Semasa merangka program latihan beberapa
prinsip latihan perlu diikuti untuk memperolehi hasil yang maksimun.
Prinsip-prinsip ini adalah:-
- Ansur Maju
Ia merujuk kepada peningkatan kesukaran
latihan yang beransur-ansur. Kadar peningkatan hendakalha berdasarkan kepada
keupayaan individu. Individu adalah berbeza maka peningkatan intensiti latihan
hendaklah sesuai dengan keupayaan setiap individu.
- Tambah Beban
Mempunyai perkaitan yang rapat dengan
ansur maju. Sistem latihan yang direkabentuk hendaklah mengenakan tekanan dalam
jangka masa yang sesuai supaya dapat mengadaptasi dengan beban kerja yang
berlebihan. Oleh itu latihan perlu mengenakan beban melebihi had biasa untuk
meningkatkan prestasi komponen kecergasan fizikal yang hendak ditingkatkan.
- Perbezaan Individu
Program latihan mestilah bersifat individu
kerana terdapa perbezaan individu dari segi matlamat, fisiologi, motivasi,
genetik dan persekitaran. Oleh itu program latihan yang sama tidak akan
memberikan kesan yang sama ke atas semua individu.
- Kekhususan
Program latihan yang dirancang hendaklah
menjurus kepada matlamat yang hendak dicapai. Sebagai contohnya dalam fasa
persedian program latihan perlulah menumpukan kepada peningkatan daya tahan
otot, kekuatan otot dan daya tahan kardiovaskular.
- Kebolehbalikan
Latihan yang dihjalankan hendaklah
konsisten kerana kesan dan hasil latihan tidak kekal. Penurunan ke atas
prestasi akan berlaku sekiranya latihan dijalankan tidak berterusan dan umumnya
penurunan berlaku lebih cepat daripada masa yang dimabil untuk membinanya.
- Kepelbagaian Latihan.
Mempelbagaikan latihan dapat menghilangkan
kebosanan dan rasa jemu atlit. Aplikasi penyliangan latihan adalah salah satu
cara dapat mengurangkan kebosanan dari mental dan fizikal.
- Penyesuaian Latihan atau Adaptasi.
Apabila sistem badan didedahkan kepada
tekanan dan beban latihan yang berubah-ubah maka ia akan mengadaptasi secara
perlahan-lahan untuk mengatasi keperluan yang dikenakan ke atas latihan
tersebut. Penyesuaian dapat dilakukan dengan memanipulasikan angkubah-angkubah
berikut:-
- Kekerapan (frequency)
- Intensiti
- Masa (time)
- Jensi (type)
Latihan perlu dijalankan dengan
berterusan. Umumnya latihan bersifat aerobik perlu dijalankan sebanyak tiga
kali seminggu dan dijalankan sekurang-kurangnya 20 minit bagi setiap sesi
latihan. Intensiti latihan boleh ditafsir sebagi kualiti latihan.
Intensiti
latihan pada kadar nadi 60-90% akan memberi kesan kepada latihan. Jenis
aktiviti yang digunakan akan menentukan kesan latihan sebagai contohnya senamrobik
sesuai untuk meningkatkakn keupayaan aerobik.
Jangkamasa latihan pentong unatuk
menentukan kesan latihan yang optimun. Sekiranya terlalu singkat iaitu kurang
dari 20 minit tidak akan memeberi kesan ke atas peningkatan keupayaan aerobik
manakala jangkamasa terlalu lama pula akan mengakibatkan kelesuan.
No comments:
Post a Comment