Majlis Olimpik
Malaysia (MOM) telah
diasaskan penubuhan dan
pendaftarannya pada tahun 1953
sebagai sebuah badan
bukan kerajaan di
bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966. Setelah wujudnya
Akta Pembangunan Sukan 1997, pendaftaran MOM kini didaftarkan di bawah Pejabat
Pesuruhjaya Sukan di bawah pentadbiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
MOM adalah merupakan
sebuah organisasi sukan
yang diiktiraf penglibatan
dan penyertaannya dalam Jawatankuasa
Olimpik Antarabangsa (IOC)
dan Persekutuan Sukan
Antarabangsa (IFS).
Penglibatan MOM sejak 1954 melayakkannya menjadi badan
utama di negara ini dalam penyertaan di sukan Olimpik. Selain daripada
diiktiraf oleh IOC, MOM
juga diterima baik
sebagai ahli gabungan
oleh beberapa badan sukan utama antarabangsa, antaranya seperti:
(a) Association of National Olympic Committee (ANOC)
(b) Olympic Council of Asia (OCA)
(c) Southeast Asian Games Federation (SEAGF)
(d) Commonwealth Games Federation (CGF)
(e) International Assembly of National
Confederation of Sports
Penyertaan
yang diwujudkan ini
telah melayakkan MOM
untuk menjadi badan
utama negara yang membolehkan
penyertaan dalam kejohanan
sukan seperti Sukan
Asia, Sukan SEA dan Sukan Komanwel.
Ahli kepada MOM adalah terdiri dari Persatuan Sukan
Kebangsaan yang juga merupakan persatuan
sukan mewakili setiap jenis
sukan di Malaysia dan
diiktiraf Oleh IFS.
1
Objektif:
i.
Membangun dan melindungi aktiviti sukan dan
memperkenalkan prinsip-prinsip sukan melalui aktiviti sukan dan pendidikan.
ii.
Menjadi sebuah agensi yang bebas sepenuhnya dan tidak
dipengaruhi oleh faktor politik, agama mahupun ekonomi.
iii.
Untuk menganjurkan sukan seperti sukan olimpik, sukan
sea, sukan asia dan sukan komanwel.
iv.
Bertindak menyelaras semua organisasi badan sukan yang
terdapat di Malaysia.
v.
Memajukan dan menggalakkan pembangunan prestasi sukan
yang tinggi di Malaysia.
vi.
Menjalinkan hubungan dengan badan-badan Olimpik negara lain.
2 Peranan MOM:
- Memajukan prinsip asas bagi pergerakan Olimpik melalui bidang pendidikan.
- Bekerjasama dengan MSN dalam hal pemilihan dan
latihan ahli sukan untuk pertandingan antarabangsa.
- Bekerjasama dengan kerajaan bagi membangunkan dan
melantik atlet, jurulatih dan pegawai.
- Mengumpul dana-dana dengan tujuan memenuhi objektif
dan peranan majlis.
3 Organisasi:
i.
12 pegawai yang dipilih dalam perhimpunan agung terdiri
daripada:
ii.
Lembaga
Eksekutif MOM terdiri daripada 12 orang pemegang jawatan utama.
iii.
4 ahli
tambahan dilantik dan bermesyuarat sebulan sekali.
iv.
MOM
beroperasi dan berpusat di sebuah pejabat yang mana mempunyai staf sepenuh
masa.
v.
3
barisan struktur MOM:
a) Barisan atas yang mempunyai kuasa tertinggi mengadakan
Perhimpunan Agung Tahunan.
b) Mesyuarat antara ahli MOM yang mempunyai hak bersuara ke
atas pengurusan MOM. 3 bulan sekali. Keputusan akan dibuat ikut persetujuan
ramai.
c) Lembaga Eksekutif
-
Terdiri
daripada pemegang jawatanyang dipilih, pengarah bagi Akademik Olimpik
Kebangsaan dan wakil daripada KBS, MSN, ISN, dan MSSN.
Antara persatuan yang berada di bawah MOM:
1. Persekutuan
Angkat Berat Malaysia (Malaysia Weightlifting Federation)
2. Persatuan
Badminton Malaysia (Badminton Association of Malaysia)
3. Persekutuan
Kebangsaan Berbasikal Malaysia (Malaysian National
Cycling Federation)
4. Persekutuan
Bina Badan Malaysia(Malaysian Body Building Federation)
5. Persekutuan
Bola Baling Malaysia (Malaysian Handball Federation)
6. Persatuan
Bola Jaring Malaysia (Malaysian Netball Association)
7. Persatuan
Bola Keranjang Malaysia (Malaysia Basketball Association)
8. Persatuan
Bolasepak Malaysia (Football Association of Malaysia)
9. Persatuan
Bola Tampar Malaysia (Malaysia Volleyball Association)
10. Persatuan
Ekuestrian Malaysia (Equestrian Association of Malaysia)
11. Persekutuan
Gimnastik Malaysia (Malaysian Gymnastics Federation)
12. Persatuan
Golf Malaysia (Malaysian Golf Association)
13. Persekutuan
Hoki Malaysia (Malaysian Hockey Confederation)
14. Persekutuan
Judo Malaysia (Malaysia Judo Federation)
15. Persekutuan
Karate Malaysia (Malaysia Karate Federation)
16. Persatuan
Kriket Malaysia (Malaysian Cricket Association)
17. Persekutuan
Lawan Pedang Malaysia (Malaysian Fencing Federation)
18. Persekutuan
Lawn Bowls Malaysia (Malaysian Lawn Bowls Federation)
19. Persatuan
Lawn Tenis Malaysia (Lawn Tennis Association of Malaysia)
20. Persatuan
Memanah Kebangsaan Malaysia (National Archery Association of
Malaysia)
21. Persatuan
Menembak Kebangsaan Malaysia (National Shooting
Association of Malaysia)
22. Kesatuan
Olahraga Amatur Malaysia (Malaysia Amateur Athletic Union)
23. Persatuan
Pelayaran Malaysia (Malaysia Yachting Association)
24. Persatuan
Ping Pong Malaysia (Table Tennis Association of Malaysia)
25. Kesatuan
Ragbi Malaysia (Malaysia Rugby Union)
26. Persatuan
Renang Amatur Malaysia (Amateur Swimming Union of Malaysia)
27. Persatuan
Sepaktakraw Malaysia (Sepaktakraw Association of Malaysia)
28. Persekutuan
Silat Kebangsaan Malaysia (Malaysian National Silat
Federation)
29. Persekutuan
Snuker Dan Billiard Malaysia (Malaysian Snooker &
Billiards Federation)
30. Persatuan
Sofbol Malaysia (Softball Association of Malaysia)
31. Persatuan
Squash Malaysia (Squash Racquets Association of Malaysia)
32. Taekwondo
Malaysia (WTF)
33. Kongres
Tenpin Boling Malaysia (Malaysian Tenpin Bowling Congress)
34. Persekutuan
Tinju Amatur Malaysia(Malaysia Amateur Boxing Federation)
35. Persekutuan
Wushu Malaysia (Wushu Federation of Malaysia)
36. Persatuan
Aikido Malaysia (Malaysia Aikido Association)
37. Persekutuan
Besbol Malaysia (Baseball Federation of Malaysia)
38. Persekutuan
Catur Malaysia (Malaysian Chess Federation)
39. Persatuan
Contract Bridge Malaysia (The Malaysian Contract
Bridge Association)
40. Sukan
Tari Amatur Malaysia Berhad (Malaysian Amateur Dance Sport Berhad)
41. Persatuan
Golf Wanita Malaysia (Malaysian Ladies Golf Asssociation)
42. Persekutuan
Hoki Ais Malaysia (Malaysia Ice Hockey Federation)
43. Persatuan
Kabaddi Malaysia (Kabaddi Association of Malaysia)
44. Persatuan
Kanu Malaysia (Malaysia
Canoe Association)
45. Persatuan
Meluncur Ais Malaysia (Ice
Skating Association of Malaysia)
46. Persekutuan
Mendaki Malaysia (Mountaineering Federation of Malaysia)
47. Persatuan
Mendayung Malaysia (Malaysian Rowing Association)
48. Persekutuan
Petanque Malaysia (Petanque Federation of Malaysia)
49. Persatuan
Polo DiRaja Malaysia (Royal Malaysian Polo Association)
50. Persatuan
Silambam Malaysia (Malaysian Silambam Society)
51. Persekutuan
Ski Air & Wakeboard Malaysia (Malaysian Water Ski
& Wakeboard Federation)
52. Persatuan
Sukan Ekstrem Malaysia (Extreme Sports Association of
Malaysia)
53. Persekutuan
Tarian Naga Dan Singa Malaysia (The Dragon And Lion
Dances Federation Malaysia)
54. Persatuan
Triathlon Malaysia (Triathlon Association of Malaysia)
55. Persatuan
Woodball Malaysia (Malaysia Woodball Association)
No comments:
Post a Comment