Wednesday, 6 June 2012

Acara lontar peluru



1. GAYA – GAYA DALAM ACARA LONTAR PELURU


1. Teknik berdiri

Untuk mendapatkan pergerakan tangan dan bahu yang betul, bolehlah melakukan teknik berdiri sebagai satu latihan. Caranya adalah seperti berikut :
1.    Berdiri dengan mengangkang kedua-dua belah kaki seluas lebih kurang 30 cm, tangan memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan tengkuk. Diku tangan yang memegang peluru haruslah keluar dan mendatar.
2.    Pusingkan sedikit arah ke kanan dan bawakan tangan kiri menyilang ke kanan.
3.    Bawakan kembali tangan kiri dengan cepat ke arah kiri, manakal kaki diluruskan dan peluru ditolak keluar.
4.    Tangan diluruskan mengikut arah lontaran peluru, manakla tangan kiri membantu mengimbang tangan.

2. Teknik Lontaran sisi


1.    Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengah bulatan lontaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kemudian kaki kiri diangkat.
2.    Letakkan kaki kiri pada tanah dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan.
3.    Luruskan kaki kiri dan bersedialah untuk membuat lontaran.
4.    Pusingkan tapak kaki kanan dan angkatlah tumit dan tolakkan peluru keluar.

3. Teknik membelakangi  kawasan lontaran


Teknik ini merupakan peringkat yang lebih maju. Walaupun atlit yang baru terlibat dalam acara ini tidak digalakkan menggunakan teknik ini, namun ia menjadi suatu kelebihan jika dapat dipelajari dan diaplikasikan. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut :
1.    Mulakan dengan membelakangi arah membuat lontaran. Bengkokkan badan dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri di belakang.
2.    Angkat kaki kiri sedikit.
3.    Turunkan kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan lontaran.
4.    Pusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran.
5.    Tolak peluru keluar sekuat mungkin


4. Teknik Pemindahan (0’Brien)


Teknik ini merupakan teknik yang digunakan oleh pelontar-pelontar peluru peringkat tinggi yang mempunyai kemahiran tinggi serta berpengalaman. Cara melakukan teknik ini adalah seperti berikut:
1.    Peserta hendaklah berdiri dengan memblekangi arah lontaran dan kaki kanan bersentuh dengan garisan belakang.
2.    Bongkokkan badan dan angkat kaki serta rapatkan dengan kaki kanan.
3.    Mulakan langkah dengan kaki kanan.
4.    Bengkokkan lutut kaki kanan dan ayunkan tangan kiri keluar.
5.    Pusingkan bahu dan pinggang, dan tolak serta lepaskan peluru sekuat yang boleh.
6.    Lakukan lajakan ayunan dengan membawa berat badan ke hadapan dan diimbangi dengan
1    membawa berat badan ke hadapan dan diimbangi dengan tangan kiri.
2. SEKTOR LONTAR PELURU


Kawasan melontar peluru hendaklah mengandungi serbuk abu atau rumput atau bahan yang sesuai yang boleh meninggalkan bekas atau tanda peluru yang mendarat.  Kebenaran curaman ke maksimum ke bawah, kearah lontaran bagi kawasan mendarat adaklah tidak melebihi 1 : 1000.  Kawasan mendarat atau lontaran hendaklah ditanda dengan dua garisan putih 50 mm lebar.  Dua garisan lurus ini jika diteruskan akan bertemu betul-betul di pusat bulatan lontaran dan bersudut 40°.

Bendera atau penanda mungkin disediakan untuk meneada lontaran terbaik bagi peserta an ini akan diletakkan disepanjang dan diluar garisan sektor.  Bendera atau piring penanda istimewa digunakan untuk menenda jarak rekod.

Untuk menentukan jarak lontaran dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran dibuat, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga kebahagian tengah bulatan lontaran.  Bagaimanapu, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian papan penanda pada bulatan tersebut.  Peserta yang mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.

Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru menetapkan iaitu setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan hendaklah berpakaian sesuai dan tidak menjolok mata bagi peserta wanita.  Begitu juga dengan kasut yang sesuai mengikut keselesaan peserta dan tidak pula mengganggunya ketika melakukan lontaran.

Ukuran garis pusat sebelah dalam bulatan ialah 2.13 m (± 5mm).  Gelong besi bulatan mestilah sekurang-kurangnya 6 mm tebal dan dicat putih.

Satu garisan lurus selebar 50 mm hendaklah dicat dengan warna putih melalui di 0.75 m di luar bulatan.  Garisan lurus ini boleh dicatkan dengan warna putih atau diperbuat katu atau pun dari sebarang bahan yang sesuai.  Secara teori, pinggir belakang garisan putih ini betul-betul nelintasi bahagian tengah bulatan bersudut tepat dengan garisan tengah kawasan lontaran.

Pembentukan papan penahan yang bercat putih diperbuat daripada kayu atau bahan-bahan yang sesuai, dibentuk melengkung supaya bahagian tepi dalamnya sesuai dengan bahagian dalam tepi bulatan dan dibuat kukuh.  Papan penahan ini diletakkan ditengah-tengah diantara dua garisan lontaran.

Ukuran papan penahan ini adalah diantara 112 mm dan 300 mm lebar, 1.21 m sehingga 1.23 m panjang disebelah dalamnya dan 98 mm sehingga 102 mm tinggi berdasarkan kepada paras bahagian dalam bulatan.

UKURAN

 

Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap atlit acara ini melakukan lontaran dengan selesa.  Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh garisan sekeliling setebal 5mm.  Saiz bulatan ini ialah 2.135m pada diameternnya yang diukur dari sebelah luar garisan seperti gambarajah dibawah.  Pada bahagian hadapan bulatan lontaran dipasang penahan untuk menentukan kaki atlit menyentuk atau melepasi papan penahan yang mengakibatkan lontaran dibatalkan.

Sumber rujukan :


3. FASA-FASA DALAM ACARA LONTAR PELURU

Terdapat empat fasa lontaran dalam acara lontar peluru :
1. Fasa Persediaan
2. Fasa Gelungsuran
3. Fasa Lontaran
4. Fasa Pemulihan

LATIHAN ANSUR MAJU


Sepintas Ialu, pada anggapan umum memang mudah melakukan lontaran, dan sesiapa sahaja boleh melakukan lontaran tanpa masalah. Akan tetapi apakah kita yakin cara kita melakukan lontaran bola besi seberat lebih kurang tujuh kilogram itu mematuhi syarat dan aturan yang ditetapkan?.  Cara melakukan lontaran harus dipelajari oleh setiap peserta, manakala kemahiran dalam melakukannya juga hanya diperolehi menerusi latihan.
Dalam melakukan lontaran, terdapat beberapa peringkat yang berlaku. Peringkat-peringkat ini merupakan pergerakan yang berasingan, walaupun pergerakan ini sebenarnya adalah satu pergerakan berterusan yang agak pantas. Kita akan pelajari kaedah atau cara melakukan lontaran peluru mengikut peringkat-peringkat ini, yang dianggap paling sesuai khususnya bagi mereka yang baru menceburkan diri dalarn acara ini. Peringkat-peringkat ini adalah seperti berikut:

1.  Cara memegang peluru.
2.  Persediaan dan pergerakan awal.
3.  Perlakuan melontar.
4.  Pendaratan peluru.
5.  Ikut lajak dan meninggalkan kawasan lontaran.


CARA MEMEGANG PELURU


Pergerakan awal seseorang peserta untuk memulakan lontaran dalam acara ini ialah kaedah memegang peluru yang betul bagi membolehkan lontaran dibuat dengan selesa. Cara memegang peluru hendaklah diberikan perhatian penting oleh setiap peserta dan jurulatih, kerana daripada pegangan yang baik dan sempurna akan menghasilkan jarak lontaran yang diharapkan.

Berikut adalah perkara-perkara yang harus dilakukan dalam peringkat cara memegang peluru. Peserta diharapkan dapat mengikut aturan ini supaya setiap pergerakannya dapat dilakukan dengan sempurna.

1.  Peserta meletak peluru pada tapak tangan yang akan melakukan lontaran. Peserta bolehlah cuba mengawal atau mendapatkan berat peluru dengan cara memindahkannya dan satu tangan ke satu tangan lain beberapa kali.
2.  Untuk rnembuat lontaran, peluru hendaklah dipegang pada jari dan bukan tapak tangan, iaitu pada dasar tiga jari tengah, manakala ibujari dan jari kelengkeng bertindak sebagai penyokong.
3Dalam pada itu peserta hendaklah mendapatkan kedudukan yang baik dalam bulatan lontaran, dengan penekanan diberikan pada kedudukan kaki dan keseimbangan badan.
4.  Apabila peluru berada pada kedudukan sebenar, jari kelengkeng boleh dibengkokkan atau diluruskan berhampiran dengan tiga jari tengah tadi.  Kini kedudukan peluru sudah hersedia untuk dilontarkan
.
PERSEDIAAN DAN PERGERAKAN AWAL

Selepas peserta sudah mendapatkan kedudukan yang baik dan seimbang, serta pegangan peluru  juga selesa dan selamat, bermakna peserta sudah bersedia untuk melakukan pergerakan seterusnya. Persediaan awal ini merangkumi teknik berdiri di dalam bulatan lontaran dan hayunan awal peluru.  Ketika ini juga peserta berada dalam keadaan sedia termasuk dari segi mentalnya. Untuk melakukan pergerakan awal, peserta amat bergantung kepada teknik lontaran yang digunakan. Ini bermakna jika teknik lain yang digunakan, persediaan dan pergerakan awal juga berbaza. Oleh itu ada baiknya kita bincangkan peringkat-peringkat lontaran, pendaratan dan ikut lajak mengikut teknik lontaran yang digunakan.

Teknik Lontaran Berdiri Statik

Teknik berdiri statik dalam melakukan Iontaran peluru, merupakan teknik atau kaedah paling mudah untuk dilaksanakan. Kaedah ini hendaklah didedahkan kepada semua mereka yang baru diperkenalkan dengan acara ini.Teknik ini boleh juga diasah dan dimahirkan untuk digunakan dalarn pertandingan, malah peserta yang sudah berpengalaman pula boleh menjadi pelontar peluru yang berjaya jika dia dapat memahirkan diri dalam teknik ini.

Berikut adalah panduan dalam menggunakan teknik berdiri statik.

1.  Peserta hendaklah berdiri di dalam bulatan lontaran dengan mengangkatkan salah satu kakinya lebih kurang 30cm dan lantai bulatan.  Tangan peserta dalam kedudukan memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan leher.  Siku tangan yang memegang peluru hendaklah keluar dan mendatar seperti gambarajah di bawah.
Peserta hendaklah memusingkan badan ke arah kanan dan sambil membawa tangan kiri menyilang ke kanan.
3.  Peserta membawa kembali tangan kiri dengan segera ke arah kiri, manakala kaki diluruskan dan peluru ditolak keluar.
4.  Peserta meluruskan tangan yang memegang peluru mengikut arah lontaran yang dilakukan, sementara tangan kiri membantu mengimbangkan badan dan mengawal kedudukan kaki supaya tidak terkeluar dan bulatan lontaran.
5.  Peserta rnengawal pergerakan badan, tangan dan kakinya selepas melakukan lontaran, sambil memerhatikan pergerakan dan pendaratan peluru.
6.  Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian peserta mengawal pergerakan badan, tangan dan kakinva selepas melakukan lontaran, sambil memerhatikan pergerakan dan pendaratan peluru.
Teknik pemindahan (O’Brien) adalah satu teknik yang sering digunakan oleh atlet lontar peluru. Dalam teknik ini terdapat empat fasa lontaran dalam acara lontar  peluru iaitu :
                        1. Fasa Persediaan
                        2. Fasa Gelungsuran
                        3. Fasa Lontaran
                        4. Fasa Pemulihan


Aktiviti Latihan Kemahiran Beransur Maju

1.    Cara rnernegang peluru dengan menggunakan bola lisut tampa memperkenalkan peluru dahulu.
2.      Memperkenalkan peluru.
3.    Dirian tanpa menggunakan peluru dan gelonsor ke belakang di atas trek yang lurus.
4.     Ulang aktiviti di atas tetapi kali ini seorang rakan akan berdiri di hadapan dan memegang tangan bebas pelaku.
5.    Geongsoran dengan menggunakan peluru.
6.    Gelongsor dengan menggunakan peluru kekedudukan dagu, lutut dan ibu jari kaki – ‘Power Position’ (tapak kàki bersudut)
7.     Ulang aktiviti 4 dengan bantuan kawan memegang tangan bebas.
8.    Dengan bantuan kawan memegang tangan bebas, dan kedudukan ‘Power Position’ (chin-knee-toe) – dagu, lutut dan ibu jani, lakukan pergerakan pinggang menghala ke arah lontaran.
9.    Gabungkan keempat-empat pergerakan iaitu persediaan, gelungsuran, power position dan putaran pinggang.
10. Dan kedudukan dinan buat gelongsoran dalam bulatan lontaran.
11. Dalam bulatan lontaran, ulang aktiviti 8 tetapi tambah pergerakkan pinggang menhala ke arah lontaran.
12. Dalam bulatan lontaran, gabungkan kesemua kemahiran yang telah dipelajari dan Iontar peluru melepasi tali yang direntangkan (tab direntangkan lebih kurang 7 kaki tinggi dan jarak 4 kaki dan bulatan lontaran).
13. Membuat lontaran berdiri atau  ‘Standing throw’.
14. Membuat lontaran sisi.
15.  Membuat lontaran membelakangkan kawasan lontaran.
16. Lakukan lontaran dengan cara Perry O’Brien iaitu gabungan semua kemahiran yang telah dipelajari dan jurulatih membetulkan kesalahan.

Sumber rujukan :
Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia.Buku peraturan Olahraga KOAM 2010-2011

4. KESALAHAN-KESALAHAN TEKNIK PADA SETIAP FASA



1.   Kegagalan untuk membuat fasa persediaan yang betul. Kesalahan yang biasanya berlaku pada fasa persediaan ialah kegagalan atlit berada dalam keadaan yang baik dan tenang sebelum membuat gelungsuran. Apa yang biasanya berlaku ialah atlit akan tunduk rnenyebabkan dagu menghampiri dada dan ini akan meletakan peluru keparas yang rendah. Kesalahan ini akan mernbawa kepada kegagalan mernbuat fasa-fasa yang berikutnya.

2.   Kedudukan siku tangan melontar yang tidak betul. Sepatutnya siku tangan melontar hendaklah berada tinggi untuk memudahkan peluru ditolak keluar. Kedudukan siku yang rendah akan menyukarkan peluru ditolak dan akan menghasilkan jarak yang kurang rnemuaskan

3.   Kesilapan kaki kiri yang membantu gelungsuran kaki kanan. Biasanya lutut kaki kiri seharusnya bengkok dan dirapatkan dengan lutut kaki kanan dan seterusnya menendang kebelakang untuk membuat gelungsuran. Pergerakan yang salah ialah atlit meluruskan kaki kiri sebelum membuat gelungsuran yang menyukarkan pengheretan kaki kanan untuk melakukan gelungsuran.

4.   Kegagalan membuka pinggang mengarah arah lontaran. Selepas fasa gelungsuran pinggang rnestilah di buka dan diangkat kearah lontaran untuk mendapatkan kuasa yang sepenuhnya dari kaki. Pergerakan ini berlaku pantas bersambungan dengan fasa gelungsuran. Jika pergerakan ini gagal dilakukan dengan betul maka keadaan badan akan rendah dan kuasa tidak dapat dialihkan ketangan.

5Kegagalan melakukan pusingan badan yang betul. Sebelum melepaskan peluru iaitu selepas fasa gelungsuran, badan dipusingkan kearah lontaran dan kesalahan yang biasa berlaku ialah“over pulled” atau “Thnder pulled”. Ini berpunca dari tangan kiri yang tidak dikunci sikunya. ‘Over pulled’ bermakna pusingan yang terlebih dan ‘Under pulled’ pusingan yang tak sampai maka akan menyebabkan peluru tidak menuju kearah lontaran.

6.   Kegagalan membuat fasa pemulihan yang baik. Selepas lontar pergerakan pemulihan merupakan fasa mengimbangkan badan agar tidak terlajak keluar ke hadapan. Biasanya atlit tidak dapat mengimbangi pergerakan.  Sepatutnya kaki kanan yang turut berpusing selepas lontaran mestilah rnengantikan kedudukan kaki kiri, manakala kaki kiri mestilah dilojakkan ke belakang.

7.   Lontaran yang tidak mengikut sudut 450° Biasanya peluru yang menghasilkan jarak yang baik ialah peluru yang dilontar bersudut 450° Ianya bergantung kepada fasa selepas gelungsuran dan berpunca dan kesalahan melakukan fasa lontaran yang baik. Peluru tidak seharusnya dilontar terlalu tinggi atau terlalu rendah.

 5. TEKNIK MENGUKUR JARAK


Pengukuran bagi tiap-tiap lontaran mestilah dilakukan terus-menerus daripada tanda yang hampir sekali yang dibuat oleh jatuhan peluru ke bahagian dalam relung bulatan melalui satu garisan dan tanda yang dibuat oleh peluru kepada pusat bulatan.

Untuk menentukan jarak lontaran yang dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga ke bahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian dalam papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.

Sumber rujukan :













1 comment: