Thursday, 7 June 2012

Latihan Tekanan




Latihan tekanan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran sesuatu permainan melalui situasi permainan sebenar dan dalam sesuatu ‘setting’ yang spesifik.

Latihan ini dapat membantu pemain membina keyakinan dan kelicinan permainan dalam sesuatu situasi tertentu. Latihan tekanan juga dapat membina dan meningkatkan dayatahan otot yang lebih spesifik.

Mc Partlin (1980) mendifinisikan latihan tekanan sebagai satu sistem latihan yang memberi peluang kepada para atlit melatih sesuatu kemahiran spesifik dengan berulang-ulang kali, mungkin beratus-ratus kali dalam jangka masa beberapa minit.

Objektif latihan

i.            Meningkat dan mengekalkan kemampuan aerobik dan anaerobik.
ii.           Meningkatkan kelajuan, ketangkasan, koordinasi, kekuatan dan kelembutan
              secara keseluruhan.
iv.          Mengekal dan membaiki tahap kemahiran dalam situasi permainan yang tertentu.

Rasional

i.            Meningkatkan kadar nadi ke tahap maksimum dengan cepat. Keadaan ini akan dapat
              memberikan tekanan dan penyesuaian kepada sistem tenaga.
ii.           Dapat memilih aktiviti yang spesifik dalam situasi yang sebenar
iii.          Menyesuaikan permainan dengan tekanan sebenar yang mungkin dihadapi dalam sesuatu
              perlawanan atau pertandingan.

Prinsip latihan

i.            Intensiti latihan berdasarkan prinsip tambah beban secara progresif.
ii.           Aktiviti perlu berdasarkan kemahiran yang hendak ditingkatkan.
iii.          Setiap pemain perlu mencapai kadar denyutan jantung yang telah ditetapkan sebelum
              latihan.

2 comments: