Acara jarak jauh
ialah acara yang merangkumi acara
5000m hingga 10 000m. Contoh acara ialah Marathon, lumba jalan kaki,
merentas desa, medley relay, 4x1600m, 5000m dan 3000m lari berhalangan.
Namun begitu acara sukan seperti medley relay, 4x800m
dan 4x1600m amat jarang dilakukan
dimana-mana kejohanan.
SEJARAH
Sejarah lari jarak jauh tidak tertulis secara tepat dan terperinci sejak manusia mula berlari sebagai prestasi atau untuk kejohanan. Namun begitu, terdapat versi yang mengatakan lari jarak jauh ini bermula daripada bangsa Yunani yang sedang dilanda peperangan antara kaum Yunani dan Persia di kota Marathonas, Pulau Egina Yunani.
Pasukan Persia mengalami kekalahan dan pasukan Yunani yang memenangi perang tersebut, telah memerintahkan salah seorang pasukannya untuk membawa pesanan. Si pembawa pesanan berlari ke Athena yang letaknya sejauh 40.8 km (25.4 batu) dalam sehari untuk mengkhabarkan kemenangannya. Sesampainya di kota, si pembawa pesanan berteriak dan dia akhirnya pengsan dan meninggal dunia. Untuk mengenang kemenangan terhadap perang tersebut dan untuk menghormati si pembawa pesanan maka beberapa tahun selepas itu diadakan perlawanan lumba lari dan sukan ini semakin berkembang menjadi satu sukan olahraga. Disebabkan prestasi atau pencapaian yang memberangsangkan, sukan ini terpecah menjadi berbagai cabang larian.
Dikhabarkan cabang olahraga larian seperti marathon yang pertama kali dipertandingkan dalam olimpik telah diadakan di kota Athens. Acara ini telah dimenangi oleh Eucles dan pada perlumbaan yang berikutnya acara ini dimenangi oleh atlet dari Filipina. Setelah mengalami pelbagai kejadian dan mengambil masa yang panjang, perlumbaan ini berubah menjadi salah satu acara olimpik dan pada tahun yang berikutnya, perlumbaan ini mendapat julukan olimpik moden.

TEMPAT
ACARA LARI JARAK JAUH DILANGSUNGKAN
GELANGGANG
Larian jarak jauh ini terbahagi kepada beberapa acara seperti acara 1000m, 2000m, 3000m, 5000m, 10000m perlumbaan lebuhraya dan merentas desa.Bagi acara 1000 m, tempat atau arena yang akan digunakan ialah di gelanggang balapan. Gelanggang balapan ini berbentuk bujur dan balapan ini dibina daripada rumput, asphalt atau bahan synthetic dan biasanya mengandungi lapan lorong. Dalam pertandingan yang menggunakan peraturan IAAF, acara seperti acara 800 m dan ke atas, lari berganti-ganti yang lebih daripada 4x400m dan acara-acara yang seumpamanya dijalankan dalam satu pusingan sahaja. Kedudukan lorong atau permulaan ditentukan dengan undian.
LEBUHRAYA ATAU JALAN RAYA
Penang Bridge Marathon
Larian jarak jauh lebuhraya pula diadakan di sepanjang jalan raya yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh semua ahli IAAF. Jarak standard bagi acara ini untuk atlit lelaki dan wanita ialah 10km, 15km, 20km, separuh marathon, 25km, 30km, marathon (42.195km), 100km dan lari berganti-ganti jalan raya. Perlumbaan hendaklah diadakan di atas jalan yang berturap. Walau bagaimana pun, sekiranya ketiadaan lalu lintas atau wujudnya keadaan yang menyebabkannya tidak sesuai dijalankan, acara ini boleh dijalankan di laluan pejalan kaki atau laluan basikal di tepi jalan tersebut tetapi bukan di atas rumput atau di bahu jalan yang lembut.
CONTOH
ACARA JARAK JAUH
Merentas desa
Bagi acara merentas desa pula, jarak yang ditetapkan bagi kejohanan Berpasukan Merentas Desa Dunia yang telah di persetujui oleh IAAF ialah :
kategori jarak larian:
Bagi acara merentas desa pula, jarak yang ditetapkan bagi kejohanan Berpasukan Merentas Desa Dunia yang telah di persetujui oleh IAAF ialah :
kategori jarak larian:
LELAKI
|
12KM
|
LELAKI JUNIOR
|
8KM
|
WANITA
|
8KM
|
WANITA JUNIOR
|
6KM
|
Laluan merentas desa hendaklah direka di kawasan terdedah atau di kawasan hutan kayu, jika boleh dilindungi dengan rumput, mempunyai halangan semulajadi agar boleh digunakan oleh pereka laluan untuk membina satu laluan perlumbaan yang menarik. Laluan yang digunakan hendaklah cukup luas dan bukan hanya untuk menempatkan haluan tetapi juga segala kemudahan yang digunakan.
Marathon
Jarak
untuk marathon ialah 10km,15 km dan 20km untuk lelaki dan perempuan. Jarak marathon
utama ialah 42.195km.
Lari berhalangan
Lari
berhalangan memerlukan atlit untuk berlari dengan jarak 3000m yang memerlukan
atlit untuk melepasi 4 halangan dan 1 air terjun. Penghalang mempunyai
ketinggian 914mm (36 in) untuk lelaki dan 762mm (30 in) untuk wanita- IAAF.
Lumba jalan kaki
Acara
yang memerlukan langkah yang berterusan supaya langkah sentiasa mencecah bumi
dan tidak ada jejak yang tidak mencecah bumi yang boleh kelihatan dengan mata
kasar. Jarak bagi lumba jalan kaki ialah 5km, 10km, 20km dan 50km. lumba jalan
kaki dijalankan di balapan atau jalan raya.
Medley Relay
Acara
ini sama seperti acara 4x100m atau 4x400m yang memerlukan 4 orang atlit sebagai
pelari. Jarak larian untuk setiap pelari ialah sama ada 100m,200m,300m &
400m atau sebaliknya mengikut kehendak penganjur. Peraturan larian dalam acara
ini juga sama seperti 4x100m dan 4x400m.
TEKNIK
LARIAN
PERMULAAN
PERMULAAN
1. Teknik
permulaan standing start adalah
sesuai digunakan dalam acara jarak jauh dan sederhana. Standing start digunakan
untuk meningkatkan tahap konsentrasi dan respon semasa berlepas.
Gambar diatas menunjukkan contoh lain bagi standing start
iaitu falling start dan 3 or 4 point stances.
Gerakan larian sejak permulaan lebih rileks dan tidak
dilakukan secara maksimum. Kedudukan mata ialah fokus kehadapan dalam jarak
10-20m.
2. Pelari akan cuba memasuki lorong paling dalam berlari sebaik sahaja permulaan dilakukan oleh pegawai pelepas. Ini bertujuan mengelakkan diri daripada berlari pada jarak yang jauh sedikit jika terus berlaku di lorong luar serta untuk mengelakkan diri daripada kemungkinan gangguan peserta lain semasa berlari.
3. Pelari seboleh
mungkin hendaklah berusaha mengelakkan diri daripada kumpulan pelari yang
ramai, sebaik-baiknya hendaklah mengekori pelari di hadapan pada jarak yang
tidak terlalu jauh dan mengekalkan larian di samping menyimpan tenaga untuk
membuat pecutan pada peringkat akhir larian.
SEMASA
BERLARI
Kedudukan
badan
Kedudukan badan untuk acara jarak sederhana dan jarak
jauh adalah sangat berbeza dengan cara larian acara pecut.
Gambar diatas menunjukkan beza Ketika berlari dan
mendekati garis penamat, kedudukan badan agak condong kehadapan. Ketika membuat
dip, badan akan ke hadapan sedikit namun tidak seconding seperti pada larian
pecut. Pergerakan lutut juga tidak tinggi, sekadar untuk memastikan keseluruhan
tapak kaki tidak mencecah trek.
Pergerakan
tangan
Tangan dihayun menyilang dan tidak melepasi garis tengah
badan. Tangan dibengkokkan disiku kurang daripada 90° dan dihayun ke atas
setinggi dagu dan kebawah separas pinggul dengan bukaan seluas lebih kurang
120°.
Pergerakan
kaki
Gambar diatas
menunjukkan kedudukan tumit kaki belakang dan hujung tapak kaki ketika
tapak kaki mencecah tanah. Ketika kaki mencecah tanah, tumit belakang tapak
kaki akan mendarat dahulu, diikuti dengan keseluruhan tapak kaki kemudian
hujung tapak kaki hadapan. Setiap langkahan rapat dan berubah mengikut
kelajuan.
1. Atlit digalakkan untuk menyimpan tenaganya dengan cara mengekalkan kelajuan sehingga ke peringkat akhir larian. Hal ini kerana, Walaupun kederasan larian bergantung kepada ketahanan dan keupayaan daya seseorang pelari, tetapi dalam acara jarak jauh ini, kederasan tidak dapat dikekalkan berterusan sepanjang larian. Setelah berlari beberapa jarak tertentu, pelari akan keletihan dan tenaganya berkurangan, menyebabkan lariannya menjadi perlahan. Pelari hendaklah berlari mengikut rentak larian sendiri untuk tidak menjejaskan larian sendiri.
2. Berlari di lorong yang paling dalam. Ini bertujuan untuk mengurangkan jarak sebenar larian. Ini disebabkan seseorang itu akan berlari pada jarak yang lebih jauh jika dia menggunakan lorong luar.
3. Mengekalkan kepantasan. Ada baiknya jika pelari mengikut dengan rapat mana-mana pelari yang mendahului larian. Satu cara lagi ialah dengan berlari dalam kumpulan.Tujuannya untuk bersedia untuk meninggalkan kumpulan itu pada jarak terakhir larian.
4. Meningkatkan kepantasan pada akhir larian. Walaupun kebanyakan pelari tidak terdaya lagi untuk membuat pecutan pada peringkat akhir larian, namun setidak-tidaknya dia hendaklah menyimpan sedikit tenaga untuk meningkatkan kelajuan dalam mencapai garisan penamat.
PERATURAN
DAN UNDANG-UNDANG UMUM LARI JARAK JAUH
PERMULAAN
- Larian hendaklah dimulakan dengan letupan pistol.
- Kata perintah yang standard bagi larian jarak jauh hendaklah digunakan.
- Bagi perlumbaan antarabangsa, amaran lima minit, tiga minit dan satu minit hendalkah

diberikan.
- Stesen hadapan di garisan permulaan hendaklah disediakan dan peserta-peserta dari
- Stesen hadapan di garisan permulaan hendaklah disediakan dan peserta-peserta dari
satu-satu pasukan akan berbaris memanjang ke belakang.
STESEN PERSEGARAN
- Air atau minuman yang bersesuaian hendaklah disediakan di permulaan dan
STESEN PERSEGARAN
- Air atau minuman yang bersesuaian hendaklah disediakan di permulaan dan
penamat perlumbaan.
- Bagi semua acara, minuman hendaklah disediakan pada setiap pusingan jika
- Bagi semua acara, minuman hendaklah disediakan pada setiap pusingan jika
keadaan cuaca memerlukan ia di sediakan.
PENSKORAN
- Setelah perlumbaan selesai, para hakim hendaklah memutuskan kedudukan-kedudukan muktamat para peserta setiap pasukan yang bertanding, mencampurkannya dan mengisytiharkan pasukan yang memperoleh jumlah yang terendah sebagai pemenang.
-Jika terdapat jumlah yang seri, kemenangan akan di berikan kepada pasukan yang peserta terakhirnya mempunyai kedudukan yang lebih baik daripada peserta terakhir pasukan yang seri dengannya.

RUJUKAN
MAAU/NSC
National Coaches Education and Certification Programme : Level 1.
Thanks ... Siap jugak nota aku akhirnya ... Add Fb aku .. Muhamad Dawson IV
ReplyDeleteAssalamualaikum, minta izin untuk share info..
ReplyDelete