PERALATAN YANG DIGUNAKAN
CAKERA
Cakera yang digunakan
diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang menyerupai kayu, dan dibaluti oleh
lingkaran logam besi atau tembaga yang licin. Cakera hendaklah berbentuk bulat
tetapi leper. Pada tengah-tengahnya dilekatkan piring bulat daripada besi dan
dipasangkan pada kedua-dua belah cakera. Cakera juga boleh diperbuat tanpa
melekatkan piring besi pada bahagian tengah, asalkan bahagian tengah ini
berbentuk rata dan berat keseluruhan cakera adalah menepati berat yang
ditetapkan.
Kedua-dua belah cakera
hendaklah sama rata dan sama bentuk. Saiz dan berat cakera yang digunakan untuk
lelaki adalah berbeza dengan cakera untuk wanita. Begitu juga dengan cakera
untuk sekolah. Ukuran dan berat cakera mengikut lelaki dan wanita adalah
seperti berikut:
Bil
|
Perkara/bahagian
|
Lelaki
|
Wanita
|
1
|
Berat keseluruhan untuk pertandingan
|
2.0kg(minimum)
|
1.0kg(minimum)
|
2
|
Ketebalan bahagian tengah cakera
|
40-46mm
|
37-39mm
|
3
|
Diameter piring atau kawasan rata pada tengah
cakera
|
50-57mm
|
50-57mm
|
4
|
Diameter keseluruhan cakera
|
218-221mm
|
180-182mm
|
5
|
Ketebalan logam pada sekeliling cakera
|
12.0mm
|
12.0mm
|
Rajah 1.2 : Bentuk cakera serta
ukurannya
Bulatan
lemparan
Bulatan
lemparan bermaksud bulatan atau kawasan bulat yang dibentuk khas untuk peserta
lempar cakera membuat lemparannya. Garisan atau bahan yang membentuk bulatan
hendaklah diperbuat daripada besi, logam lain dan kayu dengan bahagian atasnya
hendaklah sama aras dengan kawasan sekeliling.
Bahagian dalam bulatan ini
hendaklah diperbuat daripada simen, atay bahan lain yang tidak licin. Permukaan
bulatan hendaklah rata dan ukuran pada saiz bulatan ini ialah 2.5m pada
diameternya. Bulatan lemparan ini dibahagikan kepada 2 bahagian yang sama
besar. Diameter bahagian dalam bulatan lemparan hendaklah terdiri daripada garisan
lebih kurang 5mm, manakala garisan bulatannya harus sekurang-kurangnya 6mm
tebal dan diwarnakan putih. Garisan lurus setebal 5cm lebar hendaklah
dilukiskan di luar bulatan sekurang-kurangnya 75cm pada kedua-dua belah
bulatan. Permukaan bulatan boleh juga diperbuat daripada kayu atau bahan lain
yang sesuai.
Kawasan
lemparan
Kawasan
pendaratan atau lemparan cakera dibentuk daripada garisan separuh bulatan
dengan keluasan sudutnya 40 darjah. Panjang kawasan ini tidak terhad. Bagi
peringkat sekolah, kawasan ini hendaklah lebih kurang 60m panjang, manakala,
bagi peringkat antarabangsa, boleh dipanjangkan sehingga mencapai 100m. Panjang
kawasan hendaklah diukur dari tengah bulatan lemparan cakera.
Kawasan
ini hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan atau penonton.
Garisan melengkung mengikut bentuk bulatan kawasan lemparan boleh di adakan
pada jarak tertentu, umpamanya 30m, 40m dan 50m untuk peringkat sekolah, dan
jarak yang lebih jauh seperti 50m, 60m, 70m dan 80m. Garisan yang menandakan
rekod atau pencapaian yang terbaik sesuatu kejohanan juga disediakan oleh
sesetengah penganmjur. Garisan ini adalah sebagai panduan kepada para peserta
untuk membuat lemparan, setidak-tidaknya untuk mereka mencipta rekod baru.
Kurungan
keselamatan
Bagi
mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku semasa acara
lempar cakera dilangsungkan, langkah-langkah keselamatan henbdaklah diambil.
Langkah yang paling penting ialah dengan memasang kurungan keselamatan
dikawasan membuat lemparan. Kurungan ini hendaklah direka dan dipasang dengan
kemas supaya dapat menahan lemparan cakera yang beratnya 2kg serta dilemparpada
kelajuan sehingga melebihi 25m sesaat.
Kurungan
ini biasanya berbentuk U, terdiri daripada minimum 6 batang tiang yang
menyokong jaring. Permukaan kurungan
hendaklah 6 meter, terletak 5m dihadapan bulatan lemparan. Setiap kepingan
jaring besi ini hendaklah sekurang-kurangnya 4m tinggi. Jaringnya harus
daripada bahan sintetik atau wayar yang seumpamanya.
Apabila
cakera gagal dilempar dengan baik ke kawasan pendaratan yang disediakan,
kemungkinan besar akan mengena jaring keselamatan ini. Dengan demikian, cakera
akan terjatuh di dalam kawasan yang dipagari ini dan bukan melayang tidak
menentu arah. Sudah tentu lemparan itu dikira batal kerana gagal mengikut arah
atau laluan yang disediakan.
Bagaimanapun,
pada kejohanan olahraga peringkat sekolah atau kadang-kadang negeri sekalipun,
jaring keselamatan ini tidak disediakan. Ini mungkin kerana teknik lemparan
yang dilakukan oleh kebanyakan peserta adalah bukan teknik memusingkan badan,
yang tidak mudah menyebabkan cakera mengikut arah yang tidak sepatutnya. Alas
an lain mungkin kerana jarak lemparan yang dilakukan agak dekat untuk
dipasangkan kurungan keselamatan ini. Bagaimanapun, adalah lebih baik jika
pagar ini dipasang, biarpun pertandingan hanya pada peringkat sekolah.
1.3 : Arah
pergerakan dan pendaratan cakera
Pita
pengukur
Oleh
sebab dalam acara lontaran termasuk lempar cakera, kejuaraan ditentukkan oleh
jarak lemparan yang dibuat,maka sudah tentu jarak ini perlu diukur. Alat yang
digunakan ialah pita pengukur.pegawai pertandingan akan mengukur setiap jarak
yang dicapai oleh peserta kecuali lemparannya dibatalkan.ukuran jarak ini
dibuat pada titik yang dicatatkan oleh cakera hingga ke bahagian dalam bulatan
kawasan lemparan,walaupun pita ditarik hingga titik tengah bulatan lemparan
itu.Bagaimanapun dalam kebanyakkan perjumpaan olahraga peringkat antara-bangsa,
alat pengukur elektronik sudah digunakan untuk menggantikan pengunnaan pita pengukur.
Dengan demikian, setiap jarak yang dibuat dapat diukur dengan lebih cepat dan
tepat.
Pegawai
pertandingan
Biasanya antara tiga
hingga lima orang pegawai atau pengadil pertandingan diperlukan untuk mengadili
pertandingan ini. Seorang pengadil akan menentukan sama ada lemparan itu batal
ataupun sah,menerusi sentuhan kaki peserta pada garisan bulatan lemparan, atau
cakera yang gagal dilepaskan oleh
peserta atau cakera yang gagal dilepaskan oleh peserta atau cakera mengena
jaring keselamatan. Dua orang pegawai menentukan titik atau tempat pendaratan
cakera di kawasan pendaratan dan dua orang lagi akan mengukur serta mencatat
jarak yang dicapai oleh peserta.
Undang-undang dan peraturan
1. Setiap peserta yang mengambil bahagian
akan membuat lemparan mengikut susunan yang ditentukan menerusi undian sebelum
pertandingan dimulakan.
2. Apabila jumlah peserta melebihi lapan
orang,mereka akan diberikan tiga lemparan dan lapan peserta yang mempunyai
lemparan paling jauh akan memasuki pusingan akhir. Dalam pusingan ini mereka
akan diberikan tiga lemparan lagi untuk menentukan pemenang. Sekiranya terdapat
lapan orang peserta untuk pertandingan itu, mereka akan terus diberikan enam
percubaan seorang, dan lemparan paling jauh daripada enam percubaan ini akan
menentukan pemenang keseluruhan.
3. Setelah pertandingan bermula, peserta
tidak dibenarkan menggunakan kawasan pertandingan untuk melakukan lemparan
percubaan atau latihan,sama ada dengan peralatan ataupun tanpa peralatan.
4. Setiap peserta akan ditentukan
kedudukannyaa atau pemenang mengikut jarak lemparan paling jauh dan yang sah.
5. Cakera hendaklah mula dilempar dari
bulatan lemparan yang disediakan dan hendaklah bermula daripada kedudukan
statik.
6. Peserta tidak dibenar meninggalkan
bulatan lemparan sebelum cakera mendarat atau menyentuh kawasan pendaratan.cara
keluar dari bulatan yang tidak di kira batal.
7. Untuk menjadikan lemparan itu
sah,cakera hendaklah jatuh di dalam kawasan pendaratan yang disediakan dan
peserta tidak menyentuh atau memijak garisan mengelilingi bulatan lemparan.
8. Ukuran hendaklah dibuat selepas
sesuatu lemparan yang sah dibuat oleh setiap peserta,walaupun jarak yang
dicapainya lebih dekat daripada jarak lemparan sebelumnya.
9. Peserta tidak dibenarkan menggunakan
sebarang alat bantuan lain yang boleh memberikan kelebihan atau menjauhkan
jarak lemparan cakera.
10. Peserta juga tidak dibenarkan
melekatkan sesuatu pada kawasan lemparan atau pada tapak kasut dengan tujuan
memberikan kelebihan kepadanya atau lemparannya
11. Sekiranya terdapat keputusan
seri,semakan akan dibuat pada jarak kedua terbaik bagi setiap peserta.semakan
ketiga dilakukan dengan membenarkan setiap peserta berkenaan melakukan satu
lemparan tambahan.peserta yang mencapai jarak lebih jauh daripada lemparan
tambahan dikira pemenang.
12. Peserta hendaklah mematuhi segala
aturan dan undang-undang yang ditetapkan,termasuk dari segi pakaian dan
peralatan yang digunakan.
13. Peserta hendaklah menerima keputusan
pegawai pertandingan dengan penuh semangat kesukanan,sekiranya lemparan yang
dibuat itu batal atau tidak dikira
14. Peserta hendaklah melempar cakera
mengikut cara dan teknik yang ditetapkan untuk acara ini.
PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA
Tujuan
utama acara melempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa jauh
yang boleh daribulatan lemparan. Garis
pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan peserta dikehendaki bertindak
dari bulatan ini adalah mengarahkan cakera ke kawasan sector yang bersudut 40
darjah di hadapan bulatan.
Selain
daripada keperluan fizikal seperti kekuatan, kuasa, koodinasi dan ritma yang
seharusnya dimiliki oleh seorang pelempar cakera, faktor-faktor mekanikal juga
perlu diambil perhatian untuk keberkesanan tindakan melempar cakera.
Empat
faktor utama yang mempengaruhi lemparan adalah ketinggian, kelajuan dan sudut
pelepasan cakera serta sifat aerodinamik yang berkaitan dengan bentuk cakera
ketika ia bergerak di udara setelah dilemparkan.
Jika cakera itu bergerak dalam bentuk “bulan punama” apabila dilempar, sudah
pasti rintangan udara yang penuh ke atas muka cakera akan memperlahankan
pergerakan cakera ke hadapan. Sebaliknya, cakera yang dapat digerakan secara
“memotong udara” akan kuarng rintangan udara dan mungkin terus terapung di
udara dan bergerak lebih jauh.
Ketika
memberi demostrasi kepada pelajar tentang aspek pusingan atau rotasi badan,
guru hendaklah menarik perhatian pelajarnya kepada rurtan tindakan bahagian
badan. Ini dapat membantu mereka memahami asas pengumpulan daya dan peranan
bahagian badan sperti kaki, lutut, siku dan pinggang dalam tindakan melempar
cakera.
KESELAMATAN LATIHAN MELEMPAR CAKERA
Guru
yang mengajar berkewajipan untuk mengawasi pelajar ketika mereka menjalani
latihna melempar cakera. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini
berlaku, guru hendaklah tegaskan kepada pelajarnya tentang langkah-langkah
keselamatan ketika menjalani latihan dan pentingnya semua pelajar mematuhinya.
Berikut adalah beberapa panduan untuk menjaga keselamatan pelajar yang
menjalani pelajaran melempar cakera.
(a) Pelajar menjalani latihan melempar di
kawasan yang ditetapkan oleh guru.
(b) Pelajar menuggu gilirannya di tempat
yang dianggap selamat dan tidak menunggu di keliling atau berhampiran bulatan
lemparan atau di mana pelajar lain membuat percubaan.
(c) Pelajar yang bersedia untuk melempar
hendaklah terlebih dahulu memastikan tiada sesiapa di belakangnya dekat bulatan
atau hadapannya dalam kawasan pendaratan ketika dia memulakan lemparannnya.
(d) Amalkan prinsip keselamatan iaitu “
semua melempar, semua memungut” jika latihan berkumpulan diamalkan oleh
pelajar.
(e) Cakera hendaklah dipungut dan dibawa
semula ke tempat mula melempar oleh pelajar. Tidak dibenarkan pelajar membalin
cakera kepada peserta yan menunggu gilirannya.
KAEDAH MELAKUKAN LEMPARAN
Mungkin ada daripada kita
yang menganggap bahawa melempar cakera adalah suatu yang mudah, yang boleh
dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengambil bahagian dalam acara ini.
Perkara yang penting ialah mendapatkan jarak paling jauh bagi menentukan
pemenang dalam sesuatu pertandingan. Bagaimanapun, anggapan ini tidaklah benar,
kerana dalam melakukan lemparan cakera ini, cara atau kaedah melakukannya,
adalah penting. Kaedah yang betul dan cara yang sempurna akan menghasilkan
jarak lemparan yang diharapkan. Begitu juga jika seseorang itu membuat lemparan
sesuka hati tanpa mengikut kaedah yang betul tentu tidak akan memperoleh jarak
yang diharapkan.
Satu
lagi anggapan umum terhadap acara ini ialah mereka yang berbadan tegap atau
bertubuh sasa sahaja yang sesuai dan layak melibatkan diri dalam acara ini.
Sebenarnya hal ini tidaklah benar kerana yang penting bukanlah saiz tubuh
peserta tetapi penggunaan teknik dan cara yang betul oleh seseorang pesrta. Ini
bererti saiz tubuh seseorang tidak menjamin jarak lemparan yang dibuat.
Lemparan
cakera yang baik bagi mendapatkan jarak maksimum melibatkan gabungan beberapa
pergerakan keseluruhan. Ini termasuk aspek teknik, mekanik, kelajuan pelepasan
dan sudut pelepasan yang optimum. Kelancaran pelepasan cakera juga
bergantungkepada pertalian di anatara kelajuan pusingan badan serta kekuatan
hayunan tangan. Cara membuat lemparan yang sama boleh dilakukan oleh mana-mana
peserta lelaki atau wanita, walaupun teknik lemparan yang berlainan dilakukan.
Teknik yang baik dan sempurna sering mempengaruhi jarak atau jauh lemparan yang
dibuat. Sebagai pesrta dalam acara lontaran, seseorang itu harus dapat
melakukan cara dan teknik lemparan yang betul, menerusi latihan yang
dijalankan.
Ada
dua aspek penting dalam teknik atau cara melakukan lemparan dalam acara lempar
cakera ini, iaitu cara memegang cakera dan cara membuat lemparan. Kedua-dua
aspek ini harus dimahirkan oleh setiap peserta lempar cakera sama ada pada
peringkat rendah ataupun tinggi dan sama ada lelaki ataupun wanita.
CARA MEMEGANG CAKERA
Sebelum
dapat membuat lemparan, adalah penting bagi seseorang peserta mengetahui
menerusi latihan, cara memegang cakera dengan betul. Memegang cakera dengan
cara yang tidak betul atau tidak kemas bukan sahaja tidak dapat menghasilkan
jarak yang jauh, malah boleh membahayakan diri sendiri ataupun orang lain.
Untuk mendapatkan pemegangan yang betul, peserta hendaklah mendapatkan cakera
yang betul mengikut saiz dan berat mengikut jantina pada umur peserta kerana
saiz dan berat cakera bergantung kepada umur dan jantina.
Ketika
memegang cakera, setiap peserta harus ingat, iaitu mereka mestilah boleh
menggerakkan tangan serta menghayunkan cakera dengan baik mengikut sudut
layangan yang betul. Pegangan yang baik dapat mengelak cakera daripada mudah
terjatuh sebelum lemparan sebenar dilakukan. Peserta juga hendaklah memilih
gaya atau cara pengangan yang sesuai dan selesa mengikut kemampuan tangannya.
CARA PEGANGAN 1
Cara
memegang cakera ini ialah dengan menekapkan tangna peserta pada permukaan
cakera yang menutupi keseluruhan bahagian berlogam pada bahagian berlogam pada
bahagian tengahnya. Cakera dipegang hanya dibengkokkan mencengkam pada segi
cakera. Ibu jari peserta juga diletakkan pada permukaan cakera untuk memberikan
pengawalan. Kedudukan jari-jari pada sekeliling cakera hendaklah pada jarak
yang sama antara satu dengan lain. Bagi memastikan pegangan itu berada dalam
kedudukan yang baik dan selesa, peserta boleh menghayun-hayunkan cakera beberapa
kali ke hadapan dank e belakang, sambil jari-jari cuba mendapatkan cengkaman
terbaik pada cakera itu. Selepas itu peserta bolehlah cuba melemparkan cakera
untuk jarak yang dekat dahulu. Lakukan beberapa kali dengan penekanan diberikan
kepada cara memegang cakera dan bukan pada jarak lemparan.
CARA PEGANGAN 2
Pegangan
cakera cara ini kelihatan hamper sama dengan cara pegangan yang pertama tadi.
Akan tetapi perbezaan ketara ialah pada kedudukan jari-jari pada sisi cakera.
Keseluruhan tapak tangan peserta hendaklah diletakkan pada permukaan cakera
dengan menutup terus bahagian berlogam pada bahagian tengah. Jari telunjuk dan
jari hantu dirapatkan seolah-olah bercantum, manakala jari manis dirapatkan
pada permukaan cakera iaitu pada bahagian atasnya secara keseluruhannya.
Seperti dalam pegangan pertama, untuk memastikan supaya tangan memegang cakera
dengan selesa dan kemas, peserta hendaklah menghayun-hayunkan cakera itu ke
hadapan dank e belakang beberapa kali, dan diikuti dengan lemparan dekat
beberapa kali. Peserta hendaklah cuba mendapatkan pegangan yang selesa dengan
cara ini.
CARA PEGANGAN 3
Ada
kalanya peserta yang mempunyai jari-jari yang pendek mungkin menjadi masalah
kepadanya untuk memegang cakera dengan selesa. Bagaimanapun dengan pegangan cara
ini, masalah ini dapat diatasi. Malah cara pegangan yang mempunyai jari yang
sagak pendek. Peserta hendaklah menekapkan seluruh tapak tangannya pada cakera,
dengan menutup dua pertiga sahaja daripada bahagian berlogam pada bahagian
tengah cakera. Manakala jari-jari memegang pada sekeliling atau sampai logam
cakera. Ini bermakna bahagian atas cakera disokong oleh sebahagian lengan
peserta. Ini perlu bagi membolehkan jari-jari memegang cakera di sekelilingnya.
Kedudukan jari adalah sama seperti dalam pegangan cara kedua di atas.
Bagi
memastikan pegangan itu menjadi kemas dan selasa, peserta bolehlah
menghayun-hayunkan tangannya ke hadapan dank e belakang beberapa kali diikuti
dengan melakukan lemparan dekat beberapa kali bagi membiasakan pegangan cara
ini.
Dalam
apa-apa cara pegangan sakali pun, yang penting ialah cara itu hendaklah selesa
dan kemas bagi peserta itu. Jika pegangan itu sudah selesa, mudahlah bagi
peserta membuat lemparan. Jika demikian, bolehlah peserta berkenaan memberikan
perhatian kepada cara melakukan lemparan pula.
FASA PERGERAKAN MELEMPAR CAKERA
Secara umumnya, melempar cakera
terdiri daripada fasa pergerakan yang berikut:
(a) Fasa persediaan termasuk pegangan
cakera
(b) Fasa hayunan awalan
(c) Fasa lemparan
(d) Fasa ikut lajak dan pemulihan
TEKNIK MELEMPAR CAKERA
Rajah 1.7 : Teknik lemparan berdiri
pusing – Rangkaian satu setengah putaran
9.0
TEKNIK LEMPARAN
Setelah
peserta mendapatkan pegangan yang selesa dan kemas, langkah seterusnya ialah
melakukan lemparan terhadap cakera yang dipegang. Untuk melakukan lemparan,
terdapat dua teknik yang biasa digunakan sama ada pada peringkat sekolah,
negeri, kebangsaan ataupun antarabangsa. Pertama ialah teknik berdiri tetap
atau gaya static atau disebut juga sebagai gaya 90 darjah, dan kedua ialah
teknik berpusing, yang dilakukan bersama pusingan kaki. Terdapat perbezaan yang
ketara antara kedua-dua teknik ini.
Teknik
berdiri tetap atau satik adalah sesuai bagi mereka yang baru menceburkan diri
dalam acara ini atau bagi mereka yang mula mempelajari teknik ini. Teknik
berdiri juga banyak digunakan oleh waniat. Dalam kebanyakkan perjumpaan
olahraga pringkat sekolah, hamper semua peserta menggunakan teknik lemparan
ini. Teknik ini memenag mudah kerana tidak banyak pergerakan kaki dan hayunan
atau pusingan tangan diperlukan. Yang perlu dilakukan hanyalah peserta berdiri
di kawasan lemparan pada kedudukan sedia dengan membongkokkan sedikit badannya.
Tangan yang memegang cakera dihayun-hayunkan beberapa kali ke hadapan dan ke belakang untuk
mendapatkan sedikit momentum atau pergerakan awal. Peserta akan melemparka
cakera setelah betul-betul sudah bersedia untuk berbuat demikian, tanpa
memusingkan kaki atau badannya.
Teknik
lemparan berdiri pusing pula adalah lebih sukar dan tidak banyak digunakan pada
peringkat sekolah atau oleh wanita. Untuk memahirkan diri dengan cara ini
latihan berterusan yang banyak diperlukan. Tidak dapat dinafikan teknik
lemparan ini mampu menghasilkan jarak yang lebih jauh dan lebih menarik
ditonton, tetapi bukanlah mudah untuk melakukan teknik ini. Hanya latihan yang
bersistem dan ditambah dengan usaah sendiri mampu melahirkan pelempar cakera
menggunakan tekni ini. Kebanyakan peserta lempar cakera wanita di Negara kita,
masih belum dapat memahirkan diri dengan lemparan teknik pusing ini. Begitu
juga dengan sebilangan besar peserta lelaki khususnya pada peringkat sekolah
juga masih belum dapat menggunakan teknik lemparan ini.
TEKNIK LEMPARAN BERDIRI STATIK
Sebelum
seseorang dapat melakukan sesuatu lemparan, adalAh penting baginya menyiapkan
diri supaya dia benar-benar bersedia untuk melakukan lemparan. Persediaan
sebelum membuat lemparan termasuk menguji kedudukan kaki, hayunan tangan
bersama cakera sebagai persediaan serta lanjutan aktiviti kelenturan tangan
yang melempar cakera. Kedudukan peserta semasa berdiri di dalam kawasan
pelepasa hendaklah kemas dan selesa untuk mendapatkan kesinambungan badan
ketika membuat lemparan.
Setelah
peserta itu berpuas hati dengan kedudukan badan, kaki dan hayunan tangan,
peserta kini sudah bersedia untuk melakukan lemparan.
Aturan berikut boleh dijadikan penduan
dalam melakukan lempara gaya statik ini.
1.
Pegangan
cakera dengan kemas dan selesa.
2.
Peserta
hendaklah merendahkan pusat gravity badan dengan cara membengkokkan sedikit lutut,
terutama lutut kaki belakang. Dengan demikian peserta badara pada kedudukan
separuh cangkung.
3.
Peserta
hendaklah memusingkan badan ke kanan mengikut arah atau sisi yng memegang
cakera, sambil pandangan mata hendaklah ditumpukan kea rah hayunan cakera.
4.
Siku
tangan peserta yang tidak memegang cakera hendaklah dibengkokkan sehingga pada
aras bahu untuk mengawal serta menimbangkan
pusingan badan.
5.
Tangan
peserta yang tidak memegang cakera akan menyangga tangan yang memegang cakera
ketika hayunan cakera kembali ke hadapan. Pergerakan ini dilakukan beberapa
kali bagi mendapatkan hayunan untuk lemparan yang baik.
6.
Selepasa
peserta mendapatkan pergerakan hayunan tangan serta cakera yang mencukupi, siku
tangan yang tidak memegang cakera hendaklah diluruskan sambil melonjakkan dada
ke hadapan. Ketika yang sama, kedua-dua belah peserta diluruskan bagi
mendapatkan yang maksimum sambil muka dan mata ditumpukan ke arah kawasan
pendaratan cakera.
7.
Ketika
ini peserta hendaklah menghayunkan cakera hingga ke aras bahu dan melemparkan
ke hadapan dengan hayunan atau luncuran cakera secara menaik.
8.
Peserta
hendaklah berada di kawasan lemparan sehingga cakera selamat mendarat di
kawasan pendaratan. Selepas itu peserta hendaklah meninggalkan kawasan lemparan
itu pada sebelah belakang melepas garisan tengah bulatan.
KEBAIKAN TEKNIK
1.
Teknik
ini mudah dipelajari dan peserta dapat memahirkan diri dalam masa yang singkat.
2.
Atlit
dapat memerhatikan dengan nyata pergerakan cakera menerusi hayunan yang
dilakukan.
3.
Cakera
mempunyai peluang yang lebih untuk mendarat di kawasan pendaratan yang
disediakan.
4.
Atlit
tidak perlu melakukan pergerakan badan serta hayunan tangan yang banyak, yang
jarak lemparannya belum tentu lagi memuaskan hati atau tidak.
5.
Kemungkinan
mendapat kecederaan adalah berkurangan atau tidak membahayakan.
KEBURUKAN TEKNIK
1.
Peserta
tidak dapat memusingkan badan untuk mendapatkan lonjakan serta hayunan yang
sewajarnya seperti yang dikehendaki untuk acara ini.
2.
Biasanya
teknik ini tidak dapat menjamin lemparan yang jauh disebabkan ketiadaan
lonjakan badan dan hayunan tangan.
3.
Kurang
menarik dan sukar mendapatkan sambutan sama ada daripada peserta ataupun
penonton.
Seperti
biasa, perkara awal yang harus diberikan perhatian ialah mendapatkan cakera
pada tangan yang sesuai dan pegangan yang selesa. Selepas itu peserta bolehlah
cuba meghayun-hayunkan tangan dan cakera serta pusingan badan sebagai latihan
awal. Sebenarnya melempar cakera cara ini memerlukan peserta berada kedudukan
sedia di dalam kawasan lemparan. Kedududkan ini adalah berbeza daripada
kedudukan peserta yang menggunakan teknik lemparan statik.
Dalam
teknik lemparan ini, peserta hendaklah berdiri pada separuh belakang kawasan
lemparan, pada kedudukan membelakangi kawasan pendaratan cakera. Biasanya dalam
lemparan teknik pusing ini, peserta akan membuat 1 ¾ pusingan sebelum membuat
lemparan. Dalam pada itu peserta juga hendaklah bersedia dari segi mentalnya,
yakni menumpukan penuh konsentrasi terhadap acara ini.
Berikut
adalah aturan yang boleh dijadikan panduan dalam melakukan berpusing. Perlu
diingat panduan ini adalah lebih sesuai untuk peserta lelaki, walaupun mungkin
dapat juga dijadikan panduan untuk peserta wanita.
1.
Peserta
hendaklah berdiri di kawasan permulaaan lemparan dengan badan membelakangi arah
kawasan lemparan. Kedudukan kaki peserta adalah pada jarak bahunya dengan tapak
kaki belakang diserongkan sedikit dengan menghala kea rah sisi kakan badan,
manakala tapak kaki kiri dalam kedudukan selari dengan arah dada yang
membelakangi kawasan lemparan. Sementara itu berat badan peserta hendaklah
diseimbangi pada kedua-dua belah kaki.
2.
Daripada
kedudukan sedia ini, peserta boleh memulakan hayunan cakera sebagai persediaan
awal untuk pergerakan memusingkan badan. Ketika melakukan hayunan, berat badan
peserta akan berpindah dari kaki belakang ke kaki hadapan mengikut arah tangan
yang memegang cakera.
3.
Pesrta
akan memusingkan badan yang bermula dengan hayunan persediaan terakhir yang
terus memindahkan berat badan ke kaki hadapan, manakala kaki belakang kini
berada pada kedudukan baru,mengikut pergerakan pusingan badan peserta.
Sebenarnya bergerakan ini berlaku secara atomatik kesan hayunan tangan bersama
cakera. Seterusnya hayunan bertukar dalam pergerakan yang lancer lagi licin
kepada pusingan keseluruhan badan peserta. Peserta hendaklah memusingkan badan
dengan segera serta lurus ke hadapan bagi mendapatkan pengawalan yang rapi
terhadap pergerakan badan, peserta hendaklah berpusing dalam keadaan graviti
yang rendah.
4.
Langkah
seterusnya ialah peserta dengan cara lompat berpusing, mengarahkan badan ke
hadapan bulatan lemparan dalam kedudukan melempar. Pusingan dari kedudukan
berdiri bermula di belakang bulatan hendaklah membolehkan peserta mendaratkan
kakinya pada kedudukan membuat lemparan dengan berkesan.
5.
Selepas
Berjaya melakukan lebih kurang antara satu hingga dua pusingan, bermakna
peserta kini bersedia untuk membuat lemparan terhadap cakera dalam pegangannya.
Teknik lemparan adalah hamper sama dengan teknik dalam lemparan static. Caranya
ialah ketika bahagian badan bergerak menghadap ke kawasan lemparan, tangan kiri
di lepaskan sambil lutut didongak kea rah kawasan pendaratan. Kedua-dua kaki
hendaklah diluruskan selepas lonjakan akhir untuk pelepasan cakera. Cakera
dilemparkan apabila tangan yang memegang cakera menamatkan hayunan sampai ke
arah bahu.
6.
Pergerakan
akhir peserta ialah lajakan badan. Lonjakan ini bergantung kepada kelancaran
lemparan yang dibuat. Sebagai panduan, berikut adalah kedudukan untuk melakukan
lajakan.
a.
Peserta
akan melonjakkan badan ke hadapan sehingga kedudukan peserta berdiri di atas
kaki kanan secara menjengket.
b.
Peserta
berada dalam kedudukan terkawal supaya dapat mengelakkan kaki daripada terkena
atau terpijak garisan bulatan atau terus terkeluar dari bulatan itu.
c.
Pandangan
peserta hendaklah pada penerbangan cakera sehingga cakera mendarat dengan
selamat.
7.
Peserta
hendaklah meninggalkan kawasan lemparan sebaik sahaja cakera mendarat di
kawasan penndaratan dengan menerusi bahagian separuh belakang bulatan.
8.
Peserta
hendaklah mematuhi aturan dan undang-undang yang ditetapkan untuk lemparan
teknik badan berpusing ini.
KEBAIKAN TEKNIK LEMPARAN BADAN PUSING
1. Peserta dapat melakukan hayunan cakera
dengan lebih kuat, laju dan berkesan menerusi pusingan badan, dan cakera dapat
dilempar dengan kuat dan jarak yang lebih jauh.
2. Pergerakan peserta lebih kemas dan
berkesan sehingga mampu mendapatkan keputusan yang membanggakan.
3. Peserta lebih berhati-hati dalam
pergerakan dan lemparan serta dapat mengelakkan daripada pembaziran tenaga.
4. Member kesan psikologi kepada
peserta-peserta lain yang mengambil bahagian yang tidak menggunakan teknik
lemparan ini.
1. Peserta perlu mengikuti latihan yang
lama bagi mendapatkan kemahiran yang diperlukan.
2. Pegangan dan kedudukan kaki dan badan
yang longgar dan tidak betul boleh merugikan lemparan yang dibuat.
3. Kemungkinan melakukan kesilapan atau
pergerakan yang batal adalah mudah.
4. Kesilapan yang dilakukan boleh
membahayakan didri sendiri atau orang lain.
PRINSIP ASAS LEMPAR CAKERA
1. Peserta sanggup menjalankan latihan
khusus untuk acara ini termasuk dari segi fizikal, kemahiran, ;teknik dan
mental peserta.
2. Mempunyai minat dan keinginan untuk
Berjaya dalam acara ini dengan meletakkan suatu matlamat tertentu untuk dicapai
menerusi penyertaan dalam sesuatu pertandingan atau kejohanan.
3. Dapat menggunakan teknik lemparan yang
terbaik dan berkesan dengan tujuan dapatkan jarak sejauh mungkin.
Gaya seorang peserta
lempar cakera
Pergerakan lengkap lempar cakera
LATIHAN ANSUR MAJU
Latihan
1
Tujuan: mengawal cakera semasa hayunan
tangan dan memutar cakera ketika melepaskannya.
(a) Berdiri denagn kaki dijarakkan. Kaki
kanan di belakang. Bengkokkan kaki sedikit
(b) Hayunan cakera berulang kali ke depan
dan kebelakang di sisi badan. Ingat, jangan menggenggam cakera. Pegangan
seperti yang diterangkan sebelum ini.
(c) Setelah menghayun cakera beberapa
kali, condongkan badan ke depan, lepaskan cakera supaya ia bergolek di atas
tepinya (simpai logam) secara lurus ke depan. Di saat-saat akhir melepaskan
cakera, putarkan cakera dengan pergerakan jari tengah dan telunjuk.
Latihan
2
Tujuan: latihan fasa akhir dalam
lemparan cakera.
(a) Berdiri dengan bahu kiri ke arah
lemparan. Kedua-dua belah kaki dijarakkan. Pegang cakera di hadapan bahu kiri
dengan sokongan tangan kanan.
(b) Hayunan cakera ke belakang dengan
tangan lurus dan badan mengilas ke kanan. Ketika melakukan pergerakan tersebut,
badan berpaksi atas hujung kedua kaki.
(c) Sambil mengilaskan badan dan menghayun
cakera ke hadapan, tolak dengan kedua-dua belah kaki dan melempar cakera ke
kawasan pendaratan.
Latihan
3
Tujuan: latihan berpusing selepas
menghayun cakera.
(a) Berdiri menghadap kawasan belakang
arah lemparan. Badan direndahkan sedikit. Hayun cakera ke belakang dan ke depan
bahu kiri.
(b) Pada kali kedua sambil hayun cakera ke
depan, badan berpusing kea rah lawan jam (ke sebelah kiri). Cakera masih
mengikut dari belakang.
(c) Sambil berpusing, kaki kanan
digerakkan melepasi kaki kiri ayng berpaksi.
(d) Lakukannya sehingga badan menghadap
semula ke belakang.
(e) Garisan dan tandaan boleh diadakan di
atas tanah untuk membantu latihan memusingkan badan sebagia panduan kedudukan
kaki. Buat latihan dengan pergerakan yang perlahan dan kemudian beransur laju.
(nota): pada peringkat awal, latihan
boleh dilakukan tanpa menggunakan bulatan lemparan dan tanpa memegang cakera.
Latihan
4
Tujuan: simulasi peringkat selepas
akhir pusingan pertama dan permulaan untuk melempar.
(a) Berdiri di tengah-tengah bulatan dan
menghadap ke belakang kawasan lemparan dan hayunakan cakera.
(b) Hayunan cakera dari belakang sambil
mengangkat kaki kiri dan mula mengilaskan badan ke depan bulatan.
(c) Apabila cakera sampai kea rah bahu, ia
dilempar ke depan. Pada ketika lemparan, pastikan kaki kanan menolak kuat atas
tanah.
trima kaseh atas perkongsiannya..
ReplyDeleteNota yg bagus....good job
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi maklumat yang berguna ni. :D
ReplyDeleteTerima Kasih. Nota ini sangat membantu :)
ReplyDeletetq
ReplyDeleteterbaik
ReplyDeleteAda beza ke berat cakera utk menengah rendah dan menengah atas
ReplyDelete