Sunday 19 May 2013

Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS )



1.    PENDAHULUAN

  
Rancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967. Dalam tempoh tiga tahun RKS dijalankan, dunia secara am dan Malaysia secara khusus telah mengalami banyak perubahan dari aspek kesihatan dan tren penyakit. Sesuai dengan perubahan itu amat wajar RKS dikaji semula untuk membentuk satu jentera pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebih komprehensif. 

Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek " Health Promoting School" ( HPS ) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Ini adalah berdasarkan konsep "HPS" yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa Charter. 

Persidangan " HPS " yang telah diadakan pada bulan Disember 1996 di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) . Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.





2. RASIONAL

Usaha murni untuk mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) adalah berdasarkan rasional berikut :

2.1
Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia ada yang perlu diselaraskan di bawah satu program bersepadu
2.2
Untuk mewujudkan satu sistem yang fleksibel , inovatif dan kreatif serta menjurus kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan semasa
2.3
Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah
2.4
Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak serta dapat dinilai keberkesanannya
2.5
Satu usaha untuk meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu kesihatan

Satu usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan melalui program yang terancang dan bersepadu.


Berdasarkan pernyataan di atas PBSS perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilai di setiap sekolah. Ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti.

3. MATLAMAT PBSS

Melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.

4. VISI PBSS

Generasi yang berilmu, sihat dan progresif

5. MISI PBSS

Sekolah sebagai institusi yang mempromosikan kesihatan

6. OBJEKTIF PBSS

Objektif PBSS adalah agar setiap sekolah dapat:

6.1
Menetapkan polisi / dasar kesihatan sekolah
6.2
Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria , selamat dan sihat
6.3
Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup sihat
6.4
Meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan kesihatan supaya setiap warga sekolah yang bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat
6.5
Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kesihatan sekolah
6.6
Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah bagi:

6.6.1
Menilai taraf kesihatan murid
6.6.2
Memberi khidmat rawatan dan rujukan
6.6.3
Menggalakkan bimbingan dan kaunseling berdasarkan keperluan dan masalah kesihatan murid
6.6.4
Memberi penjagaan / rawatan kecemasan terhadap penyakit-penyakit di sekolah
6.6.5
Mencegah dan mengawal kejadian penyakit
6.6.6
Mengenalpasti, merujuk dan membantu penempatan kanak-kanak kurang upaya

7. TERAS UTAMA PBSS

Enam teras PBSS yang telah digariskan untuk mewujudkan satu pendekatan bersepadu di antara sektor awam, sektor swasta dan masyarakat ke arah melahirkan sekolah sihat adalah seperti berikut:

7.1
Polisi Kesihatan Sekolah sebagai sumber mempromosikan kesihatan
7.2
Persekitaran Fizikal Sekolah
7.3
Persekitaran Sosial Sekolah
7.4
Penglibatan Komuniti
7.5
Kemahiran Kesihatan Diri
7.6
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah


8. PELAKSANAAN

PBSS hendaklah melibatkan seluruh warga sekolah dan masyarakat setempat. Dalam pelaksanaan PBSS, pendidikan kesihatan hendaklah dilaksanakan secara formal atau tidak formal. Di samping itu warga sekolah hendaklah sentiasa mengamalkan amalan kesihatan yang baik.Warga sekolah hendaklah memainkan peranan masing-masing supaya PBSS dapat dijalankan dan dilaksanakan dengan berkesan. Jawatankuasa PBSS di peringkat sekolah dianggotai oleh guru-guru dan pasukan kesihatan.


Jawatankuasa PBSS Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir

Penasihat
Pn. Rosalind Chan Leng Neo
Pengerusi
Pn. Hjh. Zaiton bte Hj. Ahmad ( GPK HEM )
Setiausaha
Pn. Maznah Adam
AJK
Pn. Rozinah bte Mat Jizat
Pn. Goh Chin Guan
En. Chee Kiow Wee
En. Shahrani Tawil
Pn. Norazah bte Daud
Pn. Rahimah Din
Pn. Zamzura Azis
En. Kamarudin Abu Hassan
Pn. Siti Eisah bte Songip
En. Ilangovan
Pasukan Kesihatan Sekolah
Pasukan Kesihatan Gigi


9. PEMANTAUAN DAN PENILAIAN

Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan PBSS dalam mencapai objektifnya, pemantauan dan penilaian yang berterusan perlu dijalankan. Antara kaedah yang digunakan :

9.1
Rekod Kesihatan Murid
9.2
Rekod Rancangan Makanan Tambahan
9.3
Laporan Bulanan
9.4
Laporan Tahunan
9.5
Pengiktirafan kepada Kelas Terbersih

10. PENUTUP

Pelaksanaan PBSS adalah satu usaha untuk mempromosikan kesihatan di kalangan warga sekolah. PBSS juga akan menjadi teraju utama dalam mencapai cita-cita warisan budaya negara. Setiap warga sekolah bertanggungjawab mempastikan agar PBSS dihayati. Melalui PBSS ini diharap akan lahir masyarakat yang mengutamakan kesihatan dalam setiap aspek.

No comments:

Post a Comment