Friday, 8 June 2012

Langkah permainan mengikut TFU


Ini adalah antara contoh jawapan untuk  soalan TGFU permainan yang boleh digunakan untuk menjawab paper permainan kecil. Jenis dan bentuk permainan ini boleh diubah suai mengikut kesesuaian.



LANGKAH PERMAINAN IKUT TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING (TGFU)

Bentuk permainan

 Nama permainan : baling tin
 Kawasan permainan : gelanggang tenis/padang atau kawasan lapang 20 x 20
 Bil pemain: 8 orang sekumpulan.
 Alatan : bola kertas + tin
 Lakaran gelanggang dan kedudukan permainan

Apresisi permainan

Peraturan permainan:

- Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang 
  pelajar.
-Permain perlu menjatuhkan tin dan berusaha membina semula 4 tin yang dijatuhkan 
 sebelum tekena balingan oleh pihak lawan
-Pemain yang terkena balingan dikira terkeluar dari permainan

Langkah keselamatan :

- Pemain memakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai.
- Memastikan gelanggang tidak licin dan bebas daripada benda tajam dan merbahaya.

Pengubahsuaian permainan :

Permainan ini diubahsuai daripada permaianan tradisional iaitu

Variasi :
- Menggunakan bola kertas menggantikan bola baling
        Dalam satu kumpulan ,pemain hanya dibenarkan membuat sekali percubaan sahaja untuk  
        menjatuhkan tin.

Kesedaran taktikkal
-Setiap kumpulan perlu meikirkan strategi untuk membina semula tin bagi mendapatkan mata

Prinsip pergerakan :
 Koordinasi mata dan tangan
 Fokus kepada bola dan kedudukan lawan.
 Kawalan bola

Ruang dan masa :
- Saiz gelanggang takraw
- Permainan akan ditamatkan selepas 30 minit dan pasukan yang mengumpul mata terbanya akan memenangi pertandingan

Situasi semasa dan lanjut :
- Menggunakan taktik menyerang untuk mendapatkan mata.
- Strategi menyusun ahli kumpulan untuk membentuk posisi terbaik sama ada sebagai 
  penyerang ataupun bertahan
-Boleh menggunakan kepantasan untuk mengelak bola kertas apabila dibaling
-Menggunakan taktik “menunggu masa sesui” dan tidak membaling terlalu jauh bola kertas yang digunakan untuk mengelakkan pihak lawan daripada mendapatkan mata.

Kesan kelemahan pihak lawan :
 Hantaran bola ke tempat kosong dan sudut yang sukar.
 Pemain yang laju dan pantas perlu dimatikan terlebih dahulu
 Hantarkan kepada tangan lawan yang lemah.

Membuat keputusan 
Apa dan kenapa perlu dilakukan :
 Menilai situasi dalam ruang yang ada untuk menyerang
 Mengenalpasti ruang kosong dan tangan yang lemah untuk menghantar bola ke arah pihak lawan.



Perlaksanaan kemahiran

1)Teknik menyerang : menjatuhkan tin dan seterusnya berusaha membina semula
 Perhatikan situasi dan kenalpasti situasi bahaya.
 Anggarkan jarak lawan sebelum membina semula tin

2) Teknik menahan : antisipasi lawan
 perhatikan kedudukan pihak lawan
 Perhatikan gerak-geri pihak lawan yang mengambil ingin membina semula tin
 Anggar perlakuan dan pergerakan bola.
 Bertindak balas daripada perlakuan pihak lawan untuk membuat keputusan.

Penilaian :

 Prestasi diambil kira dengan jumlah bilangan tin dibina semula oleh pemain penyerang sebelum terkena bola kertas

No comments:

Post a Comment

Post a Comment