KURIKULUM
Definisi kurikulum serta matlamat dan objektif kurikulum
berdasarkan penulisan Ishak Ramly (2003), kurikulum merangkumi semua pengalaman
yang didapati di dalam dan luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah
dan bilik darjah. Beliau turut mengelaskan kurikulum kepada tiga bahagian iaitu
kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah, kurikulum
sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di dalam
kelas. kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan
pengalaman individu ataupun berkumpulan.
Kurikulum berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan
ilmu yang hendak disampaikan mengikut peringkat yang tertentu. Kurikulum di
sekolah perlu sentiasa relevan keperluan dan kehendak semasa. Pusat
Perkembangan Kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia dari
semasa ke semasa mengikut aliran tinggi. Kurikulum perlu diubahsuai mengikut
keperluan supaya murid-murid sentiasa bergerak seiring dengan trend pengetahuan
semasa.
Kurikulum
dan hubungkaitnya dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani.
A
Curriculum is a written document which may contain many ingredients, but
basically it is a plan for the education of pupils during their enrolment in
given school -
George A.Beauchamp (1986)
George A.Beauchamp (1986)
Berdasarkan kepada George A. Beauchamp, beliau mendefinisikan kurikulum sebagai dokumen bertulis di mana di dalamnya terkandung pelbagai bahan tetapi asasnya ia adalah satu rancangan untuk pendidikan murid-murid semasa mereka berada di sekolah.
Kurikulum yang di gubal mempunyai kepentingan tertentu yang berkait rapat dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Kurikulum yang dibentuk dapat membantu melahirkan insan yang seimbang dari keupayaan psikomotor, afektif dan kognitif. Aspek pembangunan insane merupakan keperluan Negara dalam proses pembentukan modal insan berkualiti.
Pendidikan
di Malaysia telah melalui fasa perubahan kurikulum seiring dengan zaman bagi
memastikan kurikulum yang sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan yang
seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan. Antara kurikulum
tersebut adalah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) dan yang terbaru Kurikulum Standad Sekolah Rendah.
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (
KBSR )
MATLAMAT PENDIDIKAN PERSEKOLAHAN
Matlamat Pendidikan Persekolahan
adalah untuk memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh,
seimbang dan bersepadu dan meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan
jasmani bagi malahirkan insane yang seimbang harmonis dan berakhlak mulia.
Matlamat KBSR
Matlamat pendidikan sekolah rendah
adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang
dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan
jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
Matlamat
KBSR
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
Objektif KBSR
Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan untuk membolehkan murid:
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
Objektif KBSR
Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan untuk membolehkan murid:
i. menguasai
bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan
dan bahasa rasmi negara;
ii. menguasai
kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa
pengantar sekolah;
iii.menguasai
asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam
menyelesaikan
masalah harian;
iv. menguasai
kemahiran belajar;
v. menguasai
kemahiran berfikir;
vi.bertutur,
membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya
sebagai
bahasa kedua;
vii. memperolehi
ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;
viii. membina
daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;
ix. mempunyai
pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam
sekitar;
x. menguasai
kemahiran sainstifik dan teknikal;
xi. memahami,
meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi
dalam lingkungan kebudayaan nasional;
xii. menjaga
kesihatan dan kecergasan diri;
xiii.menguasai
kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap
keusahawanan dan
produktiviti;
xiv. menguasai
kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu
dalam
Al-Quran bagi murid Islam;
xv. menyakini
asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia;
xvi. membina
semangat patriotisme;
xvii. mengembangkan bakat dan kreativiti;
dan
xviii.mengamalkan sikap dan perlakuan yang
berpandukan nilai murni yang menjadikannya
asas bagi amalan hidup.
Prinsip KBSR
KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip
berikut yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:-
i.
Pendekatan
Bersepadu;
ii.
Perkembangan
individu secara menyeluruh;
iii.
Pendidikan
yang sama untuk semua murid; dan
iv.
Pendidikan
seumur hidup.
v.
murid
sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran melalui aktiviti
kemahiran dibilik darjah berbanding dengan penglaman hidup mereka, justeru
semua aktiviti pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup
mengikut peringkat
vi.
suasana
kondusif sekolah adalah untuk meberi peluang dan galakkan interaksi sosial ,
bertukar pendapat dan kerjasama di kalangan murid
vii.
aktiviti
dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan pemikiran kritis dan
kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses menguasai
kemahiran asas
viii.
aktiviti
organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel
ix.
penekanan
kepada nilai (merentas kurikulum)
x.
penguasaan
3M (membaca, menulis dan mengira)
xi.
penilaian
perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah.
Penekanan
Fokus Tahap I
i. Penguasaan
kemahiran asas berbahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis)
ii. Penguasaan
nombor dan operasi asas mengira
iii. Mengenal
huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat Al-Quran;
iv. Menyedari
dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.
Fokus Tahap II
i.
Pengukuhan
kemahiran asas berbahasa;
ii.
Pengukuhan
kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah;
iii.
Pemerolehan
pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain
iv.
Kemahiran
Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif
v.
Membaca,
menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-Quran;
vi.
Menghayati
dan mengamalkan nilai-nilai.
Struktur
KBSR
Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:-
Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:-
i. Komunikasi;
ii. Manusia dan Alam Kelilingnya; dan
iii. Perkembangan Diri Individu.
Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi teras kepada struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:
i. Kemahiran Asas;
ii. Manusia dengan Persekitaran;
iii. Kesenian dan Kesihatan;
iv. Kerohanian, nilai dan sikap
v. Kemahiran Hidup; dan
vi. Kokurikulum
Teras KBSR
i. Penggabungjalinan;
ii. Penyerapan;
iii. Penilaian;
iv. Pengkayaan; dan
v. Pemulihan.
Penekanan Dalam KBSR
Dalam melaksanakan KBSR, penekanan diberi kepada:-
i. Kemahiran asas;
ii. Kemahiran berfikir;
iii. Nilai Merentas Kurikulum;
iv. Bahasa merentas kurikulum;
v. Patriotisme merentas kurikulum;
vi. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid;
vii. Penilaian berterusan;
viii. Pemulihan dan pengayaan;
ix. Prinsip mudah ubah; dan
x. Sains dan teknologi merentas kurikulum
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid, seseorang guru seharusnya;
i. Mewujudkan suasana persekitaran yang merangsang pembelajaran;
Kemudahan fizikal kelas
• Ruang pembelajaran yang selesa;
• sudut pembelajaran dilengkapkan dengan bahan yang interaktif;
• ruang pameran hasil kerja;
• bahan rujukan untuk penggunaan murid;
• bahan pembelajaran yang mencabar daya pemikiran.
Aspek emosi sosial
• Penggunaan
bahasa yang mesra;
• keupayaan
guru memahami muridnya, dan
• penggunaan
teknik yang pelbagai.
ii.
Mengamalkan prinsip-prinsip
tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
· - Melibatkan
murid secara aktif;
· -Menjalankan
penilaian yang berterusan;
· -Mewujudkan
peluang murid menilai kerja mereka;
· -Melatih
murid meneroka pelbagai cara dalam menyelesaikan tugasan;
· -Memberi
peluang murid mendapatkan pengalaman yang berulang kali dalam situasi yang
berlainan;
· -Menyediakan
suasana pembelajaran yang menggalakkan murid membuat keputusan secara
rasional;
· -Memberikan
penghargaan di atas usaha murid supaya dapat membantu dan membina sifat
berani,
yakin dan daya juang;
· -Melatih
murid menguasai kemahiran belajar dalam kemahiran berfikir;
· -Mengambil
tindakan segera terhadap masalah pembelajaran murid.
iii.
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna, berkesan dan menyeronokkan guru hendaklah menggunakan kaedah yang melibatkan murid secara aktif.
Bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna, berkesan dan menyeronokkan guru hendaklah menggunakan kaedah yang melibatkan murid secara aktif.
Guru boleh mengelolakan secara kelas, kumpulan, berpasangan ataupun individu.
Pembentukan kumpulan berdasarkan kepada kebolehan murid yang hampir-hampir sama
ataupun kepada kebolehan yang pelbagai.
Pelbagai kaedah boleh dijalankan melalui aktiviti seperti berikut;
Pelbagai kaedah boleh dijalankan melalui aktiviti seperti berikut;
§ -Simulasi
§ - Lakonan
§ -Permainanan
§ -Tunjuk ajar
§ -Lawatan
§ -Bercerita
§ -Projek
§ -Sumbangsaran
§ -Main peranan
§ -Pidato
Penilaian
i.
Penilaian Kemajuan Berasas
Sekolah (PKBS)
ii.
Penilaian Kendalian Sekolah Rendah
iii. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
KURIKULUM BERSEPADU
PENDIDIKAN JASMANI SEKOLAH RENDAH
MATLAMAT:
Pendidikan
Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti
fizikal dan amalan kecergasan.
OBJEKTIF:
Murid boleh :
1. Mempertingkatkan
dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor;
2. menguasai
kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri,
3. melakukan
senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian,
4. mengaplikasikan
pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan
fizikal;
5. membentuk
sahsiah dan disiplin diri; dan
6. membuat
keputusan bijak dalam kehidupan.
Sukatan
Pelajaran Pendidikan Jasmani di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
disusun mengikut tiga tunjang utama iaitu :
1. Kecergasan
Konsep
tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara
berterusan tanpa merasa lesu. Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan fizikal
berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.
2. Kemahiran
Konsep
tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan kemahiran daripada aspek
pergerakan otot besar dan otot halus.Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam
permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi.
3. Kesukanan
Konsep
tunjang ini menitikberatkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan
amalan
pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan,
pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan.
ORGANISASI
KANDUNGAN KURIKULUM
Kandungan
mata pelajaran ini menekankan kepada kecergasan sesuai dengan ciri dan
keperluan murid. Pendekatan yang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah
pembelajaran melalui aktiviti. Murid perlu diberi peluang mempelajari
pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan mata pelajaran dengan melakukan
aktiviti, eksperimen dan amalan rutin. Penyertaan aktif setiap murid dalam
kelas Pendidikan Jasmani adalah diwajibkan. Murid perlu diberi peluang untuk
meluahkan emosi, memperkembangkan proses mental, membentuk perhubungan yang
sihat dan melakukan kegiatan fizikal dalam suasana yang membina dan selamat.
Pengalaman Pendidikan Jasmani merangkumi tiga aspek penting, iaitu :
i. Penglibatan murid secara aktif dan selamat.
ii. Interaksi yang kreatif dengan bahan, alat dan
rakan.
iii. Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai
bukti bahawa pembelajaran telah berlaku.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Bermula tahun 2011, semua sekolah
akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di
seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011. Kurikulum ini selaras dengan
perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih
berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini.
Transformasi Kurikulum
Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum
persekolahan
sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk,
organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI
SEKOLAH RENDAH
·
Berteraskan
Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
·
Berasaskan
Prinsip KBSR:
-
Pendekatan
bersepadu
-
Perkembangan
individu secara menyeluruh
-
Peluang
dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
-
Pendidikan
seumur hidup
B BENTUK KURIKULUM TRANSFORMASI
Komunikasi - Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa
berinteraksi
Sains & Teknologi - Penguasaan
pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik
Penguasaan
pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi
Perkembangan Fizikal & Estetika
- Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan
diri
Pemupukan
daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi
Kerohanian, Sikap & Nilai - Penghayatan amalan agama,
kepercayaan, sikap dan nilai
Kemanusiaan - Penguasaan
ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan
global
Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan
Keterampilan Diri - Pemupukan
kepimpinan dan sahsiah diri melalui
aktiviti kurikulum dan kokurikulum
KEMAHIRAN NILAI TAMBAH / ELEMEN
MERENTAS KURIKULUM (EMK)
· - Kreativiti
dan inovasi
· -Keusahawanan
· -Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK)
KURIKULUM BERASASKAN STANDARD
Kurikulum
Transformasi Sekolah Rendah digubal
berasaskan standard kandungan dan
standard pembelajaran.
St Standard
Kandungan
|
Standard
Pembelajaran
|
Penyataan
spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam
suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
|
Satu penetapan kriteria atau
indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
|
Contoh
Standard Kandungan & Standard Pembelajaran
Stan Standard
Kandungan
|
Standard
Pembelajaran
|
Bahasa Malaysia
Mendengar,
memahami dan memberi respon
terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul
|
Bahasa Malaysia
Mendengar,
memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai
soalan bercapah.
|
Bahasa Inggeris
Able to express personal response to
literary texts
|
Bahasa Inggeris
Able to respond to:
a.
Book covers
b.
Pictures in books
c.
Characters
with guidance
|
Matematik
Menama
dan menentukan nilai nombor
|
Matematik
Menamakan nombor hingga 100:
a. Membilang objek dalam kumpulan.
b. Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai mewakili kuantiti.
|
Mengapa Standard?
•
Memastikan
SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan.
•
Penetapan
ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.
•
Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).
•
Mengatasi
masalah murid keciciran dalam pembelajaran.
•
Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .
Bahan Kurikulum
1.
Dokumen Kurikulum
|
2. Buku Teks
|
•
Standard Kandungan
•
Standard Pembelajaran
|
•
Berpendekatan Modular
|
,
Ped Pedagogi
Kemahiran Berfikir
|
Belajar Cara Belajar
|
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai
|
Pembelajaran Masteri
|
Pembelajaran Akses Kendiri
|
Pembelanjaran Secara Konteksual
|
Pembelajaran Secara Konstruktivisme
|
Pengajaran Berasaskan Masa Depan
|
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komuinikasi (TMK)
|
Pent Pentaksiran
Pent Pentaksiran P&P
v
Dijalankan
secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran
v Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai
Bersifat autentik dan holistik
KURIKULUM
STANDARD PENDIDIKAN JASMANI SEKOLAH RENDAH
Kurikulum
Standard Pendidikan Jasmani dibentuk berdasarkan standard kandungan dan
standard pembelajaran yang perlu murid kuasai dan capai. Standard kandungan
ialah pernyataan yang jelas tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh
lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi kemahiran, pengetahuan
dan nilai. Standard pembelajaran pula merupakan penetapan kriteria atau pengukur
pencapaian setiap standard kandungan.
Kurikulum
Standard Pendidikan Jasmani sendiri masih lagi mengandungi prinsip-prinsip yang
terdapat di dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Pendidikan Jasmani dan turut
menggunakan Standard Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Sukan Untuk Murid
Sekolah oleh International Council for
Health, Physical Education, Recreational-Sports And Dance (ICHPER-SD)
sebagai panduan. Kandungan kurikulum baru ini masih mengekalkan tiga domain utama
pendidikan iaitu psikomotor, kognitif dan afektif yang sangat penting dalam
mendidik dan memimpin generasi akan datang.
Penggubalan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani bertujuan utama untuk memenuhi
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum ini turut
mampu menyediakan murid ke arah pembinaan modal insan yang sihat dan cergas.
Bukan
hanya murid yang perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang dikehendaki
dalam KSSR Pendidikan Jasmani, malahan guru yang mengajar Kurikulum Standard
Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani Tahun Satu perlu mempunyai pengetahuan dan
kemahiran asas seperti yang terkandung di dalam kemahiran pergerakan dan
kecergasan berdasarkan disiplin ilmu Pendidikan Jasmani. Antaranya melibatkan
pembelajaran motor, perkembangan motor, biomekanik, suaian fizikal, fisiologi
senam, psikologi sukan, sosiologi sukan, estetika dan nilai. Pengajaran dan
pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani seharusnya
dilaksanakan dalam suasana yang menyeronokkan dan kondusif dengan menekankan
aspek keselamatan.
MATLAMAT
Kurikulum Standard
Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani bertujuan membina murid menjadi individu yang
cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni
melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup.
OBJEKTIF
Mengikut dokumen
Sukatan KSSR Pendidikan Jasmani Tahun 1,murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani berkebolehan untuk;-
1. Melakukan
kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut konsep pergerakan.
2. Mengembangkan
kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor.
3. Mengenal
pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan.
4. Mengenal
pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan.
5. Mengetahui
kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala.
6. Mempamerkan
tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.
7. Melaksanakan
aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang selamat.
8. Mematuhi
peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti
fizikal.
9.
Mengamalkan gaya hidup sihat untuk
kesejahteraan.
FOKUS MATAPELAJARAN
Terdapat tiga fokus Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Pendidikan Jasmani bagi murid Tahun Satu iaitu membina kemahiran asas
pergerakan dan kemahiran motor, memperkenalkan konsep kecergasan berdasarkan
kesihatan, dan memupuk elemen keselamatan, tanggungjawab kendiri, dan interaksi
sosial semasa melakukan aktiviti fizikal.
ORGANISASI KANDUNGAN
Kurikulum KSSR
Pendidikan Jasmani diorganisasikan secara modular. Di dalam kurikulum modular,
kandungan dikumpulkan kepada bahagian-bahagian yang dinamakan sebagai modul.
Modul merangkumi kandungan pembelajaran dalam bentuk unit kendiri-lengkap
(self-contained) yang terdiri daripada pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
telah dikenal pasti untuk dikuasai dan dicapai.
Kurikulum
Pendidikan Jasmani Tahun Satu dibina berasaskan lima aspek iaitu :
Aspek 1 :
Kemahiran Pergerakan.
Murid menguasai
pelbagai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan
pelbagai aktiviti fizikal melalui konsep pergerakan, pergerkan asas yang
melibatkan pergerakan lokomoto, bukan lokomotor,manupulasi alatan dan
pergerakan berirama. Yang lainnya melibatkan sukan yang perlu diberi perhatian
iaitu gimnastik asas dan akuatik asas. Akhir sekali, aktiviti rekreasi dan
kesenggangan.
Aspek 2 :
Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan
Melalui Aspek 2,
murid dapat mengaplikasi pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan strategi
pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam
melaksanakan aktiviti fizikal.
Aspek 3:
Kecergasan Meningkatkan Kesihatan
Murid berkeupayaan
meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan dan prestasi
fizikal melalui konsep kecergasan dan komponen kecergasan berasaskan kesihatan
iaitu kapasiti aerobic,kelenturan, kekuatan dan daya tahan otot, dan komposisi
badan.
Aspek 4:
Aplikasi Pengetahuan Dalam Meningkatkan Kecergasan
Mengaplikasikan
pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan untuk
kesihatan dan prestasi fizikal.
Aspek 5:
Kesukanan
Melalui Aspek 5,
murid berkeupayaan mengukuhkan amalan Pendidikan Jasmani menerusi elemen
keselamatan, konsep sosiologi dan psikologi, prinsip dan strategi dalam
melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan yang melibatkan :
1. keselamatan
dan pengurusan,
2. tanggungjawab
kendiri,
3. interaksi
sosial, dan
4. kumpulan
dinamik.
KAEDAH
ANALISIS
BANDING-BEZA.
Kami
telah memilih untuk menggunakan kaedah banding-beza untuk membuat analisis
perkaitan teori yang digunakan dengan kaedah pengajaran yang digunakan dalam
KBSR dan KSSR. Anatara ciri-ciri banding beza ialah :
CIRI-CIRI
BANDING BEZA
· - Mempunyai persamaan dan perbezaan dalam
setiap perkara yang dinilai.
· -Subjek yang digunakan hendaklah sesuai dan
mempunyai subjek yang lain untuk dibandingbezakan seperti KSSR dibandingbeza
dengan KBSR tentang kelebihan dan keburukan masing-masing.
-Topik yang ingin dibandingbezakan hendaklah
jelas dan terbukti faktanya contohnya mengenai aplikasi persekitaran membantu
pembelajaran di dalam KBSR dan juga KSSR.
· -Penyusunan perbincangan banding beza mestilah
teratur mengikut aturan yang betul.
-Keutamaan diberikan kepada aspek yang
penting iaitu dari ciri yang penting kepada ciri yang kurang penting.
· - Aspek yang dinilai perlulah disertakan
bersama contoh supaya dapat memberikan penjelasan yang lebih terperinci tentang
setiap aspek bagi memudahkan membanding beza antara dua perkara.
· - Mempunyai rumusan yang lengkap.
KAEDAH PENGAJARAN KBSR DAN
KSSR
KURIKULUM
BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR)
Kaedah yang boleh digunakan oleh
guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani ialah
kaedah langsung. Kaedah ini mementingkan
guru. Seseorang guru membuat semua atau kebanyakan daripada keputusan tentang
apa, bagaimana dan bila sesuatu aktiviti itu bermula berdasarkan kehendak
objektif. Kaedah ini berdasarkan arahan dan tugasan yang diberikan oleh guru.
Kaedah ini berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah Laku (Behavioristic) yang
menerangkan bahawa pembelajaran itu berlaku dari luar ke dalam melalui
pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul (Gallahue, 1993). Guru
dianggap mengetahui bagaimana kemahiran pergerakan dilakukan dengan cara yang
betul.
Contohnya, dalam satu kelas
pengajaran dan pembelajaran (p&p) pendidikan jasmani dilakukan. Guru
mengajar tunjang kemahiran iaitu kemahiran lokomotor yang bertajuk pergerakan
asas. Guru akan mengajar murid-murid untuk melakukan satu rangkaian aktiviti
lokomotor yang mempunyai sekurang-kurangnya 3 hingga 4 aktiviti pergerakan
secara individu sehingga mahir secara individu dan berkumpulan. Untuk itu,
murid-murid akan membuat latihan untuk menguasai kemahiran tersebut sehingga
mereka mahir. Setelah mereka menguasai kemahiran tersebut, guru akan meminta murid-murid untuk mereka serta menunjuk cara rangkaian
pergerakan dalam aktivit pergerakan lokomotor.Guru juga akan menerangkan secara
lisan sebab tangan perlu dihayunkan dan sebagainya. Selain itu, murid juga akan
diminta untuk melakar dan melabelkan anggota badan yang terlibat semasa
melakukan aktivit pergerakan lokomotor.
Kelebihan kaedah ini adalah kaedah
ini sangat berkesan, berfokus kepada yang ingin dipelajari, tidak banyak peluang untuk salah faham dan salah interpretasi, dan persekitaran
pembelajaran yang berstruktur.
Namun begitu, kelemahan
kaedah ini adalah ia tidak ambil kira perbezaan individu (kesesuaian
perkembangan), anggap pelajar mencapai tahap pembelajaran dan kemajuan yang
sama (kesesuaian umur kumpulan). Kaedah ini juga
lebih mementingkan
matlamat atau hasil pengalaman pembelajaran daripada proses pembelajaran itu.
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
Kaedah yang boleh
digunakan oleh guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran pendidikan
jasmani ialah kaedah tidak langsung. Kaedah ini berpusatkan pelajar. Ia berasaskan
falsafah bahawa pembelajaran adalah lebih daripada mengulang dan meniru
perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan,
penyelesaian masalah dan penemuan diri. Ia berdasarkan Teori Pembelajaran
Kognitif yang mengangapkan pembelajaran sebagai satu proses yang berlaku dari
dalam ke luar dan proses pembelajaran itu adalag sama penting dangan hasil
pembelajaran berkenaan.
Dalam KSSR, kemahiran lokomotor seperti berjalan, berlari,
melompat, lokotor berirama dan
sebagainya diajar secara berasingan dalam setiap unit tajuk. Murid-murid
akan mempelajari setiap pergerakan dengan lebih jelas dan terperinci dan
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalamannya dalam melakukan setiap aktiviti
yang dijalankan oleh gurunya. Contohnya dalam satu p&p kemahiran berlari
yang berfokuskan kepada kebolehan murid-murid untuk melakukan kemahiran berlari
dengan betul. Guru akan memberikan suatu aktiviti kepada mereka,contohnya
berlari bebas, berlari dengan pelbagai cara dan
berlari pelbagai arah. Murid-murid akan cuba meneroka setiap aktiviti
yang mereka lakukan dengan idea dan
kreativiti mereka sendiri. Ini dapat mengalakkan murid-murid berfikir
secara kritis jalan menyelesaikan masalah dalam suasana yang menyeronokkan
semasa melakukan kemahiran yang baru mereka pelajari. Secara tidak langsung,
murid-murid akan dapat mengenal pasti arah pergerakan kiri, kanan, hadapan,
belakang, atas dan bawah. Pada akhir sesi p&p, guru akan membuat semakan
terhadap penguasaan kemahiran
murid-murid secara terperinci untuk kegunaan semakan pada masa hadapan.
Kelebihan kaedah tidak langsung
ini ialah membolehkan pelajar menetapkan matlamat dengan cara mencapainya, memberi
kebebasan kepada pelajar dan memberi peluang kepada mereka untuk
bertanggungjawab, mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar dan memberi
peluang kepada pelajar merasai kejayaan pada tahap kebolehan sendiri.
Kelemahan kaedah ini pula ialah memakan masa yang panjang
kerana lebih masa untuk cuba-jaya dan bersoal-jawab dan memerlukan guru-guru
untuk berlatih dan bersabar. Guru yang tidak biasa dengan gaya ini sentiasa
menghadapi masalah untuk menggunakannya secara berkesan.selain itu, sukar untuk mengawal kelas dan sukar untuk memastikan
kesinambungan dalam pelajaran.
PENGENALAN
TEORI EKOLOGI
Teori
ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917). Teori
perkembangan ekologikal adalah teori yang menekankan pengaruh persekitaran ke
atas perkembangan individu. Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989)
menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah sebagai hasil interaksi
antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Dalam konteks ini,
interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran kanak-kanak itu dipercayai
boleh mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Merujuk
kepada konsep di dalam teori ini, sama ada kita menyedarinya atau tidak
kanak-kanak yang merupakan individu yang berada dalam ruang lingkup mikro
(berpusat di tengah) boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
Dalam
teori ini menyatakan bahawa proses perkembangan dan pertumbuhan yang terangkum
dalam sistem persekitaran itu mementingkan interaksi antara satu sama lain.
Menurut Bronfenbrenner terdapat 5 sistem yang mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak.
SISTEM
PERSEKITARAN TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER
Menurut Bronfenbrenner, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem, iaitu :
a) Mikrosistem
Mikrosistem
melibatkan persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi
secara dan menghabiskan paling banyak masa. Contohnya interaksi kanak-kanak di
dalam keluarga iaitu dengan ibu bapa dan adik beradik. Interaksi antara rakan, jiran
serta guru terlibat dalam proses perkembangan kanak-kanak.
Keluarga
terutamanya ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan
seseorang kanak-kanak itu dan sebagai individu terdekat atau berhampiran dengan
kehidupan seorang kanak-kanak, mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah
laku kanak-kanak. Sebagai contoh, kajian di dalam dan di luar negara
menunjukkan bahawa faktor persekitaran seperti penglibatan ibu bapa secara
aktif mempunyai kesan langsung ke atas semua aspek perkembangan kanak-kanak
(Mac Naughtori, 2005).
Seorang ahli antropologi, George Peter Murdock menakrifkan bahawa keluarga adalah satu kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat (Goode, hal. 326). Faktor kepincangan keluarga dan taraf sosio-ekonomi sesebuah keluarga akan mencorak kehidupan seorang kanak-kanak. Kegagalan ibu bapa sendiri untuk membetulkan kepincangan anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak ini tidak lagi menghormati mereka.
Dalam
kajian yang Iain pula, Ting (2005) mendapati tahap penglibatan ibu bapa luar
bandar berada pada tahap yang rendah. Tidak hairan jika sebelum ini Berger
(1995) melalui kajiannya menyatakan wujudnya kepelbagaian model peranan ibu
bapa untuk membantu proses pembelajaran kanak-kanak di sekolah.
b) Mesosistem
Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain. Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Sebagai contoh, keadaan di rumah dapat mempengaruhi tingkah laku dan personaliti seseorang individu ketika berada di sekolah. Individu yang mempunyai masalah di rumah akan membawa masalah tersebut ke sekolah. Hal ini akan menyebabkan emosi mereka terganggu dan implikasinya ialah masalah tersebut akan menjejaskan pelajaran mereka.
c)
Eksosistem
Eksosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Maksudnya di sini, pengalaman individu tersebut akan turut mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh, persekitaran sekolah –pasar raya. Keadaan pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan di tempat-tempat membeli belah secara tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.
d)
Makrosistem
Makrosistem pula melibatkan perkembangan individu yang dipangaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina amat dititikberatkan (Santrock, 2008). Di sesetengah negara pula, kaum lelaki diberi peranan dan tanggungjawab yang lebih dominan di mana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting berbanding kaum perempuan. Hal ini kerana perempuan dianggap sebagai kaum yang lemah dan tidak layak mendapat pendidikan yang setaraf dengan kaum lelaki. Bagi ibu bapa yang masih lagi berada dalam pemikiran konservatif, mereka mengganggap pendidikan tidak penting kepada anak perempuan kerana tugas wanita hanyalah di dapur sahaja.
e) Kronosistem
Kronosistem merupakan perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya, kanak-kanak pada dewasa ini lebih berfokus kepada permainan berteknologi selaras dengan arus perubahan serta pembangunan sesebuah negara seperti permainan internet, memuat turun maklumat melalui internet dan sebagainya.
TEORI
EKOLOGI DALAM KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR)
Teori
Ekologi didefinisikan dengan manusia merupakan satu paradigma untuk menjelaskan
pergerakan manusia di mana individu itu berinteraksi dengan persekitaran. Dari
segi huraiannya, mereka juga melibatkan pendekatan sistem dinamik di mana
individu berkenaan, melalui pergerakan, berinteraksi dengan persekitaran.
Setiap
interaksi individu terbabit berkait dengan persekitarannya. Ia hasil daripada
gabungan pendekatan sistem dinamik dan persepsi individu dan menjadikannya
berpusatkan pelajar. Individu tersebut mencari persekitarannya secara proaktif
lalu membentuk konsep – konsep untuk meningkatkan pembelajaran kemahiran motor.
Selain itu ia juga membantu dalam mengenalpasti apa yang menghalang
pembelajaran kemahiran motor.
Dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dalam pendidikan jasmani, murid
perlu diberi peluang mempelajari pengetahuan,kemahiran dan nilai berkaitan
matapelajaran dengan melakukan aktiviti, eksperimen dan amalan rutin.
Penyertaan aktif setiap murid dalam kelas Pendidikan Jasmani adalah diwajibkan.
Murid perlu diberi peluang untuk meluahkan emosi, memperkembangkan proses
mental, membentuk perhubungan yang sihat dan melakukan kegiatan fizikal dalam
suasana yang membina dan selamat. pendekatan yang digunakan adalah menjadikan
guru sebagai “Role Model” atau sebagai contoh kepada setiap murid. Dalam setiap
perlakuan guru, murid – murid akan mengikuti segala perlakuan yang diajar oleh
guru.
Selain itu, murid dapat menguasai kemahiran berfikir
secara kritis, kreatif dan inovatif. Mata pelajaran ini memberi peluang kepada
murid mengambil bahagian secara aktif, memperoleh pengetahuan dan kemahiran
praktikal. Kemahiran berfikir yang terdapat dalam mata pelajaran ini termasuk
membuat kategori, menerangkan sebab, mengusul periksa andaian, membuat ramalan,
mencipta metafora dan mencipta definisi. Mata pelajaran ini juga mendidik murid
membuat keputusan yang bijak dan menyelesaikan masalah.
Berdasarkan teori ekologi yang dipelajari, persekitaran
yang dimaksudkan ialah dengan apa dan siapa murid belajar dan bagaimana hasil
itu dapat dicapai. Contohnya ialah guru. Guru merupakan salah satu persekitaran
dalam pembelajaran ini. Sebagai contoh, dalam mengajar teknik larian pecut,
guru akan menunjukkan demontrasi kepada murid – murid bagaimana teknik larian
ini diaplikasikan dengan pergerakan kaki dan juga tangan. Kemudian murid –
murid akan mencontohi apa yang telah diajar oleh guru tersebut dan cuba
mengaplikasikan dan mengadaptasikannya dalam situasi yang sebenar. Pengajaran
ini memerlukan kebolehan murid dalam berfikir dan kecekapan murid dalam mengingati
setiap pembelajaran yang diajar oleh guru.
Dalam
kurikulum ini guru adalah sebagai pelopor atau pengajar utama yang akan
mengajar dan menjadi model untuk
menunjukkan cara yang betul.Ini
juga berkait rapat dengan pengukuhan tindak balas yang diberikan oleh
guru terhadap murid dalam melakukan sesuatu pergerakan. Tindakan yang
dikukuhkan menjadi kuat. Contohnya, semasa melakukan aktiviti kemahiran lokomotor iaitu berlari. Guru akan
memberi komen terhadap cara larian yang betul, murid yang akan cuba membaiki
cara pergerakan dan lariannya sesuai dengan kehendak gurunya agar objektif
pembelajaran tercapai. Guru memainkan peranan penting dalam pembelajaran motor
kerana setiap kemahiran yang akan dipelajari oleh murid bergantung kepada
bagaimana guru tersebut melaksanakan sesuatu aktiviti agar berjaya mencapai
matlamat kemahiran yang dikehendaki dengan berkesan. Murid pula akan
interpertasi arahan guru dan berinteraksi dengan mendengar arahan guru dengan betul agar apa yang
dipelajari dapat diterima dan difahami dengan jelas.
Antara lain ialah buku teks. Buku teks juga merupakan
salah satu persekitaran lain bagi menggantikan guru. Tanpa pengajaran dari
guru, sedikit susah bagi murid untuk meniru gaya dan teknik yang diajar oleh
guru. Secara praktikalnya, murid dikehendaki mengolah atau mempraktikknya
sendiri dan hasilnya akan dilihat oleh guru samada hasil pembelajaran yang
ditunjukkan oleh murid betul atau tidak. Seterusnya setiap contoh yang
dilakukan diterangkan oleh guru supaya murid dapat memahami sebab dan akibat
daripada setiap pengajaran yang dilakukan. Dengan itu, murid dapat membezakan
dan cuba menggunakan apa yang terbaik dalam pengajaran tersebut agar mendapat
hasil yang diinginkan.
Interaksi individu dengan kawan berlaku
semasa melakukan aktiviti secara berkumpulan.
Pelajar akan bekerjasama, berbicang dan saling bertukar pendapat
mengenai kefahaman mereka dalam melakukan sesuatu pergerakan yang dikehendaki
mengikut arahan aktiviti yang diberikan oleh guru. Ini secara tidak langsung,
dapat meningkatkan pembelajaran kemahiran motor
individu dengan lebih cekap dan berkualiti hasil daripada perbincangan
sesama mereka. Contohnya, pelajar yang lemah dalam melakukan kemahiran melompat
misalnya akan meminta pendapat dan tunjuk ajar daripada pelajar yang mahir
sebagai model untuk meningkatkan kefahaman dan menunjukkan perlakuan pergerakan
yang betul. Melalui interaksi sebegini, kedua-dua pelajar dapat manfaat secara
tidak langsung. Pelajar yang lemah akan berjaya membaiki dan meningkatkan
kemahirannya melakukan kemahiran melompat, manakala pelajar yang mahir akan
dapat meningkatkan keyakinan dan
prestasinya dalam melakukan kemahiran melompat.
Cara
interaksi individu terhadap aktiviti juga dapat menerangkan persepsi
individu terhadap situasi persekitaran. Pembelajaran motor adalah hasil
daripada usaha individu untuk menganalisis situasi, melihat serta memahami
pertalian dan menyelesaikan masalah. Aktiviti yang dilakukan hendaklah
menyeronokkan dan dapat merangsang pemikiran mereka di samping dapat menarik
perhatian mereka. Contohnya, dalam satu kelas pendidikan jasmani. guru
yang mengajar kemahiran lokomotor iaitu
kemahiran berjalan misalnya akan melakukan satu aktiviti berjalan secara
individu atau berkumpulan dengan meminta mereka berjalan meniru gaya binatang,
seperti arnab dan ulat. Interaksi dengan aktiviti ini secara tidak langsung
dapat meningkatkan pembelajaran motor
murid dan pengetahuan serta kepekaaan mereka terhadap alam sekeliling mereka
dengan mengalakkan mereka menguasai sesuatu pergerakan hasil daripada aktiviti
yang telah mereka lakukan.
TEORI
EKOLOGI DALAM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
Manusia merupakan satu paradigm untuk
menjelaskan pergerakan manusia di mana individu itu berinteraksi dengan
persekitaran.
Penyokong-penyokong
teori ini adalah Turvey dan Carello (Kluka, 1999). Teori ini turut digabungkan
dengan hasil dapatan Gibson dan Bernstein (Kluka, 1999). Mereka turut
melibatkan pendekatan system dinamik di mana satu proses di mana individu
berkenaan, melalui pergerakan, berinteraksi dengan persekitaran.
Mengikut
Teori Ekologi tersebut. Pergerakan yang dihasilkan oleh para pelajar adalah
hasil interaksi pelajar kepada pelbagai aspek. Maka, terhasil satu pergerakan
ataupun maklumat yang diingini. KSSR pula digubal khusus untuk memenuhi
keperluan kaedah penerokaan dan penemuan
oleh para pelajar.
Daripada
KSSR, aktiviti yang direka dan dicadangkan untuk dilakukan kepada pelajar
adalah khusus untuk menjana minda dan pemikiran pelajar secara menyeluruh. Contoh aktiviti yang direka untuk tajuk
Kesedaran Ruang di dalam Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 1 ialah pelajar harus
menggunakan imaginasi untuk membentuk diri menjadi sesuatu.
Contoh salah satu
arahan iaitu meluruskan badan seperti gajah. Setelah guru member arahan tersebut,
para pelajar harus terokai apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan lurus seperti
gajah. Bentuk badan yang dihasilkan adalah penemuan hasil daripada penerokaan
yang dibuat oleh para pelajar. Disebabkan itulah kaedah yang digunakan untuk
proses pembelajaran sangat penting bagi menjana pemikiran pelajar. Seiring
dengan kemajuan teknologi yang terhasil pada masa kini, minda dan pemikiran
pelajar telah terisi dengan maklumat yang dipengaruhi oleh persekitaran. Di
sekolah, aktiviti yang di jalankan bukan hanya bertujuan untuk memperkenalkan
sesuatu konsep tetapi juga mengayakan pemikiran mereka.
Persekitaran
merangkumi segala yang terdapat di dalam kawasan semasa proses pembelajaran
berlaku.Guru juga turut menjadi persekitaran murid di dalam menempuhi proses
pembelajaran. Di dalam KSSR, guru hanyalah seorang pembimbing di dalam
sesuatu proses pembelajaran. Sebarang
kemusykilan, pelajar boleh bertanya kepada guru. Namun, seorang pelajar hanya
menggunakan minda dan pemikiran mereka. Guru yang merupakan satu bahagian
daripada persekitaran pelajar semasa mengharungi proses pembelajaran. Jadi,
interaksi pelajar dengan guru sama seperti murid telah berinteraksi dengan
persekitaran. Jadi, ia menepati prinsip ekologi di mana proses pembelajaran
berlaku kerana hadirnya proses interaksi pelajar dengan persekitaran.
Aspek
persekitaran yang merangkumi individu itu sendiri. Para pelajar itu sendiri
yang merupakan orang yang menjadi salah satu daripada persekitaran tersebut.
Individu harus cuba untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya untuk
melahirkan suatu proses pembelajaran yang diingini oleh setiap individu.
Individu itulah yang akan menggunakan minda dan pemikiran mereka untuk
menjalankan proses pembelajaran melalui kaedah penerokaan dan penemuan.
Kesedaran kendiri turut memainkan peranan yang sangat penting di dalam proses
menyesuaikan diri dengan persekitaran. Boleh dikatakan bahawa proses
pembelajaran yang berlaku adalah salah satu daripada proses individu
berinteraksi dengan persekitaran dengan cara menyesuaikan diri mereka dengan
persekitaran mereka. Kesedaran kendiri juga sangat penting dalam di dalam satu
proses penyesuaian kepada persekitaran. Contohnya, seorang pelajar harus tahu
peringkat kemampuan diri sendiri. Malalui proses pembelajaran dan juga kaedah
penerokaan dan penemuan mereka mampu untuk memastikan tahap atau peringkat
kemampuan diri mereka. Contoh di yang dapat dilihat di dalam aktiviti Membentuk
badan ialah mereka tahu mereka tidak mampu untuk membentuk huruf-huruf seperti
M secara individu.
Menurut teori ekologi
persepsi dan pergerakkkan manusia merupakan satu paradigm untuk menjelaskan
pergerakkan manusia di mana individu itu berinteraksi dengan persekitaran.
Teori-teori ini turut di sokong oleh Turvey dan carello (Kluka 1999). Di dalam
perlaksanaan kurikulum standard sekolah rendah ini telah di beri beberapa
elemen yang memberi nafas baru kepada kurikulum pendidikan Malaysia dimana
beberapa elemen baru ditambah seperti penggunaan kemahiran asas
teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) selain itu elemen kreativiti
dan inovasi, keusahawanan serta teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) secara
explicit juga diterapkan dengan lebih memberi fokus kepada 4M iaitu Membaca,
menulis, mengira dan satu elemen baru iaitu menaakul. Menurut teori ini lagi setiap interaksi individu
terbabit berkait dengan persekitarannya. Ia hasil daripada gabungan pendekatan
sistem dinamik dan persepsi individu dan menjadikannya berpusatkan pelajar.
Individu tersebut mencari persekitarannya secara proaktif lalu membentuk konsep
– konsep untuk meningkatkan pembelajaran kemahiran motor.
Selain itu ia juga membantu
dalam mengenalpasti apa yang menghalang pembelajaran kemahiran motor. Contohnya
di dalam sukatan kssr tahun 1 dibawah
aspek kemahiran pergerakkan, pergerakkan berirama mengkehendaki murid-murid
untuk melakukan pelbagai kemahiran pergerakkan mengikut irama. Oleh demikian
alat yang digunakan iaitu radio dan bahan audio visual lain merupakan
persekitaran bagi murid-murid tersebut.
Menerusi aktiviti seperti meniru
pergerakan pelbagai watak mengikut irama dan muzik dapat membantu meningkatkan
kemahiran pembelajarn motor kanak-kanak tersebut, ini bertepatan dengan apa
yang telah di kemukakan oleh Turvey dan Carello (Kluka 1999) mereka melibatkan
pendekatan system dinamik dimana individu berkenaan melalui pergerakkan,
interaksi dengan persekitaran.
Disamping
itu juga, penggunaan kemahiran asas teknologi
komunikasi dan maklumat (ICT) merupakan satu persekitaran yang dapat member
impak yang positif terhadap peningkatan pembelajaran motor. Perlaksanaan penggunaan
kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dilakukan secara
berperingkat-peringkat. menerusi penggunaan ICT ini murid murid lebih mudah
untuk memahami asas-asas pergerakkan seperti melihat video-video pergerakkan
yang telah disediakan.tambahan pula, penggunaan audio visual yang menarik
seperti bunyi yang jelas serta gambar-gambar yang menarik dapat menarik minat
kanak-kanak. Selain itu, murid-murid juga akan termotivasi secara tidak
langsung. Seterusnya dapat menarik minat kanak-kanak untuk hadir kekelas
sekaligus dapat melenyapkan masalah kehadiran murid. Selain daripada penggunaan
ICT, faktor interaksi persekitaran yang lain seperti guru dan rakan-rakan
sekelasnya juga memainkan peranan dalam meningkatkan kemahiran pembelajaran
motor kanak-kanak.
Jika dilihat didalam KBSR guru
lebih banyak untuk memberikan contoh kemudian murid-murid melakukan latih tubi
seperti yang dilakukan oleh guru, tetapi sedikit kerlainan kaedahnya didalam
KSSR dimana kemahiran menaakul diterapkan. Kemahiran menaakul ialah satu
kemahiran untuk menggalakkan murid-murid menajana idea secara kreatif dan
kritis. Strategi
ini membantu murid-murid menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif dengan
menggunakan idea-idea yang asli dan unik untuk menyelesaikan masalah tersebut. contohnya, guru meminta seorang murid untuk melakukan aktiviti menendang
bola dengan cara yang betul. Manakala murid murid yang lain memerhatikan
pergerakkan rakan mereka. Kemudian murid murid yang lain diminta untuk memberi
ulasan terhadap pergerakkan yang telah dilakukan oleh rakan kanak-kanak
tersebut. Dari situ murid-murid akan melakukan perbincangan untuk memberikan
komen, ulasan dan sebagainya.
KESIMPULAN
Selaras
dengan peredaran zaman dan seiring dengan kemudahan yang berkembang dengan
pesat, penggubalan kurikulum bertujuan untuk menambah-baik pengisian sistem
pendidikan Negara. Penggubalan dan
penambahbaikan kurikulum dilakukan dari semasa ke semasa untuk seiring dengan
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pada zaman ini.
Walaupun
begitu, setiap yang dihasilkan oleh manusia biasa mempunyai kelemahan yang
perlu diperbaiki dari semasa ke semasa. Zaman akan terus berubah , kanak- kanak
akan terus perkembang dan perkembang seiring dengan peredaran dan perubahan
zaman dan semakin mencabar dari semasa ke semasa. Kurikulum yang dicipta
haruslah dapat diadaptasi dengan berkesan dan aplikasinya memberi kesan yang
maksima untuk perkembangan menyeluruh individu dan mampu melahirkan modal insan
kelas pertama.
Usaha
murni kerajaan untuk memperkayakan sistem pendidikan setiap masa sangat penting
dalam membantu generasi yang akan memerintah pada masa hadapan. Harapan pada
masa kini dan untuk masa hadapan agar usaha murni yang sedang dijalankan ini
tidak sia-sia dan mampu membangunkan generasi baru dan melahirkan modal insan
yang berkualiti.
RUJUKAN
BUKU
Abu Zarin Abu Bakar,
(2011), Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor,
Ahmad SubkiMiskon& Syed Ismail Syed
Mustapa. (2011). Murid Dan Alam
Belajar.Freemind Horizons Sdn
Bhd.
Hajah Noresah bt.Baharom.(2005),
Kamus
Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
INTERNET
(2011),
Kurikulum Standard SekolahRendahhttp://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=187&Itemid=83,
tarikhdiaksespada 15 September 2011
(1999)
SukatanPelajaran KBSR PendidikanJasmani,
http://akses.skseriampang.net/SP/09_Pendidikan_Jasmani_Kesihatan/sp_pj_kbsr_kbsm.pdf,tarikhdiaksespada
20 September 2011
(2010)
TeoriPembelajaran
Motorhttp://ipdaburn.blogspot.com/2010/09/pjm3105-pembelajaran-motor.htmlTarikhdiakses
25 September 2011
(2009)
KaedahPedagogiBestarihttp://mabjip.blogspot.com/2009/10/pedagogi-bestari.htmltarikhsiakses
29 September 2011
(2011) Perbezaan KBSR dan KSSR
http://panitiapjksktdh2.blogspot.com/2011/01/perbezaan-antara-kbsr-dan- kssr.htmltarikhdiaksespada
24 September 2011
(2011) HuraianSukatanPelajaranPendidikanJasmani KBSR
Jasmani-Kbsr
Huraian Sukatan Pelajaran
KSSR Tahun 1. http://skseribesout.com/v2/2011/01/huraian-sukatan-pelajaran-kssr-tahun-1-2011/
(diambil pada 21/8/2011)
Pendidikan Jasmani KSSR .http://ibu-uwais-ameenah.blogspot.com/2011/02/kssr-pendidikan-jasmani-kesihatan.html
(diambil pada 21/8/2011)
Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan. http://www.google.com.my/url?sa=t&source=web&cd=4&ved=0CDIQFjAD&url=http%3A%2F%2Fakses.skseriampang.net%2FHSP%2F09_Pendidikan_Jasmani_Kesihatan%2FPJ_THN_1-SK.pdf&rct=j&q=kssr%20pendidikan%20jasmani%20TAHAP%202&ei=cqp2TtWnA4yvrAeZvuG_Aw&usg=AFQjCNGTCPXQKsJVJFfMhvPBPfYhqkJZVg&cad=rja
(diambil pada 28/8/2011)
Pendidikan Jasmani KSSR . http://finie-licious.blogspot.com/2011/03/kssr-pendidikan-jasmani.html
(diambil pada 28/8/2011)
Perbezaan antara KBSR dan KSSR. http://panitiapjksktdh2.blogspot.com/2011/01/perbezaan-antara-kbsr-dan-kssr.html
(diambil pada 2/9/2011)
Sukatan
Pelajaran KBSR..http://pismppjkjan2007.tripod.com/sukatan-pelajaran.html
http://www.scribd.com/doc/62418958/Perbezaan-Kbsr-Dan-Kssr
(diambil pada 30/8/2011)
Sukatan KSSR Pendidikan
Jasmani Tahun . http://www.scribd.com/doc/48848177/Sukatan-KSSR-Pendidikan-Jasmani-Tahun-1 (diambil pada 21/8/2011)
salam tuan..kssm ade x??
ReplyDelete