Sunday 19 May 2013

Rancangan Makanan Tambahan (RMT)




1.0       Rancangan Makanan Tambahan

RMT adalah singkatan kepada RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT). RMT adalah salah satu program yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membantu para pelajar yang berada dalam kategori miskin atau miskin tegar di sekolah. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan murid .

2.0       Objektif

2.1       Untuk memastikan murid yang kurang berkemampuan mendapat makanan yang sempurna, sihat dan seimbang.
2.2       Supaya murid yang kurang kurang berkemampuan dapat belajar dengan sempurna semasa sesi persekolahan.
2.3       Supaya murid-murid yang bermasalah pelajaran (PKBP) juga mendapat makanan tambahan yang sempurna dan seimbang.
2.4       Untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.
2.5       Untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara langsung dan secara tidak langsung.





3.0       Kriteria Pemilihan Murid
3.1       Murid warganegara Malaysia dari Darjah 1hingga Darjah 6 bersekolah di semua SekolahKerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
3.2       Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional (eKASIH).
3.3       Murid berstatus “Warganegara Malaysia“ dan daripada keluarga berpendapatan di bawah paras RM 400.00 atau pendapatan perkapita RM 80.00 adalah layak untuk menyertai program ini.
3.4       Murid yang menunjukkan tanda-tanda salah pemakanan.( dipilih oleh AJK Khas /Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah)
3.5       Murid yang berasal dari  saiz keluarga yang besar namun berpendapatan rendah.

4.0       Makluman Program

4.1       Kadar RMT adalah RM1.80 sehari bagi setiap murid di Negeri Semenanjung Malaysia dan RM2.05 bagi setiap murid di Negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
4.2       Tempoh perlaksanaan RMT ialah 190 hari setahun.
4.3       Penyaluran bantuan RMT diberi kepada murid yang  tersenarai dalam data eKASIH.
4.4       Jawatankuasa RMT sekolah hendaklah bertanggungjawab memantau perlaksanaan RMT setiap hari dan hendaklah memastikan pelaksanaan RMT mengikut garis panduan RMT dan peraturan yang ditetapkan.
4.5       Pihak JPN dan PPD akan melakasanakan pemantauan bagi memastikan perlaksanaan RMT adalah mengikut garis panduan RMT dan peraturan yang ditetapkan.

5.0       Panduan Pelaksanaan

5.1       Guru bertugas diminta melengkapkan Buku Laporan RMT berdasarkan Jadual Tugasan RMT.
5.2       Guru bertugas harian diminta mengambil satu menu untuk dibuat penilaian.
5.3       Guru bertugas boleh mamaklumkan kepada Pengusaha kantin sekiranya ada syor/cadangan atau apa-apa yang berkaitan dengan menu RMT dan sebagainya.
5.4       Guru bertugas diminta memastikan perjalanan RMT pada setiap pagi berjalan dengan lancar.
5.5       Guru bertugas diminta memastikan murid RMT mengambil satu menu pada waktu yang ditetapkan.
5.6       Guru bertugas diminta memastikan murid yang tidak berminat untuk makan RMT untuk digantikan dengan murid lain.

6.0       Pemilihan Tender

6.1       Pengusaha kantin bersetuju menyediakan makanan dengan kadar yang ditetapkan.
6.2       Pengusaha kantin membuat tuntutan bayaran daripada AJK RMT sekolah setiap bulan setelah menerima saluran kewangan daripada KPM.
6.3       Peralatan dapur,memasak dan menghidang disediakan penuh oleh pihak kantin.
6.4       Kualiti dan kuantiti makanan hendaklah mengikut ketetapan menu yang telah dirancang.
6.5       Pengusaha kantin/RMT bersetuju tidak meminda mana-mana menu yang ditetapkan.
6.6       Makanan hendaklah disediakan pada waktu yang ditetapkan.
6.7       Kebersihan tempat memasak, pealatan, tempat menghidang dan bekas makanan hendaklah dijaga dan diutamakan.
6.8       Pengusaha kantin dan pekerjanya hendaklah berada dalam keadaan sihat dan menjaga kebersihan diri dan pakaiannya.
6.9       Pengusaha kantin dan pekerjanya hendaklah mendapatkan suntikan daripada Jabatan Kesihatan.

7.0       Penyediaan Menu

Kementerian telah menetapkan 20 menu makanan untuk RMT. Semua menu ini adalah menu berkhasiat dan sesuai untuk perkembangan kanak-kanak serta kesihatan mereka.
Seterusnya, kontraktor atau biasanya pemilik kantin perlu menyediakan lima menu makanan sehari yang disenaraikan oleh pihak sekolah mengikut makanan yang digemari oleh murid-murid dan dimasak secara bergilir-gilir daripada 20 menu yang ditentukan. Pemilihan menu  juga akan dibuat oleh AJK RMT sekolah berdasarkan panduan/pekeliling yang ditetapkan.


Contoh Menu

8.0       Kesimpulan
Kesimpulannya, RMT ini memberikan kanak-kanak peluang untuk mendapatkan sumber pemakanan yang sihat dan seimbang serta mendapatkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan.
Dengan adanya RMT ini pertumbuhan fizikal kanak-kanak juga akan mencapai tahap normal. Kemudian, melalui pemakanan juga diharapkan dapat membantu murid  untuk membina tubuh badan yang cergas dan minda yang cerdas.
Sehubungan dengan itu, tahap kognitif, emosi dan sosial murid juga akan meningkatkan dan sekolah akan dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek.





No comments:

Post a Comment