Wednesday, 1 May 2013

Kurikulum KBSR DAN KSSR dalam pengajaran Pendidikan Jasmani


KURIKULUM


Definisi kurikulum serta matlamat dan objektif kurikulum berdasarkan penulisan Ishak Ramly (2003), kurikulum merangkumi semua pengalaman yang didapati di dalam dan luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan bilik darjah. Beliau turut mengelaskan kurikulum kepada tiga bahagian iaitu kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah, kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di dalam kelas. kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan pengalaman individu ataupun berkumpulan.

Kurikulum berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak disampaikan mengikut peringkat yang tertentu. Kurikulum di sekolah perlu sentiasa relevan keperluan dan kehendak semasa. Pusat Perkembangan Kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa mengikut aliran tinggi. Kurikulum perlu diubahsuai mengikut keperluan supaya murid-murid sentiasa bergerak seiring dengan trend pengetahuan semasa.




 Kurikulum dan hubungkaitnya dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani.

A Curriculum is a written document which may contain many ingredients, but basically it is a plan for the education of pupils during their enrolment in given school -
George A.Beauchamp (1986)

Berdasarkan kepada George A. Beauchamp, beliau mendefinisikan kurikulum sebagai dokumen bertulis di mana di dalamnya terkandung pelbagai bahan tetapi asasnya ia adalah satu rancangan untuk pendidikan murid-murid semasa mereka berada di sekolah.
Kurikulum yang di gubal mempunyai kepentingan tertentu yang berkait rapat dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Kurikulum yang dibentuk dapat membantu melahirkan insan yang seimbang dari keupayaan psikomotor, afektif dan kognitif. Aspek pembangunan insane merupakan keperluan Negara dalam proses pembentukan modal insan berkualiti.

Pendidikan di Malaysia telah melalui fasa perubahan kurikulum seiring dengan zaman bagi memastikan kurikulum yang sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan. Antara kurikulum tersebut adalah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan yang terbaru Kurikulum Standad Sekolah Rendah.

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH ( KBSR )


MATLAMAT PENDIDIKAN PERSEKOLAHAN
Matlamat Pendidikan Persekolahan adalah untuk memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dan meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi malahirkan insane yang seimbang harmonis dan berakhlak mulia.

Matlamat KBSR
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

Matlamat KBSR
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

Objektif KBSR
Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan untuk membolehkan murid:
i.   menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa       Kebangsaan
   dan bahasa rasmi negara;
ii.  menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa
    pengantar sekolah;
iii.menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam 
    menyelesaikan masalah harian;
iv.  menguasai kemahiran belajar;
v.    menguasai kemahiran berfikir;
vi.bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya 
     sebagai bahasa kedua;
vii.  memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;
viii. membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;
ix.   mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam 
      sekitar;
x.     menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;
xi.  memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi
     dalam lingkungan kebudayaan nasional;
xii. menjaga kesihatan dan kecergasan diri;
xiii.menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap 
      keusahawanan dan produktiviti;
xiv. menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu 
      dalam Al-Quran bagi murid Islam;
xv. menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia;
xvi. membina semangat patriotisme;
xvii.  mengembangkan bakat dan kreativiti; dan
xviii.mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang menjadikannya 
        asas bagi amalan hidup.

Prinsip KBSR

KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:-

i.              Pendekatan Bersepadu;
ii.            Perkembangan individu secara menyeluruh;
iii.           Pendidikan yang sama untuk semua murid; dan
iv.           Pendidikan seumur hidup.
v.            murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran melalui aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding dengan penglaman hidup mereka, justeru semua aktiviti pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mengikut peringkat
vi.           suasana kondusif sekolah adalah untuk meberi peluang dan galakkan interaksi sosial , bertukar pendapat dan kerjasama di kalangan murid
vii.          aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses menguasai kemahiran asas
viii.        aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel
ix.           penekanan kepada nilai (merentas kurikulum)
x.            penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira)
xi.           penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah.

Penekanan

Fokus Tahap I

i.         Penguasaan kemahiran asas berbahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis)
ii.      Penguasaan nombor dan operasi asas mengira
iii.     Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat Al-Quran;
iv.       Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.


Fokus Tahap II
i.              Pengukuhan kemahiran asas berbahasa;
ii.            Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah;
iii.           Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain
iv.           Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif
v.            Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-Quran;
vi.           Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai.

Struktur KBSR

Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:-

i.          Komunikasi;
ii.         Manusia dan Alam Kelilingnya; dan
iii.        Perkembangan Diri Individu.

Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi teras kepada struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:

i.          Kemahiran Asas;
ii.         Manusia dengan Persekitaran;
iii.        Kesenian dan Kesihatan;
iv.        Kerohanian, nilai dan sikap
v.         Kemahiran Hidup; dan
vi.        Kokurikulum

Teras KBSR

i.          Penggabungjalinan;
ii.         Penyerapan;
iii.        Penilaian;
iv.        Pengkayaan; dan
v.         Pemulihan.

 Penekanan Dalam KBSR

Dalam melaksanakan KBSR, penekanan diberi kepada:-

i.          Kemahiran asas;
ii.         Kemahiran berfikir;
iii.        Nilai Merentas Kurikulum;
iv.        Bahasa merentas kurikulum;
v.         Patriotisme merentas kurikulum;
vi.        Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid;
vii.       Penilaian berterusan;
viii.      Pemulihan dan pengayaan;
ix.        Prinsip mudah ubah; dan
x.         Sains dan teknologi merentas kurikulum

 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid, seseorang guru seharusnya;

i. Mewujudkan suasana persekitaran yang merangsang pembelajaran; 

Kemudahan fizikal kelas

•           Ruang pembelajaran yang selesa;
•           sudut pembelajaran dilengkapkan dengan bahan yang interaktif;
•           ruang pameran hasil kerja;
•           bahan rujukan untuk penggunaan murid;
•           bahan pembelajaran yang mencabar daya pemikiran.
Aspek emosi sosial
•           Penggunaan bahasa yang mesra;
•           keupayaan guru memahami muridnya, dan
•           penggunaan teknik yang pelbagai.


ii.         Mengamalkan prinsip-prinsip tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

·        - Melibatkan murid secara aktif;
·         -Menjalankan penilaian yang berterusan;
·         -Mewujudkan peluang murid menilai kerja mereka;
·         -Melatih murid meneroka pelbagai cara dalam menyelesaikan tugasan;
·         -Memberi peluang murid mendapatkan pengalaman yang berulang kali dalam situasi yang   
        berlainan; 
·         -Menyediakan suasana pembelajaran yang menggalakkan murid membuat keputusan secara  
       rasional;
·         -Memberikan penghargaan di atas usaha murid supaya dapat membantu dan membina sifat 
        berani, yakin dan daya juang;
·         -Melatih murid menguasai kemahiran belajar dalam kemahiran berfikir;
·         -Mengambil tindakan segera terhadap masalah pembelajaran murid.

iii.        Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna, berkesan dan menyeronokkan guru hendaklah menggunakan kaedah yang melibatkan murid secara aktif. 

Guru boleh mengelolakan secara kelas, kumpulan, berpasangan ataupun individu. Pembentukan kumpulan berdasarkan kepada kebolehan murid yang hampir-hampir sama ataupun kepada kebolehan yang pelbagai.

Pelbagai kaedah boleh dijalankan melalui aktiviti seperti berikut;

§  -Simulasi
§ - Lakonan
§  -Permainanan
§  -Tunjuk ajar
§  -Lawatan
§  -Bercerita
§  -Projek
§  -Sumbangsaran
§  -Main peranan
§   -Pidato

Penilaian

i.          Penilaian Kemajuan Berasas Sekolah (PKBS)
ii.         Penilaian Kendalian Sekolah Rendah
iii.        Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

KURIKULUM BERSEPADU PENDIDIKAN JASMANI SEKOLAH RENDAH

MATLAMAT:

Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

OBJEKTIF:

Murid boleh :
1.    Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor;
2.    menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri,
3.    melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian,
4.    mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal;
5.    membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan
6.    membuat keputusan bijak dalam kehidupan.

Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah disusun mengikut tiga tunjang utama iaitu :

1.    Kecergasan

Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan tanpa merasa lesu. Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.


2.    Kemahiran

Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot besar dan otot halus.Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi.

3.    Kesukanan

Konsep tunjang ini menitikberatkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan
amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan.

ORGANISASI KANDUNGAN KURIKULUM

Kandungan mata pelajaran ini menekankan kepada kecergasan sesuai dengan ciri dan keperluan murid. Pendekatan yang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran melalui aktiviti. Murid perlu diberi peluang mempelajari pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan mata pelajaran dengan melakukan aktiviti, eksperimen dan amalan rutin. Penyertaan aktif setiap murid dalam kelas Pendidikan Jasmani adalah diwajibkan. Murid perlu diberi peluang untuk meluahkan emosi, memperkembangkan proses mental, membentuk perhubungan yang sihat dan melakukan kegiatan fizikal dalam suasana yang membina dan selamat. Pengalaman Pendidikan Jasmani merangkumi tiga aspek penting, iaitu :

i.           Penglibatan murid secara aktif dan selamat.
ii.         Interaksi yang kreatif dengan bahan, alat dan rakan.
iii.       Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti bahawa pembelajaran telah berlaku.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini.

Transformasi Kurikulum

Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan
sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.


           KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI SEKOLAH RENDAH

·         Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
·         Berasaskan Prinsip KBSR:

-          Pendekatan bersepadu
-          Perkembangan individu secara menyeluruh
-          Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
-          Pendidikan seumur hidup

    
B            BENTUK KURIKULUM TRANSFORMASI

Komunikasi   - Penggabungjalinan kemahiran bahasa  secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi

Sains & Teknologi  -  Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Perkembangan Fizikal & Estetika  -  Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Kerohanian, Sikap & Nilai -  Penghayatan amalan agama,  kepercayaan, sikap dan nilai


Kemanusiaan  -  Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global
Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Keterampilan Diri  -  Pemupukan kepimpinan dan   sahsiah diri melalui aktiviti  kurikulum dan kokurikulum

KEMAHIRAN NILAI TAMBAH  / ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)

·        - Kreativiti dan inovasi
·         -Keusahawanan
·         -Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)


              KURIKULUM BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Transformasi  Sekolah Rendah digubal berasaskan     standard kandungan dan standard pembelajaran.
   

St                              Standard Kandungan                            


                        Standard Pembelajaran


Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.


Satu penetapan kriteria    atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh  diukur bagi setiap standard kandungan.


Contoh Standard Kandungan & Standard Pembelajaran
  

Stan                    Standard Kandungan


                         Standard Pembelajaran

Bahasa Malaysia
          Mendengar, memahami dan memberi  respon terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang  didengar dengan betul

Bahasa Malaysia
          Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan  bercapah.

Bahasa Inggeris
          Able to express personal response to literary texts

Bahasa Inggeris
            Able to respond to:
            a.  Book covers
            b.  Pictures in books
            c.  Characters
                 with guidance

Matematik
          Menama dan menentukan nilai nombor

Matematik
Menamakan nombor hingga 100:
a. Membilang objek dalam kumpulan.
b.  Menamakan nombor bagi kumpulan  objek sebagai mewakili kuantiti.


Mengapa Standard?
•                          Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan. 
•                          Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.
•                          Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment  for learning).
•                          Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.
•                          Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .

Bahan Kurikulum

1.         Dokumen Kurikulum

2.        Buku Teks

•        Standard Kandungan
•        Standard Pembelajaran

•           Berpendekatan Modular


    , 
Ped               Pedagogi
    
Kemahiran Berfikir
Belajar Cara Belajar
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Akses Kendiri
Pembelanjaran Secara Konteksual
Pembelajaran Secara Konstruktivisme
Pengajaran Berasaskan Masa Depan
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komuinikasi (TMK)


Pent         Pentaksiran

Pent         Pentaksiran P&P

v  Dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran
v  Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai                  
     Bersifat autentik dan holistik        

KURIKULUM STANDARD PENDIDIKAN JASMANI SEKOLAH RENDAH

Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani dibentuk berdasarkan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu murid kuasai dan capai. Standard kandungan ialah pernyataan yang jelas tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi kemahiran, pengetahuan dan nilai. Standard pembelajaran pula merupakan penetapan kriteria atau pengukur pencapaian setiap standard kandungan.

            Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani sendiri masih lagi mengandungi prinsip-prinsip yang terdapat di dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Pendidikan Jasmani dan turut menggunakan Standard Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Sukan Untuk Murid Sekolah oleh International Council for Health, Physical Education, Recreational-Sports And Dance (ICHPER-SD) sebagai panduan. Kandungan kurikulum baru ini masih mengekalkan tiga domain utama pendidikan iaitu psikomotor, kognitif dan afektif yang sangat penting dalam mendidik dan memimpin generasi akan datang.

Penggubalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani bertujuan utama untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum ini turut mampu menyediakan murid ke arah pembinaan modal insan yang sihat dan cergas.

Bukan hanya murid yang perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang dikehendaki dalam KSSR Pendidikan Jasmani, malahan guru yang mengajar Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani Tahun Satu perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas seperti yang terkandung di dalam kemahiran pergerakan dan kecergasan berdasarkan disiplin ilmu Pendidikan Jasmani. Antaranya melibatkan pembelajaran motor, perkembangan motor, biomekanik, suaian fizikal, fisiologi senam, psikologi sukan, sosiologi sukan, estetika dan nilai. Pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani seharusnya dilaksanakan dalam suasana yang menyeronokkan dan kondusif dengan menekankan aspek keselamatan.

MATLAMAT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani bertujuan membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup.

OBJEKTIF

Mengikut dokumen Sukatan KSSR Pendidikan Jasmani Tahun 1,murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani berkebolehan untuk;-

1.    Melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut konsep pergerakan.

2.    Mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor.

3.    Mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan.

4.    Mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan.

5.    Mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala.

6.    Mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.

7.    Melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang selamat.

8.    Mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal.

9.    Mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.

FOKUS MATAPELAJARAN

Terdapat tiga fokus Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani bagi murid Tahun Satu iaitu membina kemahiran asas pergerakan dan kemahiran motor, memperkenalkan konsep kecergasan berdasarkan kesihatan, dan memupuk elemen keselamatan, tanggungjawab kendiri, dan interaksi sosial semasa melakukan aktiviti fizikal.

ORGANISASI KANDUNGAN

Kurikulum KSSR Pendidikan Jasmani diorganisasikan secara modular. Di dalam kurikulum modular, kandungan dikumpulkan kepada bahagian-bahagian yang dinamakan sebagai modul. Modul merangkumi kandungan pembelajaran dalam bentuk unit kendiri-lengkap (self-contained) yang terdiri daripada pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai dan dicapai.

Kurikulum Pendidikan Jasmani Tahun Satu dibina berasaskan lima aspek iaitu :

Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan.

Murid menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal melalui konsep pergerakan, pergerkan asas yang melibatkan pergerakan lokomoto, bukan lokomotor,manupulasi alatan dan pergerakan berirama. Yang lainnya melibatkan sukan yang perlu diberi perhatian iaitu gimnastik asas dan akuatik asas. Akhir sekali, aktiviti rekreasi dan kesenggangan.

Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan

Melalui Aspek 2, murid dapat mengaplikasi pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti fizikal.

Aspek 3: Kecergasan Meningkatkan Kesihatan

Murid berkeupayaan meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal melalui konsep kecergasan dan komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu kapasiti aerobic,kelenturan, kekuatan dan daya tahan otot, dan komposisi badan.

Aspek 4: Aplikasi Pengetahuan Dalam Meningkatkan Kecergasan

Mengaplikasikan pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal.

Aspek 5: Kesukanan

Melalui Aspek 5, murid berkeupayaan mengukuhkan amalan Pendidikan Jasmani menerusi elemen keselamatan, konsep sosiologi dan psikologi, prinsip dan strategi dalam melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan yang melibatkan :

1.    keselamatan dan pengurusan,
2.    tanggungjawab kendiri,
3.    interaksi sosial, dan
4.    kumpulan dinamik.

KAEDAH ANALISIS


BANDING-BEZA.


Kami telah memilih untuk menggunakan kaedah banding-beza untuk membuat analisis perkaitan teori yang digunakan dengan kaedah pengajaran yang digunakan dalam KBSR dan KSSR. Anatara ciri-ciri banding beza ialah :


CIRI-CIRI BANDING BEZA

·        - Mempunyai persamaan dan perbezaan dalam setiap perkara yang dinilai.
·  -Subjek yang digunakan hendaklah sesuai dan mempunyai subjek yang lain untuk dibandingbezakan seperti KSSR dibandingbeza dengan KBSR tentang kelebihan dan keburukan masing-masing.
     -Topik yang ingin dibandingbezakan hendaklah jelas dan terbukti faktanya contohnya mengenai aplikasi persekitaran membantu pembelajaran di dalam KBSR dan juga KSSR.
·      -Penyusunan perbincangan banding beza mestilah teratur mengikut aturan yang betul.
    -Keutamaan diberikan kepada aspek yang penting iaitu dari ciri yang penting kepada ciri yang kurang penting.
·      - Aspek yang dinilai perlulah disertakan bersama contoh supaya dapat memberikan penjelasan yang lebih terperinci tentang setiap aspek bagi memudahkan membanding beza antara dua perkara.
·        - Mempunyai rumusan yang lengkap.



KAEDAH PENGAJARAN KBSR DAN KSSR


KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR)

Kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani ialah kaedah langsung. Kaedah  ini mementingkan guru. Seseorang guru membuat semua atau kebanyakan daripada keputusan tentang apa, bagaimana dan bila sesuatu aktiviti itu bermula berdasarkan kehendak objektif. Kaedah ini berdasarkan arahan dan tugasan yang diberikan oleh guru. Kaedah ini berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah Laku (Behavioristic) yang menerangkan bahawa pembelajaran itu berlaku dari luar ke dalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul (Gallahue, 1993). Guru dianggap mengetahui bagaimana kemahiran pergerakan dilakukan dengan cara yang betul. 

Contohnya, dalam satu kelas pengajaran dan pembelajaran (p&p) pendidikan jasmani dilakukan. Guru mengajar tunjang kemahiran iaitu kemahiran lokomotor yang bertajuk pergerakan asas. Guru akan mengajar murid-murid untuk melakukan satu rangkaian aktiviti lokomotor yang mempunyai sekurang-kurangnya 3 hingga 4 aktiviti pergerakan secara individu sehingga mahir secara individu dan berkumpulan. Untuk itu, murid-murid akan membuat latihan untuk menguasai kemahiran tersebut sehingga mereka mahir. Setelah mereka menguasai kemahiran tersebut, guru  akan meminta murid-murid  untuk mereka serta menunjuk cara rangkaian pergerakan dalam aktivit pergerakan lokomotor.Guru juga akan menerangkan secara lisan sebab tangan perlu dihayunkan dan sebagainya. Selain itu, murid juga akan diminta untuk melakar dan melabelkan anggota badan yang terlibat semasa melakukan aktivit pergerakan lokomotor.


Kelebihan kaedah ini adalah kaedah ini sangat berkesan, berfokus kepada yang ingin dipelajari, tidak banyak peluang untuk salah faham dan salah interpretasi, dan persekitaran pembelajaran yang berstruktur.

Namun begitu, kelemahan kaedah ini adalah ia tidak ambil kira perbezaan individu (kesesuaian perkembangan), anggap pelajar mencapai tahap pembelajaran dan kemajuan yang sama (kesesuaian umur kumpulan). Kaedah ini juga lebih mementingkan matlamat atau hasil pengalaman pembelajaran daripada proses pembelajaran itu.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

 Kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani ialah kaedah tidak langsung. Kaedah  ini berpusatkan pelajar. Ia berasaskan falsafah bahawa pembelajaran adalah lebih daripada mengulang dan meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri. Ia berdasarkan Teori Pembelajaran Kognitif yang mengangapkan pembelajaran sebagai satu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan proses pembelajaran itu adalag sama penting dangan hasil pembelajaran berkenaan. 

Dalam KSSR, kemahiran lokomotor seperti berjalan, berlari, melompat, lokotor berirama dan  sebagainya diajar secara berasingan dalam setiap unit tajuk. Murid-murid akan mempelajari setiap pergerakan dengan lebih jelas dan terperinci dan mengaplikasikan pengetahuan dan pengalamannya dalam melakukan setiap aktiviti yang dijalankan oleh gurunya. Contohnya dalam satu p&p kemahiran berlari yang berfokuskan kepada kebolehan murid-murid untuk melakukan kemahiran berlari dengan betul. Guru akan memberikan suatu aktiviti kepada mereka,contohnya berlari bebas, berlari dengan pelbagai cara dan  berlari pelbagai arah. Murid-murid akan cuba meneroka setiap aktiviti yang mereka lakukan dengan idea dan  kreativiti mereka sendiri. Ini dapat mengalakkan murid-murid berfikir secara kritis jalan menyelesaikan masalah dalam suasana yang menyeronokkan semasa melakukan kemahiran yang baru mereka pelajari. Secara tidak langsung, murid-murid akan dapat mengenal pasti arah pergerakan kiri, kanan, hadapan, belakang, atas dan bawah. Pada akhir sesi p&p, guru akan membuat semakan terhadap penguasaan  kemahiran murid-murid secara terperinci untuk kegunaan semakan pada masa hadapan.

Kelebihan kaedah tidak langsung  ini ialah membolehkan pelajar menetapkan matlamat dengan cara mencapainya, memberi kebebasan kepada pelajar dan memberi peluang kepada mereka untuk bertanggungjawab, mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar dan memberi peluang kepada pelajar merasai kejayaan pada tahap kebolehan sendiri.

Kelemahan kaedah ini pula ialah memakan masa yang panjang kerana lebih masa untuk cuba-jaya dan bersoal-jawab dan memerlukan guru-guru untuk berlatih dan bersabar. Guru yang tidak biasa dengan gaya ini sentiasa menghadapi masalah untuk menggunakannya secara berkesan.selain itu, sukar untuk mengawal kelas dan sukar untuk memastikan kesinambungan dalam pelajaran.



PENGENALAN TEORI EKOLOGI

Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917). Teori perkembangan ekologikal adalah teori yang menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan individu. Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Dalam konteks ini, interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran kanak-kanak itu dipercayai boleh mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Merujuk kepada konsep di dalam teori ini, sama ada kita menyedarinya atau tidak kanak-kanak yang merupakan individu yang berada dalam ruang lingkup mikro (berpusat di tengah) boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

Dalam teori ini menyatakan bahawa proses perkembangan dan pertumbuhan yang terangkum dalam sistem persekitaran itu mementingkan interaksi antara satu sama lain. Menurut Bronfenbrenner terdapat 5 sistem yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

SISTEM PERSEKITARAN TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

Menurut Bronfenbrenner, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem, iaitu :

a) Mikrosistem
Mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara dan menghabiskan paling banyak masa. Contohnya interaksi kanak-kanak di dalam keluarga iaitu dengan ibu bapa dan adik beradik. Interaksi antara rakan, jiran serta guru terlibat dalam proses perkembangan kanak-kanak.

Keluarga terutamanya ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak itu dan sebagai individu terdekat atau berhampiran dengan kehidupan seorang kanak-kanak, mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak. Sebagai contoh, kajian di dalam dan di luar negara menunjukkan bahawa faktor persekitaran seperti penglibatan ibu bapa secara aktif mempunyai kesan langsung ke atas semua aspek perkembangan kanak-kanak (Mac Naughtori, 2005).

Seorang ahli antropologi, George Peter Murdock menakrifkan bahawa keluarga adalah satu kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat (Goode, hal. 326). Faktor kepincangan keluarga dan taraf sosio-ekonomi sesebuah keluarga akan mencorak kehidupan seorang kanak-kanak. Kegagalan ibu bapa sendiri untuk membetulkan kepincangan anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak ini tidak lagi menghormati mereka.

Dalam kajian yang Iain pula, Ting (2005) mendapati tahap penglibatan ibu bapa luar bandar berada pada tahap yang rendah. Tidak hairan jika sebelum ini Berger (1995) melalui kajiannya menyatakan wujudnya kepelbagaian model peranan ibu bapa untuk membantu proses pembelajaran kanak-kanak di sekolah.

b) Mesosistem

Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain. Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Sebagai contoh, keadaan di rumah dapat mempengaruhi tingkah laku dan personaliti seseorang individu ketika berada di sekolah. Individu yang mempunyai masalah di rumah akan membawa masalah tersebut ke sekolah. Hal ini akan menyebabkan emosi mereka terganggu dan implikasinya ialah masalah tersebut akan menjejaskan pelajaran mereka.
c) Eksosistem

Eksosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Maksudnya di sini, pengalaman individu tersebut akan turut mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh, persekitaran sekolah –pasar raya. Keadaan pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan di tempat-tempat membeli belah secara tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.

d) Makrosistem

Makrosistem pula melibatkan perkembangan individu yang dipangaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina amat dititikberatkan (Santrock, 2008). Di sesetengah negara pula, kaum lelaki diberi peranan dan tanggungjawab yang lebih dominan di mana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting berbanding kaum perempuan. Hal ini kerana perempuan dianggap sebagai kaum yang lemah dan tidak layak mendapat pendidikan yang setaraf dengan kaum lelaki. Bagi ibu bapa yang masih lagi berada dalam pemikiran konservatif, mereka mengganggap pendidikan tidak penting kepada anak perempuan kerana tugas wanita hanyalah di dapur sahaja.
e) Kronosistem

Kronosistem merupakan perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya, kanak-kanak pada dewasa ini lebih berfokus kepada permainan berteknologi selaras dengan arus perubahan serta pembangunan sesebuah negara seperti permainan internet, memuat turun maklumat melalui internet dan sebagainya.


TEORI EKOLOGI DALAM KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR)


Teori Ekologi didefinisikan dengan manusia merupakan satu paradigma untuk menjelaskan pergerakan manusia di mana individu itu berinteraksi dengan persekitaran. Dari segi huraiannya, mereka juga melibatkan pendekatan sistem dinamik di mana individu berkenaan, melalui pergerakan, berinteraksi dengan persekitaran.

Setiap interaksi individu terbabit berkait dengan persekitarannya. Ia hasil daripada gabungan pendekatan sistem dinamik dan persepsi individu dan menjadikannya berpusatkan pelajar. Individu tersebut mencari persekitarannya secara proaktif lalu membentuk konsep – konsep untuk meningkatkan pembelajaran kemahiran motor. Selain itu ia juga membantu dalam mengenalpasti apa yang menghalang pembelajaran kemahiran motor.

Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dalam pendidikan jasmani, murid perlu diberi peluang mempelajari pengetahuan,kemahiran dan nilai berkaitan matapelajaran dengan melakukan aktiviti, eksperimen dan amalan rutin. Penyertaan aktif setiap murid dalam kelas Pendidikan Jasmani adalah diwajibkan. Murid perlu diberi peluang untuk meluahkan emosi, memperkembangkan proses mental, membentuk perhubungan yang sihat dan melakukan kegiatan fizikal dalam suasana yang membina dan selamat. pendekatan yang digunakan adalah menjadikan guru sebagai “Role Model” atau sebagai contoh kepada setiap murid. Dalam setiap perlakuan guru, murid – murid akan mengikuti segala perlakuan yang diajar oleh guru.

Selain itu, murid dapat menguasai kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif. Mata pelajaran ini memberi peluang kepada murid mengambil bahagian secara aktif, memperoleh pengetahuan dan kemahiran praktikal. Kemahiran berfikir yang terdapat dalam mata pelajaran ini termasuk membuat kategori, menerangkan sebab, mengusul periksa andaian, membuat ramalan, mencipta metafora dan mencipta definisi. Mata pelajaran ini juga mendidik murid membuat keputusan yang bijak dan menyelesaikan masalah.

Berdasarkan teori ekologi yang dipelajari, persekitaran yang dimaksudkan ialah dengan apa dan siapa murid belajar dan bagaimana hasil itu dapat dicapai. Contohnya ialah guru. Guru merupakan salah satu persekitaran dalam pembelajaran ini. Sebagai contoh, dalam mengajar teknik larian pecut, guru akan menunjukkan demontrasi kepada murid – murid bagaimana teknik larian ini diaplikasikan dengan pergerakan kaki dan juga tangan. Kemudian murid – murid akan mencontohi apa yang telah diajar oleh guru tersebut dan cuba mengaplikasikan dan mengadaptasikannya dalam situasi yang sebenar. Pengajaran ini memerlukan kebolehan murid dalam berfikir dan kecekapan murid dalam mengingati setiap pembelajaran yang diajar oleh guru. 

Dalam kurikulum ini guru adalah sebagai pelopor atau pengajar utama yang akan mengajar dan menjadi model untuk  menunjukkan cara yang betul.Ini  juga berkait rapat dengan pengukuhan tindak balas yang diberikan oleh guru terhadap murid dalam melakukan sesuatu pergerakan. Tindakan yang dikukuhkan menjadi kuat. Contohnya, semasa melakukan aktiviti  kemahiran lokomotor iaitu berlari. Guru akan memberi komen terhadap cara larian yang betul, murid yang akan cuba membaiki cara pergerakan dan lariannya sesuai dengan kehendak gurunya agar objektif pembelajaran tercapai. Guru memainkan peranan penting dalam pembelajaran motor kerana setiap kemahiran yang akan dipelajari oleh murid bergantung kepada bagaimana guru tersebut melaksanakan sesuatu aktiviti agar berjaya mencapai matlamat kemahiran yang dikehendaki dengan berkesan. Murid pula akan interpertasi arahan guru dan berinteraksi dengan mendengar  arahan guru dengan betul agar apa yang dipelajari dapat diterima dan difahami dengan jelas.

Antara lain ialah buku teks. Buku teks juga merupakan salah satu persekitaran lain bagi menggantikan guru. Tanpa pengajaran dari guru, sedikit susah bagi murid untuk meniru gaya dan teknik yang diajar oleh guru. Secara praktikalnya, murid dikehendaki mengolah atau mempraktikknya sendiri dan hasilnya akan dilihat oleh guru samada hasil pembelajaran yang ditunjukkan oleh murid betul atau tidak. Seterusnya setiap contoh yang dilakukan diterangkan oleh guru supaya murid dapat memahami sebab dan akibat daripada setiap pengajaran yang dilakukan. Dengan itu, murid dapat membezakan dan cuba menggunakan apa yang terbaik dalam pengajaran tersebut agar mendapat hasil yang diinginkan.

Interaksi individu dengan kawan berlaku semasa melakukan aktiviti secara berkumpulan.  Pelajar akan bekerjasama, berbicang dan saling bertukar pendapat mengenai kefahaman mereka dalam melakukan sesuatu pergerakan yang dikehendaki mengikut arahan aktiviti yang diberikan oleh guru. Ini secara tidak langsung, dapat meningkatkan pembelajaran kemahiran motor  individu dengan lebih cekap dan berkualiti hasil daripada perbincangan sesama mereka. Contohnya, pelajar yang lemah dalam melakukan kemahiran melompat misalnya akan meminta pendapat dan tunjuk ajar daripada pelajar yang mahir sebagai model untuk meningkatkan kefahaman dan menunjukkan perlakuan pergerakan yang betul. Melalui interaksi sebegini, kedua-dua pelajar dapat manfaat secara tidak langsung. Pelajar yang lemah akan berjaya membaiki dan meningkatkan kemahirannya melakukan kemahiran melompat, manakala pelajar yang mahir akan dapat meningkatkan  keyakinan dan prestasinya dalam melakukan kemahiran melompat.

Cara  interaksi individu terhadap aktiviti juga dapat menerangkan persepsi individu terhadap situasi persekitaran. Pembelajaran motor adalah hasil daripada usaha individu untuk menganalisis situasi, melihat serta memahami pertalian dan menyelesaikan masalah. Aktiviti yang dilakukan hendaklah menyeronokkan dan dapat merangsang pemikiran mereka di samping dapat menarik perhatian mereka. Contohnya, dalam satu kelas pendidikan jasmani. guru yang  mengajar kemahiran lokomotor iaitu kemahiran berjalan misalnya akan melakukan satu aktiviti berjalan secara individu atau berkumpulan dengan meminta mereka berjalan meniru gaya binatang, seperti arnab dan ulat. Interaksi dengan aktiviti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan  pembelajaran motor murid dan pengetahuan serta kepekaaan mereka terhadap alam sekeliling mereka dengan mengalakkan mereka menguasai sesuatu pergerakan hasil daripada aktiviti yang telah mereka lakukan.



TEORI EKOLOGI DALAM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)


Manusia merupakan satu paradigm untuk menjelaskan pergerakan manusia di mana individu itu berinteraksi dengan persekitaran.

Penyokong-penyokong teori ini adalah Turvey dan Carello (Kluka, 1999). Teori ini turut digabungkan dengan hasil dapatan Gibson dan Bernstein (Kluka, 1999). Mereka turut melibatkan pendekatan system dinamik di mana satu proses di mana individu berkenaan, melalui pergerakan, berinteraksi dengan persekitaran.

Mengikut Teori Ekologi tersebut. Pergerakan yang dihasilkan oleh para pelajar adalah hasil interaksi pelajar kepada pelbagai aspek. Maka, terhasil satu pergerakan ataupun maklumat yang diingini. KSSR pula digubal khusus untuk memenuhi keperluan kaedah  penerokaan dan penemuan oleh para pelajar.

Daripada KSSR, aktiviti yang direka dan dicadangkan untuk dilakukan kepada pelajar adalah khusus untuk menjana minda dan pemikiran pelajar secara menyeluruh.  Contoh aktiviti yang direka untuk tajuk Kesedaran Ruang di dalam Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 1 ialah pelajar harus menggunakan imaginasi untuk membentuk diri menjadi sesuatu. 

Contoh salah satu arahan iaitu meluruskan badan seperti gajah. Setelah guru member arahan tersebut, para pelajar harus terokai apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan lurus seperti gajah. Bentuk badan yang dihasilkan adalah penemuan hasil daripada penerokaan yang dibuat oleh para pelajar. Disebabkan itulah kaedah yang digunakan untuk proses pembelajaran sangat penting bagi menjana pemikiran pelajar. Seiring dengan kemajuan teknologi yang terhasil pada masa kini, minda dan pemikiran pelajar telah terisi dengan maklumat yang dipengaruhi oleh persekitaran. Di sekolah, aktiviti yang di jalankan bukan hanya bertujuan untuk memperkenalkan sesuatu konsep tetapi juga mengayakan pemikiran mereka.

Persekitaran merangkumi segala yang terdapat di dalam kawasan semasa proses pembelajaran berlaku.Guru juga turut menjadi persekitaran murid di dalam menempuhi proses pembelajaran. Di dalam KSSR, guru hanyalah seorang pembimbing di dalam sesuatu  proses pembelajaran. Sebarang kemusykilan, pelajar boleh bertanya kepada guru. Namun, seorang pelajar hanya menggunakan minda dan pemikiran mereka. Guru yang merupakan satu bahagian daripada persekitaran pelajar semasa mengharungi proses pembelajaran. Jadi, interaksi pelajar dengan guru sama seperti murid telah berinteraksi dengan persekitaran. Jadi, ia menepati prinsip ekologi di mana proses pembelajaran berlaku kerana hadirnya proses interaksi pelajar dengan persekitaran.

Aspek persekitaran yang merangkumi individu itu sendiri. Para pelajar itu sendiri yang merupakan orang yang menjadi salah satu daripada persekitaran tersebut. Individu harus cuba untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya untuk melahirkan suatu proses pembelajaran yang diingini oleh setiap individu. Individu itulah yang akan menggunakan minda dan pemikiran mereka untuk menjalankan proses pembelajaran melalui kaedah penerokaan dan penemuan. 

Kesedaran kendiri turut memainkan peranan yang sangat penting di dalam proses menyesuaikan diri dengan persekitaran. Boleh dikatakan bahawa proses pembelajaran yang berlaku adalah salah satu daripada proses individu berinteraksi dengan persekitaran dengan cara menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran mereka. Kesedaran kendiri juga sangat penting dalam di dalam satu proses penyesuaian kepada persekitaran. Contohnya, seorang pelajar harus tahu peringkat kemampuan diri sendiri. Malalui proses pembelajaran dan juga kaedah penerokaan dan penemuan mereka mampu untuk memastikan tahap atau peringkat kemampuan diri mereka. Contoh di yang dapat dilihat di dalam aktiviti Membentuk badan ialah mereka tahu mereka tidak mampu untuk membentuk huruf-huruf seperti M secara individu.

Menurut teori ekologi persepsi dan pergerakkkan manusia merupakan satu paradigm untuk menjelaskan pergerakkan manusia di mana individu itu berinteraksi dengan persekitaran. Teori-teori ini turut di sokong oleh Turvey dan carello (Kluka 1999). Di dalam perlaksanaan kurikulum standard sekolah rendah ini telah di beri beberapa elemen yang memberi nafas baru kepada kurikulum pendidikan Malaysia dimana beberapa elemen baru ditambah seperti penggunaan kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) selain itu elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) secara explicit juga diterapkan dengan lebih memberi fokus kepada 4M iaitu Membaca, menulis, mengira dan satu elemen baru iaitu menaakul.        Menurut teori ini lagi setiap interaksi individu terbabit berkait dengan persekitarannya. Ia hasil daripada gabungan pendekatan sistem dinamik dan persepsi individu dan menjadikannya berpusatkan pelajar. Individu tersebut mencari persekitarannya secara proaktif lalu membentuk konsep – konsep untuk meningkatkan pembelajaran kemahiran motor.

Selain itu ia juga membantu dalam mengenalpasti apa yang menghalang pembelajaran kemahiran motor. Contohnya di  dalam sukatan kssr tahun 1 dibawah aspek kemahiran pergerakkan, pergerakkan berirama mengkehendaki murid-murid untuk melakukan pelbagai kemahiran pergerakkan mengikut irama. Oleh demikian alat yang digunakan iaitu radio dan bahan audio visual lain merupakan persekitaran bagi murid-murid tersebut.  Menerusi aktiviti seperti  meniru pergerakan pelbagai watak mengikut irama dan muzik dapat membantu meningkatkan kemahiran pembelajarn motor kanak-kanak tersebut, ini bertepatan dengan apa yang telah di kemukakan oleh Turvey dan Carello (Kluka 1999) mereka melibatkan pendekatan system dinamik dimana individu berkenaan melalui pergerakkan, interaksi dengan persekitaran.

Disamping itu juga, penggunaan kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) merupakan satu persekitaran yang dapat member impak yang positif terhadap peningkatan pembelajaran motor. Perlaksanaan penggunaan kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dilakukan secara berperingkat-peringkat. menerusi penggunaan ICT ini murid murid lebih mudah untuk memahami asas-asas pergerakkan seperti melihat video-video pergerakkan yang telah disediakan.tambahan pula, penggunaan audio visual yang menarik seperti bunyi yang jelas serta gambar-gambar yang menarik dapat menarik minat kanak-kanak. Selain itu, murid-murid juga akan termotivasi secara tidak langsung. Seterusnya dapat menarik minat kanak-kanak untuk hadir kekelas sekaligus dapat melenyapkan masalah kehadiran murid. Selain daripada penggunaan ICT, faktor interaksi persekitaran yang lain seperti guru dan rakan-rakan sekelasnya juga memainkan peranan dalam meningkatkan kemahiran pembelajaran motor kanak-kanak.

 Jika dilihat didalam KBSR guru lebih banyak untuk memberikan contoh kemudian murid-murid melakukan latih tubi seperti yang dilakukan oleh guru, tetapi sedikit kerlainan kaedahnya didalam KSSR dimana kemahiran menaakul diterapkan. Kemahiran menaakul ialah satu kemahiran untuk menggalakkan murid-murid menajana idea secara kreatif dan kritis. Strategi ini membantu murid-murid menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif dengan menggunakan idea-idea yang asli dan unik untuk menyelesaikan masalah tersebut. contohnya, guru meminta seorang murid untuk melakukan aktiviti menendang bola dengan cara yang betul. Manakala murid murid yang lain memerhatikan pergerakkan rakan mereka. Kemudian murid murid yang lain diminta untuk memberi ulasan terhadap pergerakkan yang telah dilakukan oleh rakan kanak-kanak tersebut. Dari situ murid-murid akan melakukan perbincangan untuk memberikan komen, ulasan dan sebagainya.


KESIMPULAN

Selaras dengan peredaran zaman dan seiring dengan kemudahan yang berkembang dengan pesat, penggubalan kurikulum bertujuan untuk menambah-baik pengisian sistem pendidikan Negara.  Penggubalan dan penambahbaikan kurikulum dilakukan dari semasa ke semasa untuk seiring dengan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pada zaman ini.

Walaupun begitu, setiap yang dihasilkan oleh manusia biasa mempunyai kelemahan yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa. Zaman akan terus berubah , kanak- kanak akan terus perkembang dan perkembang seiring dengan peredaran dan perubahan zaman dan semakin mencabar dari semasa ke semasa. Kurikulum yang dicipta haruslah dapat diadaptasi dengan berkesan dan aplikasinya memberi kesan yang maksima untuk perkembangan menyeluruh individu dan mampu melahirkan modal insan kelas pertama.

Usaha murni kerajaan untuk memperkayakan sistem pendidikan setiap masa sangat penting dalam membantu generasi yang akan memerintah pada masa hadapan. Harapan pada masa kini dan untuk masa hadapan agar usaha murni yang sedang dijalankan ini tidak sia-sia dan mampu membangunkan generasi baru dan melahirkan modal insan yang berkualiti.




RUJUKAN

BUKU
Abu Zarin Abu Bakar, (2011), Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor,
Ahmad SubkiMiskon& Syed Ismail Syed Mustapa. (2011). Murid Dan Alam
Belajar.Freemind Horizons Sdn Bhd.

Hajah Noresah bt.Baharom.(2005), Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

INTERNET

(2011), Kurikulum Standard SekolahRendahhttp://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=187&Itemid=83, tarikhdiaksespada 15 September 2011
(1999) SukatanPelajaran KBSR PendidikanJasmani,  http://akses.skseriampang.net/SP/09_Pendidikan_Jasmani_Kesihatan/sp_pj_kbsr_kbsm.pdf,tarikhdiaksespada 20 September 2011
(2010) TeoriPembelajaran Motorhttp://ipdaburn.blogspot.com/2010/09/pjm3105-pembelajaran-motor.htmlTarikhdiakses 25 September 2011
(2009) KaedahPedagogiBestarihttp://mabjip.blogspot.com/2009/10/pedagogi-bestari.htmltarikhsiakses 29 September 2011
(2011) Perbezaan KBSR dan KSSR
(2011) HuraianSukatanPelajaranPendidikanJasmani KBSR
Jasmani-Kbsr

Huraian Sukatan Pelajaran KSSR Tahun 1. http://skseribesout.com/v2/2011/01/huraian-sukatan-pelajaran-kssr-tahun-1-2011/ (diambil pada 21/8/2011)
Pendidikan Jasmani KSSR . http://finie-licious.blogspot.com/2011/03/kssr-pendidikan-jasmani.html (diambil pada 28/8/2011)
Perbezaan antara KBSR dan KSSR. http://panitiapjksktdh2.blogspot.com/2011/01/perbezaan-antara-kbsr-dan-kssr.html (diambil pada 2/9/2011)
Sukatan KSSR Pendidikan Jasmani Tahun . http://www.scribd.com/doc/48848177/Sukatan-KSSR-Pendidikan-Jasmani-Tahun-1  (diambil pada 21/8/2011)

Komponen Kecergasan Fizikal

Menurut Corbin dan Lindsey (1988), kecergasan fizikal dibahagikan kepada dua iaitu:
-Kecergasan fizikal berlandasakan kesihatan.
-Kecergasan Fizikal berlandaskan perlakuan motor.


 Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan







Daya Tahan Kardiovaskular
Merupakan keupayaan bersenam dalam masa yang agak panjang. Sistem pengaliran darah dan pernafasan membekalkan ‘bahan api’ iaitu oksigen untuk membolehkan aktiviti fizikal yang dijalankan.

Daya Tahan Otot
Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot tulang rangka untuk menghasilkan daya berulang-ulang bagi suatu jangka masa tertentu, beberapa kali perubahan bagi mengatasi rintangan atau bebanan.

Kekuatan Otot
Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya kerja. Pertambahan meneruskan suatu aktiviti dalam tahap yang tinggi.

Kelenturan / Kelembutan
Keupayaan untuk menggunakan sendi-sendi dengan sepenuhnya melalui pergerakan (range of motion).

Komposisi Badan
Tiga komponen struktur asas yang ada pada badan ialah lemak, otot dan tulang-tulang. Penentuan isi kandungan badan menunjukkan peratusan (%) lemak badan berbanding dengan isi kandungan otot-otot dan tulang-tulang. Lebihan peratusan lemak dalam badan menimbulkan masalah kegemukan (obesity). Peratusan lemak dalam badan merupakan petunjuk bagi
kesihatan individu.



Kecergasan Fizikal Berlandaskan Perlakuan Motor





Koordinasi
Kemampuan atau kebolehan menggunakan pancaindera bersama badan menggiatkan dengan mental dalam pergerakan yang sempurna sebagai mana yang dikehendaki. Panduan beberapa kebolehan untuk menjadikan sesuatu kerja dilakukan itu lancar dan licin atau keupayaan menysuaikan deria dengan otot-otot supaya memperolehi suatu lakuan yang licin,
kemas dan tepat.

Imbangan
Imbangan ialah kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan dasar (tapak) menyokongnya diubah. Kebolehan mengekalkan kedudukan badan dalam keadaan teguh semasa melakukan pergerakan atau dalam keadaan diam.

Ketangkasan
Kebolehan seseorang melakukan pergerakan-pergerakan berturutan ke sesuatu arah yang berbeza seberapa cekap dan pantas yang boleh. Kebolehan menukar kedudukan di ruang tertentu secara kemas dan mudah.

Kuasa
Kuasa adalah kombinasi kedua-dua kekuatan otot dan kelajuan. Ianya adalah kebolehan individu melakukan sesuatu pergerakan pantas (mengejut / explosive muscular power) yang kuat dalam jangkamasa yang singkat dengan kecakapan yang tinggi. Ianya adalah hasil kuncupan otot yang kuat dalam jangkamasa yang singkat dan merupakan gabungan antara
kekuatan otot dan kepantasan kuncupan otot.


Masa Tindakbalas
Masa tindakbalas adalah suatu jangkamasa yang diambil untuk bergerak dan bertindak selepas menerima rangsangan untuk berbuat demikian. Masa tindakbalas selalunya dikaitkan dengan faktor ketangkasan. Kebolehan dan keupayaan seseorang bertindak dengan secepat mungkin dapat membantunya dalam situasi perlawanan dan dalam masa kecemasan dari segi menyelamatkan diri.

Kelajuan (Kepantasan)
Kebolehan individu melakukan pergerakan berturut-turut dengan pantas dalam masa yang singkat mengikut suatu arah. Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindakbalas dan masa bergerak. Kelajuan ditentukan hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah.


Apa dia Kecergasan Fizikal?







Perangkaan perubatan menunjukkan bahawa masyarakat kini telah dinafikan banyak aktiviti fizikal. Ini boleh menyebabkan keadaan fizikal yang lemah. Ujian-ujian mudah ke atas kekuatan otot, stamina, kelembutan, koordinasi dan kemahiran motor asas telah menunjukkan keputusan yang lemah.

Kekurangan aktiviti fizikal boleh menyebabkan penurunan prestasi paru-paru dan saluran darah tersumbat dengan kolesterol. Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakupayaan fungsi seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi, aterosklerosis dan lain-lain masalah pengaliran darah. Tambahan lemak badan, kemerosotan kekuatan otot badan boleh menjejaskan posture dan menyebabkan masalah fizikal seperti kecacatan ortopedik. Oleh itu fizikal harus dirangsang. Aktiviti fizikal harus dijalankan sekurang-kurangnya 30 minit untuk 3 hari dalam seminggu.

Apa dia Kecergasan Fizikal?

Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan.


Definisi kecergasan fizikal:

Falls (1980)

“Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang   berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang.  Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya”

Tiap-tiap orang boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima.  Untuk mencapai ke tahap kecergasan ini seseorang harus baik dalam tiap-tiap komponen kecergasan.  

 Program kecergasan fizikal yang seimbang terdiri dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya kadiovaskular, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan.

Terdapat dua komponen utama kecergasan iaitu :

-Komponen Kecergasan Kesihatan:

Komponen kecergasan kesihatan melibatkan kecergasan kardiovaskular atau daya tahan aerobik, kekuatan dan daya tahan otot kelenturan serta komposisi badan.

-Komponen Kercergasan Perlakuan Motor:

Komponen kecergasan perlakuan motor melibatkan kelajuan, keseimbangan, koordinasi, kuasa dan ketangkasan yang diklasfikasikan sebagai kecergasan motor.



Kesan Senaman dari Aspek Fisiologi dan Kesihatan





Selain daripada makanan, senaman juga adalah antara perkara penting yang perlu dilakukan untuk memastikan tubuh  mencapai kualiti yang baik. Jadi di samping kita bersenam setiap hari, apa kata baca-baca info berikut tentang senaman dan kesannya terhadap aspek fisiologi dan juga kesihatan.

Kesan Senaman Dari Aspek Fisiologi

Fisiologi merujuk pada fungsi dan proses dalam sistem tubuh badan manusia, seperti sistem pernafasan, sistem peredaran darah dan sistem otot. 

Orang yang aktif dalam senaman dan kegiatan rekreasi akan memperolehi faedah seperti peningkatan daya tahan kardiovaskular dan tahap kelenturannya. Faedah fisiologi yang lain termasuklah dapat mengawal koordinasinya dan meningkatkan daya tahan dan kekuatan ototnya.

Faedah senaman dan rekreasi dari segi fisiologi termasuklah peningkatan dari aspek:
i.koordinasi
ii.kelenturan;
iii.koordinasi;
iv. kekuatan.

Koordinasi

Koordinasi bermaksud kebolehan menyesuaikan deria dengan otot bagi menghasilkan ketepatan, kelicinan dan keharmonian pergerakan. Sekiranya seseorang itu sering melakukan aktiviti fizikal, ini akan dapat meningkatkan keupayaan koordinasinya. Sebagai contoh melakukan aktiviti yoga. Senaman Yoga dapat membantu membaiki koordinasi tubuh, mempertingkatkan kapasiti kardiovaskular, memperkuatkan jaringan otot dan membantu memperbaiki kordinasi tubuh.

Kepantasan

Kepantasan didefinisikan sebagai keupayaan melakukan pergerakan dalam suatu jangka masa yang singkat. Aktiviti fizikal berbentuk kepantasan seperti berjalan pantas dan joging perlahan meningkatkan pengaliran darah ke tisu dan otot.

Kuasa

Kuasa berkait rapat dengan kadar tenaga melakukan sesuatu kerja. Seorang yan rajin bersenam, misalnya melalui aktiviti berenang atau marathon akan dapat meningkatkan kebolehan kuasa tubuh badannya.

Keseimbangan

Keseimbangan berkait rapat dengan keupayaan mengekalkan keseimbangan ketika dalam keadaan statik atau bergerak. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan untuk meningkatkan keseimbangan badan ialah berjalan di atas titian, atau berjogging dan berjalan selama 20 minit hingga 30 minit, tiga kali seminggu.

Ketangkasan

Aktiviti fizikal juga akan memberikan kesan terhadap ketangkasan seseorang. Ketangkasan adalah berkait rapat dengan keupayaan mengubah haluan atau pergerakan dengan pantas dan tepat melalui ruang. Contoh aktiviti fizikal yang dapat meningkatkan kepantasan seseorang ialah larian zig zag dan latihan boomerang.

Masa tindak balas

Masa tindak balas berkait rapat dengan masa antara suatu stimulus dengan permulaan tindakan kepada stimulus tersebut. Semakin cepat seseorang bertindak balas terhadap stimulus, semakin cepat masa tindak balasnya. Justeru, dengan melaksanakan pelbagai aktiviti fizikal, seseorang akan dapat meningkatkan masa tindak balasnya.

Kesan Senaman Terhadap Kesihatan

Kesan aktiviti fizikal terhadap kesihatan boleh dilihat dari segi:

i.daya tahan kardiorespiratori
ii. daya tahan otot
iii. kekuatan otot
iv. fleksibiliti
v. komposisi badan

Daya tahan kardiorespiratori

Carrol (1994) menyatakan bahawa kecergasan kardiovaskular adalah merupakan keupayaan seseorang untuk melakukan tugas berat secara berterusan bagi satu jangkamasa yang panjang.

 Ia juga dikenali sebagai kecergasan aerobik, iaitu keupayaan sistem peredaran dan respiratori untuk penyesuaian dan pemulihan kesan daripada aktiviti fizikal seperti berlari, berjalan laju, berbasikal, berenang dan sebagainya (Nieman, 2003). 

Melalui aktiviti fizikal seseorang itu boleh meningkatkan tahap kecergasan kardiovaskular dan juga dapat mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung, diabetes, darah tinggi dan jenis-jenis kanser yang tertentu (Larsen, George, Alaxender, dan Fellingham, 2002).

 Pate (1991) melaporkan terdapat hubungan yang konsisten antara pengukuran dalam aktiviti fizikal, kecergasan fizikal dan penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular. Melalui ujian dan pengukuran, kita boleh mengenalpasti tahap kecergasan kardiovaskular seseorang dan mencadangkan latihan yang sesuai bagi mereka. Ia boleh dijadikan motivasi untuk peningkatan prestasi, atau meneruskan gaya hidup sihat, dan juga sebagai langkah awal untuk pengesanan penyakit (Miller, 1994).

Daya tahan otot

Daya tahan otot didefinisikan sebagai keupayaan otot menghasilkan daya submaksimum yang berulang-ulang mengatasi rintangan atau mengekalkan kontraksi otot berterusan untuk suatu jangka masa yang panjang. 

Komponen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangka masa yang panjang pada intensiti yang rendah. ‘Skipping’ juga adalah antara senaman ringkas dan mudah yang boleh anda lakukan pada bila-bila masa sahaja. 

Anda hanya memerlukan seutas tali ‘skipping’ dan ruang yang mencukupi. Walaupun agak mudah tetapi manfaat yang bakal anda perolehi daripada ‘skipping’ hampir sama dengan jogging. Ia membantu menguatkan otot-otot lengan, perut, paha dan juga boleh mengurangkan lemak dalam badan anda.

Kekuatan otot

Kekuatan otot didefinisikan sebagai keupayaan sesuatu otot atau kumpulan otot menghasilkan daya maksimum mengatasi rintangan. 

Komponen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangka masa yang pendek pada intensiti yang tinggi. Fox dan Mathews (1981) menjelaskan bahawa kekuatan adalah kemampuan otot atau sekumpulan otot dalam mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya atau kerja. 

O’Shea (1976) menyatakan bahawa kekuatan merupakan fungsi otot rangka dan keupayaannya menghasilkan daya atau kuasa otot. Beliau menjelaskan bahawa terdapat kesan yang positif terhadap peningkatan kekuatan otot dengan latihan bebanan dalam setiap aktiviti sukan.

Fleksibiliti

Fleksibiliti merujuk pergerakan sesuatu sendi melalui julat pergerakan sepenuhnya.

 Fleksibiliti perlu bagi pergerakan yang lancar dan efisien, juga dapat mencegah daripada berlakunya kecederaan pada bahagian sendi dan otot. Aktiviti yang dapat meningkatkan fleksibiliti seseorang adalah aktiviti regangan. Senaman ini menjadikan tubuh mudah lentur. Ini dilakukan dengan aktiviti regangan membabitkan otot dan tisu yang menentukan keseimbangan tubuh. Ahli terapi fizikal mencadangkan senaman regangan dilakukan terhadap pesakit untuk pulih dari kecederaan. Selain itu, senaman ini baik untuk mencegah masalah terjatuh.

Komposisi badan

Komposisi badan merujuk perkadaran jumlah lemak badan dengan berat tanpa lemak. 

Peratusan lemak badan adalah pengukuran kegemukan yang lebih baik berbanding berat badan. Kelebihan lemak dalam badan amat berkaitan dengan pelbagai jenis penyakit kronik. Komposisi badan adalah salah satu komponen kecergasan yang penting. 

Manusia yang mempunyai komposisi badan yang optimum tampak sihat, bergerak dengan lebih efisien dan berasa yakin terhadap diri mereka sendiri. Untuk mencapai kesejahteraan, kita mesti menetapkan tahap komposisi badan yang sesuai untuk diri kita dan berusaha untuk mencapai dan mengekalkan tahap komposisi badan yang optimum.





Kesan Latihan Kepada Sistem Kardiovaskular





Sistem kardiovaskular terdiri dari jantung, saluran darah, darah dan saluran pernafasan. Sistem ini berfungsi untuk mengankut bahan-bahan keperluan dan bahan-bahan kumuh sel-sel tubuh. Antaran bahan-bahan yang diangkut ialah oksigen (sistem pernafasan), nutrien (sistem penghadaman) dan hormon dari kelenjar-kelenjar tertentu. Bahan-bahan kumuh seperti urea, karbon dioksida dan air pula akan diangkut dari sel-sel tubuh dan dihantar ke organ perkumuhan.

Jantung dan Peredaran Darah

Dinding jantung terbina dari gentian otot yang dinamakan 'myocardium'. Bahagian interior jantung terdiri dari empat bahagian iaitu dua atrium dan dua ventrikal. Oleh kerana ventrikel berfungsi untuk mengepam darah keluar dari jantung, dinding kedua-dua ventrikel adalah adalah lebih tebal dari dinding kedua-dua atrium. Dinding ventrikel kiri pula lebih tebal dari ventrikel kanan kerana ia harus menampung tekanan darah yang lebih tinggi. Dinding yang tebal juga diperlukan kerana ventrikel kiri berfungsi untuk mengepam darah dari jantung keseluruh bahagian badan.

Penguncupan otot jantung adalah berkait rapat dengan pengaliran impuls-impuls sinoatrikal node (S.A.Node), atrioventrikular node (A.V. Node), atrioventrikular bundle( A.V. Bundle) dan Purkinje fibers.

Pengaliran darah dari satu bahagian ke satu bahagian dalam sistem kardiovaskular adalah berasaskan prinsip pergerakan cecair selari dengan Hukum Newton Pertama dan kedua iaitu ;

-Cecair tidak mengalir jika tidak terdapat perbezaan tekanan.
-Cecair mengalir dari bahagian bertekanan tinggi ke bahagian bertekanan rendah.

Dengan kedua-dua hukum ini, pengaliran darah dari ventrikel kiri ke aorta adalah disebabkan wujudnya perbezaan tekanan. Jumlah darah yang dipamkan apabila ventrikel kiri menguncup adalah dinamakan sebagai 'systolik discarge' atau 'isipadu stroke' ( stroke volume ). 

Isipadu stroke adalah menggambarkan kekuatan penguncupan ventrikel. Pengepaman otot ventrikel yang kuat akan menghasilkan isipadu stroke yang tinggi. Keluaran kardiak adalah 
bergantung kepada isipadu stroke dan bilangan denyutan nadi dalam masa satu minit.

Keluaran Kardiak = Isipadu Stroke x Bil. Denyutan  
                                 Nadi/minit.


Oleh kerana keluaran kardiak berkait rapat dengan isipadu stroke dan kadar nadi seminit, sebarang perubahan yang boleh menyebabkan peningkatan kadar nadi atau sebarang perubahan yang menyebabkan penguncupan otot jantung bertambah kuat, akan menyebabkan keluaran kardiak turut meningkat.

Kesan-kesan Latihan

Didapati latihan-latihan yang tertentu akan memberikan kesan yang tertentu terhadap sistem kardiovaskular. Untuk perbincangan ini, latihan yang dimaksudkan ialah latihan berintensiti tinggi, dilakukan tiga kali seminggu dalam jangkamasa bertahun-tahun.

Antara kesan latihan fizikal kepada sistem kardiovaskular ialah Hipertrofi Kardiak. Hipertrofi bermaksud pernambahan saiz sel atau organ. Hipertrofi kardiak dapat dilihat dari dua ciri berikut :-
· saiz kaviti ventrikel
· ketebalan dinding ventrikel

Terdapat perbezaan hipertrofi kardiak dikalangan atlit-atlit acara dayatahan dengan atlit-atlit acara bukan dayatahan. Atlit dayatahan ( seperti pelari marathon, perenang, pemain hoki ice ) mempunyai kaviti ventrikel yang lebih besar berbanding dengan ventrikel atlit-atlit bukan acara dayatahan. 

Dari segi ketebalan dinding ventrikel pula, atlit-atlit bukan acara dayatahan pula didapati mempunyai dinding ventrikel yang lebih tebal dari atlit-atlit acara dayatahan.

Perbezaan hipertrofi kardiak di antara atlit-atlit acara dayatahan dengan atlit-atlit bukan acara dayatahan adalah disebabkan oleh perbezaan gerakbalas jantung terhadap aktiviti yang mereka lakukan. Latihan-latihan dayatahan biasanya memerlukan atlit bekerja dalam jangkamasa yang lama dan keluaran kardiak adalah tinggi. Bagi memenuhi keperluan tersebut, gerakbalas penyesuaian kardiak ialah melalui peningkatan saiz karviti ventrikel.

 Di kalangan atlit-atlit dayatahan pula, latihan-latihan yang mereka lakukan memerlukan tekanan darah di arteri pada masa-masa tertentu (gerakan-gerakan mereka berbentuk eksplosif ). Oleh itu gerakbalas penyesuaian kardiak ialah melalui penebalan dinding ventrikel.

Selain dari kesan hipertrofi kardiak, atlit yang menjalani latihan fizikal yang tekal dalam jangkamasa yang panjang juga akan mengalami pengurangan kadar nadi rehat. Kadar nadi adalah antara indikator terhadap tahap kecergasan seseorang. Kadar nadi rehat yang rendah menggambarkan seseorang itu lebih cergas dari sesaorang yang mempunyai kadar nadi rehat yang tinggi.

Perbezaan kadar nadi dapat dilihat sebelum dan sesudah atlit menjalani latihan selama beberapa tahun. Pengurangan kadar nadi rehat menunjukkan tahap kecergasan atlit yang menjalani latihan fizikal adalah bertambah baik. Kadar nadi adalah berkait rapat dengan impuls intrinsik dari S.A.Node.

 Sungguhpun begitu, peningkatan dan pengurangan kadar nadi akan dipengaruhi juga oleh rangsangan dari sistem saraf autonomik (sympathatik dan para sympathetik) yang dibawa ke S.A.Node. Semasa latihan, hormon epinephine dikeluarkan. Epinephine akan meningkatkan gerakbalas jantung, menyebabkan peningkatan kadar nadi. Latihan yang lama akan menyebabkan kepekaan tisu kardiak terhadap epinephine menurun dan fenomena ini akan memberi kesan penurunan kadar nadi rehat kepada atlit yang menjalani latihan.

Satu lagi kesan latihan terhadap sistem kardiovaskular ialah peningkatan isipadu stroke. Isipadu stroke adalah jumlah darah yang dikeluarkan melalui satu denyutan jantung (satu stroke). Perkara ini ada kaitannya dengan hipertrofi kadiak. Apabila kaviti ventrikel bertambah, jumlah darah yang dapat dipamkan kedalamnya juga meningkat. Dengan ini jumlah darah yang dipamkan keluar dari venrtikel juga akan meningkat.

Peningkatan isipadu stroke juga disebabkan oleh peningkatan pengncupan otot-otot myokardium akibat latihan. Latihan menyebabkan jantung menjadi aktif. Peningkatan aktiviti jantung bereti peningkatan peningkatan penggunaan dan penghasilan ATP dalam otot jantung. Apabila bekalan ATP meningkat, keupayaan pengepaman otot jantung juga meningkat.

Atlit yang selalu menjalani latihan fizikal juga akan mengalami peningkatan densiti salur darah. Densiti salur darah bermaksud jumlah saluran darah yang terkandung dalam fiber otot. Aktiviti-aktiviti fizikal yang dijalankan akan menyebabkan pengaliran darah ke otot-otot meningkat. Ini akan menyebabkan pembukaan salur-salur darah yang pasif dan juga menyebabkan penggunaan salur darah yang sedia ada menjadi lebih aktif. Ini pastinya akan menghasilkan peningkatan densiti salur darah. Peningkatan densiti salur darah yang ketara berlaku di otot kardiak dan otot-otot rangka.

Prinsip Latihan Fizikal






Semasa merangka program latihan beberapa prinsip latihan perlu diikuti untuk memperolehi hasil yang maksimun. Prinsip-prinsip ini adalah:-
  1. Ansur Maju
Ia merujuk kepada peningkatan kesukaran latihan yang beransur-ansur. Kadar peningkatan hendakalha berdasarkan kepada keupayaan individu. Individu adalah berbeza maka peningkatan intensiti latihan hendaklah sesuai dengan keupayaan setiap individu.
  1. Tambah Beban
Mempunyai perkaitan yang rapat dengan ansur maju. Sistem latihan yang direkabentuk hendaklah mengenakan tekanan dalam jangka masa yang sesuai supaya dapat mengadaptasi dengan beban kerja yang berlebihan. Oleh itu latihan perlu mengenakan beban melebihi had biasa untuk meningkatkan prestasi komponen kecergasan fizikal yang hendak ditingkatkan.
  1. Perbezaan Individu
Program latihan mestilah bersifat individu kerana terdapa perbezaan individu dari segi matlamat, fisiologi, motivasi, genetik dan persekitaran. Oleh itu program latihan yang sama tidak akan memberikan kesan yang sama ke atas semua individu.
  1. Kekhususan
Program latihan yang dirancang hendaklah menjurus kepada matlamat yang hendak dicapai. Sebagai contohnya dalam fasa persedian program latihan perlulah menumpukan kepada peningkatan daya tahan otot, kekuatan otot dan daya tahan kardiovaskular.
  1. Kebolehbalikan
Latihan yang dihjalankan hendaklah konsisten kerana kesan dan hasil latihan tidak kekal. Penurunan ke atas prestasi akan berlaku sekiranya latihan dijalankan tidak berterusan dan umumnya penurunan berlaku lebih cepat daripada masa yang dimabil untuk membinanya.
  1. Kepelbagaian Latihan.
Mempelbagaikan latihan dapat menghilangkan kebosanan dan rasa jemu atlit. Aplikasi penyliangan latihan adalah salah satu cara dapat mengurangkan kebosanan dari mental dan fizikal.
  1. Penyesuaian Latihan atau Adaptasi.
Apabila sistem badan didedahkan kepada tekanan dan beban latihan yang berubah-ubah maka ia akan mengadaptasi secara perlahan-lahan untuk mengatasi keperluan yang dikenakan ke atas latihan tersebut. Penyesuaian dapat dilakukan dengan memanipulasikan angkubah-angkubah berikut:-
         
    • Kekerapan (frequency)
    • Intensiti
    • Masa (time)
    • Jensi (type)
Latihan perlu dijalankan dengan berterusan. Umumnya latihan bersifat aerobik perlu dijalankan sebanyak tiga kali seminggu dan dijalankan sekurang-kurangnya 20 minit bagi setiap sesi latihan. Intensiti latihan boleh ditafsir sebagi kualiti latihan. 

Intensiti latihan pada kadar nadi 60-90% akan memberi kesan kepada latihan. Jenis aktiviti yang digunakan akan menentukan kesan latihan sebagai contohnya senamrobik sesuai untuk meningkatkakn keupayaan aerobik.

 Jangkamasa latihan pentong unatuk menentukan kesan latihan yang optimun. Sekiranya terlalu singkat iaitu kurang dari 20 minit tidak akan memeberi kesan ke atas peningkatan keupayaan aerobik manakala jangkamasa terlalu lama pula akan mengakibatkan kelesuan.