Friday 27 July 2012

Sistem darah dan Sistem Kardiovaskular


DARAH DAN SISTEM KARDIOVASKULAR


Darah

Darah adalah tisu perantara yang terdapat dalam semua haiwan tinggi yang berfungsi sebagai sistem pengangkutan dalam badan untuk mengangkut gas, nutrien dan hormon. Darah juga terlibat dalam sistem imunisasi menentang penyakit. Terma perubatan berkait dengan darah bermula dengan hemo- atau hemato- dari perkataan bahasa Greek untuk darah.

Darah manusia adalah cecair tisu; fungsi utamanya adalah mengangkut oksigen diperlukan untuk hidup diseluruh tubuh. Darah juga membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan kumuhan, dan mengandungi pelbagai bahan sistem imunisasi bertujuan mempertahankan badan dari jangkitan kuman. Hormon endokrin juga diedarkan melalui darah.

Darah manusia berwarna merah, antara merah terang apabila di oksigen kepada merah tua apabila tiada oksigen. Warnanya disebabkan oleh hemoglobinprotein pernafasan (respiratory protein) yang mempunyai besi dalam bentuk heme, tempat oksigen bergabung.

Darah beredar dalam saluran darah dan dikitarkan oleh jantung, pam otot. Darah melalui paru-paru untuk dioksigenkan, dan dikitarkan seluruh tubuh oleh salur arteri. Darah mengedarkanoksigen keseluruh badan melalui saluran halus darah yang dipanggil kapillari. Darah kemudian kembali ke jantung melalui vein.

Darah juga mengangkut bahan kumuhan metabolik, dadah dan bahan kimia asing kepada hati untuk diuraikan dan kepada buah pinggang untuk disingkirkan sebagai air kencing.


Komposisi

Darah terdiri daripada beberapa jenis korpuskel corpuscles; yang membentuk 45% bahagian daripada darah. 55% yang lain adalah plasma darah, cecair kekuningan yang membentuk medium cecair darah. Korpuskel adalah:
§  sel darah merah atau erythrokytes (sekitar 99%). Korpuskel tidak mempunyai nukleus sel dan organelle, dan tidak dianggap sebagai sel dari segi biologi. Korpuskel mengandungi hemoglobin dan mengedarkan oksigen. Sel darah merah juga bertanggungjawab bagi sistem jenis darah.
§  Platelet atau thrombokytes (0.6 - 1.0%), bertanggungjawab untuk pembekuan darah.
§  Sel darah putih atau leukokytes (0.2%), merupakan sebahagian daripada sistem imunisasi; dan bertugas untuk memusnahkan agen jangkitan.

Plasma darah pada asasnya larutan air yang mengandungi :-
§  albumin




 Plasma
 


Pasma yang terdiri daripada 90% air, adalah sebahagian daripada darah. Lebih dari 100 jenis bahan larut didalam cecair jernih ini. Contoh bahan yang terlarut adalah termasuk nutrient, garam (elektrolit), gas penafasan, hormone, plasma protein, dan bahan-bahan buangan metabolisma sel.

Plasma protein adalah bahan  yang paling banyak ditemui didalam plasma. Kecuali antibody dan protein berasaskan hormone (protein-based hormone), kebanyakan plasma protein dihasilkan oleh hati.

Plasma protein menpunyai pelbagai kegunaan. Sebagai contoh, albumin bertindak sebagai pengangkut sesetengah molekul menerusi peredaran, ia penting sebagai pemampan darah, dan mengawal tekanan didalam darah, iaitu mengekalkan air didalam darah.

Protein pembeku membantu mengelakkan kehilangan darah semasa kecederaaan dan antibody membantu melindungi tubuh daripada patogen. Plasma protein tidak digunakan oleh sel sebagai sumber tenaga atau nutrient metabolism seperti glukosa, fatty asid dan oxygen.

Komposisi plasma darah sentiasa berubah bergantung kepada bahan buangan sel kedalam darah. Komposisi darah sentiasa ditetapkan oleh mekanisma homeostatic tubuh kita.

Sebagai contoh, apabila protein darah berada ditahap rentah, hati akan menghasilkan lebih banyak protein, dan apabila darah mula menjadi terlalu asid (acidosis) atau alkali (alkalosis), kedua – dua sistem pernafasan dan buah pinggang akan bertindak untuk menjadikan keadaan kembali normal semula, iaitu biasanya diantara pH 7.35 hingga 7.45.

Setiap organ didalam tubuh membuat penyesuaian setiap hari untuk mengekalkan banyak plasma darah pada aras yang betul untuk menampung kehidupan. Selain dari mengangkut bahan disekitar tubuh, plasma membantu pengedaran haba, bahan kumuh metabolisma sehingga ke luar tubuh.


Eritrosit


Eritrosit (erythrocytes) atau sel darah merah, bertindak sebagai pengangkut oksigen kepada semua sel didalam tubuh. Sel ini merupakan contoh terbaik pengesuaian struktur sel dan fungsinya. Sel darah merah berbeza dengan sel darah yang lain kerana mereka anucleate, iaitu tidak mempunyai nucleus. Mereka juga hanya mempunyai beberapa organel.

Eritrosit yang matang adalah beg hemoglobin. Haemoglobin adalah sejenis protein iron-bearing (iron-bearing protein) , mengangkut seberkas oksigen untuk dibawa didalam darah. (ia juga bergabung dengan sedikit karbon diokside)

Selain itu, oleh kerana  eritrosit tidak mempunyai mitochondria dan membuat ATP melalui pernafasan anaerobik, mereka langsung tidak menggunakan oksigen yang dibawa oleh mereka, menjadikan mereka sebagai pengangkut oksigen yang efisyen.

Eritrosit adalah kecil, bentuk yang fleksible (biconcave shape – bentuk leper dengan bahagian tengah terlekuk kedalam pada kedua – dua bahagian). Oleh kerana bahagian tengan mereka yang kecil, mereka kelihatan mempunyai bentuk seperti donat apabila dilihat menggunakan mikroskop. Bentuknya yang mempunyai permukaan yang luas untuk menjadikan tempat yang sesuai untuk pertukaran gas berlaku.

Walaupun bilangan sel darah merah ini banyak, tetapi yang menentukan prestasi sel darah merah ini berfungsi mengangkut oksigen adalah hemoglobin. Semakin banyak haemoglobin semakin banyak oksigen dapat diangkut.
Satu sel darah merah mengandungi sekitar 250 million hemoglobin dan setiap satu haemoglobin mampu membawa 4 molekul oksigen. Jadi setiap sel mampu membawa sekitar 1 billion molekul oksigen.

Leukosit


Walaupun leukosit atau dikenali sebagai sel darah putih jauh lebih sedikit bilangannya daripada sel darah merah, mereka adalah sangat penting dalam melindungi badan daripada penyakit. Sel darah putih merupakan sel yang lengkap didalam darah, mempunyai nucleus dan organel – organel lain

Leukosit membentuk perlindungan, askar yang bergerak untuk membantu tubuh menentang bacteria jahat, virus, parasit dan sel tumor. Sel darah putih mempunyai satu ciri yang istimewa. Sel darah merah hanya mampu berfungi didalam sepanjang salur darah, tetapi sel darah putih mampu menyelit keluar dan masuk kedalam salur darah. Proses ini dikenali sebagai diapedesis.

Sistem peredaran darah akan mengangkut sel darah putih ke tempat di dalam tubuh dimana perkhidmatan ia diperlukan. Sel darah putih juga mampu mengesan kawasan yang mempunyai tisu rosak atau jangkitan kuman didalam tubuh. Kebolehan ini dipanggil positive chemotaxis.

Apabila kawasan tersebut dikesan, sel darah putih akan bergerak  dengan pergerakan amoeboid (ameboid motion) iaitu pergerakan mengikut kecerunan kepekatan (form flowing cythoplasmic extentions that help move them along). Melalui pergerakan ini, mereka akan berkumpul dalam jumlah yang banyak pada kawasan tersebut dan memusnahkan mikroorganisma dan sel yang mati.

Sel darah putih dikelaskan kepada dua kumpulan utama iaitu granulosit dan agranulosit – bergantung kepada kehadiran granul didalam sitoplasma mereka.

Granulosit (granulocutes) adalah sel darah putih yang mempunyai granul. Mereka mempunyai sekelompok nuclei, dimana biasanya mengandungi beberapa kawasan nuclear yang disambungkan oleh bebenang yang halus. Granulosit termasuk neutrophils, eosinophils and basophils.

1.    Neutrophils adalah sel darah putih yang paling banyak. Mempunyai nucleus yang becuping dan granul yang halus yang bereaksi kepada asid dan bes. Neutrophils adalah phagocyte yang avid mencernakan bacteria dan kulat (fungi)
2.    Eosinophils mempunyai nukleus biru-merah dan granul sitoplasma merah bata. Bilangannya meningkat mendadak apabila berlakunya jangkitan dan allergic oleh cacing parasit (cacing pita) dan sebagainya.
3.    Basophils sel darah putih paling jarang, mengandungi granul histamine yang berwarna biru gelap. Histamine adalah sejenis bahan kimia yang merengsa (imflammatory) dan membuatkan salur darah tiris, sehingga menarik sel darah putih yang lain ke tempat itu.

Kumpulan yang kedua sel darah putih adalah agranulocytes, tiada granul sitoplasma. Nuclear mereka seperti normal – berbentuk bulat.

1.    Limphosit (lymphocytes) mempunyai nucleus biru yang gelap dan memenuhi keseluruhan sel. Sel ini besar sedikit daripada sel darah merah, limphosit cenderung untuk berada di dalam tisu limfa, dimana ia memainkan peranan yang penting didalam sistem immune. Merupakan sel kedua terbanyak didalam sel darah.

2.    Monosite adalah sel darah putih yang terbesar. Ia mempunyai nucleus berbentuk buah pinggang, mereka mengumpulkan limphosit yang besar. Bila mereka berhijrah ke dalam tisu, mereka bertukar kepada macrophage yang mempunyai selera yang besar

 
Platelets


Platlet adalah bukan sel. Ia adalah pecahan dari multinucleate cells yang dipanggil megakaryocytes. Platelets kelihatan seperti kotoran yang gelap, berbentuk tidak tetap dan bertaburan dikalangan sel darah. Platelet penting dalam proses pembekuan darah apabila salur darah pecah.

Hematopoisis

Hematopoisis adalah proses pembentukan sel darah, berlaku didalam sum – sum tulang atau myeloid tissue. Di kalangan orang dewasa, tissue ini ditemui dengan mudah didalam tulang rata pada tengkorak dan pelvis, tulang rusuk, sternum dan proximal apiphyses pada humerus dan femur setiap hari, sum – sum mengeluarkan satu auns darah baru yang mengandungi seratus billion sel sehari.

Pembentukan sel darah merah

Kerana mereka anucleate, sel darah merah tidak dapat menghasilkan protein. Membesar dan membahagi. Umur mereka sekitar 100-120 hari sebelum disingkirkan oleh fagosit dalam limpa, hati dan tisu tubuh yang lain.

Sel darah yang hilang sentiasa diganti oleh pembahagian hemocytoblast dalam sum – sum tulang. Perkembangan sel darah merah membahagi banyak kali dan mula menghasilkan banyak haemoglobin.

Selepas 2 hari dilepaskan dalam salur darah, reticulocytes telah membuang semua ER yang masih tinggal dan berfungsi dengan sepenuhnya. Proses keseluruhan sel darah merah untuk menjadi matang mengambil masa 3 – 5 hari

Kadar penghasilan sel darah merah dikawal oleh hormone yang dikenali sebagai erythropoietin. Perlu diingat, factor utama penghasilan oksigen didalam badan adalah dikawal oleh permintaan oksigen keseluruh badan.

Pembentukan sel darah putih

Seperti sel darah merah, pembentukan leukosit dan platelet di rangsang oleh hormone. Colony stimulating factor (CFSs) dan interleukins tidak hanya merangsang sum – sum tulang merangsang sel darah putih, tetapi memperkuatkan sel darah putih dengan serangan dengan menambahbaik sel darah putih untuk mempertahankan tubuh.

Hormone thrombopoietin mempercepatkan penghasilan platelet tetapi hanya sedikit yang diketahui mengenai proses penghasilannya. Apabila sum – sum tulang bermasalah atau berpenyakit seperti aplastic anaemia atau leukemia, jarum khas diguna untuk mengeluarkan sample sum – sum tulang dari ilium hingga ke permukaan tubuh.

Homeostasis

Homeostasis melibatkan 3 fasa utama iaitu vascular spasms, platelet plug formation  dan pembekuan. Kehilangan darah dihalang oleh gentian tisu yang tumbuh dikawasan luka dan menutup lubang salur darah

1.    Vascular spasms occur (kekejangan vascular). Tindakan segera pada salur darah dengan mengecut yang menyebabkan salur darah kejang. Kekejangan mengecilkan salur darah, mengurangkan darah yang hilang sehingga pembekuan berlaku.

2.    Platelet plug forms (sumbatan platelet). Platelet bertindak dengan melekat pada tapak luka dan bergabung antara satu sama lain untuk menutup tapak luka. Platelet yang telah melekat melepaskan bahan kimia yang meningkatkan kekejangan salur darah dan menarik banyak lebih banyak platlet ke salur darah.

3.    Coagulation (pembekuan). Pada masa yang sama, tisu yang tercedera melepaskan tissue factor (TF), bahan yang memainkan peranan penting semasa pembekuan. Prothrombin activator menukarkan prothrombin kepada thrombin, iaitu sejenis enzyme. Thrombin akan bergabung dengan fibrinogen untuk membentuk fibrin, yang membentuk jalinan untuk membentuk sel darah merah.

Biasanya darah akan membeku dalam tempoh masa 3-6 mini. Apabila factor pembekuan telah bermula, factor pencetus akan ternyah dengan mendadak untuk mengelakkan pembekuan merebak ke tempat lain.




Kumpulan darah manusia


Walaupun pemindahan darah mampu menyelamatkan nyawa, namun jika pemindahan yang salah akan mengundang padah. Ini kerana setiap orang mempunyai jenis darah yang berbeza – beza .

Jika terdapat darah yang tidak sesuai dengan badan, antigen akan merangsang sistem pertahanan badan untuk melepaskan antibody. Antigen akan menganggap darah yang tidak sesuai itu seperti virus atau bacteria yang menceroboh badan lalu memusnahkannya.

Terdapat empat kumpulan darah utama: A, B, AB dan O. Kumpulan-kumpulan ini berbeza daripada kehadiran atau ketiadaan dua faktor iaitu A dan B pada sel darah merah dan ketiadaan atau kehadiran dua faktor anti A dan anti B pada serum. Jadual di bawah menunjukkan faktor yang terdapat dalam setiap kumpulan darah dan kumpulan yang boleh dicampurkan tanpa menyebabkan penggumpalan atau aglutinasi

Jika contoh darah dan serum daripada dua orang dicampurkan, sel darah boleh bergumpal, maka jika seorang daripada mereka mendermakan darah kepada seorang yang lain, reaksi yang serupa (penggumpalan atau aglutinasi) akan berlaku pada sistem darah penerima. Ini boleh membawa kesan yang buruk atau kematian. Oleh sebab itu sebelum melakukan pemindahan darah, doktor perlu melakukan ujian darah untuk menentukan kumpulan darah pesakit dan penderma. Jika percampuran darah penderma dan penerima tidak bergumpal, maka kedua-dua darah ini dalah serasi.

Setiap individu boleh menderma atau menerima darah tanpa mengira agama, bangsa, umur atau jantina, asalkan kumpulan darahnya serasi. Oleh itu, orang yang mempunyai kumpulan darah O boleh menderma darahnya kepada sesiapa sahaja kerana sel darah merahnya tidak mengandungi sama ada faktor A atau B. Orang ini dipanggil penderma universal.

Namun, mereka yang mempunyai kumpulan darah jenis ini tidak boleh menerima darah daripada penderma lain kecuali yang berkumpulan darah O sahaja kerana serumnya mengandungi kedua-dua anti A dan B.

Sebaliknya, jika kumpulan darah sesorang itu adalah AB, ia boleh menerima darah daripada sesiapa juga penderma, tetapi ia hanya boleh menderma darahnya hanya kepada orang yang mempunyai kumpulan AB sahaja. Kumpulan ini disebut sebagai penerima universal

Selain faktor A dan B, terdapat juga kumpulan darah lain yang kurang penting dalam bidang kesihatan, kecuali faktor rheus (faktor Rh) yang mesti diambil kira apabila pemindahan darah hendak dilakukan. Lebih kurang 85% manusia yang darahnya mengandungi faktor rheus dikenali sebagai rheus positif (Rh+) dan yang bakinya adalah rheus negatif (Rh-). Faktor rheus boleh menyebabkan komplikasi sewaktu kehamilan jika ibu mempunyai Rh negatif manakala anaknya mewarisi rheus positif daripada bapa. Keadaan tidak serasi ini merupakan punca utama rawatan pemindahan darah perlu dilakukan ke atas anak yang baru dilahirkan.




Sistem kardiovaskular

Sistem kardiovaskular atau dikenali sebagai sistem peredaran darah, terdiri daripada jantung, sistem sistemik (badan) dan sistem pulmonari (paru-paru), dan kemudian bersambung dengan jaringan arteri dan vena. Sistem ini penting kerana ia bertindak memastikan peredaran darah berlaku yang mana penting untuk hidup. Jantung merupakan enjin utama dalam sistem ini, mengepam darah ke seluruh anggota badan dan tisu-tisu badan. Pada keadaan ini,darah membekalkan badan dengan gas oksigen, nutrien dan sebarang bahan yang penting, dan kemudian menyingkirkan bahan akhir hasil metabolisma dan juga gas karbon dioksida.


Jantung

Lokasi dan saiz

Jantung merupakan otot berongga yang saiznya lebih kurang genggaman tangan tuannya dan beratnya lebih kurang 300g. Jantung mempunyai bentuk kon pada satu bahagian. Jantung terletak pada kawasan tengah toraks, yang mana ia dikelilingi hampir sepenuhnya oleh paru-paru. Dua pertiga jantung berada pada bahagian kiri dada dan satu pertiga berada pada bahagian kanan dada. Dinding jantung terdiri daripada tiga lapisan; lapisan paling luar dipanggil perikardium, lapisan tengah miokardium dan lapisan paling dalam ialah endokardium.

Septum membahagikan jantung kepada bahagian kanan dan kiri jantung. Setiap bahagian dibahagikan kepada atrium (atau aurikel) dan ventrikel (atau ruang) di bahagian bawahnya.Jantung dibekalkan dengan sistem vaskularnya sendiri, iaitu arteri koronari, yang dibahagikan kepada dua cabang, iaitu kiri dan kanan arteri koronari. Jantung mengecut sebanyak 70 kali dalam satu minit. Jantung mengangkut sebanyak 7500 liter darah satu hari, tanpa henti.


Pergerakan otot jantung dikawal oleh satu gentian otot kardiak yang khusus dan nodus sinus, iaitu sekumpulan sel-sel saraf yang berada pada bahagian dalam dinding atrium, yang saiznya sebesar kepala pin, yang mengawal degupan jantung. Ia juga dikenali sebagai perentak. Peningkatan dan pengurangan ritma direncanakan oleh nodus sinus yang dicetuskan oleh saraf kardiak.

Meliputi dan dinding

Selaput yang membungkus jantung disebut pericardium dimana terdiri antara lapisan fibrosa dan serosa, dalam cavum pericardii berisi 50 cc yang berfungsi sebagai pelumas agar tidak ada gesekan antara pericardium dan epicardium. Epicardium adalah lapisan paling luar dari jantung, lapisan berikutnya adalah lapisan miokardium dimana lapisan ini adalah lapisan yang paling tebal. Lapisan terakhir adalah lapisan endocardium.

Bilik dan saluran

           
Ada 4 ruangan dalam jantung dimana dua dari ruang itu disebut atrium dan sisanya adalah ventrikel. 



Diantara atrium kanan dan ventrikel kana nada katup yang memisahkan keduanya yaitu katup tricuspid, sedangkan pada atrium kiri dan ventrikel kiri juga mempunyai katup yang disebut dengan katup mitral. Kedua katup ini berfungsi sebagai pembatas yang dapat terbuka dan tertutup pada saat darah masuk dari atrium ke ventrikel.

Ventikal memainkan peranan yang paling utama dalam mengepam darah ke dalam sistem peredaran. Ventrikel kiri dilengkapi dengan otot yang lebih banyak berbanding ventrikel kanan. Ventrikel kiri perlu beroperasi dalam keadaan tekanan yang lebih tinggi berbanding ventrikel kanan.
 
Ventrikel kiri mengepam darah ke dalam peredaran sistemik (badan) yang mana jarak yang perlu dilalui adalah lebih jauh berbanding jarak yang perlu dilalui oleh darah yang dipam oleh ventrikel kanan. Ventrikel kanan mengepam darah ke dalam peredaran pulmonari. Ventrikel mempunyai dalam 2 fasa keadaan iaitu keadaan di mana ventrikel rehat (diastol); boleh menerima darah daripada atrium dan keadaan ventrikel mengecut (sistol); menolak darah ke dalam arteri yang besar dalam sistem peredaran sistemik dan pulmonari.

Atrium, Bertindak sebagai tempat pengumpulan bagi darah yang dibawa masuk semula ke dalam jantung oleh vena. Otot dinding atrium lebih nipis berbanding otot ventrikel. Darah yang mengalir dari atrium kanan ke dalam ventrikel kanan dikawal oleh injap trikuspid sementara darah yang mengalir dari atrium kiri ke dalam ventrikel kiri dikawal oleh injap mitral. Dari ventrikel kanan, darah mengalir ke dalam arteri pulmonari tanpa berlaku aliran ke belakang kerana kehadiran injap pulmonari. Dari ventrikel kiri, darah mengalir melalui injap aorta ke dalam aorta. 

Rentasan anatomi jantung



Sistem Peredaran Darah
 
1. Peredaran Pulmonary (‘Pulmonary Circulation’)

Paru – paru merupakan satu-satunya organ yang terlibat dalam peredaran pulmonari. Darah yang mengandungi kurang oksigen tetapi banyak gas karbon dioksida mengalir ke dalam arteri pulmonari ke dalam paru – paru, kemudian darah yang mengandungi banyak oksigen mengalir semula ke dalam jantung melalui vena pulmonari.
 Peredaran pulmonari bermula dari dalam artrium kanan. Kemudian mengalir ke dalam ventrikel. Darah kemudian dipam ke dalam arteri pulmonari dan kemudian ke dalam kapilari pulmonari (di dalam paru – paru). Ini merupakan bahagian di mana berlaku pertukaran gas respirasi. Darah akan menyingkirkan karbon dioksida dan dibekalkan dengan oksigen. Darah ini kemudian kembali semula ke dalam atrium kiri melalui vena pulmonari


2. Sistem Peredaran Sistemik

Peredaran sistemik bermula di dalam atrium kiri. Kemudian darah akan dipamkan oleh ventrikel kiri ke dalam aorta untuk diagihkan darah yang mengandungi banyak oksigen kepada semua bahagian badan.


Injap

Terdapat dua jenis injap, injap atrium-ventrikel (AI) dan injap semilunar (SI). Injap atrium-ventrikel terletak di antara atrium dan ventrikel dan mengelak aliran semula darah dari ventrikel ke dalam atrium. Terdapat dua injap atrium-ventrikel, injap trikuspid yang terletak pada sebelah kanan jatung dan injap mitral terletak pada sebelah kiri jantung. 

Injap semilunar terletak di lokasi di mana darah akan meninggalkan ventrikel, mengelak aliran semula darah ke dalam jantung. Injap di antara ventrikel dan arteri pulmonari padasebelah kanan jantung dipanggil injap pulmonari dan injap di antara ventrikel dan aorta pada sebelah kiri jantung dipanggilinjap aorta.
Injap-injap jantung: Atrium dan ventrikel dipisahkan oleh bahagian yang membentuk injap injap jantung. injap-injap ini akan mengemudi aliran darah diantara ruang-ruang jantung. Injap ini membenarkan aliran sehala dengan menyalurkan darah ke dalam yang seterusnya dan menghalang aliran balik.

Di bahagian kanan jantung, darah mengalir melalui injap trikuspid yang terletak di antara atrium kanan dan ventrikel kanan. injap ini mempunyai tiga dedaun atau kelopak. di sebelah kiri jantung pula, darah mengalir di antara atrium kiri dan ventrikel kiri melalui injap mitral. injap mitral juga dikenali sebagai injap bikuspid kerana ia mempunyai dua dedaun atau kelopak.Bagi membolehkan darah mengalir dari ruang atas ke dalam ruang bawah, injap-injap tadi mestilah terbuka. injap-injap ini dikawal oleh perubahan tekanan darah di dalam setiap ruang tadi.

Injap juga terdapat di antara ventrikel dan saluran darah yang menyalurkan  darah keluar daripada jantung. Darah akan mengalir melalui injap pulmonari yang memisahkan ventrikel kanan dengan artei pulmonari. Manakala di sebelah kiri pula darah mengalir daripada ventrikel kiri ke dalam aorta melalui injap aorta.

Kitaran kardiak
setiap degupan jantung melibatkan turutan yang dikenali sebagai "kitar kardiak". Ia terbahagi kepada tiga bahagian: "sistol atrium" (atrial systole), "sistol ventrikel" (ventricular systole) dan "diastol kardiak sepenuhnya" (complete cardiac diastole). Sistol atrium adalah pengecutan kedua-dua atrium, sistol ventrikel adalah pengecutan kedua-dua ventrikel, manakala diastol kardiak pula merupakan pengenduran keseluruhan otot-otot jantung.
Apabila sistol atrium berlaku, injap atrioventrikular (atrioventricular valves) akan terbuka. Darah dipam masuk ke dalam ventrikel. Apabila sistol atrium berakhir, sistol ventrikel pula bermula. Tekanan tinggi dalam ventrikel menyebabkan injap atrioventrikular tertutup, dan injap sabit (semilunar valves) terbuka. Ini menyebabkan darah hanya dipam ke dalam aorta dan arteri pulmonari tetapi tidak ke dalam atrium.
Diastol kardiak berlaku setelah darah dipam keluar dari jantung. Pada masa ini, darah di dalam aorta akan mengalir balik ke dalam jantung, tetapi ini tidak berlaku kerana penutupan injap sabit. Bunyi jantung yang kita dengari adalah disebabkan oleh penutupan injap atrioventrikular (bunyi pertama) dan penutupan injap sabit (bunyi kedua).

Aturan kitar kardiak

Otot kardiak adalah myogenik. Ini bererti bahawa berbeza dengan otot rangka yang memerlukan rangsangan (sama ada sedar atau reflex), rangsangan otot jantung adalah secara automatik. Pengecutan berirama berlaku sendiri, walaupun frekuensi boleh berubah disebabkan keresahan, kesan hormon, senaman atau berasa terancam.

Irama pengecutan diselaraskan oleh node sinoatrial dan node atrioventrikular. Node sinoatrial, sering dikenali sebagai perentak jantung, terletak di bahagian atas dinding atrium kanan dan bertanggungjawab menghasilkan impuls eletrik yang memulakan pengecutan atrium. Apabila impuls ini tiba di node atrioventrikular yang terletak di dinding antara ruang ventrikel, ia akan dilambatkan sedikit. Ini bertujuan memastikan atrium telah mengecut sepenuhnya. Selepas itu, impuls ini dialirkan melalui berkas His (bundle of His) di dalam septum dan dialirkan ke dalam dinding-dinding ventrikel. Impuls ini menyebabkan pengecutan ventrikel berlaku.

Jantung mampu terus berdegup walaupun setelah dikeluarkan dari tubuh manusia yang hidup. Perkara ini terus menakjubkan manusia sepanjang zaman. Malah kaum Aztec yang tinggal di Amerika Selatan telah begitu kagum dengan keupayaan jantung berdegup di luar tubuh ini, sehinggakan mereka mengamalkan pengorbanan manusia dengan meragut keluar jantung dari mangsa pengorbanan hidup-hidup sebagai bahan persembahan kepada dewa matahari.

Bunyi jantung

Bunyi-bunyi jantung adalah bunyi yang dihasilkan oleh dengupan jantung dan aliranpaduan darah melalui jantung. Ini merupakan juga dipanggil denyutan jantung. Dalamdunia perubatan, kajian pendengaran adalah dengan menggunakan satu stetoskopuntuk didengari menggunakan telinga, yang menyediakan maklumat penting tentangkeadaan jantung.

Dalam orang dewasa sihat, terdapat dua bunyi jantung lumrah sering kali digambarkansebagai satu lub dan satu lagi disebut dub (atau dup), yang terdapat dalam urutandengan setiap denyutan jantung. Ini adalah bunyi jantung yang pertama (S1) dan bunyi jantung kedua (S2), dihasilkan oleh penutup bagi injap-injap AV dan separuh bulaninjap-injap masing-masing. Seperkara lagi untuk bunyi normal, satu kepelbagaianbunyi-bunyi lain boleh jadi terjadi dan menghasilkan bunyiS3 dan S4.

Dengupan jantung dihasilkan oleh aliran darah, yang mungkin berlaku dalam atau luarjantung. Menderu mungkin fisiologi (biasa) atau patologi (luar biasa). Bunyi luar biasaboleh disebabkan olehstenosis yang menyekat aliran satu injap jantung,mengakibatkan dalam kegeloraan sebagai darah mengalir melalui ia. Degupan luarbiasa mungkin juga berlaku dengan seperti injap tersumbat, yang membenarkanketerbalikan darah apabila injap tidak dapat ditutup dengan hanya keberkesanansepara. Degupan berbeza adalah dapat didengar di bahagian-bahagian berbeza kitarkardium, bergantung pada punca degupan.

Nada degupan pertama, atau S1, bentuk-bentuk “lubb dub” dan berubah di bahagian-bahagian M1 dan T1. Ia adalah disebabkan oleh saluran aliran darah tiba-tiba terbalikakibat penutupan atrioventrikel injap-injap, mitra dan trikuspid, di awal penguncupanventrikel, atausystole. Apabila ventrikel itu mula menguncup, perlakuan pergerakan papillary otot-otot berlaku dalam setiap ventrikel


Denyutan Jantung

Jantung mempunyai sistem arus elektrik yang meransang jantung untuk menguncup atau berdenyut. Setiap denyutan bermula dengan ransangan elektrik yang berasal dari bahagian khas di dalam atrium kanan yang dipanggil odus sinoatrial ataupun nodus SA. 

Nodus SA ini merupakan pencetus atau suis semulajadi jantung. Ia menerima maklumat daripada otak dan pusat-pusat kawalan lain di dalam sistem saraf yang mengarahkannya menyesuaikan kadar denyutan jantung yang optima bergantung keppada keperluan badan manusia. Setelah ransangan tadi dihasilkan oleh nodus SA ia akan mengalir kepada atrium-atrium yang menyebabkan mereka menguncup dan mengepam darah masuk ke dalam ventrikel di bawah. 


Ransangan elektrik ini kemudiannya mengalir ke satu kumpulan sel khusus yang dikenali sebagai nodus atrioventrikular atau nodus AV. Dari sini ransangan tadi akan mengalir laju keseluruh bahagian jantung melalui rangkaian His, cabang kiri dan kanan [kesemuanya adalah sistem aliran rangsangan elektrik jantung]. Otot-otot jantung menguncup dan jantung berdenyut akibat daripada ransangan-ransangan ini. Selepas setiap denyutan, otot-otot jantung menguncup  dan jantung berdebyut akibat daripada ransangan-ransangan tadi dan  ianya berlaku teramat pantas.



Salur darah

            Darah merupakan sistem pengangkutan paling penting dalam badan untuk membekalkan kesemua bahan-bahan yang diperlukan kepada semua bahagian sel badan. Sistem peredaran ini berfungsi baik dengan adanya jantung yang sebagai pam bertindak menyedut dan mempunyai tekanan, memaksa darah bergerak ke dalam arteri yang lebih besar iaitu ke dalam sistem peredaran sistemik, pada masa yang sama darah mengalir dari vena besar ke dalam atrium. 

            Arteri ialah salur darah yang mengangkut darah keluar dari jantung. Arteri akan bercabang menjadi arteriol dan membahagi kepada kapilari. Salur darah yang kecil ini ditemui di semua tisu. Berlaku pertukaran bahan – bahan dengan sel-sel. Bahan-bahan nutrien dibekalkan kepada sel-sel dan hasil-hasil akhir metabolik akan disingkirkan ke dalam kapilari. salur darah ini akan meningkat dari segi saiz menjadi venul, yang akan bercantum dan menjadi vena yang lebih besar. Vena yang besar akan mengangkut darah kembali ke jantung.

Jantung mengepam darah keluar terus melalui satu arteri utama dipanggil dorsal aorta.Arteri utama kemudian terbahagi dan bercabang kepada banyak arteri yang lebih kecilsupaya setiap bahagian tubuh kita dibekalkan dengan bekalan oksigen yang baru.Saluran Arteri, keras pada luar dan lembut pada bahagian dalam. Satu arteri sebenarnyamempunyai tiga lapisan: satu lapisan tisu luar, satu bahagian tengah berotot, dan satulapisan dalam sel-sel epitelium. Otot tengah merupakan anjal dan sangat kuat. Lapisandalam tersebut sangat licin supaya darah dapat mengalir dengan mudah dengan tiadahalangan-halangan dalam laluannya




 
Saluran darah dalam badan

Kapilari, Tidak seperti arteri dan urat-urat, kapilari adalah sangat nipis dan rapuh. Kapilarisebenarnya adalah hanya satu sel epitelium yang tebal. Mereka sangat kecil dan halussupaya sel darah hanya boleh dilalui dalam satu laluan sahaja.
Pertukaran oksigen dan karbon dioksida adalah melalui saluran dinding kapilari. Sel-seldarah merah di dalam kapilari membebaskan oksigen mereka tembus melalui dindingkapilari dan tersebar kepada tisu sekeliling. Tisu tersebut akan menghasilkan bahankumuh, seperti karbon dioksida, melalui dinding kapilari dan masuk ke sel darah merah.

Kapilari juga terlibat dalam proses pembebasan haba berlebihan di dalam badan.Contohnya semasa bersenam,suhu darah di dalam tubuh kita akan naik. Untukmembantu pembebasan haba berlebihan ini, darah tersebut akan menghantar isyarat kehangatan kepada kapilari yang kemudian akan membebaskan haba yang berlebihan tersebut.


Sistem Peredaran Khusus


1)    Kekurangan darah dalam beberapa minit akan menyebabkan bahagian  sel halus otak akan mati.
2)    Otak mempunyai sepasang arteri iaitu arteri carotid dalaman  dan arteri vertebra.
3)    arteri carotid dalaman  merupakan sambungan daripada arteri carotid lain yang beredar melepasi leher dan memasuki bahagian tengkorak menggunakan tulang  temporal.
4)    Arteri carotid dalaman terbahagi kepada dua iaitu arteri otak depan dan arteri otak tengah.Arteri otak tengah merupakan pembekal darah yang terbanyak untuk serebrum.
5)    Arteri basilar terdapat di bahagian serebrum yang mana ia beredar secara menegak ke atas.di bahagian bawah serebrum,arteri basilar terbahagi membentuk posterior cerebral arteri ( arteri otak belakang).
6)    Anterior dan posterior pembekal darah digabungkan dengan cabang-cabang kecil arteri.
7)    Percantuman pembuluh darah ini dipanggil Lingkaran Willis atau Circles of Willis.
8)    Lingkaran Willis ini memenuhi segenap ruang di bhagian bawah otak.Lingkaran serebral arteri melindungi otak dengan menyediakan  laluan yang lebih banyak bagi memastikan darah dapar beredar hingga ke bahagian tisu otak  jika berlaku pembekuan darah atau kerosakan di bahagian salur darah.

 Peredaran Hepatic Portal

1)    Pembuluh darah untuk peredaran hepatic portal akan membawa darah melalui organ-organ sistem pencernaan dan pancreas seterusnya membawa darah terus ke bahagian hati melalui vena hepatic portal.
2)    Semasa peredaran darah di bahagian hati,beberapa nutrient telah disimpan untuk kegunaan lain.

Fisiology Peredaran Darah

Terdapat beberapa tanda-tanda yang menunjukkan sistem peredaran berlaku dalam badan kita.antaranya ialah denyutan nadi , dan tekanan darah 

1)Denyutan nadi

Denyutan nadi merupakan denyutan atau dorongan yang terjadi akibat proses degupan  jantung. Denyut nadi tidak selamanya tetap, kecepatan dan jumlah denyut nadi dipengaruhi oleh perubahan kecepatan jantung terhadap rangsangan yang ditimbulkan oleh sistem saraf simpatis dan parasismpatis.

Kekuatan  rangsangan simpatis dipengaruhi olehbeberapa faktor.Antaranya:
Ø  rasa cemas
Ø  emosi
Ø  rasa takut
Ø  marah

Rangsangan saraf simpatis akan mempercepatkan denyutan nadi, tetapi rangsangan saraf parasimpatis pula memperlahankan  denyutan nadi. Pemeriksaan denyutan nadi sebiknya  dilakukan pada posisi tidur dan istirehat.

Tujuan mengetahui jumlah denyut nadi:
 
- Untuk mengetahui kerja jantung
- Untuk menentukan diaknosa
- Untuk mengetahui adanya kelainan pada seseorang


Untuk memeriksa denyut nadi kita dapat memeriksanya pada tempat-tempat berikut ini:

1. Arteri radialis: pada pergelangan tangan
2. Arteri temporalis: pada tulang pelipis
3. Arteri caratis: pada leher
4. Arteri femoralis: pada bagian selangkangan paha
5. Arteri dorsalis pedis: pada punggung kaki
6. Arteri politela: pada lipatan lutut
7. Arteri brachialis: pada siku bagian dalam
8. Ictus cordis: pada dinding iga 5-7

Faktor yang mempengaruhi frekuensi denyutan nadi:

 
FAKTOR
PENINGKATAN FREKUENSI
PENURUNAN FREKUENSI
Latihan Fizikal
latihan fizikal jangka pendek
latihan fizikal jangka panjang
Suhu
demam dan panas
hipotermia
Ubat
Ubat kronotropik positif
Ubat kronotropik negatif
Postur
berdiri dan duduk
berbaring

.

2) Tekanan darah

      I.        Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri darah ketika darah dipam oleh jantung keseluruh anggota tubuh badan manusia.

    II.        Tekanan darah di buat dengan mengambil dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. 

   III.        Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. 

  IV.        Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. 

   V.        Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Mekanisme Tekanan Darah

Apabila ventrikel jantung mengecut,darah akan dipam ke seluruh anggota badan dalam kadar tekanan yang tinggi.
Keadaan arteri yang mempunyai dinding yang tebal dan elastic,maka darah dapat dipam dengan tekanan yang tinggi secara berterusan ke tempat yang mana tekanan darahnya rendah.ini dipanggil kecerunan tekanan darah.(tekanan yang tinggi kepada tekanan yang rendah)







Perubahan tekanan yang berlaku dalam dada adalah sangat penting.tekanan yang berbeza antara arteri dan vena akan dapat dilihat dengan jelas apabila salur darah ini dipotong.

Jika vena dipotong,maka darah akan mengalir keluar dan arteri yang akan memancutkan  darah tersebut dengan laju.Pengaliran darah yang berterusan bergantung kepada tahap keregangan arteri dan keupayaan untuk menahan tekanan darah yang tinggi semasa peredaran darah berlaku dalam salur tersebut


No comments:

Post a Comment