Monday, 20 May 2013

Pengurusan Permainan Tradisional



 Pengenalan kepada permainan tradisional

  • Membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita
  • Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama.
  • Tempoh antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta.
  • Turut juga dikenali sebagai permainan rakyat
  • Merupakan sebahagian daripada aktiviti rekreasi.
  •  Merupakan aktiviti yang dipilih secara sukarela tanpa paksaan atau tekanan.
  •    Konsep permainan tradisional adalah untuk berlipur dan memnuhi masa lapang pemainnya. 
  • Permainan tradisional dimainkan bertujuan bagi mendapat keseronakan, ketenangan minda dan merehatkan badan.
  • Dalam aktiviti permainan tradisional biasanya tiada peraturan tertentu yang piawai digunakan dan juga tidak mempunyai masa yang piawai.
  • Merupakan permainan yang diwarisi dari generasi terdahulu.
  • Berkaitan dengan adat resam dan kebudayaan sesuatu bangsa.
  • Permainan tradisional adalah kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani emosi dan rohani dan intelektual.

  Tujuan Pertandingan Permainan Tradisional

Terdapat pelbagai tujuan permainan tradisional antaranya ialah:-
a)    Permainan tradisional merupakan aktiviti yang dirancang bagi memenuhi masa lapang.
b)    Permainan tradisional seperti permainan dam dan congkak adalah permainan yang meminta pemainnya berfikir. Oleh itu mendorong pemainnya menggunakan fikiran dalam menyelesaikan masalah.
c)    Permainan tradisional seperti permainan wau membolehkan pemainnya menggunakan kreativiti dalam membina wau.
d)    Permainan tradisional yang menggunakan fizikal dapat membantu kita membina kecergasan berasaskan kesihatan dan kemahiran seperti:

              i.        Kekuatan kardiovaskular
            ii.        Kelenturan
           iii.        Daya tahan otot
           iv.        Kekuatan otot
            v.        Ketangkasan
           vi.        Imbangan
          vii.        Koordinasi
        viii.        Kuasa
           ix.        Masa tindak balas
            x.        Kelajuan

 Kebaikan Permainan Tradisional

·   Permainan tradisional bersifat sebagai permainan untuk beriadah, ia dilihat berupaya menangani masalah tekanan hidup harian pengamalnya dan membentuk kehidupan yang bermotivasi.
·  Permainan tradisional sebagai medan yang baik untuk membentuk komunikasi yang berkesan antara pemain sepasukan dan pemain lawan yang seterusnya akan merangsang ukhuwah.
·     Permainan tradisional dapat akan memudahkan individu untuk menerapkan kebudayaan, nilai, sikap dan sahsiah sesuatu bangsa atau masyarakat.
·      Permainan tradisional memberi peluang yang terbaik kepada pengamalnya untuk membina dan mengekalkan tahap kesihatan fizikal.


Jenis Permainan Tradisional

·  Permainan tradisional lahir daripada budaya dan sosiologi masyarakat, permainan tradisional wujud dalam variasi pertandingan yang banyak.
·         Dipertandingkan dalam 2 jenis:-
   Individu (dipertandingkan antara individu dengan individu yang lain)
  Kumpulan (dipertandingan lebih dari seorang sekumpulan)

Individu
Kumpulan
·         Congkak
·         Usung balak
·         Dam
·         Galah panjang
·         Wau
·         Tating lawi
·         Gasing
·         Sorong kereta
·         Laga Ayam
·         Sepak raga bulatan

·         Terdapat banyak permainan tradisional yang dimainkan di setiap pelusuk negeri di Tanah Melayu sejak dari dulu lagi.

·         Kebanyakkan permainan adalah hampir sama dan disebabkan dialek negeri berlainan, oleh yang demikian nama permainan juga sedikti mengalami perubahan.

·         Tetapi, cara permainan dijalankan adalah masih lagi sama dari segi teknik dan cara dimainkan.
·         Antaranya ialah:

1)    Galah panjang
2)    Batu seremban
3)    Gasing
4)    Congkak
5)    Wau
6)    Teng-teng
7)    Sepak raga
8)    Konda-kondi
9)    Lain-lain

 Kategori Pertandingan

·         Permainan tradisional terbahagi kepada dua iaitu pertandingan anjung dan pertandingan laman.

Permainan Anjung
Permainan Berpasukan
Kawasan permainan di dalam ruangan rumah contohnya di anjung rumah.
Kawasan permainan di luar rumah atau di kawasan lapang contohnya di padang.
Tempat permainan dileparan simen atau lantai kayu.
Tempat permainan di ruang tanah, rumput atau simen.
Tempat permainan melibatkan kawasan yang tidak luas.
Tempat permainan melibatkan kawasan permainan yang luas.
Melibatkan bilangan pemain yang tidak ramai.
Melibatkan pemain yang ramai dan biasanya dalam bentuk kumpulan.


 Peraturan-peraturan permainan tradisional




 Galah panjang

·         Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.
·         Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.
·         Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.
·         Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.
·         Gelanggang permainan:





·         Gelanggang sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimin dan di atas padang
·      Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. 
·  Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan.
·  Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan.
·  Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang.
·  Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula.
·         Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawan tersebut.

 Batu seremban



·         Dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat.
·         Dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
·         Menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat.
·         Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji.
·         Dimainkan dalam beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan
·         Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas

 Gasing



·      Jenis gasing seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.
·      Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.
·         Dimain dalam dua cara iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri.
·   Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan
·         Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.
·         Satu lagi gasing ialah gasing pinang yang dimainkan oleh kanak-kanak.
·      Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.

 Sepak Raga



·         Permainan sepak raga telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
·         Bola diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.
·   Permainan dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan.
·    Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain.
·       Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi.

Congkak



·   Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak
·         Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya.
·     Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".
·   Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.
·         Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.
·  Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.
·         Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.
·     Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah.

Pengurusan pertandingan tradisional

  • Pertandingan tradisional dijalankan berdasarkan kepada kawasan atau tempat tersebut.
  • Tidak terdapat peraturan yang spesifik yang telah difaktakan untuk permainan-permainan tradisional.
  • Kebanyakan permainan dijalankan dengan cara sendiri atau yang diterima pakai oleh kumpulan yang memainkan permainan tradisional tersebut.
  • Peraturan yang dikenakan adalah berdasarkan kepada persetujuan ramai.
  • Seandainya terdapat sesebuah pihak yang ingin menjalankan pertandingan tradisional secara besaran, pandangan orang ramai hendaklah diambil kira kerana setiap negeri mempunyai permainan yang sama tetapi berlainan dari segi nama dan cara ia dijalankan.





No comments:

Post a Comment