Monday 20 May 2013

Majlis Olimpik Malaysia (MOM)









Majlis  Olimpik  Malaysia  (MOM)  telah  diasaskan  penubuhan  dan  pendaftarannya  pada tahun  1953  sebagai  sebuah  badan  bukan  kerajaan  di  bawah  Akta  Pendaftaran Pertubuhan 1966. Setelah wujudnya Akta Pembangunan Sukan 1997, pendaftaran MOM kini didaftarkan di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan di bawah pentadbiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

 MOM  adalah  merupakan  sebuah  organisasi  sukan  yang  diiktiraf  penglibatan  dan penyertaannya  dalam   Jawatankuasa  Olimpik  Antarabangsa  (IOC)  dan  Persekutuan Sukan Antarabangsa (IFS). 


Penglibatan MOM sejak 1954 melayakkannya menjadi badan utama di negara ini dalam penyertaan di sukan Olimpik. Selain  daripada  diiktiraf  oleh  IOC, MOM  juga  diterima  baik  sebagai  ahli  gabungan  oleh beberapa badan sukan utama antarabangsa, antaranya seperti: 


(a) Association of National Olympic Committee (ANOC)
(b) Olympic Council of Asia (OCA)
(c) Southeast Asian Games Federation (SEAGF) 
(d) Commonwealth Games Federation (CGF)
(e) International Assembly of National Confederation of Sports


Penyertaan  yang  diwujudkan  ini  telah  melayakkan  MOM  untuk  menjadi  badan  utama negara  yang  membolehkan  penyertaan  dalam  kejohanan  sukan  seperti  Sukan  Asia, Sukan SEA dan Sukan Komanwel. 

Ahli kepada MOM adalah terdiri dari Persatuan Sukan Kebangsaan yang juga merupakan persatuan  sukan mewakili  setiap  jenis  sukan  di Malaysia  dan  diiktiraf Oleh  IFS.

1

     Objektif:

                       i.        Membangun dan melindungi aktiviti sukan dan memperkenalkan prinsip-prinsip sukan melalui aktiviti sukan dan pendidikan.

                      ii.        Menjadi sebuah agensi yang bebas sepenuhnya dan tidak dipengaruhi oleh faktor politik, agama mahupun ekonomi.

                    iii.        Untuk menganjurkan sukan seperti sukan olimpik, sukan sea, sukan asia  dan sukan komanwel.

                    iv.        Bertindak menyelaras semua organisasi badan sukan yang terdapat di Malaysia.

                      v.        Memajukan dan menggalakkan pembangunan prestasi sukan yang tinggi di Malaysia.

                    vi.        Menjalinkan hubungan dengan badan-badan Olimpik negara lain.

2    Peranan MOM:
    1. Memajukan prinsip asas bagi pergerakan Olimpik melalui bidang pendidikan.
    2. Bekerjasama dengan MSN dalam hal pemilihan dan latihan ahli sukan untuk pertandingan antarabangsa.
    3. Bekerjasama dengan kerajaan bagi membangunkan dan melantik atlet, jurulatih dan pegawai.
    4. Mengumpul dana-dana dengan tujuan memenuhi objektif dan peranan majlis.

3   Organisasi:

                      i.        12 pegawai yang dipilih dalam perhimpunan agung terdiri daripada:






                    ii.        Lembaga Eksekutif MOM terdiri daripada 12 orang pemegang jawatan utama.
                   iii.        4 ahli tambahan dilantik dan bermesyuarat sebulan sekali.
                   iv.        MOM beroperasi dan berpusat di sebuah pejabat yang mana mempunyai staf sepenuh masa.
                    v.        3 barisan struktur MOM:
a)    Barisan atas yang mempunyai kuasa tertinggi mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan.
b)    Mesyuarat antara ahli MOM yang mempunyai hak bersuara ke atas pengurusan MOM. 3 bulan sekali. Keputusan akan dibuat ikut persetujuan ramai.
c)    Lembaga Eksekutif
-       Terdiri daripada pemegang jawatanyang dipilih, pengarah bagi Akademik Olimpik Kebangsaan dan wakil daripada KBS, MSN, ISN, dan MSSN.


Antara persatuan yang berada di bawah MOM:

1.    Persekutuan Angkat Berat Malaysia (Malaysia Weightlifting Federation)
2.    Persatuan Badminton Malaysia (Badminton Association of Malaysia)
3.    Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (Malaysian National Cycling Federation)
4.    Persekutuan Bina Badan Malaysia(Malaysian Body Building Federation)
5.    Persekutuan Bola Baling Malaysia (Malaysian Handball Federation)
6.    Persatuan Bola Jaring Malaysia (Malaysian Netball Association)
7.    Persatuan Bola Keranjang Malaysia (Malaysia Basketball Association)
8.    Persatuan Bolasepak Malaysia (Football Association of Malaysia)
9.    Persatuan Bola Tampar Malaysia (Malaysia Volleyball Association)
10. Persatuan Ekuestrian Malaysia (Equestrian Association of Malaysia)
11. Persekutuan Gimnastik Malaysia (Malaysian Gymnastics Federation)
12. Persatuan Golf Malaysia (Malaysian Golf Association)
13. Persekutuan Hoki Malaysia (Malaysian Hockey Confederation)
14. Persekutuan Judo Malaysia (Malaysia Judo Federation)
15. Persekutuan Karate Malaysia (Malaysia Karate Federation)
16. Persatuan Kriket Malaysia (Malaysian Cricket Association)
17. Persekutuan Lawan Pedang Malaysia (Malaysian Fencing Federation)
18. Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (Malaysian Lawn Bowls Federation)
19. Persatuan Lawn Tenis Malaysia (Lawn Tennis Association of Malaysia)
20. Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (National Archery Association of Malaysia)
21. Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (National Shooting Association of Malaysia)
22. Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (Malaysia Amateur Athletic Union)
23. Persatuan Pelayaran Malaysia (Malaysia Yachting Association)
24. Persatuan Ping Pong Malaysia (Table Tennis Association of Malaysia)
25. Kesatuan Ragbi Malaysia (Malaysia Rugby Union)
26. Persatuan Renang Amatur Malaysia (Amateur Swimming Union of Malaysia)
27. Persatuan Sepaktakraw Malaysia (Sepaktakraw Association of Malaysia)
28. Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Malaysian National Silat Federation)
29. Persekutuan Snuker Dan Billiard Malaysia (Malaysian Snooker & Billiards Federation)
30. Persatuan Sofbol Malaysia (Softball Association of Malaysia)
31. Persatuan Squash Malaysia (Squash Racquets Association of Malaysia)
32. Taekwondo Malaysia (WTF)
33. Kongres Tenpin Boling Malaysia (Malaysian Tenpin Bowling Congress)
34. Persekutuan Tinju Amatur Malaysia(Malaysia Amateur Boxing Federation)
35. Persekutuan Wushu Malaysia (Wushu Federation of Malaysia)
36. Persatuan Aikido Malaysia (Malaysia Aikido Association)
37. Persekutuan Besbol Malaysia (Baseball Federation of Malaysia)
38. Persekutuan Catur Malaysia (Malaysian Chess Federation)
39. Persatuan Contract Bridge Malaysia (The Malaysian Contract Bridge Association)
40. Sukan Tari Amatur Malaysia Berhad  (Malaysian Amateur Dance Sport Berhad)
41. Persatuan Golf Wanita Malaysia (Malaysian Ladies Golf Asssociation)
42. Persekutuan Hoki Ais Malaysia (Malaysia Ice Hockey Federation)
43. Persatuan Kabaddi Malaysia (Kabaddi Association of Malaysia)
44. Persatuan Kanu Malaysia  (Malaysia Canoe Association)
45. Persatuan Meluncur Ais Malaysia  (Ice Skating Association of Malaysia)
46. Persekutuan Mendaki Malaysia (Mountaineering Federation of Malaysia)
47. Persatuan Mendayung Malaysia (Malaysian Rowing Association)
48. Persekutuan Petanque Malaysia (Petanque Federation of Malaysia)
49. Persatuan Polo DiRaja Malaysia (Royal Malaysian Polo Association)
50. Persatuan Silambam Malaysia (Malaysian Silambam Society)
51. Persekutuan Ski Air & Wakeboard Malaysia (Malaysian Water Ski & Wakeboard Federation)
52. Persatuan Sukan Ekstrem Malaysia (Extreme Sports Association of Malaysia)
53. Persekutuan Tarian Naga Dan Singa Malaysia (The Dragon And Lion Dances Federation Malaysia)
54. Persatuan Triathlon Malaysia (Triathlon Association of Malaysia)
55. Persatuan Woodball Malaysia (Malaysia Woodball Association)

No comments:

Post a Comment