Monday 20 May 2013

Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah







 DEFINISI DAN  KONSEP PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

Pentadbiran dan pengurusan sekolah merupakan satu aspek penting yang perlu diberi perhatian, kerana menurut kajian- kajian yang telah dijalankan di Malaysia, pembolehubah pengurusan seperti kepimpianna gruru besar adalah pengaruh utama dalam mennetukan kualiti pendidikan dan pencapaian akademik pelajar. Menurut Peter F. Drucker, Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif yang paling berkesan, maklumat ini disokong oleh pandangan yang menyatakan bahawa kecekapan pentadbiran akan menyumbang kepada matlamat organisasi.( Morphet et al, 1982).
Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat penting. Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia.Dalam proses pentadbiran,ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal.Untuk mengurus sesuatu organisasi,seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran.

Griffiths(1959) , menyatakan pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia. Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu. Drucker(1945) pula menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga. Stoner(1984) mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Campbell pula,menjelaskan proses pentadabiran sebagai satu cara anggota-anggota sebuah organisasi membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk mencapai matlamat.

Dalam konteks pentadbiran, pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat. Jabatan Pendidikan dan sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan pentadbiran yang sihat. Kita seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep tersebut.Sebagaimana yang kita fahami,pendidkan sebagai agen sosialisasi dan penyampai warisan budaya dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan individu-individu menikmati kehidupan yang baik.

Mengikut Knezevich (1974),pentadbiran sekolah ialah satu proses sosial yang bersangkut paut dengan mengenal pasti, menyelenggarakan, merangsang, mengawal,dan menyatukan secara formal mahupun tidak formal kuasa-kuasa yang bercorak manusia dan material kedalam satu sistem yang kukuh dengan tujuan memenuhi objektif yang ditetapkan

Sementara itu Campbell,Bridges dan Nystrand (1977) pula berpendapat bahawa pentadbiran pendidikan ialah satu proses untuk menyelaras usaha dikalangan berbagai-bagai anggota bagi memenuhi matlamat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

Jadi secara ringkasnya matlamat akhir yang dikehendaki dalam pentadbiran sekolah atau institusi ialah untuk meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. Ia meliputi peranan yang dimainkan oleh sekolah, jabatan pendidikan, institute pendidikan guru dan juga universiti. Pentadbiran sekolah tidak boleh dibezakan dengan bidang lain. Pada asasnya ia adalah segala usaha yang dijalankan oleh sesuatu organisai untuk memenuhi matlamat dan tujuan tertentu di samping menyelenggarakan dan mengekalkan struktur organisasi.

Dalam organisasi, konsep pentadbiran dan pengurusan sekolah selalu digunakan dan saling bertukar ganti. Definisi pengurusan lebih kurang sama dengan pentadbiran, iaitu proses mengarah, mengawal sesuatu institusi yang melibatkan perancangan. Di Malaysia istilah pentadbiran lebih kerap digunakan kerana ia lebih menitikberatkan kepada perkhidmatan dan bukan kepada keuntungan. Walaubagaimanpun ramai bersetuju pentadbiran dan pengurusan tiada bezanya. Jadi secar ringkasnya saya dapat rumuskan, perkara yang penting dalam aspek definisi pentadbiran pendidikan ialah Pengendalian, Matlamat, Kualiti atau mutu, dan juga keberkesanan apa yang telah dirancangkan.

Tugas Pentadbiran Sekolah

Terdapat banyak pendapat yang menyenaraikan tugas pentadbiran sekolah, tetapi
hanya tiga yang di ambil iaitu :

1. L . Gulick dan L . Urwick ( 1959 )
2. Clark (1977)
3. Kimbraugh & Nunnery (1976)

L . Gulick dan L . Urwick ( 1959 )

Menyenaraikan tugas-tugas pentadbiran sebagai‘POSDCORB’ . Akroni ini diwujudkan dengan merangkumkan huruf-huruf pertama perkataan - perkataan : planning {P}, organizing {O}, staffing {S}, directing {D}, coordinating {CO}, reporting {R}, dan budgeting {B}. Penerangan lanjut adalah seperti berikut :

  • Merancang {planning}, iaitu menentukan perkara yang mesti dilakukan dan cara  melaksanakannya.
  • Mengelola {organizing}, iaitu membentuk satu struktur formal tentang pembahagian kuasa dalam menyempurnakan tugas aktiviti yang telah dirancang.
  •  Mengisi tenaga {staffing}, iaitu fungsi tentang tenaga pekerja seperti melantik      baru atau melatih pegawai yang sedia ada dan juga mengatur suasana tempat kerja yang memuaskan.
  • Mengarah (directing),iaitu tugas membuat keputusan dan memberi arahan dan tunjuk ajar kepada kakitangan.
  •  Menyelaras (coordinating ), iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak atasa atau bawahan melalui rekod-rekod kajian dan pemerhatian
  • .Melapor (reporting ), iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak atasan atas bawahan melalui rekod-rekod kajian dan pemerhatian.
  • Merangkakan belanjawan (budgeting) iaitu mengendalikan urusan kewangan dari segi peruntukan , perbelanjaan dan kawalan.


Clark (1977)

Empat lagi tugas pentadbiran telah dikenal pasti , iaitu komunikasi , hubungan awam ,penilaian dan membuat keputusan. Clark juga telah merumuskan fungsi pentadbiran bertumpu kepada :

1.         Menggubal dan menjelaskan falsafah , matlamat dan polisi organisasi

2.     Membentuk struktur formal dan tidak formal dalam menggunakan sumber-sumber manusia dan lain-lain dengan cekap , penyerahan autoriti dan perkongsian tanggungjawab.

3.         Merancang untuk membuat jangkaan dan menyesuaikan perubahan-perubahan
dalam matlamat dan polisi .

4.         Mengekalkan komunikasi yang berkesan antara individu di dalam organisasi dan
juga di luar organisasi.

5.         Mengubal polisi yang meluas tentang prosedur dan kandungan program.

6.         Menyediakan polisi yang meluas tentang keperluan-keperluan personel
kecekapan standard kakitangan , polisi latihan , gaji dan lain-lain.

7.         Mendapatkan sumber-sumber kewangan dan menjelaskan polisi penggunaan dan perbelanjaan wang.

8.         Menilai prestasi.

9.         Mewujudkan proses kawalan mutu kerja. Proses pentadbiran berikut, iaitu merancang, membuat keputusan , komunikasi, mengawal dan menilai berfungsi dalam satu pusingan yang di sebut pusingan tugas- tugas pentadbiran ( lihat rajah di bawah).


Proses pentadbiran ini bermula dengan merancang kemudian membuat keputusan serta memberitahu keputusan yang telah diambil ,mengadakan proses kawalan untuk mencapai keputusan yang telah ditentukan dan menilai kembali aktiviti- aktiviti .Pusingan ini dapat membantu pengetua menjalankan fungsi pentadbiran sekolahnya.

Kimbrough dan Nunery (1976)

Beliau telah menyenaraikan langkah bagi sesuatu petadbiran iaitu Merancang, Membuat keputusan, Komunikasi, Mengawal dan juga Menilai .

Secara amnya memang telah terdapat penjelasan fungsi-fungsi pentadbir pendidikan , iaitu membuat keputusan tentang apa yang hendak dilaksanakan , membentuk perancangan menurut matlamat yang telah ditentukan , mengurus peruntukan sumber manusia dan kewangan , mengadakan faktor-faktor motivasi yang boleh mendorong kakitangan , mengadakan kerja berkumpulan untuk meningkatkan semangat dan membuat penilaian antara prestasi sebenar dengan prestasi yang diharapkan supaya kelemahan dan penyelewangan dapat diatasi.


Tugas Pengurusan Sekolah

Secara umumnya pengurusan pendidikan di sekolah disokong oleh struktur pentadbiran yang lengkap dan mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu di mana setiap fungsi itu saling melengkapi kepada fungsi yang lain (complimentary). Sesebuah pengurusan pendidikan yang cekap dapat menggunakan semua sumber dengan berkesan.

Pengurusan pendidikan merupakan bidang yang amat istimewa kerana ia merupakan
aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan generasi. Bidang ini tidak sahaja
dikaitkan dengan proses pendidikan dan pengurusan, tetapi juga dikaitkan secara
langsung dengan ilmu pengetahuan. Oleh kerana sifat ilmu itu berkembang, kemahiran
pengurusan juga tidak dapat mengelak dari berkembang sama. 

Pengurusan pendidikan juga dikaitkan dengan kualiti pendidikan. Kualiti pendidikan diukur dengan kualiti  generasi baru yang dihasilkan. Indikator kualiti itu berkait rapat dengan keupayaan Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan, sekolah dan bilik darjah yang akan melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja berkemampuan untuk terlibatn dalam pasaran kerja (job market), tetapi dalam masa yang sama generasi pelajar itu memiliki kualiti akhlak dan diri yang cemerlang.

Dalam konteks reformasi pendidikan yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Negara, peranan pengurusan pendidikan dilihat amat penting bagi melahirkan generasi seimbang dan harmonis yang bukan sahaja memiliki keupayaan intelek yang baik dan ketangkasan jasmani yang teruji, tetapi dalam masa yang sama memiliki kekuatan dalaman yang berdaya tahan.


Peranan Guru Besar

Di antara peranan dan tanggungjawab guru besar sebagai pengurus sesebuah organisasi pendidikan ialah memahami dan mengetahui secara mendalam tentang Falsafah Pendidikan Negara yang terjelma dalam falsafah pendidikan sekolahnya, termasuk matlamat KBSR.

  •      membimbing, menyedar dan menyelia guru-guru di bawahnya ketika melaksanakan tugas mereka untuk memastikan segala program dan kegiatan yang dijalankan itu sesuai, selaras dan secocok dengan falsafah dan matlamat pendidikan tersebut.
  •     memainkan peranan yang positif dan serius untuk menjamin staf profesionalnya bukan sahaja setakat memahami bahkan juga bertindak untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditetapkan, sama ada secara tersurat atau tersirat.
  •        mempunyai peranan dan tanggungjawab ke atas kejayaan pencapaian hasrat, cita- cita dan kehendak falsafah dan matlamat pendidikan sesebuah sekolah.
  •       membimbing dan mendorong serta meransang guru untuk bekerja dengan semangat dedikasi dan komitmen yang tinggi dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi.
  •      menjadikan sekolahnya sebagai lambang kepada segala nilai, kepercayaan, cita-cita dan hasrat yang diperjuangkan oleh sekolahnya serta berkeupayaan untuk menjelaskan tujuan dan rasional di sebalik pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum sekolah kepada semua pihak yang berkenaan. 


Peranan Guru

           Guru mempunyai peranan yang sangat besar dalam mendidik murid-murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran dan pengalaman mengajar bukan sahaja didapati dii bilik-bilik kuliah, tetapi dari penglibatan yang menyeluruh dan bersepadu melalui pelbagai aktiviti gerak kerja luar. Profesion perguruan berkehendakkan guru-guru melengkapkan diri mereka dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran. Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya menguasai pelbagai kemahiran iaitu:

1.    Kemahiran belajar ke arah mempertingkatkan lagi potensi pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran.

2.    Kemahiran berfikir ke arah mewujudkan pemikiran yang lateral iaitu yang bersikap positif, kreatif dan inovatif.

3.    Kemahiran merancang ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan serta bersistematik.

4.    Kemahiran menyediakan bahan pengajaran/pembelajaran ke arah mewujudkan pendekatan yang lebih bersifat resource base dalam proses pengajaran.

5.    Kemahiran mengajar iaitu dapat menggabungkan aspek-aspek teori-teori, pedagogi dan teknologi pendidikan untuk diintegrasikan dalam pengajaran.

6.    Kemahiran menilai supaya dapat membuat analisis dan diognisis terhadap pencapaian pelajar dan hubungkaitnya dengan objektif pembelajaran.

7.    Kemahiran membuat kajian pendidikan ke arah membudayakan masyarakat yang peka terhadap perkembangan penyelidikan dalam menentukan kualiti pendidikan.
8.    Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan ke arah melahirkan masyarakat penyayang, mempunyai nilai-nilai murni, bersefahaman serta semangat bekerjasama dalam satu pasukan.
9.    Kemahiran mengurus dan menjalankan aktiviti luar ke arah melahirkan generasi yang mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi, sihat, berpengalaman, dinamik dan peka terhadap persekitaran luaran.

10. Kemahiran menangani masalah dan cabaran ke arah membentuk jiwa yang
rasional berkeupayaan mengawal emosi dan bertanggungjawab dalam
menjalankan tugas.
11. Kemahiran berusaha ke arah perkembangan kendiri ke arah memupuk imej
kendiri (self-image), kesedaran diri (self-awareness) sebagai salah satu aspek
motivasi diri.
12. Kemahiran-kemahiran di atas bukan sahaja dapat diperolehi di bilik-bilik kuliah atau di pusat-pusat sumber, tetapi melalui penglibatan yang aktif dalam kelab atau persatuan dan juga aktiviti-aktiviti sosial.


Prinsip-prinsip Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah

Pendekatan pengurusan saintifik menumpukan kepada pekerja atau peringkat bawah.Pendekatan yang dikenali juga sebagai analisis tugas ini diasaskan oleh Frederick Taylor(1856-1915).Penyumbang-penyumbang lain ilaha Henry L Gantt dan Frank Gilberth. Pendekatan ini timbul disebabkan oleh masalah dalam revolusi industry pada tahun 1900.

Tujuan utama kajiannya ialah menilai prestasi pekerja dan meningkat profesionalisme dalam pengurusan. Dengan kejayaan pendekatan tersebut beliau digelar sebagai bapa pengurusan SAINTIFIK. Beliau yang berasala dari Amerika Syarikat mempunyai banyak pengalaman bekerja di kilang besi waja iaitu di Midvale Steel Company.Bermula dari buruh sehingga menjadi seorang jurutera.


Prinsip Taylor dalam pendekatan pengurusan saintifik ini ialah:

1. Produktiviti boleh ditingkatkan melalui kerja yang berkesan
2. Memilih pekerja paling sesuai sebab ada yang layak dan tidak.
3. Gaji seimbang dengan kerja
4. Perlu memotivasikan pekerja.
5. Masa yang standard bagi semua pekerja.
6. Tugas perancangan harus dipisah denagan pengeluaran.
7. Pengurus menentukan cara-cara bekerja bagi pekerja.
8. Pengurus dilatih prinsip-prinsip pengurusan dan kawalan.
9. Pengurus harus mengambil alih tugas merancang daripada pekerja.
          
Prinsip-prinsip am untuk menguruskan sekolah secara berkesan adalah dengan amalan demokrasi yang merupakan pertimbangan penting bagi pentadbir sekolah untuk mengurus guru secara individu dan kolektif.Masalah manusia yang dianggap kecilselalunya memerlukan perhatian dan pertimbangan yang luas.

Pentadbir sekolah bertanggungjawab untuk memudahkana interaksi antara kakitangan dan perlu mengamalkan kepipmpinan ciri-ciri kepimpinan demokratik.Semua individu yang terlibat
dalam sebarang keputusan hendaklah diberikan kesempatan untuk menentukan corak
tindakan yang perlu dilaksanakan.

  TOTAL QUALITY MANAGEMENT

Definasi Kualiti

          Sebelum kita memahami  apakah itu TQM,  kita per/u memahami maksud  kualiti terlebih dahulu  kerana ia merupakan  asas kepada konsep dan falsafah  pengurusan ini. Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan oleh guru-guru kualiti, daripada negara Amerika Syarikat dan Jepun, seperti Deming, Crosby, Garvin, Juran, Imai,daN Kanji. Menurut, Deming (tt): tahap kepiawaian dan kebergantungan terhadap kos yang rendah untuk disesuaikan bagi tujuan pasaran. Crosby (1979):  menepati kehendak pelanggan (conformance to requirements) tetapi  pada tahun  1992, beliau mentafsir kualiti sebagai  apa yang telah  dipersetujui oleh semua individu. David Garvin (1988): ciri-ciri yang dinyatakan seperti bagus, berdasarkan produk, pengguna, pengeluaran atau  nilai. Menurut Garvin lagi, ciri-ciri kualiti boleh dikenalpasti daripada lapan dimensi iaitu: kebolehpercayaan (reliability), penepatan (conformance), ketahanan (durability), keupayaan perkhidmatan (serviceability), estetik, persembahan, ciri-dri asas produk atau perkhidmatan dan kualiti  yang dijangka (perceived quality). Imai (1986):  apa-apa sahaja yang boleh diperbaiki. Juran (1988):  kesesuaian dalam penggunaan (fitness for use).Kanji (1998): satu  konsep yang relatif di mana orang yang berbeza mempunyai  tanggapan yang berlainan.

           Secara ringkasnya, setiap definisi yang diberikan oleh guru kualiti yang berbeza memberi takrifan kualiti yang berbeza tetapi pacta asasnya, ia memfokuskan kepada memenuhi kehendak pelanggan.  Ini bermakna, kualiti boleh ditakrifkan dalarn pelbagai ciri bergantung kepada kehendak-kehendak pelanggan yang berbeza terhadap produk atau perkhidmatan yang mereka ingini. Sekiranya syarikat dapat memenuhi kehendak mereka dan memastikan kualiti dipertingkatkan, hasilnya ialah kepuasan dan kesetiaan pelanggan yang tidak berbelah bagi.


Definisi TQM

        Menurut Kanji (1998), TQM merupakan satu cara hidup bagi sebuah organisasi yang komited kepacta kepuasan pelanggan dan usaha ini dilakukan melalui proses peningkatan berterusan.  Ia merupakan satu budaya korporat yang bercirikan peningkatan ke atas kepuasan pelanggan melalui penekanan terhadap aktiviti-aktiviti peningkatan berterusan di mana kesemua pekerja dalarn syarikat tersebut menyertai aktiviti-aktiviti tersebut dengan aktif. Pada masa yang sarna, terdapat takrifan yang berbeza mengenai TQM tetapi pada dasarnya,  terdapat beberapa persefahaman seperti  TQM  merupakan satu budaya dalam sesebuah organisasi di mana ia menekankan kepada penglibatan menyeluruh, memfokus kepada pelanggan, penggunaan alat saintifik dan aktivitiaktiviti peningkatan berterusan dan inovasi.

Bagaimana TQM Mula DikenaIpasti

          Pengasas kepada konsep TQM ialah W. Edwards Deming (1900-1993), seorang jurutera rakyat Amerika Syarikat. Pada Peringkat awal, idea-idea beliau tidak dihiraukan oleh kebanyakan syarikat pengeluaran Amerika tetapi dalam tahun  1950, beliau telah dijemput ke Jepun untuk memberi  beberapa siri syarahan mengenai aplikasi statistik terhadap proses-proses pengeluaran.  Sejak itu, tercoraklah sejarah dunia di  mana negara Jepun telah menyedari  adanya potensi  TQM ini  dalam membantu  pembangunan negara mereka yang telah  dimusnahkan dengan  teruk dalam peperangan Dunia Kedua. 

Hasilnya, pada akhir tahun  1980an, Jepun  yang dahulunya merupakan sebuah negara yang  tidak mempunyai sumber asli  dan tanah yang  mencukupi untuk pertanian telah menjadi sebuah negara industri  ke  dua terbesar di  dunia dengan kelebihan dagangan sebanyak $50 billion dan ke  tiga tertinggi daripada segi pendapatan kasar per kapita di  dunia. Negara Amerika Syarikat mula menyedari  kesilapannya  apabila ia telah kehilangan pasaran kepada negara Jepun terutamanya dalam pengeluaran kereta.

Ia juga telah kehilangan peranannya sebagai pembekal dunia.  Kesan yang paling buruk ialah pusat kewangan dunia yang dahulunya berpusat di bandar New York telah berpindah ke  bandar Tokyo. Revolusi ini terjadi kerana negara Amerika Syarikat terlalu menekankan kuantiti, tidak kepada kualiti.  Sebaliknya, syarikat-syarikat Jepun pula adalah lebih inovatif, kos efektif dan berupaya untuk memenuhi kehendak pelanggan.  Bayaran untuk tenaga buruhnya pula adalah lebih murah sedangkan tenaga kerja buruh negara Amerika Syarikat adalah lebih mahal dan kurang mahir berbanding dengan negara-negara lain.


Faedah-faedah TQM

         Terdapat banyak faedah  yang dapat diperolehi daripada pelaksanaan TQM seperti pengurangan dalam kerja semula; kesilapan;  penangguhan;  kos;  pusing ganti 70 Pengurusan Kualiti Menyeluruh: Satu Perbandingan pekerja dan jualan, peningkatan dalam kadar kepuasan pelanggan dalaman dan luaran; keuntungan dan kecekapan, penggunaan mesin dan bahan mentah yang lebih baik, kualiti produk yang lebih baik pada harga yang lebih rendah, syarikat dapat mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan hasilnya, ia dapat menawarkan lebih banyak pekerjaan. 

Selain daripada itu, terdapat faedah-faedah tidak boleh nampak (intangible) seperti peningkatan imej syarikat, kemahiran berkomunikasi, pengetahuan mengenai pekerjaan dan produk, hubungan pelanggan dan pembekal, pengurusan data serta kemahiran pengurusan proaktif. 

Faedahnya pula pada sekolah adalah tahap peningkatan pencapaian sekolah dapat dicapai kerana pengelibatan guru, pihak pentadbir, ibubapa dan juga pelajar dapat disatukan bagi mencapain matlamat yang diinginkan, semua mendapat kepuasan masing- masing dan dapat bekerja dalam situasi yang selesa dan sihat. 

Pentadbir dengan tugasnya sebagai pentadbir, guru menjalankan amanah dengan pebuh integrity, pelajar dapat belajar dengan baik dan ibubapa berpuashati dengan ape yang telah diberikan oleh pihak sekolah. Jadi dengan ini ianya dipanggil “win- win situation” iaitu masing masing mendapat hak masing- masing tapi mereka tidak alpa akan tanggungjawab yang telah diamalkan.

Prinsip-prinsip TQM

         Guru-guru TQM baik dari Amerika Syarikat mahupun Jepun telah memberi  asas kepada konsep dan falsafah  TQM ini.  Setiap guru mempunyai idea yang berbeza mengenai kualiti dan TQM yang boleh disintesis dan diintegrasikan bagi kegunaan organisasi. Secara keseluruhannya, terdapat dua prinsip penting dalam TQM iaitu penyertaan menyeluruh dan peningkatan berterusan.

Prinsip Pertama:  Penyertaan Menyeluruh (Total Involvement)

          TQM menekankan kepada penyertaan kesemua individu yang terdapat dalam sesebuah organisasi sebagai satu langkah untuk mencapai kualiti yang dikehendaki. Jika disekolah pihak yang terlibat adalah pihak pengurusan, guru, ibubapa dan juga murid.

Kumpulan Pertama: Pihak Pengurusan

           Disekolah pihak pengurusan adalah terdiri daripada pihak pentadbir iaitu guru besar, pengetua, penolong kanan 1, penolong kanan HEM, penolongn kanan KO dan juga ada sesetengah sekolah mempunyai penolong kanan pendidikan khas. Tugas mereka adalah merancang dan memastiksn bagaimana untuk mengerakkan semua isi sekolah untuk mencapai objektif atau tujuan yang telah dirancangkan, jadi mereka akan memikirkan jalan yang sesuai, belanjawan, aktiviti, dan sebagainya untuk mencapai matlamat tersebut. Masing- masing mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam memastikan matlamat tercapai, selain itu mereka juga perlu memikirkan bagaimana untuk menarik hati guru- guru lain untuk turut sama bekerja sama, ada yang menawarkan bentuk ganjaran, anugerah guru cemerlang dan sebagainya. Ia secara tidak lansung membangkitkan mood kerja yang lebih bagus dalam melaksanakan pekerjaan yang diamanahkan. Pihak pengurusan juga perlu memastikan guru-guru mereka setia kepada sekolah kerana mengikut konsep TQM, keanggotaan yang setia akan menghasilkan pelanggan (pelajar dan ibubapa) yang setia. Mereka juga perlu mendedahkan pekerja kepada rnisi, visi organisasi, nilai, objektif dan polisi kualiti, kaedah atau teknik -teknik TQM dan

Kumpulan kedua : Guru

               Guru mempunyai kedudukan yang terbaik untuk meningkatkan kualiti, mengurangkan permasalahan dan juga ancaman. Guru merupakan kunci kepada peningkatan berterusan kerana semua guru mempunyai idea yang berharga yang boleh dikongsi bersama kerana mereka terdedah secara langsung kepada prosedur-prosedur dan proses-proses kerja. Oleh itu, mereka lebih mengetahui bagaimana untuk menangani masalah pelajar dan pada masa yang sarna cuba untuk meningkatkan kualiti kerja mereka juga. Sebagai seorang guru yang baik, mereka sangat peka dengan maslah yang berlaku keatas murid mereka, jadi jika masalah dapat ditangani maka sekolah tidak mempunyai masalah untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Guru yang kompeten merupakan aset sekolah yang perlu dibangunkan dan mereka bukanlah komoditi yang digunakan.  Guru akan menjadi lebih bertanggungjawab dalam pekerjaannya mendidik pelajar sekiranya mereka dilatih, diberikan kepercayaan dan autoriti  yang sepatutnya.

Kumpulan Ketiga:  Pelajar  

               Kemampuan seorang pelajar dalam memastikan keberjayaan sesebuah organisasi adalah bergantung kepada kecekapan system pengurusan dan cara seseorang guru itu mengajar. Jika guru mengajar dengan baik maka prestasi pelajar akan meningkat dan sekaligus mencapai matlamat sekolah untuk menjadi sebuah institusi yang cemerlang. Selain belajar, pelajar juga harus diterapkan dengan pelbagai ilmu sampingan seperti kepimpinan, ko kurikulum, dan pelbagai lagi bagi melahirkan modal insan yang sempurna. Ini bermakna pelajar juga memainkan peranan yang penting dalam TQM di sekolah. Jika hanya guru dan pihak pentadbiran sahaja yang cemerlang tetapi pelajarnya tunggang langgang maka matlamat yang ingin dicapai tidak akan berjaya.

Kumpulan Keempat: Ibubapa

              Ibubapa merupakan penilai utama untuk pengurusan sekolah. Ibubapa yang prihatin terhadap persekitaran sekolah anaknya akan sentiasa memantau iklim sekolah tempat anak mereka belajar, mereka akan selalu bertanyakan kepada guru kelas atau pihak pengurusan tentang perjalanan pembelajaran anak- anak mereka. Jika ibubapa prihatin seperti ini akan menghasilakan persekitaran sekolah yang lebih baik kerana mereka akan bersama- sama sedaya upaya untuk memastikan kecemerlangan anak mereka. Ibubapa yang prihatin ini kebiasaannya akan menyokong semua aktiviti sekolah dan akan memberikan sokongan moral yang kuat dalam apa sahaja program yang sekolah jalankan. Persatuan ibiubapa dan guru (PIBG) juga akan menjadi hebat kerana ibubapa akan berkerja sama untuk memastikan kecemerlangan sekolah berada di tahap yang paling bagus. Jadi pihak pentadbiran haruslah bijak mengatur strategi bagi mendapatkan pengelibatan penuh warga ibubapa ini. jika ibubapa dapat bekerjasama dengan baik dengan pihak sekoloah nescaya apa yang di impikan pasti akan menjadi kenyataan oleh pihak sekolah.


Prinsip Kedua: Peningkatan Berterusan (Continuous Improvement)

               Peningkatan berterusan hanya dapat dicapai sekiranya organisasi sekolah mengarnbil usaha untuk mempertingkatkan proses dan operasi sekolah dengan penggunaan inovasi bersertakan pembuangan aktiviti -aktiviti yang tidak mendatangkan manafaat (non-value added).  Ini dapat dilakukan melalui beberapa aktiviti, contohnya peningkatan proses, pihak pengurusan boleh mencuba mengadakan sesuatu proses atau perubahan yang baru dalam sekolah dengan persetujuan semua anggota contohnya mengadakan program keluarga angkat dimana setiap warga sekolah mempunyai keluarga angkat masing- masing yang mana keluarganya terdiri daripada semua warga sekolah, baik pelajar, guru, kakitangan am, dan juga kakitangan sokong. 

Ini bermakna semua warga sekolah tidak akan terlepas dari program ini, masing- masing mempunyai tangunggjawab untuk menjaga, membimbing, bertanyakan masalah dan pelbagai lagi, ini mungkin akan menyusahkan pihak pengurusan sekolah tapi kesannya pada warga sekolah cukup besar. Contoh kedua ialah guru menyambut kedatangan murid ke sekolah pada waktu pagi dan juga balik sekolah, kesannya sangat besar dimana jika ada ibubapa yang melihat perkara ini dengan serius akan berpendapat bahawa guru sekolah tempat anak mereka belajar begitu prihatin dan sangat menyayangi anak mereka sehingga sanggup tunggu dipagar sekolah dan sanggup menghantar anaknya pulang dari sekolah, selain itu juga keselamatan pelajar juga terjamin.ibubapa akan berasa lega melepaskan anaknya datang ke sekolah kerana tahu guru- guru ini amat menyayangi anak mereka.

                Selain itu juga untuk peningkatan TQM yang berterusan aktiviti yang boleh juga diadakan ialah mewujudkan kumpulan kualiti (QCC) dimana telah dilantik satu pasukan yang diamanahkan untuk sentiasa menjaga kualiti sekolah contohnya ada skuad yang menjaga bahagian kualiti barang- barang milik sekolah, kualiti program- program sekolah yang telah dijalankan, dan bermacam lagi. Ini bertujuan untuk emnjaga kualiti sekolah, contohnya jika ada pelawat atau nazir datang ke sekolah semua bang yang hendak dilihat telah disediakan cotohnya jika nazir ingin melihat asset sekolah maka guru yang ditugaskan untuk menjaga kualiti asset sekolah akan kehadapan untuk menerangkan secara lebih lanjut tentang asset sekolah, jika ianya berjaya ini bermakna guru tersebut begitu cakna akan apa yang diamanahkan kepadanya, dan ini menunjukkan bahawa kualiti sekolah sentiasa dijaga dan dipertingkatkan. Seterusnya sistem cadangan, setiap guru haruslah menyumbangkan cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti sekolah, semua isi sekolah ada hak untuk menyuarakan d\cadangan mereka dalam memastikan apa yang ingin dicapai menjadi reality. Mungkin ada daripada cadangan- cadangan tersebut boleh diambil guana untuk meningkatkan lagi perstasi sekolah.

               Anugerah dan penghargaan juga dapat meningkatkan kualiti secara berterusan, sekarang abnayk anugerah dan penghargaan telah dibuat bagi menaikan lagi semangat guru- guru untuk lebih bersemangat melakukan kerja, antaranya anugerah pengkhidmatan cemerlang, guru cemerlang dan sebagainya. Ini secara tidak lansung dapat melahirkan iklim persaingan yang bagus dalam mencapai anugerah yang telah dibuat, peningkatan kualiti juga bertambah kerana semua guru akan berebut- rebut untuk jadi cemerlang dan ini akan menguntungkan pelajar dimana mereka akan mendapat sesuatu yang terbaik dari gurunya. Sekolah juga akan menerima pelbagai anugerah yang telah dibuat seperti sekolah amanah, sekolah cemerlang, sekolah klauster, sekolah berprestasi tinggi dan sebagainya. Sesungguhnya semua anugerah ini sememangnya menjadi sasaran oleh pihak pentadbir dan juga juga anggota dalam sekolah kerana ia akan menaikkan status sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang disegani berbanding sekolah- sekolah lain. Penanda aras juga boleh dijalankan bagi memastikan adakah sekolah tersebut mencapai piawaian yang diperlukan oleh pihak kementerian, selain itu juga sekolah tersebut akan dilawati oleh sekolah- sekolah lain bagi tujuan melihat sejauh mana sesuatu benda yang dihasilkan oleh sekolah boleh dijadikan sebagai satu contoh atau mengikut lankah keberjayaan sekolaha tersebut.

            Jadi secara kesimpulannya pihak pengurusan yang baik dan cekap akan menghasilkan keanggotaan yang setia untuk bersama –sama untuk menjaga kualiti sekolah dan juga sama- sama mencapai matlamat yang diinginkan dan berjaya memuaskan hati semua pelanggan yang sentiasa inginkan sesuatu yang terbaik dari sesebuah institusi,


  RUJUKAN

Brent Daries, John West- Burnham (2009) Menyusun Semula Kualiti Di Sekolah, Terjemahan Zol Azlan Hamidin, Institut Terjemahan Negara Malaysia.
John West- Burnham (2009) Mengurus Kualiti Di Sekolah, Terjemahan Tengku Abdul Aziz Tengku Zainal, Institut Terjemahan Negara Malaysia
Roald F. Campbell, John E. Corbally, Raphael O. Nystrand (2008) Pengenalan Pentadbiran Pendidikan, Terjemahan Abdul Rahman Md. Aroff, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Habibah Elias, Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Sonia Blandford (2009) Panduan Pengurus Peringkat Pertengahan Di Sekolah, Terjemahan Bahariah Yusuf, Institut Terjemahan Negara Malaysia.
Zaidatol Akamliah Lope Pihie & Foo Say Fooi (2003) Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan, Satu Langkah Ke Hadapan ; Penerbit Universiti Putra Malaysia




Definisi pengurusan





Istilah pengurusan merujuk kepada  satu set keinginan yang direkabentuk untuk meninggikan dan mengarahkan kerja yang ditentukan. Jadi bagi sesetengah keadaan, setiap orang itu adalah pengurus sekalipun hanya dengan bertindak ke atas diri dan urusan peribadi.  


 Apabila seseorang itu berkumpul bersama-sama dalam satu hubungan yang formal seperti dalam sebuah organisasi maka pengurusan menjadi satu bidang aktiviti yang utama. 


Organisasi lebih menekankan  pentingnya teori-teori dan model yang berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang rasional atau berakliah dengan model-model tertentu yang berkait dengan objektif organisasi itu sendiri.


 Di sini terdapat 4 definisi pengurusan yang telah dikemukakan, iaitu:-

1. Ialah satu proses dimana kerja dapat dilaksanakan dengan mengembeling sumber manusia serta membimbing dan memberi motivasi kepada usaha mereka ke arah pencapaian objektif organisasi. (Hilgert & Leonard).

2. Pengurusan ialah usaha pencapaian objektif organisasi melalui sumber manusia dan sumber teknikal dengan cara yang paling efektif. (Boona dan Kurtz).  

3. Pengurusan adalah satu proses mengkoordinasi sumber manusia dengan sumber yang lain dalam sesuatu organisasi bagi mencapai tujuan dan matlamat organisasi tersebut. (Gitmen & Mc Daniel).

4. Pengurusan ialah satu proses perancangan, perlaksanaan, pengarahan dan kawalan perlakuan organisasi. (Wager & Hokenback).



Sumber :