Thursday 7 June 2012

Lari jarak sederhana




Lari jarak sederhana  merupakan satu cabang acara balapan dalam sukan olahraga. Acara lari jarak sederhana ini sering dikategorikan sebagai lari jarak jauh malah banyak buku tentang sukan olahraga yang ditulis dan diterbitkan di Barat mengkategorikan acara ini sebagai acara jarak jauh. Namun hakikatnya lari
jarak sederhana dan lari jarak jauh berbeza dari segi taktik larian walaupun keduaduanya mempunyai persamaan dari segi permulaan, bentuk larian, teknik larian dan kaedah latihan. Terdapat dua kategori lari jarak sederhana iaitu:
(a) 800 meter; dan

(b) 1500 meter


Kedua-dua acara kategori lari jarak sederhana ini disertai oleh lelaki dan perempuan senior serta kedua-dua acara ini turut juga disertai oleh murid lelaki dan perempuan di peringkat sekolah. Seperti acara-acara balapan yang lain, acara 800 meter dan 1500 m di pertandingan sama ada di atas padang ataupun balapan berturap. Pelari 800 meter perlu berlari dua pusingan balapan manakala acara 1500 meter pula ialah 3 3/4 pusingan balapan.

Jika dalam acara pecut pelari akan melakukan larian pada kederasan yang maksimum yang boleh di sepanjang jarak yang ditetapkan. Namun dalam lari sederhana (acara 800 meter dan 1500 meter) pelari harus bijak membahagikan corak larian.

 Di samping kelajuan, pelari jarak sederhana khususnya untuk acara 800
meter harus bijak mengatur langkah dengan mengekalkan ketahanan dan konsentrasinya, supaya tidak mudah digugat oleh pelari lain. Para pelari dalam acara jarak sederhana perlu berusaha mengekalkan ketahanan larian pada hampir sepanjang jarak acara itu. Peningkatan kepantasan dan mengekalkannya sehingga ke garisan penamat merupakan aset utama jika berkemampuan. Malah ada yang perlu ditentukan dengan cara photo-finish.

No comments:

Post a Comment