Pengenalan kepada permainan tradisional
- Membentuk
sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita
- Ini
membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama.
- Tempoh
antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta.
- Turut juga dikenali sebagai permainan rakyat
- Merupakan sebahagian daripada aktiviti rekreasi.
- Merupakan aktiviti yang dipilih secara sukarela tanpa paksaan atau tekanan.
- Konsep permainan tradisional adalah untuk berlipur dan memnuhi masa lapang pemainnya.
- Permainan tradisional dimainkan bertujuan bagi mendapat keseronakan, ketenangan minda dan merehatkan badan.
- Dalam aktiviti permainan tradisional biasanya tiada peraturan tertentu yang piawai digunakan dan juga tidak mempunyai masa yang piawai.
- Merupakan permainan yang diwarisi dari generasi terdahulu.
- Berkaitan dengan adat resam dan kebudayaan sesuatu bangsa.
- Permainan tradisional adalah kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani emosi dan rohani dan intelektual.
Tujuan Pertandingan Permainan Tradisional
Terdapat pelbagai tujuan permainan
tradisional antaranya ialah:-
a) Permainan
tradisional merupakan aktiviti yang dirancang bagi memenuhi masa lapang.
b) Permainan
tradisional seperti permainan dam dan congkak adalah permainan yang meminta
pemainnya berfikir. Oleh itu mendorong pemainnya menggunakan fikiran dalam
menyelesaikan masalah.
c) Permainan
tradisional seperti permainan wau membolehkan pemainnya menggunakan kreativiti
dalam membina wau.
d) Permainan
tradisional yang menggunakan fizikal dapat membantu kita membina kecergasan
berasaskan kesihatan dan kemahiran seperti:
i.
Kekuatan kardiovaskular
ii.
Kelenturan
iii.
Daya tahan otot
iv.
Kekuatan otot
v.
Ketangkasan
vi.
Imbangan
vii.
Koordinasi
viii.
Kuasa
ix.
Masa tindak balas
x.
Kelajuan
Kebaikan
Permainan Tradisional
· Permainan tradisional bersifat
sebagai permainan untuk beriadah, ia dilihat berupaya menangani masalah tekanan
hidup harian pengamalnya dan membentuk kehidupan yang bermotivasi.
· Permainan tradisional
sebagai medan yang baik untuk membentuk komunikasi yang berkesan antara pemain
sepasukan dan pemain lawan yang seterusnya akan merangsang ukhuwah.
· Permainan tradisional dapat
akan memudahkan individu untuk menerapkan kebudayaan, nilai, sikap dan sahsiah
sesuatu bangsa atau masyarakat.
· Permainan tradisional
memberi peluang yang terbaik kepada pengamalnya untuk membina dan mengekalkan
tahap kesihatan fizikal.
Jenis
Permainan Tradisional
· Permainan tradisional lahir
daripada budaya dan sosiologi masyarakat, permainan tradisional wujud dalam
variasi pertandingan yang banyak.
·
Dipertandingkan dalam 2
jenis:-
Individu
(dipertandingkan antara individu dengan individu yang lain)
Kumpulan
(dipertandingan lebih dari seorang sekumpulan)
Individu
|
Kumpulan
|
·
Congkak
|
·
Usung balak
|
·
Dam
|
·
Galah panjang
|
·
Wau
|
·
Tating lawi
|
·
Gasing
|
·
Sorong kereta
|
·
Laga Ayam
|
·
Sepak raga bulatan
|
·
Terdapat banyak permainan
tradisional yang dimainkan di setiap pelusuk negeri di Tanah Melayu sejak dari
dulu lagi.
·
Kebanyakkan permainan adalah
hampir sama dan disebabkan dialek negeri berlainan, oleh yang demikian nama
permainan juga sedikti mengalami perubahan.
·
Tetapi, cara permainan
dijalankan adalah masih lagi sama dari segi teknik dan cara dimainkan.
·
Antaranya ialah:
1) Galah
panjang
2) Batu
seremban
3) Gasing
4) Congkak
5) Wau
6) Teng-teng
7) Sepak
raga
8) Konda-kondi
9) Lain-lain
Kategori
Pertandingan
·
Permainan tradisional
terbahagi kepada dua iaitu pertandingan anjung dan pertandingan laman.
Permainan Anjung
|
Permainan Berpasukan
|
Kawasan permainan di dalam ruangan rumah contohnya di
anjung rumah.
|
Kawasan permainan di luar rumah atau di kawasan lapang
contohnya di padang.
|
Tempat permainan dileparan simen atau lantai kayu.
|
Tempat permainan di ruang tanah, rumput atau simen.
|
Tempat permainan melibatkan kawasan yang tidak luas.
|
Tempat permainan melibatkan kawasan permainan yang
luas.
|
Melibatkan bilangan pemain yang tidak ramai.
|
Melibatkan pemain yang ramai dan biasanya dalam bentuk
kumpulan.
|
Peraturan-peraturan permainan tradisional
Galah panjang
·
Permainan tradisional yang
dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak
sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala
dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.
·
Permainan ini tidak
dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan
penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang
dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.
·
Salah seorang dari ahli
kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak
sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang
masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan
tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga
garisan melintang di dalam gelanggang.
·
Sebelum permainan dimulakan
undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua
pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan
bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke
badan pemain atau dengan menangkap pemain.
·
Gelanggang permainan:
·
Gelanggang
sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimin
dan di atas padang
· Tiada ukuran khas penetapan
yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar
dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat
meter.
· Kesemua pemain pasukan
penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain
pasukan bertahan.
· Pemain pasukan
penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan
gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan.
· Pasukan penyerang dikira
mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang.
· Pasukan penyerang dikira
menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga
kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan
akan dijalankan semula.
·
Mana-mana pasukan yang dapat
mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawan tersebut.
Batu seremban
·
Dikenali sebagai permainan
Selambut atau Serembat.
·
Dimainkan secara berkumpulan
seramai dua hingga empat orang atau lebih.
·
Menggunakan guli kaca, biji
getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat.
·
Bilangan yang biasa
digunakan sebanyak lima biji.
·
Dimainkan dalam beberapa
peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan
·
Bermula dengan peringkat
pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah
satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas
Gasing
· Jenis gasing seperti gasing
jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing
berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.
· Untuk memusingkan gasing,
tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya
hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke
atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.
·
Dimain dalam dua cara iaitu
sebagai gasing pangkah atau gasing uri.
· Gasing pangkah, dimainkan
dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan
·
Gasing uri dipertandingkan
untuk menguji ketahanannya berpusing.
·
Satu lagi gasing ialah
gasing pinang yang dimainkan oleh kanak-kanak.
· Buah pinang muda dikupaskan sabut dan
kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan
lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.
Sepak Raga
·
Permainan sepak raga telah
wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
·
Bola diperbuat daripada
bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua
atau tiga lapis.
· Permainan dimulakan dengan
salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan.
· Rakannya itu akan menimang
bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah
pemain lain.
· Pemain-pemain yang membentuk
lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan
mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi.
Congkak
· Alatan yang digunakan dalam
permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak
·
Sementara biji-biji congkak
pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan
sebagainya.
· Papan congkak mengandungi 14
lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap
hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".
· Permainan ini dimulakan
serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap
"kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah".
Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung"
lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.
·
Jika buah terakhir singgah
di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.
· Jika ia mati di kampung
sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak
mengambil buah lawannya itu.
·
Sekiranya ia mati di kampung
sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada
buah, maka ia mati dalam kerugian.
· Di akhir permainan buah hanya
tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki
berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya
salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah.
Pengurusan pertandingan tradisional
- Pertandingan
tradisional dijalankan berdasarkan kepada kawasan atau tempat tersebut.
- Tidak
terdapat peraturan yang spesifik yang telah difaktakan untuk
permainan-permainan tradisional.
- Kebanyakan
permainan dijalankan dengan cara sendiri atau yang diterima pakai oleh
kumpulan yang memainkan permainan tradisional tersebut.
- Peraturan
yang dikenakan adalah berdasarkan kepada persetujuan ramai.
- Seandainya
terdapat sesebuah pihak yang ingin menjalankan pertandingan tradisional
secara besaran, pandangan orang ramai hendaklah diambil kira kerana setiap
negeri mempunyai permainan yang sama tetapi berlainan dari segi nama dan
cara ia dijalankan.
No comments:
Post a Comment