guru mengajar dengan
baik maka prestasi pelajar akan meningkat dan sekaligus mencapai matlamat
sekolah untuk menjadi sebuah institusi yang cemerlang. Selain belajar, pelajar
juga harus diterapkan dengan pelbagai ilmu sampingan seperti kepimpinan, ko
kurikulum, dan pelbagai lagi bagi melahirkan modal insan yang sempurna. Ini
bermakna pelajar juga memainkan peranan yang penting dalam TQM di sekolah. Jika
hanya guru dan pihak pentadbiran sahaja yang cemerlang tetapi pelajarnya
tunggang langgang maka matlamat yang ingin dicapai tidak akan berjaya.
Kumpulan Keempat: Ibubapa
Ibubapa merupakan penilai utama
untuk pengurusan sekolah. Ibubapa yang prihatin terhadap persekitaran sekolah
anaknya akan sentiasa memantau iklim sekolah tempat anak mereka belajar, mereka
akan selalu bertanyakan kepada guru kelas atau pihak pengurusan tentang
perjalanan pembelajaran anak- anak mereka. Jika ibubapa prihatin seperti ini
akan menghasilakan persekitaran sekolah yang lebih baik kerana mereka akan
bersama- sama sedaya upaya untuk memastikan kecemerlangan anak mereka. Ibubapa
yang prihatin ini kebiasaannya akan menyokong semua aktiviti sekolah dan akan
memberikan sokongan moral yang kuat dalam apa sahaja program yang sekolah
jalankan. Persatuan ibiubapa dan guru (PIBG) juga akan menjadi hebat kerana
ibubapa akan berkerja sama untuk memastikan kecemerlangan sekolah berada di
tahap yang paling bagus. Jadi pihak pentadbiran haruslah bijak mengatur
strategi bagi mendapatkan pengelibatan penuh warga ibubapa ini. jika ibubapa
dapat bekerjasama dengan baik dengan pihak sekoloah nescaya apa yang di impikan
pasti akan menjadi kenyataan oleh pihak sekolah.
Prinsip Kedua: Peningkatan Berterusan
(Continuous Improvement)
Peningkatan berterusan hanya
dapat dicapai sekiranya organisasi sekolah mengarnbil usaha untuk
mempertingkatkan proses dan operasi sekolah dengan penggunaan inovasi bersertakan
pembuangan aktiviti -aktiviti yang tidak mendatangkan manafaat (non-value added). Ini dapat dilakukan melalui beberapa aktiviti,
contohnya peningkatan proses, pihak pengurusan boleh mencuba mengadakan sesuatu
proses atau perubahan yang baru dalam sekolah dengan persetujuan semua anggota
contohnya mengadakan program keluarga angkat dimana setiap warga sekolah
mempunyai keluarga angkat masing- masing yang mana keluarganya terdiri daripada
semua warga sekolah, baik pelajar, guru, kakitangan am, dan juga kakitangan
sokong.
Ini bermakna semua warga sekolah tidak akan terlepas dari program ini,
masing- masing mempunyai tangunggjawab untuk menjaga, membimbing, bertanyakan
masalah dan pelbagai lagi, ini mungkin akan menyusahkan pihak pengurusan
sekolah tapi kesannya pada warga sekolah cukup besar. Contoh kedua ialah guru
menyambut kedatangan murid ke sekolah pada waktu pagi dan juga balik sekolah,
kesannya sangat besar dimana jika ada ibubapa yang melihat perkara ini dengan
serius akan berpendapat bahawa guru sekolah tempat anak mereka belajar begitu
prihatin dan sangat menyayangi anak mereka sehingga sanggup tunggu dipagar
sekolah dan sanggup menghantar anaknya pulang dari sekolah, selain itu juga
keselamatan pelajar juga terjamin.ibubapa akan berasa lega melepaskan anaknya
datang ke sekolah kerana tahu guru- guru ini amat menyayangi anak mereka.
Selain itu juga untuk peningkatan
TQM yang berterusan aktiviti yang boleh juga diadakan ialah mewujudkan kumpulan
kualiti (QCC) dimana telah dilantik satu pasukan yang diamanahkan untuk
sentiasa menjaga kualiti sekolah contohnya ada skuad yang menjaga bahagian
kualiti barang- barang milik sekolah, kualiti program- program sekolah yang
telah dijalankan, dan bermacam lagi. Ini bertujuan untuk emnjaga kualiti
sekolah, contohnya jika ada pelawat atau nazir datang ke sekolah semua bang
yang hendak dilihat telah disediakan cotohnya jika nazir ingin melihat asset
sekolah maka guru yang ditugaskan untuk menjaga kualiti asset sekolah akan
kehadapan untuk menerangkan secara lebih lanjut tentang asset sekolah, jika ianya berjaya ini bermakna guru tersebut begitu cakna akan apa yang diamanahkan
kepadanya, dan ini menunjukkan bahawa kualiti sekolah sentiasa dijaga dan
dipertingkatkan. Seterusnya sistem cadangan, setiap guru haruslah menyumbangkan
cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti sekolah, semua isi sekolah ada hak
untuk menyuarakan d\cadangan mereka dalam memastikan apa yang ingin dicapai
menjadi reality. Mungkin ada daripada cadangan- cadangan tersebut boleh diambil
guana untuk meningkatkan lagi perstasi sekolah.
Anugerah dan penghargaan juga
dapat meningkatkan kualiti secara berterusan, sekarang abnayk anugerah dan
penghargaan telah dibuat bagi menaikan lagi semangat guru- guru untuk lebih
bersemangat melakukan kerja, antaranya anugerah pengkhidmatan cemerlang, guru
cemerlang dan sebagainya. Ini secara tidak lansung dapat melahirkan iklim
persaingan yang bagus dalam mencapai anugerah yang telah dibuat, peningkatan
kualiti juga bertambah kerana semua guru akan berebut- rebut untuk jadi
cemerlang dan ini akan menguntungkan pelajar dimana mereka akan mendapat
sesuatu yang terbaik dari gurunya. Sekolah juga akan menerima pelbagai anugerah
yang telah dibuat seperti sekolah amanah, sekolah cemerlang, sekolah klauster,
sekolah berprestasi tinggi dan sebagainya. Sesungguhnya semua anugerah ini
sememangnya menjadi sasaran oleh pihak pentadbir dan juga juga anggota dalam
sekolah kerana ia akan menaikkan status sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang
disegani berbanding sekolah- sekolah lain. Penanda aras juga boleh dijalankan
bagi memastikan adakah sekolah tersebut mencapai piawaian yang diperlukan oleh
pihak kementerian, selain itu juga sekolah tersebut akan dilawati oleh sekolah-
sekolah lain bagi tujuan melihat sejauh mana sesuatu benda yang dihasilkan oleh
sekolah boleh dijadikan sebagai satu contoh atau mengikut lankah keberjayaan
sekolaha tersebut.
Jadi secara kesimpulannya pihak
pengurusan yang baik dan cekap akan menghasilkan keanggotaan yang setia untuk
bersama –sama untuk menjaga kualiti sekolah dan juga sama- sama mencapai
matlamat yang diinginkan dan berjaya memuaskan hati semua pelanggan yang
sentiasa inginkan sesuatu yang terbaik dari sesebuah institusi,
RUJUKAN
Brent Daries, John West- Burnham (2009) Menyusun Semula Kualiti Di Sekolah, Terjemahan
Zol Azlan Hamidin, Institut Terjemahan Negara Malaysia.
John West- Burnham (2009) Mengurus Kualiti Di Sekolah, Terjemahan Tengku Abdul Aziz Tengku
Zainal, Institut Terjemahan Negara Malaysia
Roald F. Campbell, John E. Corbally, Raphael O. Nystrand
(2008) Pengenalan Pentadbiran Pendidikan,
Terjemahan Abdul Rahman Md. Aroff, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Habibah Elias,
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Sonia Blandford (2009) Panduan Pengurus Peringkat Pertengahan Di Sekolah, Terjemahan
Bahariah Yusuf, Institut Terjemahan Negara Malaysia.
Zaidatol Akamliah Lope Pihie & Foo Say Fooi (2003) Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan, Satu
Langkah Ke Hadapan ; Penerbit Universiti Putra Malaysia
Informatif
ReplyDelete