Tuesday, 13 November 2012

Dril Sprint,Lari Pecut DLL

SALAM..



nak tahu Dril tuk larian pecut, larian berganti-ganti, lari berpagar dan lari jarak jauh x?

kat sini

aku nk share ngn korang cara mudah  wat dril kat murid-murid
kalu nak download je k
^_^





sorilah banyak pulak korang kena tekan2 
jangan tertekan suda
heehee

selamat mencuba!

cancincauuuuuuuu~!

Senaman Kalistenik



Definisi

Kalistenik ialah senaman yang merangkumi pelbagai pergerakan asas. Senaman kalistenik biasanya dilakukan tanpa menggunakan beban dan sebarang peralatan. Ia bertujuan untuk meningkatkan kekuatan dan fleksibiliti badan. Senaman kalistenik yang dilakukan semasa memanaskan badan membantu melonggarkan otot-otot dan menyediakan badan untuk melakukan aktiviti senaman. Dengan cara ini kecederaan otot dapat dielakkan. Kalistenik yang dilakukan semasa menyejukkan badan membantu mengelakkan dari berasa pening atau pitam dan kesakitan otot yang selalunya disebabkan oleh tindakan kita berhenti serta merta selepas senaman.
Senaman kalistenik merupakan pergerakan yang dilakukan secara lokomotor dan secara bukan lokomotor. Ia melibatkan pergerakan-pergerakan asas seperti melompat, membaling, melontar dan sebagainya.

Antara aktiviti kalistenik ialah:

a. memalingkan kepala dari kanan ke kiri,
b. mendongakkan kepala ke arah langit serta bumi,
c. memutarkan kedua belah lengan dan juga kedua belah pergelangan kaki,
d. mengilas bahagian atas tubuh badan,
e. membongkok dan mengilas tubuh badan dan
f. melakukan berbagai-bagai jenis lompatan.





Kesemua aktiviti ini bukan sahaja akan menambahkan kelenturan anggota sendi serta melonggarkan bahagian otot bagi mencegah kecederaan, bahkan ia menjadikan pergerakan kita semasa melakukan aktiviti sukan dengan lebih fleksibel dan mobiliti.
Senaman kalistenik merupakan satu aktiviti yang serupa dengan sukan gimnastik. Tapi senaman kalistenik bukan sukan jenis gimnastik. Senaman kalistenik adalah senaman daripada pergerakan asas yang dilakukan secara lokomotor atau bukan lokomotor. Senaman kalistenik juga dapat dilakukan secara manipulasi alatan iaitu penggunaan alatan.

Kebaikan Senaman Kalistenik

a. Meningkatkan stamina individu
b. Senaman kalistenik boleh dilakukan didalam atau diluar rumah( persekitaran haruslah berada dalam keadaan bersih, terang dan tidak mempunyai objek-objek yang berbahaya)
c. Dengan mengamalkan senaman kalistenik dalam rutin seharian dan mengamalkan diet seimbang, tahap kesihatan dan kecergasan dapat ditingkatkan
d. Latihan kalistenik dapat meningkatkan juga keyakinan diri
e. Individu dapat berasa tenang dan yakin serta membina fizikal yang kuat dan lebih tangkas
f. Membantu mental sentiasa berada stabil dan membantu untuk mengawal depresi
g. Membantu individu untuk tidur dengan lena.

PEMANASAN BADAN

Memanaskan badan ialah satu bentuk senaman yang dilakukan sebelum sesuatu aktiviti dijalankan. Ia memberi kesan yang berfaedah termasuk mencegah kecederaan dan meningkatkan pengaliran darah ke bahagian otot-otot yang bergerak. Aktiviti memanaskan badan termasuk senaman ringan, aktiviti melonggarkan dan diikuti dengan senaman regangan. Fasa memanaskan badan mengambil masa kira-kira 5 hingga 10 minit.

Definisi

Memanaskan badan adalah proses untuk menaikkan suhu badan dan mempercepat peredaran darah ke seluruh badan. Melakukan senaman kalistenik seperti regangan untuk menyediakan badan bagi menghadapi senaman aerobik atau senaman yang lebih berat. Pemanaskan badan adalah sebagai persediaan tubuh badan menjalankan aktiviti berat. Regangkan otot-otot dan sendi-sendi serta perlahan-lahan meningkatkan kadar nadi yang dikehendaki sebelum mengerjakan aktiviti-aktiviti yang giat.

Tujuan

a. Memanaskan badan
b. Mengelakkan kecederaan pada otot dan sendi
c. Meningkatkan pengaliran darah ke jantung
d. Menyediakan tubuh badan, otot-otot dan sendi serta meningkatkan kadar nadi untuk menghadapi aktiviti seterusnya.
Lakukan senaman dengan mengerjakan otot-otot besar dengan perlahan-lahan bersama-sama. Regangkan otot dan sendi secara mudah serta senang.

Cara untuk memanaskan badan
 

a. Memanaskan otot-otot yang akan digunakan seperti berjoging selama 8-10 minit, contohnya seperti berenang atau berbasikal secara perlahan-lahan.
b. Melakukan Regangan (15 minit) - lakukan setiap regangan 10 -20 saat. Lakukan regangan tetapi jangan memaksa sehingga boleh mencederakan otot-otot
c. Senaman khusus - berlatih kemahiran seperti menendang, melontar atau aktiviti yang menggunakan tenaga tinggi.

Menyejukkan badan

Bersenam tidak berakhir begitu saja. Jika memanaskan badan adalah penting, menyejukkan badan selepas bersenam juga penting dan tidak boleh diabaikan.
Tempoh beberapa minit selepas bersenam perlu digunakan untuk menyejukkan badan, iaitu dengan cara berjalan perlahan dan melakukan teknik sama seperti memanaskan badan.
Menyejukkan badan memastikan darah mengalir melalui otot dan sebarang asid laktik yang terbentuk dalam sel otot boleh disebarkan melalui pengaliran darah ke hati. Jika berhenti bersenam secara mengejut, asid laktik yang ditinggalkan di belakang otot boleh menyebabkan kekejangan.

a. Penyejukan
Gunakan teknik sama seperti memanaskan badan. Untuk melakukan regangan terhadap otot tendon atau urat di belakang lutut, bengkokkan kaki kanan dan angkatkan ke atas. Regangan di tendon boleh dirasai apabila teknik ini dilakukan. Kekalkan kedudukan dengan mengira satu hingga lima. Ulangi teknik ini dengan menggunakan kaki kiri pula.

b. Memperlahankan kepantasan
Berjalan atau berjoging dengan perlahan selama beberapa minit memastikan darah bergerak memasuki otot untuk menyingkirkan asid laktik.

c. Menurun
Bagi menyejukkan otot belakang tubuh dan paha, berdiri tegak dan kemudian turunkan tubuh hingga kedudukan mencangkung tanpa menggunakan tangan. Ulangi pergerakan ini sebanyak lima kali.

Kebaikan menyejukkan badan

SAMA seperti kesan buruk yang dialami apabila tidak memanaskan badan, berhenti secara tiba-tiba selepas melakukan senaman juga merbahaya. Ambil sedikit masa untuk menyejukkan otot secara teratur untuk mengelakkan kekejangan dan mengurangkan kesakitan otot. Menyejukkan badan menyebabkan rerambut otot menutup dan menghalang darah `berkumpul' yang boleh membawa kepada penurunan tekanan darah secara tiba-tiba.

Selepas melakukan senaman dengan lasak, anda perlu secara beransur-ansur mengurangkan tahap keseriusan senaman dengan berjoging atau berjalan secara perlahan. Kemudian lakukan semula regangan dan melonggarkan tubuh seperti sebelum bersenam. Apabila semua ini dilakukan, anda dengan yakin boleh berhenti bersenam kerana melakukan usaha terbaik untuk melindungi tubuh anda.



Jenis-jenis ikatan

SALAM..


~hallow~

korang biasa x ikat tali?
ikatan paling simple cam
ikat tali kasut

takkan xbesa kot kan
heee

ok
dalam pendidikan luar
bila kita pegi camping, ikatan tersangatlah penting
terutamanya masa nak buat gadjet
nak dirikan khemah
nak pasang apa2 yang patut time camping
jadi
untuk itu kita kenalah belajar mengikat dengan cara yang betul
kalau tak pandai ingat 
kang tumbang pulak khemah time tido
huhu

jadi..
kalau korang nak belajar lebih tentang ikatan ni
meh la tgok kat sini ye..

belajar ikat betul2 ye~! ^__^



bubye!


Asas Perkhemahan




Perkara asas kepada rekreasi atau kegiatan luar adalah perkhemahan. Jadi untuk permulaan saya akan bincang dan kungsi pengalaman yang sedikit dan rasakan amat cetek ini di blog ini.

Khemah : Pengertian amnya adalah - Tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan mempunyai kemudahan asas yang minima. Tidak kira apa bentuk dan jenis tempat berlindungan itu.



Maksud Tempat Perlindungan adalah sebarang bentuk tempat perlindungan tidak kira dari canves, nylon atau pun daun dan mungkin juga dari batu dan simen sepertimana yang didirikan oleh warga pelarian perang di tapak sementara di negeri orang . Yang pentingnya boleh memberi perlindungan dari hujan, panas, kesejukan dan juga angin.

Bagi warga rekreasi, khemah yang diperlukan adalah ringan, lasak dan senang dipasang dan dibuka semula. Yang paling sesuai adalah khemah dari bahan nylon dan jenis-jenis yang ringan. Ada tiga bentuk khemah yang sesuai dengan tiga bentuk cuaca dan persekitaran yang berbeza :


1. Khemah nylon berntuk "A" atau poncho (seperti digunkan oleh tentera) yang sesuai digunakan di kawasan tanah rendah atau pantai. Khemah jenis ini akan memberikan kitaran udara yang baik di tempat-tempat yang agak panas.



2. Khemah nylon berbentuk Dome adalah sesuai digunakan dipergunungan kerana boleh ditutup dan menghalang dari kesejukan. Khemah ini boleh memerangkap udara panas di dalam khemah dan menghalang angin sejuk dari menerobos ke dalam. Dengan ini memberi keselesaan kepada pengguna di persekitaran yang sejuk.




3. Khemah nylon berbentuk Igloo adalah sesuai digunakan di pergunungan air batu dan di tempat bersalji. Fungsinya sama dengan khemah bentuk Dome di atas, cuma ianya lebih memanaskan.

Keselamatan, ada beberapa perkara yang perlu diutamakan untuk dihindari dan dibuat

1. Jangan mendirikan khemah betul-betul di puncak gunung atau bukit, kerana ini akan menyebabkan kita menjadi "point of contact" sekiranya berlaku kilat atau petir, menjadi penampan sekiranya berlaku ribut atau angin yang kuat. Cara yang sesuai hendak dirikan khemah dalam jarak 4 ke 6 meter dari puncak. Lagi jauh lagi baik. Peristiwa dipanah petir pernah berlaku di sebuah gunung di Negeri Pahang satu ketika dahulu.

2. Jangan dirikan khemah di tepi tebing atau bawah tebing yang curam. Kerana tebing-tebing ini berpotensi untuk runtuh bila berlaku hujan atau sebagainya.

3. Jangan berkhemah terlalu hampir dengan tebing sungai. Banjir kilat di kawasan pendalaman akan berlaku tanpa disedari dan dalam beberapa saat saja air akan naik mendadak menghanyutkan khemah bila berlaku hujan di hulu sungai.

4. Hindari dari berkhemah di laluan binatang "Denai" kerana bila-bila masa saja binatang hutan akan melalui denai berkenaan. Yang paling bahaya adalah kumpulan gajah. Dalam sekelip mata saja khemah yang didirikan akan ranap kerana gajah akan berjalan berkumpulan. Jadi Jarakkan dari denai sekurang-kurangnya 4 ke 5 meter.

5. Sekiranya perlu buat unggun api hendaklah dalam jarak 4 meter dari khemah untuk mengelak percikan bunga api dan membakar khemah.

6. Jangan sekali-kali membawa masuk api ke dalam khemah seperti lampu gas atau minyak, dapur gas atau minyak, menghisap rokok dan sebagainya. Benda-benda ini bukan saja penyebab kebakaran tetapi juga sekiranya khemah bertutup rapat, ianya akan menghabiskan oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida dan meracuni udara di dalam khemah. Ini telah berlaku kematian sebagaimana berlaku di Gunung Korbu, Ulu Kinta satu masa dulu.

7. Hindari berkhemah di padang-padang lalang atau resam kerana lalang atau resam kering mudah terbakar. Begitu juga di tengah-tengah padang lapang kerana kemungkinan disambar petir adalah besar.

8. Dilarang sama sekali mendirikan khemah di bawah pokok yang rimbun, kerana bila hujan atau berlaku ribut, dahan-dahan pokok ini dengan daun yang rimbun dan berat amat berpotensi untuk runtuh dan menimpa khemah.

9. Jangan mendirikan khemah di bawah pokok yang mati. Pokok yang mati memang mereput dan akan patah pada bila-bila masa saja. Kemungkinan besar akan menghempap khemah.

10. Pastikan pintu khemah bertutup (zip) bila meninggalkan khemah untuk mengelak dari sebarang binatang atau serangga berbisa memasuki khemah.

11. Bila mendirikan khemah hendaklah pintu khemah tersebut membelakangkan arah tiupan angin untuk mengelakkan dari angin kuat menerobos ke dalam khemah bila pintu khemah di buka dan berpotensi untuk menerbangkan khemah atau paling tidak merusakan khemah.

12. Apa-apa benda tajam parang pisau dan sebagainaya hendaklah bersarung atau disimpan ditempat yang selamat dari terpijak dan senang untuk diambil bila perlu

13. Hendaklah menanda satu tempat bertemu atau berkumpul kembali yang difikirkan selamat sekiranya berlaku apa-apa kecemasan dan semuanya ahli bertepiaran lari ke pelbagai arah. Dan apabila keadaan sudah pulih tempat yang ditanda tadilah semua akan berkumpul semula

14. Setiap ahli atau anggota hendaklah mempunyai wisel untuk digunakan semasa kecemasan. Setiap keperluan tiupan wisel hendaklah diberikan Kod Nada dan jangan ditiup sesuka hati.

Untuk keselesaan, carilah tapak khemah yang rata dan tidak berbatu. Elak dari tapak yang lecak, berlumpur atau bertunggul.

Untuk mendapat kemudahan asas hendaklah berkhemah dekat dengan punca air dan berhampiran denai atau trek.

Satu pesanan penting : Bawa keluar apa yang dibawa masuk, terutama tin dan bekas plastik. Jangan menebang pokok sekiranya tidak sangat-sangat diperlukan. Buang najis hendaklah di dalam lubang dan ditimbus bukan di dalam sungai.

Memilih Kawasan

1. Sumber Asas 

Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang paling utama untuk diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya punca air. Punca air adalah penting untuk kita memasak, minum, membersihkan diri dan sebagainya. Namun begitu anda DILARANG berkhemah terlalu dekat dengan sungai dikawasan hulu atau berbukit. jika hujan dikawasan ini, terutamanya di sebalah hulu, paras air akan tiba-tiba naik dengan cepat.

2. Bentuk Muka Bumi 

Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering. Kedudukan tanah tersebut haruslah tinggi sedikit daripada kawasan disekitarnya untuk mengelakkan air bertakung / banjir ketika hujan lebat. Permukaan tanah juga seharusnya tidak berbatu-batu kerana ia tidak menyelesakan ketika tidur. Tambahan pula, ia boleh merosakkan alas khemah anda.

Anda juga TIDAK digalakkan untuk mendirikan khemah di bawah pokok yang besar ataupun yang sudah tua. Kerana dikhuatiri dahan yang besar dari pokok tersebut akan menghempap khemah anda. Anda juga harus memastikan bahawa tapak perkhemahan anda jauh dari semak dan belukar kerana kawasan begini merupakan tempat sarang serangga ataupun binatang merayap seperti ular, kala jengking dan lipan. Bukan itu sahaja, tunas lalang yang tajam boleh mengoyakkan khemah.

Tetapi anda juga diingatkan supaya tidak mencari kawasan yang terlalu lapang, sekurangnya tidak jauh dari tempat anda mempunyai pokok atau bukit untuk mengelakkan ancaman angin. Anda juga dilarang untuk mendirikan khemah yang terlalu dekat dengan kaki bukit kerana bahaya tanah runtuh.

3. Perhubungan 

Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubung dengan orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon awam, balai polis, rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini untuk memudahkan anda mendapatkan bantuan segera jika perlu. Jika anda menjalankan aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam hutan, pastikan anda berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan anda mudah dikesan dari udara.

4. Sinar Matahari 

Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuk tujuan mengeringkan udara lembap dalam khemah dan juga mengeringkan pakaian dan peralatan yang basah. Pemandangan yang indah juga tidak kurang pentingnya kerana ia dapat memberikan ketenangan kepada kita serta perkhemahan kita menjadi lebih seronok.

5. Denai Binatang 

Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang. Kerana dikhuatiri khemah anda akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang menggunakan denai tersebut.

Sekian, selamat berekreasi!^_^

BOLA KERANJANG



salam..
hye!
sihat x?hee

korang nak tahu lebih  tak pasal bola keranjang??
ni aku dengan kawan aku-aina ada buat powepoin tuk presentation kitaorang
jadi..

kalu nak tahu lebih lanjut sal permainan ni 
tgok kat sini ye..


bye! ^_^



Teknik Bermain Badminton


SALAM..
korang pernah tak main badminton?
alaa..tak kan masa kecik tak pernah main kan? hee

tahu sejarah badminton x? 
meh tgok sini ye 


tapi tahu tak cara main badminton yang betul ??

kat sini
aku nak kongsi dengan korang teknik main badminton yang betul ^_^


kalau nak lebih jelas dengan gambar-gambar semua tgok la kat sini ye..



harap korang smua dapat ilmu yang berguna pasal badminton ni
^___^


Friday, 27 July 2012

Sistem Penghadaman dan Metabolisme



SISTEM PENGHADAMAN

1.0  Pengenalan
Penghadaman ialah satu proses penghancuran atau pengisaran makanan secara fizikal, kemudiannya diikuti dengan beberapa proses kimia bagi memecahkan molekul makanan atau elemn yang lebih alus dan terasing bagi memudahkan proses penyerapan.


               











2.0  Struktur & Pergerakan Bahan Sisitem Penghadaman

-       Penghadaman bermula paabila makan memasuki tubuh menerusi mulut.
-       Proses ini juga melibatkan organ-organ lain seperti kelenjar liur, hati, pundi hempedu, dan pankreas.

3.0  Mulut 

-       Dalam mulut, makanan dipotong serta dikunyah oleh gigi dengan bantuan air liur yang melembutkan makanan dan memecahkan beberapa karbohidrat tertentu.
-       Selepas kunyahan, gumpalan makanan yang dipanggil bolus memasuki kerongkong menerusi gerakan peristalsis.

4.0  Perut 

-       Cecair gastrik dibebaskan oleh dinding perut terus menguraikan secara pagisiran terutamanya ke atas bahan-bahan protein dalam makanan dengan tindakbalas asid hidroklorik serta enzim penghadaman pepsin kepada peptid.
-       Makanan kekal dalam perut sehingga ia berubah menjadi elemen separa cair yang dikenali sebagai chyme sebelum ia memasuki duodenam.






Kalenjar
Fungsi
Enzim terhasil
1.
Hempedu
Menyerap dan menguraikan lemak.
Lemak halus (droplet)
2.
Pankreas
Amylase bertindak ke atas kanji, lipase bertindak ke atas lemak, trypsin bertindak ke atas protein.
Dextrin dan maltose fatty acid dan gliserol acid amino



Usus Kecil (Duodenum)

·         Sepanjang duodenum yang panjangnya 30cm, makanan terus diuraikan lagi oleh enzim penghadaman daripada pundi hempedu dan pankreas, juga cecair dari dalam usus kecil itu sendiri kepada bentuk makann yang lebih halus lagi

Usus Kecil ( Illium)

·         Dalam illium sepanjang 6 meter ini, enzim-enzim tambahan yang dirembes oleh kelenjar-kelenjar di sepanjang usus kecil melengkapkan proses penghadaman.
·         Nutrien- nutrien diserap menerusi didnding usus dan dihantar ke rangkaian pembuluh darah dan pembuluh limfa yang terdapat di sekitar usus.
·         Manakala bahan-bahan yang tidak terhadam dibawa ke usus besar.

Usus Besar

·         Air dalam bahan-bahan yang tidak terhadam akan diserap di sepanjang usus besar, manakaal bakinya akan memasuki rektum.


Rektum
·         Bahan – bahan sisa yang tidak terhadam akan dihantar bahagian akhir usus besar dan seterusnya dibuang keluar sebagai najis menerusi dubur.

1.0  Penyerapan

-       Penyerapan ialah proses apabila air, garam dan hasil pencernaan usus makan dari lumen usu diserap melalui membran ke sel mukosa usus dan seterusnya ke dlaam sisietm peredaran darah untuk diedarkan kepada tisu sasaran dalam tun=buh.
-       Sekiranya sisitem yang terlibat dalam proses penyerapan ini rosak, maka nutrien tidak akan dapat disalurkan  kepada sel-sel secara berkesan.

2.0  Nutrien dan Kegunaannya

Bil
Nutrien
Keterangan
1.
Karbohidrat
Diserapdalam bentuk glukosa, galaktosa dan fruktosa. Glukosa dan galaktosa diserap dua kali cepat berbanding fruktosa. Sumber tenaga.
2.
Gula Monosakarida
Diserap secara pengangkutan aktif bertentangan dengan ceru kepekatan
3.
Protein
Diserap dalam bentuk asid amino dan dipeptido melalui pengangkutan aktif. Untuk pembinaan enzim dan komponen struktural bagi sel.



4.
Lemak
Diserap dalam bentuk asid lemak dan gliserol dan juga sebagai titisan lemak. Digunakan untuk sumber tenaga dan pembinaan molekul biologikal.
5.
Vitamin dan garam Mineal
Diserap dalam bentuk asal, iaitu tidak dicernakan. Digunakan untuk proses metabolisme
6.
Antioksida
Melawan oksida dan radikal bebas, anti kanser.
7.
Fitokimia
Memelihara kesihatn



3.0  Asimilasi

-       Asimilasi ialah proses menggabungkan hasil pencernaan atau nutrien yang mudah kepada juzuk-juzuk kompleks dalam hidupan.
-       Proses ini tidak semstinya berlaku selepas penyerapan kerana bahan yang diserap ke dalam kapilari darah usus dibawa oleh vena portal hepar ke hati untuk diproses an disediakan bagi kegunaan metabolisme atau asimilasi.

4.0  Metabolisme

-       Metabolisme adalah merujuk kepada satu istilah kolektif bagi segala proses kimia yang berlaku di dalam tubuh manusia. Meabolisme terbahagi kepada dua :
 
                              I.        Katbolik – bahan yang bersifat kompleks diuraikan menjadi unit ringkas ; selalunya disertai dengan pembebasan tenaga. Contohnya pembakaran glukosa dalam sel tubuh bagi menghasilkan tenaga dlam produk sampingan iaitu karbon dioksida dalam air.

                             II.        Anbolik – bahan yang bersifat kompleks dibina daripada juzuk-juzuk yang ringkas ; juga biasanya dosertakan dengan pembebasan tenaga. Contohnya sintesis protein kompleks daripada asis amino.




1.0  Proses dan Penyerapan Nutrien

-       Nutrien ialah suatu bahan yang mengandungi khasiat.
-       Makanan terdiri daripada molekul organik yang besar dan tidak boleh dilarut dan dihancurkan begitu sahaja.
-       Sisitem pengahadaman akan mengecilakan struktur fizikal bahan sebelum proses seterusnya berlaku.
-       Molekul dibebaskan ke dalam aloran darah untuk diserap oelh sel dan sebagainya.
-        
10. 0 Penyerapan dan Peghadaman Karbohidrat

-       Terdapat dua langkah dalm proses pengahadaman karbohidrat iaitu ;
                             I.                Penghasilan karbohidrat daripada kelenjar liur
                            II.                Penghasilan karbohidrat daripada pankreas

-       Pengahadaman karbohidrat melibatkan dua enzim iaitu amilase liur dan amilase pankreas.
-       Berfungsi dengan berkesan pada pH 6.7 - 7.5

2.0  Pengahadaman dan Penyerapan Lipid

-       Penghadaman lipid melibatkan kalenjar lidah daripada kalenjar mulut, lipase pankreatik daripada pankreas.
-       Lipid sangat memerlukan asid lemak untuk menghubungkan satu molekul gliserol.
-       Lipase adalah enzim larut air dan lipid cenderung kepada bentuk besar yang menyingkirkan molekul air.

3.0  Penghadaman dan Penyerapan Air.


-       Sel tidak boleh menyerap air secara terus
-       Pergerakan air melalui sistem penghadaaman menghasilkan pembebasan kalenjar yang melibatkan aliran pasif air.
-       Apabila dua pengaliran dipisahkan kepada pengaliran di dalam larutan yang mengandungi kepekatan bahan tersebut.
-       Ait terlarut bergerak ke dalam tisu bagi memastikan keseimbangan osmotik.
-       Setiap hari, 2000 ml air dihadam daripada makanan dan minuman.

4.0  Penghadaman dan Penyerapan Vitamin

-       Vitamin adalah bahan organik yang hanya boleh diambil dalam kuatiti yang sedikit.
-       Terdapat dua kategori vitamin iatu :

                      I.        Vitamin larut lemak
                     II.        Vitamin larut air
-       Viatamin A, D, E, dan K adalah vitamin larut lemak.
-       Vitamin B dan C adalah vitamin larut air.
-       Proses dan penyerapan vitamin :
                      I.        Garam mineral dan Vitamin B dan C disera bersama-sama dengan gula ringkas dan asid amino ke dalam kapilari darah villus.
                     II.        Vitamin A, D, E dan K ( yang larut lipid) diserap ke dalam lacteal villus bersama-sama dengan asid lemak dan gliserol.

KARBOHIDRAT

KARBOHIDRAT ialah sumber tenaga pilihan utama, lemak berada di tempat kedua dan protein pula digunakan oleh sel badan untuk tujuan membina dan memulihkan sel badan. Fungsi badan kita banyak bergantung kepada karbohidrat. Sel otak kita bergantung sepenuhnya kepada karbohidrat sebagai sumber tenaga. Lemak tidak digunakan oleh otak dan sistem saraf dan diet tinggi lemak menjadi punca pelbagai penyakit. Terdapat dua jenis karbohidrat iaitu karbohidrat kompleks dan karbohidrat ringkas.



Terdapat jenis karbohidrat yang berbeza dalam diet. Contoh karbohidrat ringkas:
- Monosakarida: Glukosa, fruktosa (gula buah) dan galaktosa

- Disakarida: Sukrosa (gula biasa, madu), laktosa (gula susu) dan maltosa (biasanya digunakan untuk membuat pastri).

Sementara itu, makanan karbohidrat kompleks terdiri daripada dua rantaian monosakarida dan ahli sains menggelarnya sebagai polisakarida seperti:

- Kanji wujud dalam nasi, roti dan mi, tumbuhan berubi seperti kentang, kacang atau kacang dal. Kebanyakan masyarakat mempunyai makanan ruji berasaskan bijirin yang dijadikan sumber tenaga utama
-Serat makanan yang wujud dalam makanan seperti serat dalam bijirin dan beras. Kesan karbohidrat berbeza dalam badan kita.

Sistem penghadaman tidak perlu bekerja keras untuk menghadamkan dan menyerap sepenuhnya karbohidrat ringkas kerana rantaiannya lebih pendek. Justeru, jika kita memerlukan tenaga segera, terutamanya apabila melakukan senaman yang menguji daya ketahanan, karbohidrat ringkas boleh memenuhi keperluan ini, terutamanya apabila gula darah semakin rendah.

Namun jika kita mengambil terlalu banyak karbohidrat ringkas, gula darah akan
meningkat secara mendadak dalam tempoh yang singkat,  jika karbohidrat ringkas terus
merangkumi sebahagian besar daripada diet harian, masalah gula darah tinggi akan
berkekalan.



Manfaat karbohidrat kompleks

Hampir semua sel badan menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga utama, dan badan kita tidak boleh mengenal molekul karbohidrat kompleks sebagai sumber tenaga. Namun,badan kita sebenarnya sistem yang pintar kerana mampu menukarkan karbohidrat kompleks kepada bentuk yang boleh diserap dan digunakan oleh sel.Banyak karbohidrat kompleks juga kaya dengan vitamin B yang diperlukan semasa membebaskan tenaga dalam sel badan. 

Tambahan lagi, sumber makanan karbohidrat semula jadi yang pada amnya tidak diproses, umumnya rendah lemak dan mengandungi banyak serat.

Kelebihan karbohidrat kompleks

Kajian mendapati diet tinggi serat dan rendah lemak mengurangkan risiko penyakit kronik. Serat boleh didapati dalam tumbuh- tumbuhan seperti sayur-sayuran, buah buahan dan kekacang.Serat terdapat dalam dua jenis:

- Serat tidak larut: Serat ini tidak larut dalam air dan biasanya didapati pada bahagian luar buah, sayuran dan bijirin. Serat tidak larut akan membantu melawaskan pembuangan air besar dan baik bagi mereka yang mengalami masalah sembelit.

- Serat larut: Serat ini boleh larut dengan mudah dalam air dan sering bergumpal seperti bahan lekit atau gel dalam makanan. Satu contoh yang baik ialah oat. Jika kita menyediakan semangkuk bijirin oat untuk sarapan pagi, ia sering menjadi lebih pekat selepas kita membiarkannya buat seketika.
Ia memperlahankan kadar pengosongan makanan daripada perut, memanjangkan rasa kenyang dan melengahkan rasa lapar. Disebabkan kadar pembebasan makanan yang lebih perlahan ke dalam saluran usus, ia membantu mengawal gula darah naik terlalu pantas dan tinggi selepas makan.

Badan kita memerlukan kedua-dua jenis serat untuk menjaga kesihatan saluran penghadaman dan kesejahteraan badan. Kita disyorkan makan 25g serat pemakanan sehari. Untuk mencapai sasaran ini, anda seharusnya memilih makanan kaya serat dalam diet harian. Daripada makan biskut biasa, apa kata anda makan biskut berserat tinggi.
                 


PROTEIN

Protein terdiri daripada unsur karbon,hidrogen,oksigen dan nitrogen.Selain itu,unsur sulfur dan fosforus juga boleh dijumpai dalam kebanyakan protein.

Protein diperlukan dalam:
1.) Pertumbuhan dan penggantian tisu yang rosak atau haus.
2.) Diperlukan untuk membina pelbagai bahan seperti enzim,mukus,haemoglobin,antibodi dan sesetengah hormon.Juga dapat membekalkan tenaga.
3.) Protein terhasil daripada kondensasi monomer-monomer yang dinamakan asid amino.Terdapat kira-kira 20 jenis asid amino semula jadi yang terlibat dalam pembentukan protein.
4.) Asid amino yang dapat dibina oleh badan kita dinamakan asid amino tidak perlu.Ini bermakna asid amino tersebut tidak diperlukan dalam gizi kita.
5.) 9 jenis asid amino yang lain tidak dapat dibina oleh badan kita dan mesti diperolehi daripada gizi.

Fungsi protein:
 
1.)    Protein menggantikan protein yang hilang selama proses metabolisme yang normal dan proses penguasaan yang normal
2.)    Protein menghasikan jaringan baru
3.)    Protein diperlukan dalam pembuatan protein-protein yang baru dengan fungsi khusus dalam tubuh iaitu enzim,hormon dan haemoglobin.







LIPID

Terdiri daripada unsur karbonmhidrogen dan oksigen.lipid tidak terlarut dalam air.Lipid wujud dalam pelbagai bentuk seperti lemak,minyak,lilin,fosfolipid dan steroid.

Fungsi Lipid:
1.)    Membekalkan tenaga.
2.)    Membina membran plasma dan neuron
3.)    Mensintesiskan sesetengah hormon
4.)    Lemak yang disimpan di bawah kulit berfungsi sebagai penebat haba untuk mengawal suhu badan.
5.)    Lemak di sekeliling organ dapat melindungi organ daripada kecederaan fizikal.
6.)    Lemak berfungsi sebagai pelarut vitamin A,D,E dan K.
7.)    Lemak terbahagi kepada lemak tepu dan lemak tak tepu.
8.)    Lemak tak tepu ialah lemak yang terdiri daripada asid lemak yang mempunyai ikatan ganda dua dan mampu menerima hidrogen lagi.lemak tak tepu wujud dalam bentuk cecair pada suhu bilik.
9.)    Lemak tepu ialah lemak yang terdiri daripada asid lemak yang tidak mempunyai ikatan ganda dua.
10.)        Lemak tepu wujud dalam bentuk pepejal pada suhu bilik.Contohnya lemak haiwan.


GARAM MINERAL

Badan manusia mengandungi 7% garam mineral yang diperolehi daripada haiwan dan tumbuhan yang dimakan.Diperlukan untuk menjalankan tugas-tugas penting dalam badan iaitu:

1.)    Untuk pembentukan tulang dan gigi yang baik.Unsur-unsur yang diperlukan ialah kalsium,fosforus dan magnesium.
2.)    Untuk pembentukan sel darah,unsur yang diperlukan iaitu zat besi,fosforus,sulfur dan magnesium
3.)    Untuk menstabilkan garam larut di dalam cecair badan,unsur sodium(garam) dan klorin diperlukan oleh badan.
4.)    Zat besi dan fosforus diperlukan untuk pembebasan tenaga dan masa pembakaran makanan.
5.)    Iodin diperlukan supaya kalenjar tiroid boleh berfungsi dengan betul.












VITAMIN

Vitamin adalah bahan organik bukan kimia yang diperlukan oleh tubuh dalam kuantiti yang kecil untuk menyelenggara fungsi metabolisma yang normal.Diet seimbang yang merangkumi keempat-empat kumpulan makanan(bijirin,daging,hasil tenusu,buah-buahan dan sayur-sayuran) adalah mencukupi untuk membekalkan sumber vitamin dan mineral untuk keperluan tubuh.

Vitamin terbahagi kepada dua iaitu vitamin larut lemak dan yang larut dalam air.Vitamin larut lemak merupakan vitami yang boleh disimpan dalam tubuh dan tidak perlu diambil setiap hari.











Vitamin A
 
Kepentingan

Ia juga dikenali sebagai Retinol. Ia penting untuk :
àTumbesaran kanak-kanak yang sempurna, 
àPenglihatan yang baik (mencegah dan kadang-kala memulihkan rabun malam)
untuk kanak-kanak dan orang dewasa. 
àKulit yang sihat 
àLapisan selaput mukosa didalam tubuh. 

Kekurangan

Kekurangan Vitamin A boleh menyebabkan :
• Penurunan daya tahan kepada jangkitan;
• Kulit kasar, kering dan berjerawat
• Masalah penghadaman 
• Batu karang (ginjal)
• Rabun malam 
• Penyakit mata, termasuk xerophthalamia, dimana ia boleh menyebabkan buta. 


Sumber Vitamin A 

Sumber Vitamin A yang baik adalah :
-Hati, telur 
 -Marjerin  
- Susu penuh krim dan susu rendah lemak 
o-Beta Carotene dari makanan (terdapat dengan banyaknya di dalam labu, lobak,
aprikot, mangga, betik dan buah dan  sayur yang berwarna kuning/oren dan
merah serta dalam sayuran daun hijau seperti bayam, sawi, lobak putih dan ubi
bit) yang akan ditukar kepada Vitamin A oleh tubuh kita. 

Keracunan 

Vitamin A larut lemak, dan ianya disimpan dalam badan sekiranya supplemen berlebihan diambil secara berlebihan  Dalam kes yang teruk, kemungkinan berlaku rabun penglihatan, tekanan tinggi dalam otak, dan keguguran rambut. 

Vitamin C

Kepentingan

Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik. Ianya penting untuk pembentukan dan  pengekalan kolagen, iaitu sejenis protein yang mengukuhkan kedudukan sel badan.  Ia sangat mustahak untuk tulang  dan gigi, untuk pembuluh darah, dan penyembuhan luka.  Vitamin C juga membantu dalam proses metabolisma beberapa jenis asid amino dan hormon.  Ia juga memiliki kesan antioksida, dengan membantu badan mengeluarkan kumuhan karcinogenik hasil dari proses metabolisma yang digelar sebagai radikal bebas.

Kekurangan

Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan: 
-Skurvi 
-Kurang daya tahanan 
-Pendarahan gusi.

Sumber

Sumber Vitamin C yang baik adalah : 
-Jambu batu 
-Betik 
-Belimbing 
-Mangga 
-Buah Sitrus (Limau) 
-Sayuran berdaun hijau

Keracunan 

-Cirit birit ,Ganguan gastro usus,pembentukan batu karang (ginjal)  dan penambahan asid urik.

Vitamin B12

Kepentingan

Vitamin B12 atau Cobalamin, dalam kombinasi dengan Folacin (Vitamin B12 juga dikenali sebagai Asid Folik) .Ia digunakan dalam pembentukan sel darah merah  Ia juga membantu dan mengekalkan pelindung selaput saraf.

Kekurangan
Simtom kekurangan Vitamin B12 ialah:
-Pernicious Anemia 
-Lumpuh otot dan urat saraf.

Sumber 

-Daging 
-Ikan 
-Ayam/itik 
-Prodek tenusu 
-Telur 
-Hati 
 
Zat Besi

Kepentingan

Zat besi adalah garam galian yang diperlukan dengan sedikit tetapi sangat penting untuk kebaikan kesihatan dan kehidupan. Kebanyakan daripada zat besi dalam tubuh manusia terdapat di sel darah merah-hemoglobin dan kepentingannya adalah: 
-Memudahkan pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah 
-Pembentukan myoglobin dalam otot 
-Pembawa oksigen 
-Terlibat dalam penggunaan tenaga .

Kekurangan 
Secara amnya kekurangan zat besi boleh menyebabkan : 
-Anemia 
-Simptom 'Attention Deficit Hyperactivity Disorder' dikalangan kanak-kanak 
-Dikalangan orang dewasa kerap kali menyebabkan keletihan





Sumber

-Hati 
-Beef(daging merah)
-Ayam/itik 
-Ikan 
-Cengkerang 
-Telur 
-Kekacang 
-Kacang kering 
-Buah prun kering 
-Jus buah prun 
-Bijiran - yang ditambah dengan zat besi 
-Gandum penuh 
-Roti yang diperkaya dengan galian dan bayam

Keracunan 

-Boleh merosakkan hati dan pancreas, 
-Kemungkinan peningkatan risiko untuk barah dan penyakit jantung. 
 
 Asik Folik

Kepentingan 

Juga di kenali sebagai Folate. Diperlukan untuk menghasilkan sel batu terutama sel darah merah.

Kekurangan 

-Kelesuan 
-Keletihan 
-Kurang daya tumpuan 
-Cepat marah 
-Pening 
-Jantung berdebar 
 -Sesak nafas 
-"Neural tube Defect" (kekurangan semasa mengandung) • Sumber 
-Kekacang 
-Sayur daun bewarna hijau
 
Kalsium

Kepentingan 

Terlibat dalam proses penambahan garam galian dalam pembentukan tulang
dan gigi janin 
-Kontraksi dan relaksasi otot, 
-Fungsi-fungsi saraf, 
-Pengawalan selular dalaman, 
-Cofactor enzim selular luaran, 
-Pembekuan darah dan tekanan darah 

Kekurangan 

-Osteoporosis, 
-Pertumbuhan kanak-kanak yang terbantut. 
-Osteomalasia 
-Rikets

Sumber 

-Susu dan produk tenusu, 
-Ikan (Bertulang), 
-Tofu, 
-Kekacang, 
-Brokoli 
-Bayam 
-Cekur manis 
-Makanan yang diiperkaya dengan kalsium 

Keracunan 

-Batu karang (ginjal). 
 
Zink
Kepentingan 

-Pengangkutan untuk Vitamin A, 
-Deria rasa, 
-Penyembuhan luka, 
-Produksi sperma, 
-Perkembangan bayi, 
-Memainkan peranan dalam kebanyakan enzim, hormon (insulin), bahan
generik dan protein. 

Kekurangan 
-Kurang selera makan,  o Tumbesaran kanak-kanak terbantut, 
-Kelembapan perbentukan organ seks, 
-Penurunan fungsi imuniti, 
-Lambat penyembuhan luka.
Sumber 
-Hati 
-Daging 
-Ayam/itik 
-Makanan laut 
-Kekacang (OffalsNuts) 
-Bijiran 
-Kekacang 
-Bijiran penuh
Keracunan 
-Demam, 
-Muntah, 
-Cirit birit, 
-Gastrik 
-Pening
 
Iodin

Kepentingan 

-Membantu dalam pengawalan metabolisma dan pembentukan janin.
Kekurangan 

Pembesaran kelenjar tairoid (goiter) 

Sumber 

-Makanan laut 
-Garam beriodin 

Keracunan 

-Sensasi panas dalam mulut, tekak dan perut 
-Sakit perut 
-Demam 
 -Loya 
-Muntah 
-Cirit Birit 
-Hypotyroidism 
-Goiter 

 
METABOLISMA

Berasal dari perkataan Greek iaitu metaboie= Berubah. Perubahan kimia yang berlaku dalam tubuh badan untuk memenuhi pelbagai fungsi pentingnya.Metabolisma menukar bahan dalam makanan menjadi tenaga yang kita gunakan untuk berfikir atau untuk pertumbuhan badan.

Faktor mempengaruhi metabolisma:
1.)    Iklim
2.)    Jenis pekerjaan
3.)    Saiz tubuh
4.)    Jenis pakaian
5.)    Umur
6.)    Jantina

Terdapat dua bentuk metabolisma iaitu:
1.)    Katabolisma- menghasilkan tenaga seperti pemecahan makanan dalam respirasi sel
2.)    Anabolisma- menggunakan tenaga untuk membentuk komponen sel seperti protein dan asid nukleik

Laluan metabolisma:
1.)    Metabolisma karbohidrat- Hasil pencernaan dan penyerapan makanan berasaskan gula dan kanji yang terkandung di dalam darah iaitu sebagai glukosa.Adalah satu proses untuk mendapatkan bekalan tenaga melalui pencernaan makanan berasaskan karbohidrat seperti nasi,serat dan bijirin.

2.)    Metabolisma nukleik asid-Memainkan peranan untuk membawa maklumat molekul dalam sel,dan mensintesis protein serta menentukan ciri-ciri kepada semua makhluk.Elemen mengandungi maklumat yang diturunkan kepada sel-sel anak(GEN).Gen adalah terdiri dari dna atau rna(asid nukleik).


3.)    Metabolisma protein- Sebagai hasil pencernaan bahan makanan berasaskan protein yang diproses oleh enzim asid amino.Hanya 9 jenis asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan.Selebihnya akan disimpan dipecahkan ke dalam hati bagi mengeluarkan nitrogen,dan yang tinggal hanyalah karbon,oksigen dan hidrogen bagi menjalankan proses penghasilan haba dan tenaga.Kekurangan protein akan menyebabkan semua karbohidrat dan lemak habis digunakan.Badan menjadi kurus akibat pengurusan otot.
Enzim pencernaan protein...

1.)Pepsin(dgn HCL)-protein= pepton
2.)Rennin- menghasilkan kasein dari kasinogen
3.)Pepsin(dgn HCL)-kasein= pepton

4.)    Metabolisma lipid
Lemak dalam diet kita adalah lipid,suatu bahan organik.Lipid dietary yang penting dalam diet kita adalah:
1.)    Trigliserida
2.)    Kolestrol dan
3.)    Fosfolipid
4.)    Lemak boleh didapati dalam daging,hasil tenusu dan kacang
Jenis-jenis kolesterol adalah lipid yang hanya didapati dari makanan berasaskan haiwan dan tidak didapati dari tumbuh-tumbuhan.Kolesterol penting untuk membentuk hormon seperti testosteron dan estrogen.Fosfolipid boleh didapati dari kuning telur,hati,kekacang dan lecithin.
]

Bioenergetik
>Makanan
>Kadar Metabolik
>Thermoregulasi

Makanan dan tenaga
1)    Setiap pergerakan fizikal memerlukan tenaga. Tenaga boleh diperolehi melalui makanan. Penghasilan tenaga yang berterusan berlaku dalam badan kita untuk menampung kehidupan.
2)    Tenaga didefinasikan sebagai kapasiti dalam badan kita untuk menampung kehidupan.
3)    Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi ianya bertukar bentuk.
4)    Tenaga boleh terdapat dalam enam bentuk iaitu kimia, mekanikal, haba, cahaya, elektrik dan nuclear.
5)    Tenaga yang dihasilkan semasa pemecahan makanan digunakan untuk menghasilkan kompaun kimia yang dikenali sebagai adenosina trifosfat(ATP) yang disimpan dalam sel-sel otot.

Apabila salah satu ikatan fosfat pada ATP terurai, 7 hingga 12 kilokalori tenaga dihasilkan. Tenaga yang dihasilkan semasa pemecahan ATP merupakan sumber tenaga sementara  yang boleh digunakan oleh sel-sel otot untuk melakukan kerja.

Makanan

-Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap iaitu setiap empat hingga lima jam. Apabila ada kemasukan makanan, kadar metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan makanan. Secara tidak langsung ia juga akan meningkat bagi menukarkan makanan kepada tenaga.

-Pastikan anda mengambil m\sarapan. Kajian menunjukkan individu yang mengambil sarapan secara tetap dalam masa dua jam selepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal berat badan.

Apabila makan secara sihat.

-Makan sekurang-kurangnya ½ cawan sayur pada setiap waktu makan.
-Makan sekurang-kurangnya satu jenis buah pada setiap waktu malam.
-Pelbagaikan jenis buah dan sayur.
-Pilih hidangan yang mengandungi buah dan sayur.
Contoh: rojak buah/sayur, pecal
-Jadikan buah sebagai snek.
-Makanlah ulam dan salad bersama hidangan anda.

>Makan bijirin penuh, kekacang dan biji-bijian.

-Makan sarapan berasaskan bijiran penuh seperti oat, jagung dan capati.
-Pilih roti, roti pita, bijirin sarapan pagi dan biskut yang berasaskan bijirin penuh.
-Menggantikan atau campurkan nasi putih dengan nasi beras perang.
-Makan makanan seperti tauhu, temped an kacang panggang beberapa kali seminggu.
-Makan kekacang atau biji-bijian beberapa kali seminggu
Contoh: Biji selasih dalam minuman atau kuih yang ditabur bijian.

>Had dan kurangkan makanan bergoreng dan berlemak.

-kurangkan kekerapan pengambilan makanan bergoreng
-pilihlah makanan yang rendah lemak
-ambil kuih yang berminyak dalam kuantiti sedikit
-buang kulit dan lemak dari ayam atau daging sebelum dimasak dan dimakan.
-pilihlah makanan yang rendah kekurangan lemak tepu dan kolestrol.
-pilih makanan dan minuman yang kurang gula.

>hadkan pengambilan makanan manis dan bergula

-kurangkan minuman yang manis dan berkarbonat
-gunakan panel maklumat pemakanan untuk membuat perbandingan jumlah gula didalam sesuatu produk
-berhati-hati dengan pemanis tiruan

>3 Kelas makanan utama yang memberikan tenaga


 

 

-Ketiga-tiganya mempunyai “nilai kalori”(kandungan tenaga) tertentu seperti jadual berikut.

Kelas Makanan
Nilai Kalori
(kilokalori)
Sumber
Karbohidrat
4
Nasi
Lemak
9
Minyak masak
Protein
4
Ikan dan daging


-Masalah kesihatan yang sering berlaku jika mengambil kalori yang tinggi atau terlampau rendah.

Masalah kesihatan
Punca
Gejala
Cara mencegah
Cara merawat
Malnutrisi
Kekurangan
Sangat lurus dan tidak bertenaga
Makan makanan seimbang dan mencukupi
Memberi zat tambahan
Anorexia
Tabiat tidak mahu makan kerana ingin menguruskan badan
Terlalu kurus
Pendidikan
Kaunseling
Kegendutan
Pengambilan kalori berlebihan
Kelihatan terlalu gemuk, pengumpulan lemak di bawah kulit
Mengawal pengambilan makanan
Bersenam atau mengambil ubat dari doctor.
Penyakit jantung dan Tekanan Darah Tinggi
Makan makanan berlemak berlebihan
Serangan penyakit jantung dan cepat letih apabila melakukan aktiviti fizikal.
Mengurangkan makanan berlemak
Pembedahan dan pengambilan ubat

>Kadar Metabolik

-lebih kepada penggunaan kimia daripada secara fizikal
-dalam keadaan sejuk hipotalamus akan mengawal otot rangka untuk mengecut dan mengedur secara aktif dan menyebabkan seseorang menggigil dan meningkatkan suhu badan.
-dalam masa yang sama kalenjar adrenal merembeskan hormone adrenalina dan noradrenalina manakala kalenjar tiroid akan merembeskan hormone tiroksina, semua hormone ini bertujuan untuk meningkatkan suhu badan dengan cara meningkatkan metabolism badan.
-dalam keadaan panas, aktiviti otot rangka akan berkurangan, begitu juga dengan perembesan hormone-hormon tertentu oleh kalenjar adrenal dan kalenjar tiroid akan berkurangan.

>Keperluan tenaga dalam badan

-dalam kehidupan harian, tenaga kimia dalam makanan ditukar semasa respirasi kepada tenaga kinetic dan tenaga haba. Tenaga kinetic digunakan untuk membuat kerja manakala tenaga haba memanaskan badan.
-Jumlah tenaga kimia yang dihasilkan oleh makanan diukur dalam unit kilojoule (kj). 1 kj = 1000joule(J)
-jumlah tenaga yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada beberapa factor seperti jantina, umur, saiz badan dan aktiviti fizikal yang dijalankan.
-Apabila saiz badan bertambah keperluan tenaga juga bertambah. Luas permukaan yang lebih menyebabkan lebih banyak tenaga haba hilang. Jadi lebih banyak tenaga diperlukan untuk menggantikan tenaga yang hilang.
-Individu yang aktif boleh memakan makanan(karbohidrat dan lemak) yang banyak kerana apa yang dimakan akan dipecahkan secara pengoksidaan untuk membebaskan tenaga
-Perempuan memerlukan kurang tenaga jika dibandingkan dengan lelaki kerana purata berat badan perempuan kurang.


-Kanak-kanak sedang membesar memerlukan lebih banyak tenaga jika dibandingkan denga orang dewasa kerana kadar pertumbuhan mereka lebih pesat dan kadar metabolism mereka lebih tinggi kerana mereka lebih aktif dan cergas.

>Thermoregulasi

-Thermo – haba
-Regulation – pengawalan haba
-Kemampuan organisma untuk mengekalkan suhu badan dalam keadaan tertentu walaupun keadaan suhu persekitaran berbeza
-jika badan tidak mampu untuk mengekalkan suhu badan pada aras normal dan meningkat melebihi aras normal, keadaan hyperthermia akan berlaku. Sebaliknya, apabila suhu badan menurun melebihi aras normal dikenali sebagai hypothermia.
-suhu badan dikawal oleh hipotalamus, satu struktur di otak yang merupakan sebahagian dari system saraf pusat

-->hipotalamus anterior berfungsi mengatur pembuangan panas.
-->hipotalamus posterior berfungsi mengatur upaya penyimpanan panas.
-Contohnya, sekiranya kulit kita menjadi panas kerana cuaca panas atau demam, tubuh badan akan membuat penyesuaian untuk mengurangkan haba.
-->Pertama, lebih darah akan mengalir berdekatan dengan kulit supaya haba dapat dibebaskan dengan lebih mudah melalui kulit.
-->Kedua, perpeluhan akan bermula dan penyejatan peluh akan mengurangkan haba badan.