Monday 6 May 2013

Renang


1.0       PENGENALAN

Setiap  orang harus belajar berenang, tidak kira apa jua lingkungan umurnya. Kanak-kanak seharusnya didedahkan pada air sejak awal lagi supaya mereka merasa seronok  dan mempunyai keyakinan berada didalam air sebelum mencapai usia persekolahan. Renang merupakan satu acara sukan yang boleh disertai oleh setiap peringkat umur dan kebolehan dan melaui aktiviti renang  seseorang  dapat melakukan senaman yang amat berguna  lagi menyeronokan. Adalah penting bagi seseorang cekap berenang untuk menikmati  lain-lain aktiviti  sukan yang menyeronokan.

Di sekolah, acara renang merupakan sebahagian daripada kurikulum Kebangsaaan yang penting bagi Pendidikan Jasmani, terutamanya bagi kanak-kanak yang mencapai umur 11 tahun. Sebaik sahaja mereka meninggalkan sekolah rendah  kanak-kanak itu seharusnya boleh berenang  sekurang- kurangnya 25 m dan mampu memperlihatkan kefahaman mengenai keselamatan dalam air.



2.0       SEJARAH RINGKAS DUNIA RENANG

Setelah manusia mengenal isi dunianya serta alam persekitarannya, kita manusia dapat belajar dengan banyaknya tentang erti kata kehidupan di dalam dunia ini. Juga, setelah kita mencerap pelbagai gelagat sang haiwan seperti monyet, tupai, ikan, buaya, itik, katak dan burung yang hidup di muka bumi ini, maka timbullah keinginan untuk kita meniru gelagat-gelagat haiwan itu. Di antara pelbagai gelagat haiwan itu ialah bergayut, melompat, berenang dan terbang. Justeru itu, manusia akan mencari helah atau daya usaha untuk mencubanya seperti mana ikan berenang di dalam air dan juga seperti mana burung terbang di ruang udara.

Pengkaji sejarah mendapat bukti bahawa manusia boleh berenang kira-kira 4,000 tahun yang lampau. Bukti-bukti itu terdapat dalam simbol hiroglif, seni arca purba orang Assyria, lagenda Yunani dan kitab Injil. Renang juga menjadi sebahagian daripada latihan tentera pada zaman dahulu terutama tentera Rom dan Yunani. Pada Zaman Kelam Eropah, sukan air termasuk renang dihentikan kerana boleh dikatakan kebanyakan penyakit menular melalui air. Kolam renang pertama dibuka di Liverpool, England pada tahun 1828. London pula merupakan kota pertama memperkenalkan sukan renang untuk dipertandingkan. Pada tahun 1837,kota London mempunyai enam buah kolam renang.

Pada zaman silam, sukan renang dihargai sebagai satu pertandingan untuk daya tahan dan bukan sebagai satu perlumbaan kecepatan (races against time). Cabaran pada zaman itu ialah untuk menguji kebolehan dan daya tahan diri dengan berenang mnyeberangi Selat Inggeris. Pada tahun 1875, Captain Matthew Webb dari Shropshire, England menjadi orang pertama berenang di Selat Inggeris. Beliau berenang dari Dover, Englang ke Calais,Perancis dalam jangka masa 21 jam 45 minit. Pada tahun 1956,rekodnya dipecahkan oleh seorang Mesir,bernama Hassan Abdul Rahim yang berenang menyeberangi Selat Inggeris dalam jangka masa 10 jam 50minit.

Pada tahun 1844, dua orang asli Amerika Utara, bernama Flying Gull dan Tobacco dijemput untuk menyertai pertandingan renang di London. Mereka menggunakan gaya sendiri yang lebih kurang sama dengan gaya rangkak yang digunakan pada hari ini. Gaya renang Flying Gull dan Tobacco ini belum pernah digunakan oleh para perenang Eropah. Sebenarnya gaya renang mereka ini telah biasa digunakan oleh penduduk Amerika, Afrika Barat dan Kepulauan Pasifik sejak turun - temurun. Pada hari ini gaya renang itu disebut the crawl.

Kemudian dari itu, perenang Frederick Cavill telah memperkenalkan renang gaya rangkak ini dari kota London ke benua Australia. Cavill memperbaiki gaya ini dan menamakannya the Australian Crawl. Pada 1902, anak Cavill, Richard pula menggunakan gaya the Australian Crawl ini untuk berenang 100 ela dalam jangka masa 58.6 saat. Seorang lagi anak Cavill, Sidney telah menunjuk ajar dan melatih para perenang di San Francisco, Amerika Syarikat dengan menggunakan teknik gaya ini. Salah seorang daripada anak didikannya, J. Scott Leary telah berjaya menjadi perenang pertama Amerika Utara yang melakukan renang 100 ela dalam jangka masa 60 saat.

 

Gaya renang Cavill menjadi semakin popular. Seorang perenang bernama Charles Daniels memperbaiki lagi gaya Cavill ini. Dia menamakannya the American Crawl. Pada 1910, Charles Daniels, dengan menggunakan gaya the American Crawl berjaya mencipta rekod baru dengan berenang 100 ela dalam jangka masa 54.8 saat.

Gaya rangkak juga digunakan oleh penghuni Pulau Hawaii. Duke Kahananoku dari Hawaii menggunakan gaya ini untuk memenangi acara renang 100 meter di Sukan Olimpik pada tahun 1912 dan 1920. Johnny Weismuller dari Amerika Syarikat yang berumur 21 tahun memenangi acara renang 100 meter dalam jangka masa 59 saat pada Sukan Olimpik 1924. Weismuller mencipta rekod baru dalam 67 acara renang sebelum dia bersara daripada renang pertandingan untuk menjadi bintang filem. Dia berlakon sebagai Tarzan di Hollywood.

Pada 1986, hanya acara gaya bebas (free style) ditandingkan di Sukan Olimpik. Ini bermakna, para perenang dibenarkan menggunakan pelbagai gaya dan interpretasi untuk berenang. Pada tahun 1900, tiga acara renang ditetapkan, iaitu acara gaya kuak lentang (backstroke), acara gaya rangkak (the crawl) dan acara gaya kuak dada (breast-stroke). Pada tahun 1912, perenang wanita diberi peluang untuk bertanding dalam acara renang gaya bebas sahaja. Kini, berbagai-bagai acara renang termasuklah acara gaya bebas, acara gaya kuak lentang, acara gaya kuak dada, acara gaya kuak kupu-kupu, acara gaya medley individu, acara gaya medley berganti-ganti, acara gaya bebas berganti-ganti, acara junam dan acara renang segerak dipertandingkan dalam Sukan Olimpik dan juga sukan-sukan lain seperti Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEA dan SUKMA.


3.0       SUKAN RENANG DI MALAYSIA


Pada awal abad dua puluh, ramai rakyat di Semenanjung Malaya menunjukkan minat dalam aktiviti-aktiviti sukan renang terancang (organised swimming activities). Oleh sebab minat rakyat terhadap renang terancang amat mendalam, maka beberapa buah kelab renang telah ditubuhkan tidak lama kemudian itu, dan di antaranya ialah Penang Swimming Club pada tahun 1903, Penang Chinese  Swimming Club pada tahun 1928, European Swimming Club pada tahun-tahun 1930an di Ipoh, Taiping dan Kuala Lumpur dan juga Kinta Swimming Club di Ipoh pada1936.

Kelab-kelab renang ini sangat aktif. Taraf sukan renang dinaikkan pada tahun 1931 dengan pengelolaan the Malayan Chinese Olympiad. Sukan ini diteruskan setiap tahun hingga 1937, dengan penyertaan kelab-kelab renang dari Pulau Pinang, Perak, Johor dan Melaka. Selepas Perang Dunia Kedua, minat sukan renang giat dipulihkan. Banyak pertandingan renang dikelolakan di antara kelab-kelab renang orang Asia dari Singapura, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuala Lumpur.

Pada tahun 1955, the Malayan Amateur Swimming Union ditubuhkan. Dengan pertubuhan persatuan ini, pertandingan antara kelab renang digantikan dengan pertandingan antara negeri. Pada tahun 1956, Malaya buat kali pertama menyertai Sukan Olimpik di Melbourne, Australia. Malaya menyertai dalam lima jenis acara sukan, iaitu olahraga, angkat berat, renang, menembak dan hoki.

 

Pada masa ini, persatuan renang di Malaysia dinamai Amateur Swimming Union, Malaysia (ASUM). Kini ASUM adalah ahli gabungan badan renang dunia, Federation Internationale de Nation Amateur (FINA). Mulai tahun 1956, Malaya ikut serta dalam beberapa pertandingan renang antarabangsa, termasuk Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEAP/SEA dan Kejohanan Asia.


4.0       KESELAMATAN DI DALAM AIR


            Keselamatan di dalam air memupuk pemahaman tentang keselamatan semasa di dalam dan berhampiran dengan air. Ini merupakan salah satu aspek penting dalam acara renang di dalam Kurikulum Kebangsaan Britain, yang mana sebahagian daripadanya boleh diajar di rumah atau di kelas di luar persekitaran kolam renang. Latihan mengenai keselamatan boleh dimulakan sebelum lawatan pertama ke kolam renang sekiranya kanak-kanak itu tahu memahami prinsip-prinsip. Pendekatan mengenai perkara ini boleh dilakukan dengan meransang minat dan cabaran kepada kanak-kanak itu, memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan imaginasi mereka ketika berada dalam situasi merbahaya.Prinsip-prinsip berkaitan keselamatan dalam air boleh  diperkuat lagi pada bila-bila masa ketika kanak-kanak berada di sekitar perairan atau apabila program di televisyen memaparkan beberapa aktiviti akuatik.

Peraturan keselamatan di dalam air :

1.    Apabila bermain berdekatan kawasan air, sentiasa pastikan bahawa ada orang dewasa yang boleh berenang bersama anda.

2.    Sekiranya menghadapi masalah di dalam air, bawa bertenang, pusingkan badan supaya anda berada dalam keadaan terlentang, dan jika ternampak seseorang, lambaikan tangan untuk menarik perhatian.Cara lain ialah dengan meletakkan tangan anda di dalam air.
3.    Jangan berenang pada masa sejam selepas anda memakan makanan berat.

4.    Sekiranya anda berasa kesejukan atau keletihan ketika berada di dalam air, segera keluar dari kolam.


5.0       KESELAMATAN DI KOLAM RENANG


Beberapa peraturan perlu dipatuhi semasa berada di dalam kolam renang atau tempat-tempat lain.
1.    Pengguna perlu menunjukkan resit/surat kebenaran/kelulusan sebelum menggunakan kemudahan di kompleks sukan renang

2.    Cagaran akan dikenakan sekiranya penyewaan / penggunaan untuk tujuan bagi mengadakan pertandingan / perlawanan, majlis / program atau penyewaan / penggunaan secara harian.

3.    Semua pengguna diminta sentiasa menjaga kebersihan kawasan serta keselamatan peralatan yang digunakan. Sebarang kerosakan/kehilangan perlu diganti.

4.    Orang ramai tidak dibenarkan masuk kecuali menggunakan tiket yang boleh dibeli di kolam renang

5.    Kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk dibenarkan masuk kecuali dengan syarat ada seorang penjaga

6.     Semua pengguna dikehendaki meninggalkan kolam 15 minit sebelum ditutup.
7.    Pengguna-pengguna lelaki dan wanita dikehendaki memakai pakaian mandi yang tidak turun warnanya atau "transparent" serta mengikut etika berpakaian di kolam renang

8.    Pengguna-pengguna dilarang meludah ke dalam kolam

9.    Pengguna-penggunan dilarang berlari-lari, menolak atau mengganggu orang lain

10. Orang ramai yang mengidap penyakit-penyakit berjangkit yang bahaya dan penyakit kulit adalah dilarang mandi di kolam renang

11. Pengguna-pengguna adalah dilarang membawa barang-barang bahaya dan yang boleh mengotorkan air kolam seperti makanan, botol-botol minuman, kotak-kotak, barang-barang tajam dan sebagainya

12. Orang ramai yang mengunjungi kolam renang tidak dibenarkan membawa barang makanan atau minuman ke dalam kawasan kolam renang

13. Pengguna-pengguna dikehendaki bertanggungjawab menjaga semua harta MPSP di kolam renang daripada dirosakkan atau disalah gunakan

14. Sebarang penjaja tidak dibenarkan di dalam kawasan kolam renang

15. Tiket-tiket yang telah dijual tidak boleh dikembalikan

16. Pengguna-pengguna dilarang membawa beg pakaian serta dilarang menyalin pakaian di dalam kawasan kolam renang

17. Pengguna-pengguna dilarang membawa masuk kamera, alat perakam video dan sebagainya yang boleh merakam gambar orang ramai

18. Pengguna-pengguna dilarang merokok di dalam kawasan kolam renang

19. Pengguna-pengguna dilarang memakai kasut atau selipar di kawasan kolam renang

20. Setiap pengunjung yang menggunakan kolam renang perlu memakai topi renang untuk menggelakkan rambut gugur

21. Penguasa kolam boleh pada bila-bila masa yang difikirkannya perlu untuk menutup kolam renang daripada digunakan oleh pengguna-pengguna atau orang ramai, sekiranya ditutup maka wang tidak akan dikembalikan

22. Sebarang salah pengertian mengenai peraturan ini akan diputuskan oleh Yang Dipertua atau wakilnya dan keputusan-keputusan adalah muktamad

23. Pihak MPSP tidak akan bertanggungjawab atas keselamatan / kerosakan / kehilangan barang-barang pengguna

24. Sebarang sepanduk (banner) /poster/ papantanda tidak dibenarkan dipasangkan di mana-mana juga bahagian di kawasan stadium/kompleks sukan kecuali mendapat kebenaran daripada MPSP

25. Binatang-binatang peliharaan adalah dilarang untuk dibawa masuk ke dalam kawasan kolam renang

26. Tidak dibenarkan membakar apa-apa juga bahan di mana-mana juga bahagian di kawasan kolam renang MPSP

27. Penganjuran semua jenis aktiviti politik, perjudian dan aktiviti yang diharamkan oleh kerajaan adalah tidak dibenarkan.
28. MPSP tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan / kecederaan /kehilangan yang berlaku ke atas mana-mana individu sepanjang tempoh penggunaan / penyewaan kompleks sukan. MPSP juga tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan / kehilangan mana-mana kenderaan yang letakkan di perkarangan meletak kenderaan

29. Penyewa hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan syarat-syarat yang akan dikenakan dari semasa ke semasa oleh pegawai yang bertugas

30. Penyewa tidak dibenarkan menyewa semula (meminda hal penyewaan) kepada orang lain

31. Wang cagaran akan dikembalikan setelah MPSP mendapati semua syarat-syarat yang dikenakan samada secara bertulis atau lisan dipatuhi. Cagaran akan ditahan sekiranya berlaku kehilangan peralatan,kerosakan akibat penyewaan/penggunaan atau hal-hal kebersihan

32. MPSP berhak membatalkan tempahan pada bila-bila masa sahaja untuk kepentingan MPSP dan Kerajaan




6.0       KEMAHIRAN ASAS RENANG KUAK DADA


6.1 PENGENALAN

 Kuak dada ialah gaya yang terawal daripada gaya-gaya lain. Gaya ini selalunya diguna pakai oleh penyelamat renang semasa menyelamatkan mangsa. Selain itu gaya ini mudah dipelajari dan sesuai untuk aktiviti rekreasi.




                            

                             Gaya ini dapat merehatkan tubuh badan kita, kerana gaya ini tidak memerlukan kita untuk menggunakan banyak tenaga sebaliknya menggunakan teknik yang betul dan membuatkan kita meluncur laju ketika di dalam air.


6.2  KAEDAH PENGAJARAN RENANG GAYA KUAK DADA

 1.            Sebelum memulakan kuakan air, pelajar terapung pada kedudukan meniarap yang  
           mendatar dan kemas, bahu selari dengan permukaan air.



2.       Kepala perlu selari dengan badan serta memandang ke depan atau berada hanya sedikit di bawah paras air.
3.   Dekatkan serta panjangkan tangan dalam air, kaki di belakang lurus dan rapat.



4. Kuakan bermula dengan menarik tangan ke luar, ke belakang dan ke bawah ke titik hampir 
    dengan bahagian depan bahu. 





5.           Kaki dikekalkan pada keadaan lurus dan rapat di belakang.
6.      Tangan yang berada di depan pada paras bahu mula digerakkan dalam bentuk 
        bulatan, siku hampir dengan badan bersedia untuk melakukan pemulihan atau 
        kembali ke kedudukan awal yang membawa tangan ke depan badan bagi gerakan 
        tangan selanjutnya.
7.      Pada ketika ini, perenang biasanya menarik nafas kerana mulut bebas daripada 
       air.


8.   Semasa pemulihan, tangan dipanjangkan ke depan sama ada di atas permukaan air atau sedikit sahaja di bawah permukaan air.
9.     Pada masa yang sama, kaki digerakkan ke punggung, sisi paha dijarakkan,
       ibu jari kaki menghala ke belakang sementara lutut jauh daripada garisan
        sisi paha.
10.   Semasa gerakan tangan untuk pemulihan atau kembali ke posisi asal hampir selesai, tapak kaki digerakkan ke luar sedikit dan kaki menendang kuat ke belakang dan ke luar sedikit semasa melakukan pergerakan pecutan.



11.            Tumit kaki harus memulakan pergerakan.
12.            Pergerakan kaki menendang ke belakang seperti katak selesai apabila kaki   
            membuat suatu laluan yang membengkok disudahi dengan gerakan meluru.
13.        Kaki menamatkan tendangan dengan ibu jari kaki menunding ke belakang dan 
         meluncur dalam keadaan kemas serta bersedia untuk pusingan kuak seterusnya.






7.0       ANSUR MAJU RENANG GAYA KUAK DADA

 7.1  POSISI BADAN









·         Dengan memegang penggayut atau palung, buat latihan ringkas gerakan kaki.
·   Dengan memegang alat keapungan atau pelampung yang dipegang di depan, berenang mengikut kelebaran kola dengan hanya menggunakan kaki.
·         Tolak dan luncur, diikuti dengan gerakan kaki sahaja.

7.2  GERAKAN TANGAN






·         Berdiri di bahagian cetek kolam renang dengan bahu di bawah paras air, lakukan latihan gerakan tangan.
·     Berjalan perlahan-lahan mengharungi air, bahu masih berada di dalam air dan sambil mencondongkan badan ke depan, lakukan latihan gerakan tangan.

7.3 PERNAFASAN




·     “Bubbling” iaitu salah satu cara mengawal pernafasan sebelum memulakan aktiviti renang.
·     Nafas di tarik melalui mulut sebelum kepala dimasukkan ke dalam air dan udara dihembus melalui hidung sebelum kepala di keluarkan ke udara. Pergerakan ini diulang beberapa kali.



7.4 PENGATURAN MASA










·  Tolak dan luncur, tambah pula satu pusingan tangan diikuti dengan tendangan kaki.
·  Ulangi, tambahkan bilangan pusingan tangan dan tendangan secara beransur-ansur.
·         Tolak dan luncur, tarik atau kuak tangan, bernafas, tendang dan luncur.
·         Bernafas pada setiap pusingan kuak.
·         Tambahkan jarak renangan bagi mewujudkan ritma yang selesa.

8.0       PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN


8.1 POSISI BADAN
·         Sasarkan pada posisi badan yang teregang dan selurus yang boleh.
·         Stabilkan kepala dan luruskan bahu, sisi paha berada sedikit sahaja di bawah paras permukaan air, kaki dilunjurkan, tajamkan ibu jari kaki.

8.2 GERAKAN KAKI
·         Tumit menghadap punggung, kaki menghadap ke luar, tumit mendorong pergerakan ke belakang.
·         Gerakan kaki bagi pemulihan atau kembali ke posisi asal dilakukan di dalam air. Permukaan kaki di halakan ke luar untuk dorongan terakhir, tendangan harus serentak dan secara simetri,
·       Pastikan kaki pada posisi selari dengan sisi paha pada sepanjang masa.

8.3 GERAKAN TANGAN
·         Pastikan tangan sentiasa dalam pandangan.
·      Kuak dengan kuat ke sisi, ke bawah dan ke belakang, lakukan gerakan pemulihan dengan kemas, kuak air di depan bahu.

8.4 PERNAFASAN
·   Tarik nafas sebaik sahaja tangan selesai melakukan gerakan tarikan, hembus nafas apabila tangan melakukan gerakan pemulihan, iaitu kembali ke posisi asal.
·         Kepala perlu stabil sementara bahu berada dalam keadaan lurus.

8.5 PENGATURAN MASA

·         Pastikan gerakan tangan untuk menarik atau kuak dilakukan di hadapan bahu.
·         Tumpukan latihan ke arah ritma tarik tangan/ tarik nafas/ tendang/ luncur, dengan penekanan diberi terhadap tendangan ke belakang yang kuat dan luncur yang lancar akan dapat dilakukan.



RUJUKAN :


·         Buku

1.    Asma Saat. 2007. Renang Meniti Tangga Kejayaan. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. Cheras, Kuala Lumpur.

2.    Tam Lye Suan. 1994. Renang. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. Cheras, Kuala Lumpur.


·         Internet

Diakses pada 18.9.2009

Diakses pada 18.9.2009
3.    http://www.mbas.gov.my/maklumatmbas/perkhidmatan/kemudahan/kolam_larangan.php
Diakses pada 18.9.2009




No comments:

Post a Comment