Wednesday 6 June 2012

Lempar cakera



 PERALATAN YANG DIGUNAKAN

CAKERA

Cakera yang digunakan diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang menyerupai kayu, dan dibaluti oleh lingkaran logam besi atau tembaga yang licin. Cakera hendaklah berbentuk bulat tetapi leper. Pada tengah-tengahnya dilekatkan piring bulat daripada besi dan dipasangkan pada kedua-dua belah cakera. Cakera juga boleh diperbuat tanpa melekatkan piring besi pada bahagian tengah, asalkan bahagian tengah ini berbentuk rata dan berat keseluruhan cakera adalah menepati berat yang ditetapkan.
Kedua-dua belah cakera hendaklah sama rata dan sama bentuk. Saiz dan berat cakera yang digunakan untuk lelaki adalah berbeza dengan cakera untuk wanita. Begitu juga dengan cakera untuk sekolah. Ukuran dan berat cakera mengikut lelaki dan wanita adalah seperti berikut:

Bil
Perkara/bahagian
Lelaki
Wanita
1
Berat keseluruhan untuk pertandingan
2.0kg(minimum)
1.0kg(minimum)
2
Ketebalan bahagian tengah cakera
40-46mm
37-39mm
3
Diameter piring atau kawasan rata pada tengah cakera
50-57mm
50-57mm
4
Diameter keseluruhan cakera

218-221mm
180-182mm
5
Ketebalan logam pada sekeliling cakera
12.0mm
12.0mm


 Rajah 1.2 : Bentuk cakera serta ukurannya


Bulatan lemparan

            Bulatan lemparan bermaksud bulatan atau kawasan bulat yang dibentuk khas untuk peserta lempar cakera membuat lemparannya. Garisan atau bahan yang membentuk bulatan hendaklah diperbuat daripada besi, logam lain dan kayu dengan bahagian atasnya hendaklah sama aras dengan kawasan sekeliling.
Bahagian dalam bulatan ini hendaklah diperbuat daripada simen, atay bahan lain yang tidak licin. Permukaan bulatan hendaklah rata dan ukuran pada saiz bulatan ini ialah 2.5m pada diameternya. Bulatan lemparan ini dibahagikan kepada 2 bahagian yang sama besar. Diameter bahagian dalam bulatan lemparan hendaklah terdiri daripada garisan lebih kurang 5mm, manakala garisan bulatannya harus sekurang-kurangnya 6mm tebal dan diwarnakan putih. Garisan lurus setebal 5cm lebar hendaklah dilukiskan di luar bulatan sekurang-kurangnya 75cm pada kedua-dua belah bulatan. Permukaan bulatan boleh juga diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang sesuai.




Kawasan lemparan

            Kawasan pendaratan atau lemparan cakera dibentuk daripada garisan separuh bulatan dengan keluasan sudutnya 40 darjah. Panjang kawasan ini tidak terhad. Bagi peringkat sekolah, kawasan ini hendaklah lebih kurang 60m panjang, manakala, bagi peringkat antarabangsa, boleh dipanjangkan sehingga mencapai 100m. Panjang kawasan hendaklah diukur dari tengah bulatan lemparan cakera.
            Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan atau penonton. Garisan melengkung mengikut bentuk bulatan kawasan lemparan boleh di adakan pada jarak tertentu, umpamanya 30m, 40m dan 50m untuk peringkat sekolah, dan jarak yang lebih jauh seperti 50m, 60m, 70m dan 80m. Garisan yang menandakan rekod atau pencapaian yang terbaik sesuatu kejohanan juga disediakan oleh sesetengah penganmjur. Garisan ini adalah sebagai panduan kepada para peserta untuk membuat lemparan, setidak-tidaknya untuk mereka mencipta rekod baru.


Kurungan keselamatan

            Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku semasa acara lempar cakera dilangsungkan, langkah-langkah keselamatan henbdaklah diambil. Langkah yang paling penting ialah dengan memasang kurungan keselamatan dikawasan membuat lemparan. Kurungan ini hendaklah direka dan dipasang dengan kemas supaya dapat menahan lemparan cakera yang beratnya 2kg serta dilemparpada kelajuan sehingga melebihi 25m sesaat.

            Kurungan ini biasanya berbentuk U, terdiri daripada minimum 6 batang tiang yang menyokong  jaring. Permukaan kurungan hendaklah 6 meter, terletak 5m dihadapan bulatan lemparan. Setiap kepingan jaring besi ini hendaklah sekurang-kurangnya 4m tinggi. Jaringnya harus daripada bahan sintetik atau wayar yang seumpamanya.
            Apabila cakera gagal dilempar dengan baik ke kawasan pendaratan yang disediakan, kemungkinan besar akan mengena jaring keselamatan ini. Dengan demikian, cakera akan terjatuh di dalam kawasan yang dipagari ini dan bukan melayang tidak menentu arah. Sudah tentu lemparan itu dikira batal kerana gagal mengikut arah atau laluan yang disediakan.

            Bagaimanapun, pada kejohanan olahraga peringkat sekolah atau kadang-kadang negeri sekalipun, jaring keselamatan ini tidak disediakan. Ini mungkin kerana teknik lemparan yang dilakukan oleh kebanyakan peserta adalah bukan teknik memusingkan badan, yang tidak mudah menyebabkan cakera mengikut arah yang tidak sepatutnya. Alas an lain mungkin kerana jarak lemparan yang dilakukan agak dekat untuk dipasangkan kurungan keselamatan ini. Bagaimanapun, adalah lebih baik jika pagar ini dipasang, biarpun pertandingan hanya pada peringkat sekolah.



1.3 : Arah pergerakan dan pendaratan cakera



               
Pita pengukur
            Oleh sebab dalam acara lontaran termasuk lempar cakera, kejuaraan ditentukkan oleh jarak lemparan yang dibuat,maka sudah tentu jarak ini perlu diukur. Alat yang digunakan ialah pita pengukur.pegawai pertandingan akan mengukur setiap jarak yang dicapai oleh peserta kecuali lemparannya dibatalkan.ukuran jarak ini dibuat pada titik yang dicatatkan oleh cakera hingga ke bahagian dalam bulatan kawasan lemparan,walaupun pita ditarik hingga titik tengah bulatan lemparan itu.Bagaimanapun dalam kebanyakkan perjumpaan olahraga peringkat antara-bangsa, alat pengukur elektronik sudah digunakan untuk menggantikan pengunnaan pita pengukur. Dengan demikian, setiap jarak yang dibuat dapat diukur dengan lebih cepat dan tepat.

Pegawai pertandingan
Biasanya antara tiga hingga lima orang pegawai atau pengadil pertandingan diperlukan untuk mengadili pertandingan ini. Seorang pengadil akan menentukan sama ada lemparan itu batal ataupun sah,menerusi sentuhan kaki peserta pada garisan bulatan lemparan, atau cakera yang  gagal dilepaskan oleh peserta atau cakera yang gagal dilepaskan oleh peserta atau cakera mengena jaring keselamatan. Dua orang pegawai menentukan titik atau tempat pendaratan cakera di kawasan pendaratan dan dua orang lagi akan mengukur serta mencatat jarak yang dicapai oleh peserta.

 Undang-undang dan peraturan
1.    Setiap peserta yang mengambil bahagian akan membuat lemparan mengikut susunan yang ditentukan menerusi undian sebelum pertandingan dimulakan.

2.    Apabila jumlah peserta melebihi lapan orang,mereka akan diberikan tiga lemparan dan lapan peserta yang mempunyai lemparan paling jauh akan memasuki pusingan akhir. Dalam pusingan ini mereka akan diberikan tiga lemparan lagi untuk menentukan pemenang. Sekiranya terdapat lapan orang peserta untuk pertandingan itu, mereka akan terus diberikan enam percubaan seorang, dan lemparan paling jauh daripada enam percubaan ini akan menentukan pemenang keseluruhan.

3.    Setelah pertandingan bermula, peserta tidak dibenarkan menggunakan kawasan pertandingan untuk melakukan lemparan percubaan atau latihan,sama ada dengan peralatan ataupun tanpa peralatan.

4.    Setiap peserta akan ditentukan kedudukannyaa atau pemenang mengikut jarak lemparan paling jauh dan yang sah.

5.    Cakera hendaklah mula dilempar dari bulatan lemparan yang disediakan dan hendaklah bermula daripada kedudukan statik.

6.    Peserta tidak dibenar meninggalkan bulatan lemparan sebelum cakera mendarat atau menyentuh kawasan pendaratan.cara keluar dari bulatan yang tidak di kira batal.

7.    Untuk menjadikan lemparan itu sah,cakera hendaklah jatuh di dalam kawasan pendaratan yang disediakan dan peserta tidak menyentuh atau memijak garisan mengelilingi bulatan lemparan.

8.    Ukuran hendaklah dibuat selepas sesuatu lemparan yang sah dibuat oleh setiap peserta,walaupun jarak yang dicapainya lebih dekat daripada jarak lemparan sebelumnya.

9.    Peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat bantuan lain yang boleh memberikan kelebihan atau menjauhkan jarak lemparan cakera.

10.  Peserta juga tidak dibenarkan melekatkan sesuatu pada kawasan lemparan atau pada tapak kasut dengan tujuan memberikan kelebihan kepadanya atau lemparannya

11.  Sekiranya terdapat keputusan seri,semakan akan dibuat pada jarak kedua terbaik bagi setiap peserta.semakan ketiga dilakukan dengan membenarkan setiap peserta berkenaan melakukan satu lemparan tambahan.peserta yang mencapai jarak lebih jauh daripada lemparan tambahan dikira pemenang.

12.  Peserta hendaklah mematuhi segala aturan dan undang-undang yang ditetapkan,termasuk dari segi pakaian dan peralatan yang digunakan.

13.  Peserta hendaklah menerima keputusan pegawai pertandingan dengan penuh semangat kesukanan,sekiranya lemparan yang dibuat itu batal atau tidak dikira

14.  Peserta hendaklah melempar cakera mengikut cara dan teknik yang ditetapkan untuk acara ini.


 PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA

            Tujuan utama acara melempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa jauh yang  boleh daribulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan peserta dikehendaki bertindak dari bulatan ini adalah mengarahkan cakera ke kawasan sector yang bersudut 40 darjah di hadapan bulatan.
            Selain daripada keperluan fizikal seperti kekuatan, kuasa, koodinasi dan ritma yang seharusnya dimiliki oleh seorang pelempar cakera, faktor-faktor mekanikal juga perlu diambil perhatian untuk keberkesanan tindakan melempar cakera.
            Empat faktor utama yang mempengaruhi lemparan adalah ketinggian, kelajuan dan sudut pelepasan cakera serta sifat aerodinamik yang berkaitan dengan bentuk cakera ketika ia bergerak di udara setelah dilemparkan. Jika cakera itu bergerak dalam bentuk “bulan punama” apabila dilempar, sudah pasti rintangan udara yang penuh ke atas muka cakera akan memperlahankan pergerakan cakera ke hadapan. Sebaliknya, cakera yang dapat digerakan secara “memotong udara” akan kuarng rintangan udara dan mungkin terus terapung di udara dan bergerak lebih jauh.
            Ketika memberi demostrasi kepada pelajar tentang aspek pusingan atau rotasi badan, guru hendaklah menarik perhatian pelajarnya kepada rurtan tindakan bahagian badan. Ini dapat membantu mereka memahami asas pengumpulan daya dan peranan bahagian badan sperti kaki, lutut, siku dan pinggang dalam tindakan melempar cakera.



 KESELAMATAN LATIHAN MELEMPAR CAKERA
          Guru yang mengajar berkewajipan untuk mengawasi pelajar ketika mereka menjalani latihna melempar cakera. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, guru hendaklah tegaskan kepada pelajarnya tentang langkah-langkah keselamatan ketika menjalani latihan dan pentingnya semua pelajar mematuhinya. Berikut adalah beberapa panduan untuk menjaga keselamatan pelajar yang menjalani pelajaran melempar cakera.
(a)  Pelajar menjalani latihan melempar di kawasan yang ditetapkan oleh guru.
(b)  Pelajar menuggu gilirannya di tempat yang dianggap selamat dan tidak menunggu di keliling atau berhampiran bulatan lemparan atau di mana pelajar lain membuat percubaan.
(c)  Pelajar yang bersedia untuk melempar hendaklah terlebih dahulu memastikan tiada sesiapa di belakangnya dekat bulatan atau hadapannya dalam kawasan pendaratan ketika dia memulakan lemparannnya.
(d)  Amalkan prinsip keselamatan iaitu “ semua melempar, semua memungut” jika latihan berkumpulan diamalkan oleh pelajar.
(e)  Cakera hendaklah dipungut dan dibawa semula ke tempat mula melempar oleh pelajar. Tidak dibenarkan pelajar membalin cakera kepada peserta yan menunggu gilirannya.


KAEDAH MELAKUKAN LEMPARAN

Mungkin ada daripada kita yang menganggap bahawa melempar cakera adalah suatu yang mudah, yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengambil bahagian dalam acara ini. Perkara yang penting ialah mendapatkan jarak paling jauh bagi menentukan pemenang dalam sesuatu pertandingan. Bagaimanapun, anggapan ini tidaklah benar, kerana dalam melakukan lemparan cakera ini, cara atau kaedah melakukannya, adalah penting. Kaedah yang betul dan cara yang sempurna akan menghasilkan jarak lemparan yang diharapkan. Begitu juga jika seseorang itu membuat lemparan sesuka hati tanpa mengikut kaedah yang betul tentu tidak akan memperoleh jarak yang diharapkan.
            Satu lagi anggapan umum terhadap acara ini ialah mereka yang berbadan tegap atau bertubuh sasa sahaja yang sesuai dan layak melibatkan diri dalam acara ini. Sebenarnya hal ini tidaklah benar kerana yang penting bukanlah saiz tubuh peserta tetapi penggunaan teknik dan cara yang betul oleh seseorang pesrta. Ini bererti saiz tubuh seseorang tidak menjamin jarak lemparan yang dibuat.
            Lemparan cakera yang baik bagi mendapatkan jarak maksimum melibatkan gabungan beberapa pergerakan keseluruhan. Ini termasuk aspek teknik, mekanik, kelajuan pelepasan dan sudut pelepasan yang optimum. Kelancaran pelepasan cakera juga bergantungkepada pertalian di anatara kelajuan pusingan badan serta kekuatan hayunan tangan. Cara membuat lemparan yang sama boleh dilakukan oleh mana-mana peserta lelaki atau wanita, walaupun teknik lemparan yang berlainan dilakukan. Teknik yang baik dan sempurna sering mempengaruhi jarak atau jauh lemparan yang dibuat. Sebagai pesrta dalam acara lontaran, seseorang itu harus dapat melakukan cara dan teknik lemparan yang betul, menerusi latihan yang dijalankan.
            Ada dua aspek penting dalam teknik atau cara melakukan lemparan dalam acara lempar cakera ini, iaitu cara memegang cakera dan cara membuat lemparan. Kedua-dua aspek ini harus dimahirkan oleh setiap peserta lempar cakera sama ada pada peringkat rendah ataupun tinggi dan sama ada lelaki ataupun wanita.




 CARA MEMEGANG CAKERA   
          
            Sebelum dapat membuat lemparan, adalah penting bagi seseorang peserta mengetahui menerusi latihan, cara memegang cakera dengan betul. Memegang cakera dengan cara yang tidak betul atau tidak kemas bukan sahaja tidak dapat menghasilkan jarak yang jauh, malah boleh membahayakan diri sendiri ataupun orang lain. Untuk mendapatkan pemegangan yang betul, peserta hendaklah mendapatkan cakera yang betul mengikut saiz dan berat mengikut jantina pada umur peserta kerana saiz dan berat cakera bergantung kepada umur dan jantina.
            Ketika memegang cakera, setiap peserta harus ingat, iaitu mereka mestilah boleh menggerakkan tangan serta menghayunkan cakera dengan baik mengikut sudut layangan yang betul. Pegangan yang baik dapat mengelak cakera daripada mudah terjatuh sebelum lemparan sebenar dilakukan. Peserta juga hendaklah memilih gaya atau cara pengangan yang sesuai dan selesa mengikut kemampuan tangannya.


CARA PEGANGAN 1
            Cara memegang cakera ini ialah dengan menekapkan tangna peserta pada permukaan cakera yang menutupi keseluruhan bahagian berlogam pada bahagian berlogam pada bahagian tengahnya. Cakera dipegang hanya dibengkokkan mencengkam pada segi cakera. Ibu jari peserta juga diletakkan pada permukaan cakera untuk memberikan pengawalan. Kedudukan jari-jari pada sekeliling cakera hendaklah pada jarak yang sama antara satu dengan lain. Bagi memastikan pegangan itu berada dalam kedudukan yang baik dan selesa, peserta boleh menghayun-hayunkan cakera beberapa kali ke hadapan dank e belakang, sambil jari-jari cuba mendapatkan cengkaman terbaik pada cakera itu. Selepas itu peserta bolehlah cuba melemparkan cakera untuk jarak yang dekat dahulu. Lakukan beberapa kali dengan penekanan diberikan kepada cara memegang cakera dan bukan pada jarak lemparan.

CARA PEGANGAN 2
            Pegangan cakera cara ini kelihatan hamper sama dengan cara pegangan yang pertama tadi. Akan tetapi perbezaan ketara ialah pada kedudukan jari-jari pada sisi cakera. Keseluruhan tapak tangan peserta hendaklah diletakkan pada permukaan cakera dengan menutup terus bahagian berlogam pada bahagian tengah. Jari telunjuk dan jari hantu dirapatkan seolah-olah bercantum, manakala jari manis dirapatkan pada permukaan cakera iaitu pada bahagian atasnya secara keseluruhannya. Seperti dalam pegangan pertama, untuk memastikan supaya tangan memegang cakera dengan selesa dan kemas, peserta hendaklah menghayun-hayunkan cakera itu ke hadapan dank e belakang beberapa kali, dan diikuti dengan lemparan dekat beberapa kali. Peserta hendaklah cuba mendapatkan pegangan yang selesa dengan cara ini.


CARA PEGANGAN 3
            Ada kalanya peserta yang mempunyai jari-jari yang pendek mungkin menjadi masalah kepadanya untuk memegang cakera dengan selesa. Bagaimanapun dengan pegangan cara ini, masalah ini dapat diatasi. Malah cara pegangan yang mempunyai jari yang sagak pendek. Peserta hendaklah menekapkan seluruh tapak tangannya pada cakera, dengan menutup dua pertiga sahaja daripada bahagian berlogam pada bahagian tengah cakera. Manakala jari-jari memegang pada sekeliling atau sampai logam cakera. Ini bermakna bahagian atas cakera disokong oleh sebahagian lengan peserta. Ini perlu bagi membolehkan jari-jari memegang cakera di sekelilingnya. Kedudukan jari adalah sama seperti dalam pegangan cara kedua di atas.
            Bagi memastikan pegangan itu menjadi kemas dan selasa, peserta bolehlah menghayun-hayunkan tangannya ke hadapan dank e belakang beberapa kali diikuti dengan melakukan lemparan dekat beberapa kali bagi membiasakan pegangan cara ini.
            Dalam apa-apa cara pegangan sakali pun, yang penting ialah cara itu hendaklah selesa dan kemas bagi peserta itu. Jika pegangan itu sudah selesa, mudahlah bagi peserta membuat lemparan. Jika demikian, bolehlah peserta berkenaan memberikan perhatian kepada cara melakukan lemparan pula.

FASA PERGERAKAN MELEMPAR CAKERA

Secara umumnya, melempar cakera terdiri daripada fasa pergerakan yang berikut:
(a)  Fasa persediaan termasuk pegangan cakera
(b)  Fasa hayunan awalan
(c)  Fasa lemparan
(d)  Fasa ikut lajak dan pemulihan


TEKNIK MELEMPAR CAKERA


Rajah 1.7 : Teknik lemparan berdiri pusing – Rangkaian satu setengah putaran


9.0 TEKNIK LEMPARAN

            Setelah peserta mendapatkan pegangan yang selesa dan kemas, langkah seterusnya ialah melakukan lemparan terhadap cakera yang dipegang. Untuk melakukan lemparan, terdapat dua teknik yang biasa digunakan sama ada pada peringkat sekolah, negeri, kebangsaan ataupun antarabangsa. Pertama ialah teknik berdiri tetap atau gaya static atau disebut juga sebagai gaya 90 darjah, dan kedua ialah teknik berpusing, yang dilakukan bersama pusingan kaki. Terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua teknik ini.
            Teknik berdiri tetap atau satik adalah sesuai bagi mereka yang baru menceburkan diri dalam acara ini atau bagi mereka yang mula mempelajari teknik ini. Teknik berdiri juga banyak digunakan oleh waniat. Dalam kebanyakkan perjumpaan olahraga pringkat sekolah, hamper semua peserta menggunakan teknik lemparan ini. Teknik ini memenag mudah kerana tidak banyak pergerakan kaki dan hayunan atau pusingan tangan diperlukan. Yang perlu dilakukan hanyalah peserta berdiri di kawasan lemparan pada kedudukan sedia dengan membongkokkan sedikit badannya. Tangan yang memegang cakera dihayun-hayunkan beberapa  kali ke hadapan dan ke belakang untuk mendapatkan sedikit momentum atau pergerakan awal. Peserta akan melemparka cakera setelah betul-betul sudah bersedia untuk berbuat demikian, tanpa memusingkan kaki atau badannya.
            Teknik lemparan berdiri pusing pula adalah lebih sukar dan tidak banyak digunakan pada peringkat sekolah atau oleh wanita. Untuk memahirkan diri dengan cara ini latihan berterusan yang banyak diperlukan. Tidak dapat dinafikan teknik lemparan ini mampu menghasilkan jarak yang lebih jauh dan lebih menarik ditonton, tetapi bukanlah mudah untuk melakukan teknik ini. Hanya latihan yang bersistem dan ditambah dengan usaah sendiri mampu melahirkan pelempar cakera menggunakan tekni ini. Kebanyakan peserta lempar cakera wanita di Negara kita, masih belum dapat memahirkan diri dengan lemparan teknik pusing ini. Begitu juga dengan sebilangan besar peserta lelaki khususnya pada peringkat sekolah juga masih belum dapat menggunakan teknik lemparan ini.




TEKNIK LEMPARAN BERDIRI STATIK 
     
     Sebelum seseorang dapat melakukan sesuatu lemparan, adalAh penting baginya menyiapkan diri supaya dia benar-benar bersedia untuk melakukan lemparan. Persediaan sebelum membuat lemparan termasuk menguji kedudukan kaki, hayunan tangan bersama cakera sebagai persediaan serta lanjutan aktiviti kelenturan tangan yang melempar cakera. Kedudukan peserta semasa berdiri di dalam kawasan pelepasa hendaklah kemas dan selesa untuk mendapatkan kesinambungan badan ketika membuat lemparan.
            Setelah peserta itu berpuas hati dengan kedudukan badan, kaki dan hayunan tangan, peserta kini sudah bersedia untuk melakukan lemparan.

Aturan berikut boleh dijadikan penduan dalam melakukan lempara gaya statik ini.
1.    Pegangan cakera dengan kemas dan selesa.

2.    Peserta hendaklah merendahkan pusat gravity badan dengan cara membengkokkan sedikit lutut, terutama lutut kaki belakang. Dengan demikian peserta badara pada kedudukan separuh cangkung.

3.    Peserta hendaklah memusingkan badan ke kanan mengikut arah atau sisi yng memegang cakera, sambil pandangan mata hendaklah ditumpukan kea rah hayunan cakera.

4.    Siku tangan peserta yang tidak memegang cakera hendaklah dibengkokkan sehingga pada aras bahu untuk mengawal serta menimbangkan  pusingan badan.

5.    Tangan peserta yang tidak memegang cakera akan menyangga tangan yang memegang cakera ketika hayunan cakera kembali ke hadapan. Pergerakan ini dilakukan beberapa kali bagi mendapatkan hayunan untuk lemparan yang baik.

6.    Selepasa peserta mendapatkan pergerakan hayunan tangan serta cakera yang mencukupi, siku tangan yang tidak memegang cakera hendaklah diluruskan sambil melonjakkan dada ke hadapan. Ketika yang sama, kedua-dua belah peserta diluruskan bagi mendapatkan yang maksimum sambil muka dan mata ditumpukan ke arah kawasan pendaratan cakera.

7.    Ketika ini peserta hendaklah menghayunkan cakera hingga ke aras bahu dan melemparkan ke hadapan dengan hayunan atau luncuran cakera secara menaik.

8.    Peserta hendaklah berada di kawasan lemparan sehingga cakera selamat mendarat di kawasan pendaratan. Selepas itu peserta hendaklah meninggalkan kawasan lemparan itu pada sebelah belakang melepas garisan tengah bulatan.




KEBAIKAN TEKNIK


1.    Teknik ini mudah dipelajari dan peserta dapat memahirkan diri dalam masa yang singkat.

2.    Atlit dapat memerhatikan dengan nyata pergerakan cakera menerusi hayunan yang dilakukan.

3.    Cakera mempunyai peluang yang lebih untuk mendarat di kawasan pendaratan yang disediakan.

4.    Atlit tidak perlu melakukan pergerakan badan serta hayunan tangan yang banyak, yang jarak lemparannya belum tentu lagi memuaskan hati atau tidak.

5.    Kemungkinan mendapat kecederaan adalah berkurangan atau tidak membahayakan.


KEBURUKAN TEKNIK

1.    Peserta tidak dapat memusingkan badan untuk mendapatkan lonjakan serta hayunan yang sewajarnya seperti yang dikehendaki untuk acara ini.

2.    Biasanya teknik ini tidak dapat menjamin lemparan yang jauh disebabkan ketiadaan lonjakan badan dan hayunan tangan.

3.    Kurang menarik dan sukar mendapatkan sambutan sama ada daripada peserta ataupun penonton.


TEKNIK LEMPARAN BERDIRI PUSING


            Seperti biasa, perkara awal yang harus diberikan perhatian ialah mendapatkan cakera pada tangan yang sesuai dan pegangan yang selesa. Selepas itu peserta bolehlah cuba meghayun-hayunkan tangan dan cakera serta pusingan badan sebagai latihan awal. Sebenarnya melempar cakera cara ini memerlukan peserta berada kedudukan sedia di dalam kawasan lemparan. Kedududkan ini adalah berbeza daripada kedudukan peserta yang menggunakan teknik lemparan statik.          
            Dalam teknik lemparan ini, peserta hendaklah berdiri pada separuh belakang kawasan lemparan, pada kedudukan membelakangi kawasan pendaratan cakera. Biasanya dalam lemparan teknik pusing ini, peserta akan membuat 1 ¾ pusingan sebelum membuat lemparan. Dalam pada itu peserta juga hendaklah bersedia dari segi mentalnya, yakni menumpukan penuh konsentrasi terhadap acara ini.
            Berikut adalah aturan yang boleh dijadikan panduan dalam melakukan berpusing. Perlu diingat panduan ini adalah lebih sesuai untuk peserta lelaki, walaupun mungkin dapat juga dijadikan panduan untuk peserta wanita.

1.    Peserta hendaklah berdiri di kawasan permulaaan lemparan dengan badan membelakangi arah kawasan lemparan. Kedudukan kaki peserta adalah pada jarak bahunya dengan tapak kaki belakang diserongkan sedikit dengan menghala kea rah sisi kakan badan, manakala tapak kaki kiri dalam kedudukan selari dengan arah dada yang membelakangi kawasan lemparan. Sementara itu berat badan peserta hendaklah diseimbangi pada kedua-dua belah kaki.

2.    Daripada kedudukan sedia ini, peserta boleh memulakan hayunan cakera sebagai persediaan awal untuk pergerakan memusingkan badan. Ketika melakukan hayunan, berat badan peserta akan berpindah dari kaki belakang ke kaki hadapan mengikut arah tangan yang memegang cakera.


3.    Pesrta akan memusingkan badan yang bermula dengan hayunan persediaan terakhir yang terus memindahkan berat badan ke kaki hadapan, manakala kaki belakang kini berada pada kedudukan baru,mengikut pergerakan pusingan badan peserta. Sebenarnya bergerakan ini berlaku secara atomatik kesan hayunan tangan bersama cakera. Seterusnya hayunan bertukar dalam pergerakan yang lancer lagi licin kepada pusingan keseluruhan badan peserta. Peserta hendaklah memusingkan badan dengan segera serta lurus ke hadapan bagi mendapatkan pengawalan yang rapi terhadap pergerakan badan, peserta hendaklah berpusing dalam keadaan graviti yang rendah.

4.    Langkah seterusnya ialah peserta dengan cara lompat berpusing, mengarahkan badan ke hadapan bulatan lemparan dalam kedudukan melempar. Pusingan dari kedudukan berdiri bermula di belakang bulatan hendaklah membolehkan peserta mendaratkan kakinya pada kedudukan membuat lemparan dengan berkesan.

5.    Selepas Berjaya melakukan lebih kurang antara satu hingga dua pusingan, bermakna peserta kini bersedia untuk membuat lemparan terhadap cakera dalam pegangannya. Teknik lemparan adalah hamper sama dengan teknik dalam lemparan static. Caranya ialah ketika bahagian badan bergerak menghadap ke kawasan lemparan, tangan kiri di lepaskan sambil lutut didongak kea rah kawasan pendaratan. Kedua-dua kaki hendaklah diluruskan selepas lonjakan akhir untuk pelepasan cakera. Cakera dilemparkan apabila tangan yang memegang cakera menamatkan hayunan sampai ke arah bahu.

6.    Pergerakan akhir peserta ialah lajakan badan. Lonjakan ini bergantung kepada kelancaran lemparan yang dibuat. Sebagai panduan, berikut adalah kedudukan untuk melakukan lajakan.

a.    Peserta akan melonjakkan badan ke hadapan sehingga kedudukan peserta berdiri di atas kaki kanan secara menjengket.
b.    Peserta berada dalam kedudukan terkawal supaya dapat mengelakkan kaki daripada terkena atau terpijak garisan bulatan atau terus terkeluar dari bulatan itu.

c.    Pandangan peserta hendaklah pada penerbangan cakera sehingga cakera mendarat dengan selamat.

7.    Peserta hendaklah meninggalkan kawasan lemparan sebaik sahaja cakera mendarat di kawasan penndaratan dengan menerusi bahagian separuh belakang bulatan.

8.    Peserta hendaklah mematuhi aturan dan undang-undang yang ditetapkan untuk lemparan teknik badan berpusing ini.






KEBAIKAN TEKNIK LEMPARAN BADAN PUSING

1.    Peserta dapat melakukan hayunan cakera dengan lebih kuat, laju dan berkesan menerusi pusingan badan, dan cakera dapat dilempar dengan kuat dan jarak yang lebih jauh.

2.    Pergerakan peserta lebih kemas dan berkesan sehingga mampu mendapatkan keputusan yang membanggakan.

3.    Peserta lebih berhati-hati dalam pergerakan dan lemparan serta dapat mengelakkan daripada pembaziran tenaga.

4.    Member kesan psikologi kepada peserta-peserta lain yang mengambil bahagian yang tidak menggunakan teknik lemparan ini.


 


KEBURUKAN TEKNIK LEMPARAN BADAN BERPUSING


1.    Peserta perlu mengikuti latihan yang lama bagi mendapatkan kemahiran yang diperlukan.

2.    Pegangan dan kedudukan kaki dan badan yang longgar dan tidak betul boleh merugikan lemparan yang dibuat.

3.    Kemungkinan melakukan kesilapan atau pergerakan yang batal adalah mudah.

4.    Kesilapan yang dilakukan boleh membahayakan didri sendiri atau orang lain.


 PRINSIP ASAS LEMPAR CAKERA

1.    Peserta sanggup menjalankan latihan khusus untuk acara ini termasuk dari segi fizikal, kemahiran, ;teknik dan mental peserta.

2.    Mempunyai minat dan keinginan untuk Berjaya dalam acara ini dengan meletakkan suatu matlamat tertentu untuk dicapai menerusi penyertaan dalam sesuatu pertandingan atau kejohanan.

3.    Dapat menggunakan teknik lemparan yang terbaik dan berkesan dengan tujuan dapatkan jarak sejauh mungkin.

 Gaya seorang peserta lempar cakera



  Pergerakan lengkap lempar cakera


LATIHAN ANSUR MAJU

Latihan 1

Tujuan: mengawal cakera semasa hayunan tangan dan memutar cakera ketika melepaskannya.

(a)  Berdiri denagn kaki dijarakkan. Kaki kanan di belakang. Bengkokkan kaki sedikit
(b)  Hayunan cakera berulang kali ke depan dan kebelakang di sisi badan. Ingat, jangan menggenggam cakera. Pegangan seperti yang diterangkan sebelum ini.
(c)  Setelah menghayun cakera beberapa kali, condongkan badan ke depan, lepaskan cakera supaya ia bergolek di atas tepinya (simpai logam) secara lurus ke depan. Di saat-saat akhir melepaskan cakera, putarkan cakera dengan pergerakan jari tengah dan telunjuk.


Latihan 2

Tujuan: latihan fasa akhir dalam lemparan cakera.

(a)  Berdiri dengan bahu kiri ke arah lemparan. Kedua-dua belah kaki dijarakkan. Pegang cakera di hadapan bahu kiri dengan sokongan tangan kanan.
(b)  Hayunan cakera ke belakang dengan tangan lurus dan badan mengilas ke kanan. Ketika melakukan pergerakan tersebut, badan berpaksi atas hujung kedua kaki.
(c)  Sambil mengilaskan badan dan menghayun cakera ke hadapan, tolak dengan kedua-dua belah kaki dan melempar cakera ke kawasan pendaratan.

Latihan 3

Tujuan: latihan berpusing selepas menghayun cakera.


(a)  Berdiri menghadap kawasan belakang arah lemparan. Badan direndahkan sedikit. Hayun cakera ke belakang dan ke depan bahu kiri.
(b)  Pada kali kedua sambil hayun cakera ke depan, badan berpusing kea rah lawan jam (ke sebelah kiri). Cakera masih mengikut dari belakang.
(c)  Sambil berpusing, kaki kanan digerakkan melepasi kaki kiri ayng berpaksi.
(d)  Lakukannya sehingga badan menghadap semula ke belakang.
(e)  Garisan dan tandaan boleh diadakan di atas tanah untuk membantu latihan memusingkan badan sebagia panduan kedudukan kaki. Buat latihan dengan pergerakan yang perlahan dan kemudian beransur laju.
(nota): pada peringkat awal, latihan boleh dilakukan tanpa menggunakan bulatan lemparan dan tanpa memegang cakera.




Latihan 4

Tujuan: simulasi peringkat selepas akhir pusingan pertama dan permulaan untuk melempar.


(a)  Berdiri di tengah-tengah bulatan dan menghadap ke belakang kawasan lemparan dan hayunakan cakera.
(b)  Hayunan cakera dari belakang sambil mengangkat kaki kiri dan mula mengilaskan badan ke depan bulatan.
(c)  Apabila cakera sampai kea rah bahu, ia dilempar ke depan. Pada ketika lemparan, pastikan kaki kanan menolak kuat atas tanah.

7 comments: