KONSEP & MATLAMAT
· Diperkenalkan pada tahun 1985.
· Bertujuan utk memastikan murid-murid
sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman
persekolahan.
· Jururawat pergigian bertanggungjawab memeriksa dan merawat murid-murid
tersebut di bawah penyeliaan dan pengawasan doktor
pergigian.
· 3 cara bagaimana perkhidmatan ini
dilaksanakan:
a) Klinik pergigian sekolah
b) Pasukan pergigian bergerak
c) Klinik pergigian bergerak
· 4 jenis gigi :
a) Gigi taring
b) Gigi seri
c) Gigi garaham kecil
d) Gigi garaham
a)· GIGI TARING
· Gigi taring adalah gigi yang memilki satu akar dan memiliki fungsi untuk
mengoyak
makanan atau benda lainnya.
b)· GIGI SERI
· Gigi seri adalah gigi yang memiliki satu akar yang berfungsi untuk
memotong dan
mengerat makanan atau benda lainnya.
c)· GIGI GARAHAM KECIL
· Gigi geraham kecil adalah gigi yang punya dua akar yang berguna /
berfungsi untuk
menggilas dan mengunyah makanan atau benda lainnya.
d)· GIGI GARAHAM
· Gigi geraham adalah gigi yang memiliki tiga akar yang memiliki fungsi
untuk melumat dan
mengunyah makanan atau benda-benda lainnya.
· STRUKTUR GIGI
a)· GIGI KANAK-KANAK
· Bermula sebelum lahir lagi.
· Seawal-awal 4 bulan, gigi susu, atau gigi yang akan berganti, akan
tumbuh.
· Biasanya, ke semua 20 batang gigi susu ini akan tumbuh pada umur 3
tahun, sungguhpun
perkembangan dan susunannya berbeza.
· Gigi kekal mula tumbuh sekitar umur 6 tahun.
· Proses ini akan berterusan sehingga lebih kurang umur 21 tahun.
· PENYAKIT-PENYAKIT MULUT
a) ULSER DLM MULUT
· Sebahagian besar rakyat Malaysia mengalami ulser aftus berulang.
· Ulser aftus boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:-
· Ulser aftus bertulang minor.
· Ulser aftus bertulang major
· Ulser aftus bertulang herpetiform
b) BENGKAK-BENGKAK DLM MULUT
· Keadaan ini merupakan lesi-lesi (perubahan tuar biasa) yang berpedunkel
(bertangkai) atau sesil (tidak bertangkai).
· Granuloma piogen
· Granuloma set raksaksa periferi
· Polip fibro-epitelium
· Hiperplasiadentur
c) KANSER MULUT
· Penyakit mulut yang meliputi bibir, lantai mulut, bahagian dalam pipi,
lidah dan gusi. Ia mengganggu fungsi seseorang untuk makan,
bercakap, bernafas, menelan dan menanggung kesakitan
· Lebih 90% kes kanser mulut melibatkan pada lapisan luar mukosa mulut.
D)· PUNCA PENYAKIT
· Tabiat menyunyah sirih bercampur pinang atau tembakau
· Tabiat mengunyah tembakau sahaja
· Merokok
· Minum minuman keras
· Penghidap HIV dan siflis
· Mereka yang berumur 40 tahun ke atas
· Genetik
· KAEDAH PENCEGAHAN
· Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari
· Berus gigi selepas sarapan dan sebelum tidur
· Berus gigi menggunakan teknik yang betul
· Lakukan sekurang-kurangnya dua ke tiga minit
· CARA-CARA MENCEGAH NAFAS BERBAU
· Berus gigi sekurang- kurangnya dua kali sehari
· Gunakan alat khas untuk membersihkan lidah
· Kunyah dengan gula-gula getah tanpa gula
· Gunakan ubat kumur yang bersesuaian dengan keperluan anda
· Berhenti merokok dan kurangkan pengambilan minuman beralkohol
· Lakukan pemeriksaan kesihatan pergigian setiap enam bulan
DEMAM DENGGI
· PENGENALAN
· Disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar
oleh nyamuk Aedes betina.
· Tersebar melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus
denggi kepada orang yang sihat.
· Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari
(purata 4 hingga 6
hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda.
· Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan
berbagai-bagai
tanda dan gejala tidak khusus
· TANDA & GEJALA
a)· Peringkat permulaan
· Demam denggi bermula dengan demam mengejut
· sakit kepala
· sakit di belakang bebola mata
· sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias)
· sakit pinggang yang teruk
· Peringkat radang
· Bintik-bintik merah terang & berkemungkinan terdapat gastritis
· Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak)
dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung
(cardiomyopathy).
· Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan
demam kembali
memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic).
· Bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam
· Kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara
atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paruparu,
ruang peritoneum dan sebagainya)
· Pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.
· 2 jenis denggi yang paling berat iaitu
a) Demam Hemoragik Denggi (DHF)
b) Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
· Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan,
trombositopenia
(thrombocytopenia) dan haemoconcentration.
· Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock
syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar
kematian yang tinggi.
· DIAGNOSIS
· Diagnosis denggi kebiasaannya dibuat secara klinikal.
· Gambaran klasik adalah demam tanpa sumber jangkitan tempatan,
bintik-bintik gatal
dengan thrombocytopenia dan kemungkinan leukopenia.
· Kajian serologi dan PCR (polymerase chain reaction) digunakan bagi
mengesahkan
diagnosa denggi sekiranya diperlukan secara klinikal.
· RAWATAN
· Rawatan utama adalah terapi sokongan.
· Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan,
terutamanya minum air.
· Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair
intravena mungkin diperlukan
· Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun
dengan
banyaknya.
· KAWALAN DAN PENCEGAHAN
· Pengawasan vektor
a) Pengawasan vektor bertujuan untuk mengawasi jumlah dan juga paras
kepadatan nyamuk Aedes.
b) Di setiap rumah semua bekas di dalam dan di luar rumah diperiksa sama
ada terdapat air dan jentikjentik atau tidak.
· Kawalan ketika berlaku wabak
Demam Denggi
a) Semburan kabus racun serangga
b) Tujuan semburan – untuk membunuh nyamuk Aedes dewasa yang membawa virus
denggi.
c) Jenis semburan:
i. Apabila berlaku satu kes demam denggi, semburan kabus dijalankan seluas
200
meter sekeliling rumah pesakit dengan mesin 'Thermal Fogger'.
ii. Apabila berlaku wabak denggi, seluruh lokaliti berkenaan dibuat
semburan kabus dengan
menggunakan mesin ' Ultra Low Volume' yang diletakkan di atas kenderaan.
d) Masa semburan
i. Semburan dijalankan pada awal pagi dan petang
e) Kekerapan semburan
i. Semburan kabus pertama dilakukan dalam masa 24 jam selepas dikesan.
ii. Semburan kedua pada hari ke 7-10 berikutnya.
· Langkah yang perlu diambil semasa
aktiviti semburan:
a) Semburan kabus 'thermal'
i. Semasa proses penyemburan penghuni hendaklah mengosongkan premis mereka
termasuklah binatang peliharaan.
ii. Menutup semua tingkap dan pintu yang menghala keluar kecuali pintu
hadapan.
iii. Membuka semua pintu bilik dalam rumah.
iv. Menutup atau menyimpan bahan makanan dalam peti sejuk atau almari.
v. Mematikan api dapur gas dan
menutup balang gas atau apaapa bahan yang mudah terbakar.
b) Semburan kabus 'ultra low volume'
i. Elakkan diri dari terdedah dan menyedut kabus semburan.
ii. Jaga kebersihan diri dengan mencuci tangan, membasuh muka dan menukar
pakaian jika perlu.
iii. Dapatkan rawatan perubatan jika disyaki mengalami keracunan oleh racun
serangga.
· Memusnahkan tempat pembiakan nyamuk
a) Memusnahkan atau mengurangkan sebanyak mungkin berbagai-bagai bekas dan
tempat
vektor menetap dan berkembang biak.
b) Mengurang atau mengelakkan menyimpan air dalam takungantakungan seperti
tong deram, tempayan, kolam simen dan lainlain.
c) Mencampurkan Abate ke dalam semua bekas yang digunakan untuk menyimpan
air.
d) Membersihkan rumput, lalang dan semak di tanah-tanah lapang akan
memusnahkan tempat
nyamuk menetap dan berehat.
· Undang-undang dan akta
a) Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit telah disahkan pada tahun 1975.
b) Jika mahkamah mendapati pemilik atau penghuni bersalah pada kali
pertama, denda
maksimum RM1000 atau penjara maksimum 3 bulan atau keduaduanya sekali.
Pada kesalahan
kedua, denda maksimum sebanyak RM 2000 atau hukum penjara maksimum 1 tahun
atau keduaduanya sekali.
PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH
· Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) dilancarkan pada tahun 1968.
· Merupakan satu rancangan kebangsaan yang bersepadu di antara Kementerian
Pendidikan
dan Kementerian Kesihatan.
· Objektif RKS:
· Menilai dan menafsir taraf kesihatan murid
· Rawatan penyakit/ kecemasan kepada murid
· Kerjasama yang erat antara sekolah dan masyarakat
· Menggalakkan hidup sihat
· Mencegah dan mengawal penyakit-penyakit berjangkit
· Mengendalikan pendidikan kesihatan dan pemakanan
· Aktiviti RKS:
· Pendidikan Kesihatan
· Hidup Sihat Di Sekolah
· Kerjasama Antara Sekolah dan Masyarakat Untuk Kesihatan
· Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
· Kantin Sekolah.
· PROGRAM BERSEPADAU SEKOLAH SIHAT
· Pengenalan
· Malaysia secara khusus telah mengalami banyak perubahan dari aspek
kesihatan dan tren penyakit.
· 1996, ( KKM ) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah
melaksanakan projek
" Health Promoting School" ( HPS ) di enam buah negeri iaitu
Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu.
· Persidangan " HPS " yang telah diadakan pada bulan Disember
1996 di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS sedia ada diberi nafas
baru, dengan
mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS )
· Rasional
· Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia ada yang perlu
diselaraskan di bawah satu
program bersepadu
· Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan
rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah
· Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan
impak serta dapat dinilai keberkesanannya
· Satu usaha untuk meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan
antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu kesihatan
· Matlamat
· Melahirkan warga sekolah dan
persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan
negara.
· Misi
· Sekolah sebagai institusi yang mempromosikan kesihatan.
· Visi
· Generasi yang berilmu, sihat dan progresif.
· Objektif
· Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria ,
selamat dan sihat.
· Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara
hidup sihat
· Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program
kesihatan sekolah
· Menilai taraf kesihatan murid
· Menggalakkan bimbingan dan kaunseling berdasarkan keperluan dan masalah
kesihatan murid
· Memberi penjagaan / rawatan kecemasan terhadap penyakitpenyakit di
sekolah
· Teras utama
· Polisi Kesihatan Sekolah sebagai sumber mempromosikan kesihatan
· Persekitaran Fizikal Sekolah
· Persekitaran Sosial Sekolah
· Penglibatan Komuniti
· Kemahiran Kesihatan Diri
· Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
· Perlaksanaan
· PBSS hendaklah melibatkan seluruh warga sekolah dan masyarakat setempat.
Dalam
pelaksanaan PBSS, pendidikan kesihatan hendaklah dilaksanakan secara
formal atau tidak formal.
· Pemantauan dan penilaian
· Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan PBSS dalam mencapai objektifnya,
pemantauan
dan penilaian yang berterusan perlu dijalankan. Antara kaedah yang digunakan
:
a) Rekod Kesihatan Murid
b) Rekod Rancangan Makanan
Tambahan
c) Laporan Bulanan
d) Laporan Tahunan
e) Pengiktirafan kepada Kelas Terbersih
· PENGLIBATAN KOMUNITI
· Peranan Guru Besar/Guru:
· Mengambil ukuran berat, tinggi dan membuat pengesanan awal ‘screening’
penglihatan murid.
· Mengenal pasti murid yang mempunyai masalah kesihatan serta menunjukkan
mereka kepada pihak berkenaan untuk mendapatkan
rawatan.
· Memastikan kebenaran diperolehi daripada ibu bapa/penjaga sebelum
pasukan kesihatan
memulakan pemeriksaan/membuat penilaian.
· Melengkapkan butir-butir berkenaan dalam buku rekod kesihatan murid.
· Menyediakan bilik bagi menjalankan pemeriksaan penilaian kesihatan.
· Peranan PIBG:
· Menyokong rancangan kesihatan sekolah.
· Mencari/mengumpul dana bagi menampung perbelanjaan kos pelaksanaan.
· Mempunyai ahli jawatankuasa yang sentiasa bersedia dan berminat untuk
menjayakan program-program sekolah.
· Memberi persetujuan sebelum pasukan kesihatan memulakan pemeriksaan/membuat
penilaian.
· Mengawas murid ketika pemeriksaan/penilaian kesihatan dijalankan oleh
pasukan kesihatan.
· Peranan Pusat Kesihatan:
· menilai dan mendaftar ubatubat dan kosmetik sebelum dibenarkan untuk
pasaran.
· perkhidmatan maklumat ubat dan penerbitan.
· membuat pemeriksaan mengejut ke atas mana-mana sekolah.
· Peranan Balai Polis:
· Mengumpul, mengkaji,menaksir dan menyebar maklumat berkaitan
masalah-masalah kesihatan.
· Melaksanakan programprogram dan seminar.
· Menyimpan rekod dan statistik.
· KEMAHIRAN KESIHATAN DIRI
· Amalan gaya hidup sihat
· Kunci untuk sihat sepanjang hayat
a) Pemakanan siha t
b) Tidak merokok
c) Lakukan aktivit i fizika l
d) Belajar menangan i stres
· Faedah gaya hidup sihat:
a) Meningkatkan status kesihatan anda
b) Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan
jantung, strok (angin ahmar) dan tekanan darah tinggi.
c) Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
d) Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati
kehidupan.
· Pengjagaan kesihatan diri di rumah
· Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
· Patuhi arahan pada label ubat.Dapatkan nasihat pusat perubatan tentang
ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan
sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
· Berehat secukupnya.
· Sekiranya mengalami tandatanda kecemasan segera dapatkan rawatan doktor.
· Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di
bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).
· Panduan menilai kesihatan diri di rumah:
· Secara amnya, demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu,
anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di
hospital jika anda mengalami mana-mana
tanda dan gejala berikut :
a) Masalah pernafasan :
sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
b) Batuk berdarah atau kahak berdarah
c) Sakit dada berterusan
d) Cirit-birit atau muntah yang kerap
e) Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga
hari pulih
f)Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan
atau sawan
g) Rasa pening apabila berdiri
· Pengjagaan mental
· Langkah-langkah mudah pengjagaan
mental:
a) Mengamalkan cara hidup sihat
b) Berpandukan Kenyataan (Be Realistic)
i. Mengenali kekuatan dan kelemahan diri anda.
ii. Menyasarkan matlamat yang boleh dicapai.
iii. Belajar menerima apa yang anda tidak boleh ubah.
c) Berfikir dengan positif
i. Mengamalkan bercakap positif pada diri sendiri seperti: “Saya akan,
saya boleh, saya akan cuba,saya juara, saya disayangi, saya menarik dsb.”
d) Buat keputusan secara bijak
i. Ketahui fakta-fakta yang berkaitan.
ii. Buat pertimbangan antara kebaikan dan keburukan.
iii. Libatkan orang lain yang terlibat dalam membuat keputusan.
· PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH
· Tujuan:
· Mewujudkan kesedaran mengenai status kesihatan sendiri dan menggalakkan
amalan
mendapatkan penilaian kesihatan di kalangan murid-murid.
· Mengesan masalah kesihatan seawal yang mungkin serta membuat rujukan
mendapatkan
rawatan bagi murid-murid yang berkenaan.
· Mengawal penyakit-penyakit berjangkit.
· Aktiviti:
· Rawatan penyakit-penyakit (cacing, kutu dan lain-lain)
· Rawatan kecemasan
· Kawalan penyakit yang berjangkit
· Penilaian kesihatan/pemeriksaan
perubatan:
· - Ukuran berat badan dan tinggi
· - Ujian awal penglihatan
· - Taraf pertumbuhan
· - Tabiat, kelakuan
· Imunisasi (Tahun I - VI)
· - B.C.G., Polio
· - Rubella (pelajar perempuan)
· Rujukan, rawatan dan susulan
· Perkhidmatan
· RMT
· PROGRAM SUSU SEKOLAH
· PERGIGIAN
AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH
· OBJEKTIF:
· Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan
dalam menjalani hidup seharian
· Meningkatkan keperihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap
kebersihan, keindahan dan kecerian, serta menghargai kemudahan yang disediakan
· Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan bagi mencapai kebersihan
maksimum
· AMALAN:
· Amalan merupakan satu perbuatan atau perlakuan yang menjadi kebiasaan
dan sentiasa di praktikkan
· Amalan juga bermaksud perbuatan yang baik yang menjurus ke arah kebaikan
· KEBERSIHAN:
· Kebersihan adalah keadaan bebas
dari kotoran seperti debu,sampah, dan bau.
· Kebersihan juga bererti bebas dari virus, bakteria, patogen, dan bahan
kimia berbahaya.
· MATLAMAT:
· KEBERSIHAN
· Menyemai sifat cinta akan kebersihan sekolah dengan mengadakan
gotong-royong
membersihan persekitaran sekolah dengan aktiviti rondaan kelas bertugas
· Mengubah cara pemikiran murid tentang kebersihan melalui pendidikan
· Meningkatkan rasa tanggungjawab murid terhadap kebersihan
· Meningkatkan tahap kebersihan sekolah dengan mengadakan jadual tugas
untuk murid dan guru
· Memantau dan menilai keberkesanan program kebersihan pengadilan yang
dibuat berpandukan Borang Penilaian Kebersihan
· Melaksanakan tindakan susulan melalui program penambahbaikan.
· KECERIAAN
· Menimbulkan kesedaran di kalangan murid-murid, warga sekolah, ibu bapa
melalui publisiti
yang meluas tentang pentingnya mewujudkan persekitaran yang ceria
disekolah.
· Melatih murid-murid menyayangi dan menghargai alam sekitar.
· Menimbulkan sifat ingin tahu di kalangan murid-murid berkaitan nama
pokok dalam panggilan biasa dan saintifik serta niali perubatan yang
terkandung.
· Melahirkan murid-murid yang cinta akan sekolah
· Menceriakan kawasan sekolah dengan membina tapak semaian dan menjalankan
kerja-kerja keceriaan
· Melahirkan rasa cinta akan sekolah disamping menerapkan bertanggungjawab.
· KESIHATAN:
· Memastikan murid peka terhadap isu-isu kesihatan dan menjaga kesihatan
masing-masing dengan cara yang betul
· Menyedarkan murid tentang bahaya penyakit seperti AIDS, Hepatitis B dan
penyakit
berbahaya yang lain
· Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti lawatan, ceramah
dan pameran
· Menjalankan aktiviti suntikan Anti-Tetanus kepada murid-murid Tingkatan
Tiga
· Mewujudkan sistem maklumat kesihatan yang lengkap dan terkini.
· PENGURUSAN:
· Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan
campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan,
gerak
kerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal.
· PERLAKSANAAN:
· Jadual Kebersihan Kelas
· Takwin
- Gotong-royong
- Jawatankuasa
· AKTIVITI:
· Amali cara mencuci tangan oleh rakan sekolah
· Penyampaian maklumat kesihatan mengenai denggi
· Amali cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes
· PERANAN SEKOLAH:
· Merancang dan melaksana aktiviti tahunan sekolah mengikut jadual yang
telah di tetapkan
· Mewujukan iklim sekolah yang kondusif
· Membuat peraturan sekolah berkaitan kebersihan kawasan sekolah
· Pemantauan Kebersihan Bilik Darjah
· PERANAN GURU:
· Menggalakkan serta membantu murid mewujudkan tabiat kebersihan yang baik
· Menggalakkan murid menilai perlakuan sendiri dan bertanggungjawab
memperbaikinya.
· Menggiatkan pengalamanpengalaman
hidup dengan pendidikan kesihatan.
· Merancang program dan kempen kebersihan yang menyeluruh dan
komprehensif.
· PAKEJ PERKHIDMATAN:
· Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
· Perkhidmatan Pergigian Sekolah
· Perkhidmatan Alam Sekitar Sekolah
· TUJUAN:
· Mengekalkan tahap kesihatan murid di paras paling optima melalui promosi
kesihatan,
pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.
· Mengesan masalah-masalah kesihatan yang boleh menghalang pencapaian akademik
murid di sekolah dan seterusnya membuat rujukan
awal bagi membolehkan intervensi awal dan
penempatan murid dalam sistem pendidikan khas.
· Menggalakkan penglibatan masyarakat bagi membentuk sekolah sebagai
institusi yang
sihat dan selamat bagi membolehkan pembelajaran yang berkesan
· BUKU REKOD KESIHATAN MURID:
· Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM1) adalah dokumen yang mencatatkan semua
maklumat
kesihatan yang diperolehi semasa alam persekolahan.
· Mencatatkan proses pertumbuhan dan
perkembangan murid semasa alam persekolahan.
· Buku ini di beri secara percuma oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi
setiap murid sekolah semasa tahun 1 persekolahan.
· Ibu bapa dikehendaki mengisi maklumat murid di dalam buku tersebut dan
mencatitkan
kebenaran untuk petugas kesihatan menjalankan pemeriksaan kesihatan dan
memberi pelalian kepada anak mereka.
· Adalah penting untuk IBU BAPA dan PENJAGA
memahami kandungan yang terdapat dalam RKM 1 sebagai panduan penjagaan
kesihatan
anak mereka sepanjang masa persekolahan.
· Buku ini disimpan oleh pihak sekolah bagi memudahkan pengawasan
kesihatan murid
dan akan diberikan kepada murid sekiranya mereka hendak bertukar sekolah
atau menaiki
sekolah menengah.
· Seterusnya buku ini perlu di serah kepada sekolah yang baru untuk
simpanan.
· Ibu bapa boleh minta buku ini dari pihak sekolah sekiranya ingin melihat
rekod kesihatan
anak mereka.
· PENDIDIKAN KESIHATAN:
· Pendidikan kesihatan di sekolah terbahagi kepada pendidikan kesihatan
secara berkelompok dan individu.
· Pendidikan kesihatan secara berkelompok adalah pendidikan kesihatan yang
dijalankan melalui kempen atau kem-kem kesihatan di
sekolah. Murid-murid mendapat pengetahuan melalui pameran, ceramah dan
tunjuk cara oleh anggota kesihatan. Pendidikan kesihatan
secara berkelompok mengutamakan masalah kesihatan awam yang berkaitan
dengan golongan murid sekolah contohnya saringan
talasemia, 'tak nak merokok' dan gaya hidup sihat.
· Pendidikan kesihatan individu diberi
sebagai khidmat nasihat dan
kaunseling semasa sesi pemeriksaan kesihatan. Isu-isu yang lazim didapati adalah
berkaitan dengan pemakanan, penyakit kulit, kebersihan diri dan lainlain
· Antara masalah-masalah kesihatan yang di kesan di kalangan murid sekolah
adalah:
· Obesiti
· Ketajaman penglihatan
· Rabun warna
· Tulang rangka yang tidak normal
· Jangkitan cacing
· Kudis buta
· Kurang pendengaran
PENDEKATAN BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
· PENDEKATAN PBSS:
· Enam teras utama telah digariskan
· Bagi mewujudkan satu pendekatan
· Bersepadu di antara warga sekolah.
· PIBG, sektor awam, sector swasta,
· Badan bukan kerajaan serta
· Masyarakat setempat ke arah
· Melahirkan sekolah yang sihat
· POLISI KESIHATAN SEKOLAH
· 6 teras :
· Persekitaran Fizikal Sekolah yang sihat dan selamat
· Persekitaran Sosial Sekolah yang sihat dan selamat
· Penglibatan Komuniti
· Kemahiran Kesihatan Diri
· Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
· Teras-teras ini hendaklah diterjemahkan kepada strategistrategi dan
kaedah pelaksanaan
yang lebih khusus agar ianya mudah difahami dan dapat dilaksanakan oleh
semua warga sekolah
· Ciri-ciri promosi kesihatan, penerapan nilai-nilai kesihatan secara
menyeluruh yang
merangkumi aspek fizikal, mental, psiko-sosial dan kerohanian adalah di
antara ciriciri
yang diberikan penekanan dan penelitian bagi membangun dan membentuk satu
model sihat
dan amalan gaya hidup sihat
· PBSS memberi ruang untuk tindakan bersepadu yang mengambil kira:
· Kurikulum sekolah
· Keadaan fizikal dan sosial sekolah
· Perkhidmatan kesihatan sekolah
· Peraturan dan garis panduan yang memberi impak kepada kesihatan.
· Penglibatan semua warga sekolah termasuk pentadbir sekolah, guru,
pelajar, pekerja dan
masyarakat setem
· MATLAMAT & FOKUS PBSS
· Melahirkan warga sekolah dan persekitarannya yang sihat, selamat dan
berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.
· Memberi pengetahuan serta memupuk sikap dan amalan kesihatan yang baik
agar setiap
warga sekolah lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri,
keluarga dan masyarakatmenyediakan
perkhidmatan kesihatan sekolah dari aspek:
· Penilaian taraf kesihatan murid
· Khidmat rawatan (termasuk rawatan kecemasan), rujukan, bimbingan dan
kaunseling
· Pengawalan dan pencegahan kejadian penyakit Mengenal pasti, merujuk dan
membantu dalam penempatan kanakkanak
kurang upaya
· OBJEKTIF PBSS
· Memastikan agar setiap sekolah dapat:
· Menetapkan polisi kesihatan sekolah.
· Memelihara dan menigkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan
selamat.
· Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara
hidup sihat.
· Meningkat kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kesihatan
sekolah
· KEPENTINGAN PBSS
· Ia mempergunakan model kesihatan holistik yang merangkumi aspek fizikal,mental,
sosial dan persekitaran.
· Mempastikan satu persekitaran sekolah yang sihat terbentuk dan membuka
peluang kepada
kanak-kanak untuk mengamalkan tabiat kesihatan yang baik
· Ia menggalakkan penglibatan
keluarga dalam perkembangan pengetahuan dan kemahiran kesihatan
kanak-kanak.
· Ia juga memberi penekanan kepada pentingnya persekitaran fizikal seperti
bangunan, sanitasi, bekalan air dan padang permainan kanakkanak yang
mempengaruhi kesihatan kanak-kanak.
· Ia juga mengenal pasti kepentingan iklim sosial
sekolah di dalam membantu suasan pembelajaran yang positif
· Ia menghubungkaitkan sekolah dengan perkhidmatan kesihatan daerah dan
kawasan
bagi menyelesaikan masalah kesihatan tertentu di kalangan kakan-kanak.
· Ia memberi penekanan kepada penglibatan pelajar secara aktif di dalam
kurikulum formal untuk membentuk satu siri pengetahuan dan juga kemahiranberkaitan
kesihatan
· OBJEKTIF UMUM:
· Ia memperkemaskan perseimbangan di antara
pendidikan dan kesihatan di dalam meningkatkan keupayaan kesihatan bagi kanak-kanak
perempuan dan wanita dalam komuniti.
· Ia memberikan satu persekitaran kerja yang
menggalakkan dan positif kepada warga sekolah.
· Ia memberi kesempatan kepada sekolah dan
masyarakat setempat bagi bekerjasama dalam
· Inisiatif kesihatan yang membawa faedah kepada pelajar, keluarga dan
anggota masyarakat
· OBJEKTIF KHUSUS
· Pada akhir program, peserta seharusnya dapat:
· Mewujudkan warga sekolah yang faham dan melaksanakan aspek-aspek
kesihatan fizikal iaitu kebersihan diri (gigi, kuku, rambut dan Pakaian) dan
Makanan yang sihat
· PERANAN GURU
· Guru merupakan penggerak utama untuk memastikan kejayaan program ini.
· Penerangan yang jelas mengenai konsep PBSS
hendaklah diberi bagi membolehkan perancangan dan pelaksanaan berkesan aktiviti
PBSS
· Menjadi contoh kepada murid dalam mengamalkan cara hidup sihat.
· Menggalakkan murid menyertai aktiviti PBSS dengan aktif.
· Memberi penerangan kepada Ibu bapa dan mesyarakat setempat mengenai
PBSS.
PROSTAR
· PENGENALAN
· PROSTAR - ”Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja”.
· Diperkenalkan oleh KKM dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS di
kalangan remaja.
· Idea penubuhan PROSTAR telah dicetuskan pada tahun 1995 hasil
perbincangan KKM
dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
· Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri
pada 24
November, 1996 di Dataran Merdeka, KualaLumpur.
· KONSEP:
· Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja
· Program ini menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 ingga 25 tahun
sebagai
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah hidup sihat tanpa AIDS
· Menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pendidikan HIV/AIDS kepada
remaja
· KUMP SASARAN:
· Remaja berumur 13 hingga 25 tahun yang terdiri daripada pelajar sekolah
menengah,
pelajar institusi penggajian tinggi, remaja lepasan sekolah.
· OBJEKTIF:
· Meningkatkan kesedaran serta pengetahuan remaja akan bahaya jangkitan
HIV, cara
pencegahan dan pengawalannya.
· Menyemai sikap positif di kalangan remaja agar prihatin akan masalah HIV
yang
dikaitkan dengan gejala sosal yang melada remaja masa ini.
· Menggalakkan remaja mengamalkan cara hidup yang sihat, serta menghindari
tingkahlaku berisiko tinggi kepada jangkitan HIV.
· Membentukkan segolongan PRS bagi mempengaruhi remaja ke arah cara hidup
sihat
dan menggerakkan remaja agar turut dalam usaha menentang ancaman AIDS.
· Melahirkan segolongan PRS yang berperanan sebagai sukarelawan khidmat
sosial
dalam memberi khidmat sokongan kepada remaja.
· TUJUAN:
· Memastikan semua Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dapat
melaksanakan
perkhidmatan bimbingan dan kaunselinng
· STRATEGI:
· Pengukuhan jaringan kerjasama pelbagai agensi.
· Pendekatan komunikasi secara intensif
· Promosi
· Kelab PROSTAR
· Rangkaian kelab PROSTAR
· Pengerusan kelab
· Rumah kelab
· AKTIVITI:
· Aktiviti-aktiviti pendidikan AIDS seperti ceramah, pameran, kempen
kesedaran AIDS dan kem-kem motivasi di sekolah dan kilang.
· Sesi kaunseling remaja.
· Latihan PRS PROSTAR
· Menerbit dan mengedarkan newsletter.
· Lain-lain aktiviti promosi seperti Laman Web PROSTAR, Kedai PROSTAR
(salun, keropok dan cenderahati
PRS
· PENGENALAN
· Pembimbing Rakan Sebaya ialah kelab dimana seorang pelajar dilatih dalam
bidang
kemahiran asas kaunseling dan komunikasi.
· Ia berfungsi sebagai seorang pembimbing yang berkesan kepada rakan
sebaya, terutama
kepada mereka yang memerlukan pertolongan.
· Program ini telah diperkenalkan di sekolah sekolah menengah
seluruh Malaysia pada tahun 1987.
· TUJUAN:
· Memastikan semua Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dapat
melaksanakan
perkhidmatan bimbingan dan kaunselinng
· PRINSIP:
· Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira
agama,
bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal.
· FALSAFAH:
· BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU
ORANG LAIN
· VISI:
· Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang
dan berkualiti
· MISI:
· Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi,
rohani,
intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan
Sebaya
· MATLAMAT:
· Membina budaya kasih mesra dan saling membantu di kalangan pelajar.
· Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan
kepada
kepercayaan kepada Tuhan.
· Memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa,
rela,taat, menolong dan berupaya hidup
selesa dalam masyarakat majmuk.
· Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat
memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku di kalangan pelajar
· PERANAN:
· Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan
sekeliling.
· Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan perkhidmatan
bimbingan dan
kaunseling di sekolah.
· Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.
· Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti
membuat rujukan jika perlu.
· Sebagai Role Model kepada pelajar lain.
· Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri,
berasa selesa dan berempati
· ETIKA:
· Amanah dan menyimpan rahsia.
· Tahu batasan dan keupayaan diri.
· Menerima dan menghormati rakan dan orang lain
· Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.
· Sentiasa berusaha meningkatakan diri dari
pelbagai aspek
· Merujuk kes rumit kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling.
· Melapor kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang kes yang boleh
merosakkan diri atau orang lain.
PENILAIAN
· BENTUK PENILAIAN:
· Rekod Kesihatan Murid
· Rekod Rancangan Makanan
· Rekod Rawatan & Pemeriksaan Gigi
· Laporan Bulanan
· Laporan Tahunan
· Pengiktirafan kepada kelas terbersih
· Kuiz kesihatan
· TUJUAN PENILAIAN:
· Mengekalkan tahap kesihatan murid
· Promosi kesihatan
· Pencegahan penyakit
· Rawatan @ rujukan
· Mengesan masalah-masalah kesihatan yang boleh menghalang pencapaian akademik
· KAEDAH MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN
MURID DI SEKOLAH:
· Pemberian Immunasasi
· Saringan kesihatan
· Pencegahan penyakit
· Rawatan Ringan dan rujukan ke klinik atau hospital
RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN
· PENDAHULUAN
· Tidak bermaksud untuk menggantikan makanan yang disampaikan kepada
seorng
murid sekolah oleh Ibu bapa atau penjaganya
· RMT bermaksud memberi makanan tambahan iaitu 1/4 – 1/3 daripada jumlah
keperluan
makanan harian bagi seorng murid harian sekolah rendah sepenuhnya
· Merupakan satu usaha bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan
dengan kesihatan dan pemakanan
· OBJEKTIF:
· Memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid
yang
berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan
badan dan
kekurangan tenaga
· Menyelenggarakan dan mengaplikasikan pendidikan kesihatan dari segi
pemakanan
dan penjagaan kesihatan secara tidak lansung.
· Memupuk budaya sopan, berdisiplin menjaga kebersihan diri makanan dan
alam sekitar
· Menggiatkan usaha sekolah dalam penjagaan pemakanan murid
· PEMILIHAN:
· Murid yang menunjukkan tanda salah pemakanan (dipilih oleh pasukan
perkhidmatan ksihatan sekolah/guru dan diselaraskan
oleh jawatan kuasa khas di peringkat sekolah)
· Murid yang daripada keluarga berpendapatan rendah (400 ke bawah) dan
keahlianya ramai (6 orang dan ke atas).
· Rumah jauh dari sekolah
· PIHAK PENYEDIA:
· Guru sekolah
· PIBG
· Pasukan badan sukarela
· Pekerja kontrak kantin
· Pekerja upahan
· KESAN KEKURANGAN ZAT:
· Ganggun pertumbuhan fizikal dan mental
· Kurang tumpuan
· Kemerosotan
· Keletihan
No comments:
Post a Comment