Perkhidmatan Kesihatan
Sekolah merangkumi:
- Penjagaan kesihatan
- Pemakanan
- Promosi kesihatan
- Rawatan rujukan penempatan kelas
khas oleh:
- Doktor perubatan dan pergigian
- Jururawat
- Guru-guru
Penglibatan
komponen-komponen tersebut adalah untuk memastikan pencapaian optimum kesihatan
warga sekolah.
5.1 OBJEKTIF
PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH
Berikut disenaraikan
objektif-objektif perkhidmatan kesihatan sekolah:
- Membina
kesedaran dan kefahaman di kalangan kanak-kanak sekolah tentang taraf
kesihatan diri sendiri
- Mengasaskan
latihan seumur hidup tentang perlunya menilai taraf kesihatan seseorang
pada jangka masa tertentu.
- Menentukan
murid berada dalam keadaan kesihatan yang paling optima untuk menerima
pelajaran dan mengambil bahagian dalam rancangan sekolah.
- Mengesan
dengan lebih awal keadaan kesihatan yang tidak normal dengan merujuk
pakar-pakar tertentu, pertubuhan-pertubuhan atau badan yang berkaitan
untuk membetulkan kecacatan-kecacatan yang boleh dirawat dan juga untuk
pemulihan.
- Memberitahu
guru-guru dan ibu bapa tentang taraf kesihatan kanak-kanak sekolah untuk
membolehkan rawatan lebih berkesan dan penjagaan susulan yang efektif.
- Mengawal
penyakit yang berjangkit.
- Menggalakkan
keselamatan di sekolah dan memberi Pertolongan Cemas dan Rawatan Kecemasan
kepada kanak-kanak ketika di sekolah.
- Memberikan
perhatian kepada kanak-kanak yang lebih memerlukan rawatan kesihatan dan
penyeliaan khas.
5.2.1 Tanggungjawab dan Fungsi-fungsi Perkhidmatan Kesihatan
Sekolah
Setiap
kategori kakitangan yang terlibat dalam Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
hendaklah memahami peranan masing-masing supaya mereka dapat menjalankan
perkhidmatan ini dengan lebih sempurna.
Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah terdiri daripada:
Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah terdiri daripada:
i.
|
Doktor
(Ketua pasukan)
|
–
1
|
|
ii.
|
Jururawat
Kesihatan Umum dan Jururawat Terlatih
|
–
1
|
|
iii.
|
Penolong
Jururawat
|
–
2
|
|
iv.
|
Atendan
|
–
1
|
|
v.
|
Pemandu
|
–
1
|
Pasukan ini akan menjalankan kegiatan-kegiatan kesihatan dengan kerjasama guru-guru sekolah.
Fungsi Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah seperti berikut:
- Membina
kesedaran dan kefahaman warga sekolah mengenai kepentingan kesihatan
optimum.
- Mengesan
dan merawat serta membuat rujukan kes yang memerlukan perhatian yang
serius.
- Mencegah
dan mengawal penyakit.
- Memberi
khidmat pertolongan cemas.
- Menjalankan
pemantauan dan penilaian terhadap aktiviti-aktiviti sekolah.
5.3 AKTIVITI-AKTIVITI PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH
Antara aktiviti
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah:
- Penilaian
Kesihatan Kanak-kanak Sekolah;
- Rawatan,
rujukan dan tindak susul;
- Imunisasi;
- Pendidikan
Kesihatan;
- Kaunseling;
dan
- Rekod dan
laporan.
Penekanan diberikan kepada
kanak-kanak pra sekolah, pelajar Darjah 1, Darjah 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan
5.
(a) Penilaian Status Kesihatan
Penilaian status kesihatan
meliputi pemeriksaan, pengesanan awal masalah kesihatan dan ujian saringan bagi
menentukan tahap kesihatan warga sekolah seperti ujian penglihatan, kebersihan
diri dan lain-lain oleh guru, jururawat dan doktor. Antara aktiviti-aktiviti
yang perlu dijalankan adalah.
- Pemeriksaan
kesihatan hendaklah dijalankan secara berkala dan berterusan.
- Pemeriksaan
kesihatan diwajibkan untuk murid tahun 1, tahun 6, Tingkatan 3 dan
Tingkatan 5.
- Sekolah
hendaklah mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk
pemeriksaan kesihatan imunisasi murid.
- Rekod
kesihatan murid mesti dikemas kini. RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah
menengah yang berkenaan setelah murid itu tamat Tahun 6.
- Buku RKM
1 hendaklah dihantar ke sekolah baru sekiranya seseorang murid itu
berpindah sekolah.
- Guru hendaklah memberi kerjasama semasa pemeriksaan kesihatan murid.
(b) Rujukan dan Tindakan Susulan
Aktiviti rujukan dan
tindakan susulan meliputi:
- Pemerhatian
atau rawatan awal kepada kes yang dirujuk.
- Tindakan
susulan oleh guru, jururawat atau pegawai perubatan kepada kes yang
dirujuk.
c) Khidmat
Kaunseling
Perkhidmatan kaunseling
perlu disediakan dan sesi ini dijalankan oleh seorang guru kaunselor yang
terlatih.
(d) Pemakanan
Aktiviti pemakanan
meliputi:
- Penilaian status
pemakanan murid melalui pengambilan berat badan dan tinggi serta
pengelasan status pemakanan mengikut Rekod Kesihatan Murid.
- Pengesanan secara fizikal dan
klinikal seperti kes kurang zat makanan, obesiti, beguk, anemia dan
lain-lain.
- Rawatan dan rujukan kes kepada
doktor atau jururawat.
- Ceramah dan promosi pemakanan (Healthy Eating)
kepada warga sekolah.
- Penyeliaan pelaksanaan penggunaan
menu serta rancangan khas seperti Rancangan Makanan Tambahan dan Program
Susu Sekolah.
- Pemberian maklumat pemakanan
melalui risalah, poster, tayangan video dan lain-lain.
- Penyeliaan oleh Pegawai Zat Makanan dan Pegawai Kesihatan Daerah terhadap pelaksanaan penambahan iodin dalam bekalan air di sekolah yang diwartakan.
(e)
Pertolongan Cemas
Walaupun langkah
berjaga-jaga ada disediakan, kemalangan dan serangan penyakit akan berlaku
ketika murid berada di sekolah. Polisi dan peraturan yang jelas untuk
mengendalikan pertolongan kecemasan adalah diperlukan. Sekolah juga perlu
menyediakan perkara-perkara asas berikut:
- Bilik khas kesihatan
('sick-bay')
yang dilengkapi juga dengan peti pertolongan cemas.
- Seorang guru yang terlatih dalam
memberi pertolongan cemas dan resusitasi kardio-pulmonari.
(f) Pendidikan
Kesihatan
Aktiviti pendidikan
kesihatan meliputi:
- Penyampaian
pendidikan kesihatan kepada murid secara formal dan tidak formal.
- Penilaian berkala dan berterusan
tentang pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan di kalangan warga sekolah.
- Pendedahan kepentingan penjagaan
kesihatan dan keselamatan di sekolah kepada warga sekolah, ibu bapa dan
masyarakat.
g) Kanak-kanak
dengan Keperluan Khas
Aktiviti bagi kanak-kanak
dengan perkembangan pada tahap di bawah normal mengikut umur dan kehilangan
keupayaan fizikal penglihatan dan pendengaran meliputi:
- Pendaftaran dan
penempatan kanak-kanak dengan keperluan khas.
- Diagnosis dan pengesahan
kanak-kanak dengan keperluan khas.
- Rujukan kes untuk program
pemulihan seperti pemulihan anggota, cara kerja dan lain-lain di peringkat
klinik, hospital dan komuniti kepada agensi berkaitan.
5.4 PANDUAN LAWATAN
SEKOLAH DAN TATACARA
Pasukan Perkhidmatan
Kesihatan Sekolah hendaklah menjalankan lawatan ulangan bagi murid-murid
sekurang-kurangnya sekali setahun. Kes-kes rujukan dari darjah yang lain
hendaklah juga diperiksa pada masa lawatan. Pasukan Perkhidmatan Kesihatan
Sekolah akan memberi keutamaan kepada kanak-kanak pra sekolah, Darjah 1, Darjah
6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 di mana tiap-tiap murid diperiksa oleh doktor
semasa lawatan.
Penilaian tahap kesihatan adalah merangkumi pemeriksaan, ujian saringan dan pengesanan awal bagi menentukan tahap kesihatan murid-murid di sesebuah sekolah. Aktiviti-aktiviti yang berikut hendaklah diikuti semasa sesi Kesihatan Sekolah:
Penilaian tahap kesihatan adalah merangkumi pemeriksaan, ujian saringan dan pengesanan awal bagi menentukan tahap kesihatan murid-murid di sesebuah sekolah. Aktiviti-aktiviti yang berikut hendaklah diikuti semasa sesi Kesihatan Sekolah:
(a) Lawatan Pertama
- Butir-butir
Perihal Kesihatan dan Pelalian
- Berat
badan dan ukuran tinggi
- Pemeriksaan
Penglihatan dan Pendengaran
- Pemeriksaan
Perubatan
- Imunisasi
- Rawatan
Khas
(b) Lawatan Ulangan
- Pemeriksaan
Perubatan oleh doktor bagi:
- Murid-murid
yang tidak hadir pada lawatan pertama.
- Kes-kes
tindakan susulan.
- Kes-kes
rujukan.
- Imunisasi
- Rawatan
Cacing
- Rawatan
Khas
5.4.1 Pendidikan Kesihatan
Pendidikan ditumpukan
kepada pelajar, kakitangan sekolah dan ibu bapa. Pendidikan Kesihatan
diserapkan ke dalam kurikulum (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan) dan juga
sebahagian daripada perkhidmatan kesihatan sekolah.
Aktiviti yang dijalankan termasuklah:
Aktiviti yang dijalankan termasuklah:
- Pembelajaran
di dalam bilik darjah
- Ceramah
- Dialog
- Demonstrasi
- Pameran
- Tayangan
alat pandang dengar
- Pertandingan-pertandingan
seperti kuiz kesihatan
Pendidikan Kesihatan
hendaklah diberi dari masa ke semasa di waktu lawatan.
Aktiviti-aktiviti
pendidikan perlulah meliputi:
- Pendedahan
kepentingan penjagaan kesihatan dan keselamatan
- Penyampaian
secara formal dan tidak formal
- Pendidikan
Formal
- Ceramah
Kesihatan
§
Amalan tabiat-tabiat yang baik
§
Jagaan Kesihatan Diri
§
Kebersihan rumah dan alam sekeliling
§
Makanan seimbang dan sebagainya
- Tayangan
Gambar
§
Pertunjukan Kesihatan
- Sesi
dialog dengan PlBG
- Pertandingan
bertema kesihatan
- Pendidikan
Informal (Perseorangan)
§
“Person to Person (Opportunistic Teaching)”
Nasihat Perseorangan akan meliputi berbagai corak pengalaman yang dialami oleh kanak-kanak dalam kehidupan biasa di sekolah dan rumah tiap-tiap hari.
Selalunya pengajaran yang paling bermakna boleh dihasilkan daripada penggunaan situasi daripada kegiatan seharian.
Nasihat Perseorangan akan meliputi berbagai corak pengalaman yang dialami oleh kanak-kanak dalam kehidupan biasa di sekolah dan rumah tiap-tiap hari.
Selalunya pengajaran yang paling bermakna boleh dihasilkan daripada penggunaan situasi daripada kegiatan seharian.
c. Penilaian secara berterusan mengenai tahap
pengetahuan, amalan kesihatan dan sikap para pelajar
5.5 MASALAH KESIHATAN
DAN PENYAKIT MASA KINI
Di dalam bahagian ini kita
akan membincangkan masalah kesihatan dan penyakit yang sering dialami
kanak-kanak.
5.5.1 Persekitaran
Kajian oleh pihak WHO,
mendapati lima juta kanak-kanak daripada kalangan bayi hinggalah yang
berumur 14 tahun meninggal dunia setiap tahun di negara-negara yang sedang
membangun akibat penyakit-penyakit yang bersangkutan dengan persekitaran
mereka. Alam persekitaran kanak-kanak biasanya amat selamat dan terhad pada
rumah, sekolah dan komuniti.
Namun persekitaran ’selamat’ ini telah didapati berbahaya dan menyumbang kepada jumlah kematian yang tinggi.
Didapati enam jenis persekitaran tidak sihat dikenalpasti memberi kesan kepada kanak-kanak iaitu:
Namun persekitaran ’selamat’ ini telah didapati berbahaya dan menyumbang kepada jumlah kematian yang tinggi.
Didapati enam jenis persekitaran tidak sihat dikenalpasti memberi kesan kepada kanak-kanak iaitu:
- Air
minuman yang tidak selamat
- Tiada
kebersihan diri
- Sistem
pembetungan yang tidak baik
- Pencemaran
udara, kawalan vektor
- Kimia
bahaya
- Kemalangan
Antara penyakit-penyakit
yang dikaitkan dengan alam sekitar ialah:
- Jangkitan
pada sistem pernafasan
- Cirit-birit
- Malaria
- Keracunan
5.5.2 Denggi
Penemuan virus baru denggi awal tahun ini (2007) juga telah
menyaksikan sistem kawalan vektor di negara kita tercabar dengan kewujudan
demam denggi yang meningkat secara mendadak. Sikap orang ramai dan kelonggaran
penguatkuasaan oleh pihak tertentu telah dipersalahkan. Kekotoran alam sekitar
melalui pembuangan sampah terutama di kawasan perumahan dan projek terbengkalai
telah disifatkan sebagai ”mesra aedes”. Penemuan virus denggi terbaru dan tiada
penawarnya adalah seperti berikut dengan DEN-3 menyumbang kepada bilangan kes
demam denggi yang tinggi:
- DEN-1
- DEN-2
- DEN-3
- DEN-4
5.5.3 Pencemaran Udara
Pencemaran udara masih
lagi merupakan masalah persekitaran utama di negara kita. Pencemaran ini
berpunca daripada:
- Kejadian
pembakaran terbuka di negara kita dan dari negara jiran.
- Sumber-sumber
perlepasan lain seperti asap kenderaan, kilang, rokok dan sebagainya.
Beberapa kejadian jerebu
telah dilaporkan pada suku akhir tahun lepas (2006). Setiap kali jerebu
berlaku, kita dapat menyaksikan peningkatan bilangan orang terutama kanak-kanak
yang mendapatkan rawatan perubatan akibat gangguan sistem pernafasan.
Pembakaran tertutup dan terkawal menggunakan insinerator dapat mengurangkan
masalah tapak pelupusan sampah yang terhad di Malaysia. Pencemaran udara bentuk
baru menyebabkan penghasilan kimia berbahaya dioksin, furan dan sebagainya.
Kimia-kimia ini mampu:
- Merencat
atau menganggu sistem imunisasi;
- Endokrin;
dan
- Kemunculan
pelbagai penyakit lain.
Oleh itu, penubuhan pusat
pembakaran insinerator berteknologi tinggi yang dicadangkan di Broga, Semenyih
pada awal tahun ini perlu menjalani ujian rapi penilaian kesan alam sekitar
bagi memastikan kesihatan orang ramai terutama kanak-kanak terjamin. Setiap
insan berhak untuk hidup sihat dan mewarisi alam persekitaran yang lihat. Masa
depan mereka ada di tangan kita. Marilah kita sama ada individu, perkumpulan,
pihak sukarelawan, swasta dan kerajaan bersama-sama memikul tanggungjawab
mengwujudkan alam persekitaran yang sihat pada hari ini.
5.5.4 Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut
Penyakit tangan, kaki dan
mulut ialah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan
virus termasuklah enterovirus (setakat ini terdapat 66 jenis telah dikenal pasti).
Jangkitan ini menyebabkan:
- Ulser di
mulut dan di tekak;
- Tonsil;
- Ruam pada
kaki (pada tapak kaki) dan tangan (tapak tangan); dan
- Sekitar
kawasan lampin.
Biasanya penyakit ini
hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempuh
lima hingga tujuh hari.
Ada beberapa jenis virus yang menyebabkan penyakit
tangan, kaki dan mulut. Virus yang biasa yang menjadi penyebab penyakit ini
ialah virus Coxsackie A16. Kadang-kala terdapat jenis kuman virus lain seperti
virus Coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini.
Virus Coxsackie merupakan salah satu dari jenis virus yang terdapat di dalam
kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus Polio, virus
Coxsackie dan Echovirus.
Di Malaysia, kuman Echovirus 7 atau Echo7 telah
dikenalpasti sebagai virus yang menjadi punca kematian seorang kanak-kanak dan
mungkin juga tiga kanak-kanak yang lain, baru-baru ini. Wabak penyakit HFM yang
berlaku tempoh hari (Sarawak 1997) adalah disebabkan oleh virus Coxsackie dan
Enterovirus 71 (EV71). EV71 telah disah menyebabkan empat dari 31 kematian
akibat penyakit ini di Sarawak pada 1997.
Di Malaysia, pada bulan Oktober 2000,
sebanyak 137 kes telah dilaporkan di negeri Johor sahaja yang merupakan 40%
dari keseluruhan jumlah kes (362) yang dilaporkan sepanjang tahun 2000.
September 2000, lebih daripada 1000 kanak-kanak di Singapura telah didiagnoskan
mengidap penyakit tangan, kaki dan mulut.
Kanak-kanak yang berumur di bawah
lima tahun amat mudah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Penyakit ini
boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur dan ia akan
menghasilkan daya tahan (imuniti) terhadap virus tertentu tetapi serangan atau
episod yang kedua mungkin akan berlaku berikutan jangkitan dari beberapa jenis
virus yang lain dalam kelompok enterovirus.
Penyakit ini biasanya menjangkiti
kanak-kanak yang berumur di antara dua minggu hingga tiga tahun. Virus
Coxsackie 16A ialah agen penyakit tangan, kaki dan mulut yang mencetuskan
endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana.
RUMUSAN
- Komponen atau teras ini merupakan aktiviti utama pihak kesihatan di sekolah. Ia dijalankan secara kerjasama antara kakitangan kesihatan, pergigian dan pihak sekolah. Ia merangkumi membina kesedaran dan kefahaman warga sekolah tentang kepentingan penjagaan kesihatan serta amalan cara hidup yang sihat.
- Pengesanan
masalah kesihatan, merawat dan merujuk kes yang memerlukan perhatian
kepakaran juga dilakukan oleh pihak kesihatan.
- Tindakan
susulan kes juga dilakukan jika perlu. Aktiviti pencegahan dan pengawalan
penyakit juga dilakukan dengan bantuan pihak kesihatan.
- Ibu bapa
seharusnya memberi kerjasama dengan memberi maklumat kesihatan yang tepat
tentang anak mereka serta memberi kebenaran untuk pemeriksaan serta
imunisasi. Pihak sekolah juga perlu memastikan bahawa Pasukan Kesihatan
Sekolah yang datang ke sekolah untuk melakukan aktiviti pemeriksaan
diberikan tempat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti mereka.
- Kerjasama
yang telah terjalin di antara kedua-dua pihak kesihatan dan pendidikan
seharusnya diucapkan syabas kerana segala aktiviti yang dijalankan telah
membantu meningkatkan tahap kesihatan murid dan masyarakat amnya.
- Kajian
oleh pihak WHO, mendapati 5 juta kanak-kanak dari kalangan bayi
hinggalah yang berumur 14 tahun meninggal dunia setiap tahun di
negara-negara yang sedang membangun akibat penyakit-penyakit yang
bersangkutan dengan persekitaran mereka.
- Kekotoran
alam sekitar melalui pembuangan sampah terutama di kawasan perumahan dan
projek terbengkalai telah disifatkan sebagai ”mesra aedes”. Pencemaran
udara bentuk baru menyebabkan seperti penghasilan kimia berbahaya dioksin,
furan dan sebagainya.
- Kerjasama
antara individu, perkumpulan, pihak sukarelawan, swasta dan kerajaan
penting bagi memikul tanggung jawab mengujudkan alam persekitaran yang
sihat pada hari ini.
No comments:
Post a Comment