Wednesday 1 May 2013

Konsep Model Bunker & Thorpe (1982)



Salam...

Ok nampak tak tajuk tu??
 Kalau anda adalah pelajar IPG kampus mana pun dan mengambil opsyen PISMP PJ major atau minor mesti kenal dgn tajuk tu kan??
 Jadi di sini akan dikongsikan kepada anda apakah yg di maksudkan dengan TGFU model Bunker and Thorpe 1982 secara ringkas yg mungkin.
 Selamat membaca dan beramal...


 Hopkins 1975, Pembelajaran kemahiran melalui keseronokan.

 Werner 1996, Peningkatan keseronokan (enjoyment) dan penglibatan dikaitkan dengan peningkatan prestasi.


Langkah 1
Permainan
· ( Nama Permainan )

· Fikirkan tentang;
· -Kawasan
· -Bilangan pemain
· -Alatan
=-Kumpulan sasaran
 Pelajar/Murid

Langkah 2

 Apresiasi Permainan
 Peraturan Permainan
 Ubahsuai
 Variasi

Langkah 3
Kesedaran Taktikal
 Prinsip pergerakan
 Ruang dan masa
 Situasi lanjut
 Kesan kelemahan lawan

Langkah 4

 -Membuat Keputusan
 -Apa yang perlu dilakukan?
 Nilai situasi
 Kenal pasti dan menjangka kemungkinan

Bagaimana melakukannya?
 Pemilihan tindakan yang sesuai mengikut situasi dan keadaan.

Langkah 5

Pelaksanaan Kemahiran
Butiran mengajar untuk menghasilkan pergerakan sebenar dalam situasi permainan

Langkah 6

Prestasi
Penilaian kebolehan berasaskan kriteria


Kitaran Model Bunker & Thorpe 1982





KATEGORI/JENIS PERMAINAN


Sasaran (Target)
-Pukulan (Striking)
-Jaring/Dinding (Net/Wall Serangan/Kawasan (Invasion/Territory)

Sasaran (Target)

Penekanan kepada ketepatan dan kawalan.
Modifikasi cabaran;

 Saiz sasaran
 Jarak dan peralatan
 Sasaran bergerak
1. Perlahan
2. Laju
Strategi

 Menyerang = merancang bagi mengenakan sasaran dengan mudah.
 Bertahan = mempertahan/menghalang objek daripada mengenakan sasaran.


Jenis-jenis sukan permainan

Sasaran

Archery
Golf
Lawn bowls
Tenpin bowling
Bocce
Croquet
Billiards and
snooker

Jaring/Dinding (Net/Wall)

Melibatkan pergerakan, kawalan dan pukulan ke arah ruang ditetapkan.
Pemain akan membuat pihak lawan sukar untuk menerima atau mengembalikan objek
   permainan.
Strategi

a. Menyerang = menghantar objek di tempat yang sukar bagi pasukan lawan  
    untuk mengembalikannya.
b. Pemboleh ubah seperti ruang, kelajuan, jarak dan ketinggian laluan objek.
c. Bertahan = sentiasa bersedia dan kawal ruang serangan.

Jenis-jenis sukan permainan Jaring/Dinding
-Badminton
-Squash
-Tennis
-Table tennis
Volleyball

Pukulan/Pemadang (Striking/Fielding)
Melibatkan larian, pukulan, lontaran, tendangan, dan tangkapan.
Runners memukul, menendang atau melontar objek dan lari ke tapak ditetapkan.
Fielders cuba dapatkan objek dan menghentikan larian lawan.
Strategi

 Menyerang = arah gerak objek (Placement) bertujuan menyukarkan fielders .
 Bertahan=bertindak balas dan menjangka (anticipate) pergerakan objek, Sentiasa bersedia dan gerak pantas mendapatkan objek.

Jenis-jenis sukan permainan Pukulan

- Cricket
-Softball
-Baseball

Serangan/Kawasan (Invasion/Territory)

Melibatkan kawalan objek dan menjauhkannya daripada pihak lawan sambil menyerang.
Boleh melibatkan tendangan, balingan dan sebagainya.
Strategi

 Menyerang = mengawal objek daripada dirampas pihak lawan. Cuba buat serangan untuk mendapatkan gol (Kemenangan). Bergerak sambil membuka ruang serangan
 Bertahan = menghalang penyerangan mendapat gol/mata dengan berada di perantaraan penyerang dengan ruang serangan. Gunakan tangan, kaki atau kayu atau badan untuk menyekat serangan. Kawalan gol (Serangan).

Jenis-jenis sukan permainan Serangan/Kawasan

Hockey
Soccer
Australian
 -rules football
-Rugby league
Rugby union
Touch
Water polo
Basketball

Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Mengelola dan Mengurus Permainan Kanak-Kanak

Kenal pasti latar belakang murid-murid.
 -Kawasan permainan selamat dari sebarang ancaman bahaya.
-Sentiasa sediakan peti pertolongan cemas.
Pakaian pemain sesuai
Peralatan dipastikan kesesuaian dan selamat digunakan.
Ubahsuai tahap kesukaran permainan berdasarkan umur murid-murid.
Kawal bilangan pemain.

No comments:

Post a Comment