Latihan Plyometrik
Perkataan Plyometrik adalah berasal daripada perkataan Greek
‘Pleythein’ yang membawa maksud bertambah atau meningkat atau dari
perkataan akar Greek ‘Plio dan Metric’ yang membawa maksud banyak dan
terkira.
Hari ini plyometrik merujuk kepada ciri-ciri latihan tentang
pengucupan otot-otot yang kuat dalam bertindak kepada kelajuan, beban
yang dirancang atau meregangkan otot-otot yang terlibat.
Latihan Plyometrik adalah satu sistem latihan kuasa (dynamic power)
yang digunakan untuk meningkatkan kuasa otot yang terlibat dalam
pergerakan yang hampir sama dengan acara yang dilatih.
Objektif latihan
1. Meningkatkan kuasa dinamik otot yang terlibat
2. Meningkatkan keupayaan anaerobik
3. Meningkatkan dayatahan kederasan otot dan dayatahan otot yang spesifik
4. Meningkatkan kelajuan dan kekuatan otot
Prinsip latihan
i. Latihan ini dijalankan berpandukan prinsip tambah beban secara Progresif
ii. Prinsip kerja dan masa pemulihan dan denyutan jantung digunakan seperti dalam latihan
jeda
iii. Aktiviti yang dipilih perlu berdasarkan kepada spesifisiti permainan atau sukan yang
terlibat
Rasional
i. Latihan plyometrik hanya dirancang setelah dayatahan otot dan kekuatan otot telah dibina
ii. Mempunyai keberkesanan pada fasa pra pertandingan
iii. Alatan tidak banyak diperlukan
iv. Tidak mengambil masa yang lama
Aktiviti latihan plyometrik
i. Lari setempat dengan lutut tinggi, tangan dihayun pantas
ii. Lari setempat tumit menyentuh punggung
iii. Llompat skip, tangan dihayun pantas
iv. Lari langkah panjang(striding)
v. Lompat berhalangan
No comments:
Post a Comment