Thursday 7 June 2012

Lompat Kijang




Adalah dipercayai bahawa acara lompat kijang bermula pada abad ke-19 di Ireland. Kali pertama acara lompat kijang diperlihatkan adalah apabila pelompat melakukan dua kali lompatan dengan menggunakan sebelah kaki yang sama, sebelum melakukan lompatan seperti acara lompat jauh. Ini bermakna, acara lompat kijang ini adalah gabungan acara lompat jauh dengan lompatan seperti gaya seekor kijang. Versi terawal ini dipertandingkan pada Sukan Olimpik moden tahun 1896 di Athens, Greek. 

Pada peringkat awal, lompat kijang dikenali sebagai hop, step, and jump dan kemudiannya ditukar namanya kepada triple jump. Ciri-ciri pelompat kijang adalah hampir sama dengan peserta pelompat jauh. Antaranya ialah kepantasan serta kuasa lonjakan (spring) yang baik. Secara amnya pelompat-pelompat antarabangsa adalah bertubuh tinggi, berkaki panjang dengan kelembutan yang baik. Kelengkapan atlet termasuk seluar pendek, singlet dan kasut lari. Kasut yang digunakan hendaklah memberi sokongan yang baik kepada tumit kaki. Pita pengukur juga disediakan untuk menetapkan jarak landas lari.

Acara lompat kijang terdiri daripada tiga jenis pergerakan yang berlainan ; iaitu berjingkat (hop), melangkah (step) dan melompat (jump). Teknik melakukannya ialah berjingkat (hop) dengan kaki yang terkuat (kiri), setelah kaki kiri mendarat disusuli dengan melangkahkan kaki kanan ke depan dan dengan kaki kanan ini pula gerakan melompat dilakukan. Akhirnya pelompat mendarat dengan kedua-dua belah kaki di kawasan mendarat.

FASA LOMPAT KIJANG

Lompat kijang boleh dibahagikan kepada lima fasa seperti berikut:-
1) fasa penujuan
2) fasa meloncat ( hop)
3) fasa melangkah ( step)
4) fasa melompat (jump)
5) fasa pendaratan

1). Fasa Penujuan
 
Tujuan fasa ini adalah untuk menghasilkan kelajuan mendatar yang maksimum bagi 
tiga fasa berikutnya. Biasanya sebanyak 12-16 langkah adalah mencukupi untuk 
pelompat peringkat sederhana. Tegakkan badan bila menghampiri papan lonjak.

2). Fasa meloncat ( hop)
 
Fasa lompatan pertama ialah lakuan meloncat (hop), iaitu melompat dan mendarat 
pada kaki yang sama. Kaki yang terkuat sekali hendaklah digunakan pada fasa ini. 
Semasa menghampiri papan lonjakan, pelompat itu tidak seharusnya mengurangkan 
kelajuan untuk melonjak tetapi menggunakan kelajuan yang telah diperolehi itu 
untuk meloncat seberapa jauh yang boleh. Pendaratan kaki lonjak pada papan itu 
diawali oleh tumit dan diikuti oleh hujung kaki. Setelah keseluruhan tapak kaki 
menyentuh bumi, lonjakan dilakukan dengan mengangkat tumit terlebih dahulu 
diikuti oleh tolakan kuat dari hujung kaki sehingga kaki itu terkedang lurus ke 
depan. Setelah melepasi papan lonjakan, kaki melonjak ( sebagai contoh kaki kiri) 
itu digerakkan ke depan dalam keadaan bengkok.

3). Fasa Melangkah (Step)
 
Tapak kaki kiri ditolak sehingga kaki itu terkedang lurus. Pada masa yang sama 
lutut kaki kanan dibawa tinggi ke depan. Kedua-dua tangan diayun dengan kuat ke 
belakang untuk menggerakkan badan ke atas dan ke hadapan. Semasa berada di udara 
(iaitu fasa penerbangan), kaki kanan yang berada dihadapan, diayun sedikit ke 
belakang (bengkok pada lutut) dan kaki kiri digerak ke depan supaya berada di 
bawah badan. Kedudukan “kaki terbuka” (split) ini dikekalkan seberapa lama yang 
boleh. Sebelum mendarat, kaki kanan dibawa ke depan dan ianya menyentuh bumi. 
Semasa berat badan dipindahkan ke depan, kaki kanan sebenarnya menyentuh bumi 
sambil ia bergerak kearah belakang. Ketika kaki kanan memijak bumi ianya 
dibengkokkan pada pergelangan kaki dan lutut. Kedua-dua tangan berada di 
belakang.

4). Fasa melompat (jump)
                    
                    


Kaki bebas, iaitu kaki kiri diayun kuat ke depan ( bengkok pada lutut). Kaki 
lonjak menolak dengan kuat disertai oleh ayunan tangan. Seterusnya teknik 
penerbangan lompat jauh seperti gaya bunting atau ‘ sail’ boleh digunakan semasa 
berada di udara.


5). Fasa pendaratan.

                                              
Kedua-dua kaki dan tangan diluruskan ke depan, badan condong ke depan untuk mendarat. Apabila tumit kaki mencecah pasir, kedua-dua lutut dengan segera 
dibengkokkan dan ayunan kedua-dua tangan diteruskan sampai ke depan.


LATIHAN ANSUR MAJU DALAM LOMPAT KIJANG

1. Melakukan lompat kijang secara berdiri.

Mula dengan kaki lonjakan di hadapan. Hayun kaki bebas ke hadapan dan mendarat 
dengan kaki lonjakan untuk membuat loncatan (hop). Seterusnya melangkah dengan kaki 
yan sama dan mendarat dengan kaki lain untuk membuat lompatan. Selepas itu, mendarat 
dengan kedua-dua belah kaki dengan lutut dibengkokkan. Ulang aktiviti beberapa kali.

2.Setelah langkah-langkah diatas dilakukan, berjalan dua langkah dan lakukan gerakan 
yang sama seperti di atas. seterusnya berlari anak dan lakukan gerakan yang sama, 
tetapi cuma untuk mencapai objektif yang ditetapkan, iaitu nisbah jarak lompatan
10 : 8 : 9.

3. Mulakan dengan belajar Lompat Kijang Berdiri:

(a) Berdiri di belakang satu garisan dengan sebelah kaki di depan (kaki kanan).
(b) ÂHop' dari kaki kanan melintasi garisan dan mendarat di atas kaki kanan juga.
(c) Melangkah ke depan dengan kaki kiri.
(d) Melompat ke depan dari kaki kiri dan mendarat di atas kedua dua kaki.
(e) Ulangi latihan di atas beberapa kali.
(f) Melangkah dengan memberi perhatian pada butiran seperti yang dinyatakan dalam Rajah di bawah.
(g) Berdiri di atas sebelah kaki (kanan) dengan kaki kiri dipegang oleh tangan kiri (h) Hop dengan kaki kanan dan mendarat di atas kaki kanan juga.


3 comments: